Sunday, May 30, 2010

Siapa yang tidak pengkhianat di kalangan kita?

كان على ثقل النبى صلى الله عليه وسلم رجل يقال له كركرة فمات فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم هو فى النار, فذهبوا - ينظرون اليه فوجدوا عباءة قد غلها--البخارى وابن ماجه ,

Terdapat seorang lelaki yang mengurus tunggangan Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallam yang di kenali dengan gelaran Kirkirah. Dia telah mati dan Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Dia di dalam neraka", Maka terdapat sahabat yang telah mengunjungi jenazahnya dan memerhati keadaannya dan mereka dapati sepasang pakaian luar yang telah diambilnya secara khianat.

Terdapat hadith yang maksudnya hampir sama:
لما كان يوم خيبر اقبل نفر من اصحاب النبى صلى عليه وسلم فقالوا: فلان شهيد وفلان شهيد حتى مروا على رجل فقالوا فلان شهيد . فقال النبى صلى عليه وسلم :كلا انى رايته فى النار فى بردة غلها او عباءة --مسلم

Selangor haram Judi Bola Sepak Piala Dunia 2010

Merdeka Review

Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan mana-mana premis beroperasi di negeri ini untuk menjalankan aktiviti perjudian atau pertaruhan bola sepak.

Walaupun lesen perjudian bola sepak telah dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa menghalang aktiviti perjudian bola sepak beroperasi di negeri ini.

Judi,mansuh Subsidi, GST dan Minyak naik bukti Kerajaan Najib tiada duit

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat tindakan Kerajaan meluluskan lesen judi bola baru-baru ini sebagai satu langkah terdesak. Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak dilihat gagal menguruskan kewangan negara hingga menyebabkan kantung ekonomi negara kini jadi kelam kabut. Duit banyak dihabiskan untuk janji pilihanraya kecil.

Lesen Judi

Lagi 1 tahun 2020, Malaysia bankrap

Kenyataan Idris Jala Malaysia akan Bankrap setahun sebelum 2020 sangat memeranjatkan seluruh rakyat.Malaysia akan bankrap sebelum impian menggunung Malaysia sebagai negara maju melaluli wawasan 2020.

Ini bermakna wawasan 2020 selama ini dislogankan hanya bersifat membentuk pemikiran rakyat untuk menaruh harapan yang tak kunjung datang.Tahun 2020 datang,tetapi kedatangannya dalam keadaan Malaysia dah bankrap.

Sebelum ini dari zaman Tun Dr Mahathir rakyat dibuai kononnya kemajuan akan bakal mendatang rakyat perlu berkorban hari ini untuk kesenangan hari depan.Pelbagai tuduhan dilemparkan pada pembangkang yang mengkritik dasar kerajaan dengan tuduhan anti pembanggunan dan kemajuan.

Rakyat diseret dengan kepentingan politik nepotisme dan kronisma untuk mengenepikan pembangkang khususnya PAS.

Pemimpin umno/bn dan kroni mereka membina kekayaan dari projek- projek mega megah hinggalah kepada komisen kapal selam yang kononnya untuk merealisasikan wawasan 2020.

Mereka meniti jalan 2020 dengan penyelewengan,rasuah pembaziran dan keborosan serta penyalahgunaan kuasa.

Mereka memfaraidkan khazanah kekayaan negara seperti harta mak bapak mereka.Yang menentang mereka diISA.Rakyat ditakut dan dikurafatkan kononnya kalau lain dari Umno/Bn memerintah pembangunan tiada negara huru-hara.

Kini harapan akan diganti dengan kebankrapan impian akan bertukar menjadi kemuflisan.Sekali lagi rakyat diminta demi 2020 hapuskan subsidi kalau tidak Malaysia bankrap.

Inilah dia pemimpin bijaksana Umno/Bn yang membina kekayaan dengan airmata rakyat kini cuba merampas kehidupan rakyat


Datuk Mahfuz Omar,
Naib Presiden PAS.

Dua bekas pegawai tinggi kerajaan kritik MEB

Malaysia Kini

Kongres Ekonomi Bumiputera di ibunegara hari ini panas apabila Model Ekonomi Baru (MEB) yang disusun oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negera (MPEN) telah dikritik oleh dua bekas pegawai tinggi kerajaan pusat kerana "tidak mengutamakan agenda bumiputera".

Mereka ialah bekas timbalan ketua pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Senator Datuk Akbar Ali dan bekas ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPE) Datuk Halipah Esa.

"Model ekonomi baru adalah dokumen MPEN yang belum diterima oleh kerajaan.

bumiputera economic congress 290510 mapen chief secretary norma  mansor"Ia menyerang bangsa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB)... MPEN kena berpegang kepada kekuatan sendiri, bukan kelemahan orang lain," kata Akbar disambut laungan beberapa peserta "bakar buku itu" dan "buang buku itu".

Modul itu kini dibukukan sebagai cadangan kepada kerajaan dan kulitnya berwarna merah.

Akbar mengulas pembentangan kertas kerja oleh Ketua Setiausaha MPEN, Prof Dr Normah Mansor (kiri) bertajuk "Agenda Melayu Dalam Model Baru Ekonomi" di Dewan Tun Hussein PWTC.

Kongres anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) itu dihadiri oleh kira-kira 300 peserta hadir yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Anwar nafi sengaja lambatkan pendedahan

Malaysia KiniAdd Image
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau sedang 'menikmati' minat meluas yang ditunjukkan media berhubung bukti mengenai tawaran yang diberikan kepada wakil rakyat yang melompat parti.

"Saya nak tengok, saya nak tengok gelagat ahli-ahli parlimen yang lompat and lihat. Saya enjoy cara macam ini," katanya ketika diasak untuk mendedahkan bukti tersebut hari ini.

Bercakap dalam sidang media selepas tamat kongres parti itu di Kota Bharu petang ini, Anwar juga menafikan bahawa beliau sengaja melambat-lambatkan pendedahan tersebut.

Tambahnya, media sepatutnya menyiasat lebih lanjut mengenai pendedahannya sebelum ini melibatkan peguam VK Lingam.

"Saya bukan sengaja lambat-lambatkan. Kenapa awak seronok sangat tentang ini? Kenapa awak tidak tanya tentang (rakaman video) VK Lingam?

"Siasatan dijalankan tetapi kenapa tiada tindakan? Jadi saya mahu soalan ini dijawab dahulu."

Jelasnya, beliau memberikan masa kepada semua pihak yang terlibat dalam dakwaan itu supaya membuat penafian terlebih dahulu.

"Bagi ruang lah... baru lagi. Biar dia komen, biar dia nafi dulu.

"Saya akan ambil masa. Saya mahu reaksi daripada semua (orang berkepentingan) dan saya mahu Umno jawab. Kemudian baru saya dedahkan bukti," katanya lagi.

Anwar sebelum ini mendedahkan beliau mempunyai bukti bahawa wakil rakyat yang melompat parti itu ditawarkan bayaran sebanyak RM2 juta dan juga kontrak.

Rasuah Politik Disebalik “Wakil Bebas Mesra BN ”

Selama ini acapkali kita mendakwa wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang “melompat” dan bersekongkol dengan Umno-BN di atas nama ‘wakil bebas mesra BN’ diberikan ganjaran wang dan kontrak. Selama itulah mereka belum memberikan sebarang penafian tegas,sebaliknya berdolak dalih mengalih pandangan massa.

Kini kita telah memperoleh keterangan kukuh bahawa ahli Parlimen ditawar RM 2 juta dan ada juga yang mendapat kontrak Kerajaan berjuta ringgit nilainya.

Kami masih menunggu reaksi mereka sebelum mendedahkan maklumat kepada umum. Yang pasti,keterangan tersebut jelas menggemparkan dan akan membuktikan rasuah politik pimpinan Umno dan agen mereka.

Maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat inshaAllah.

ANWAR IBRAHIM

Wednesday, May 19, 2010

Raja Petra Kamarudin

The issue is simple, really. Every candidate who contests the state and parliamentary elections is supposed to file a copy of his or her statement of accounts or statement of expenditure with the Elections Commission. This to ensure that no one violates the Election Offences Act by spending more than RM100,000 for a state seat and RM200,000 for a parliament seat.

Himpunan besar 3 Julai

1. Membantah Lesen Judi Bola atau sukan yang diluluskan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional membawa kepada tindakan tegas dari pihak Dewan Pemuda PAS Pusat .

Pertama : Himpunan 3 Julai 2010

Himpunan Besaran - besaran pada 3 Julai 2010 akan diadakan di perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana negera mengiringi pimpinan Pemuda Pakatan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantah Lesen Judi serta merayu campur tangan Raja - Raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansukhkan Lesen Judi Bola atau sukan tersebut .

Kedua : Himpunan 21 Mei 2010 [ jumaat ]

Himpunan besar - besaran yang mensasarkan penyertaan 5 ribu rakyat di setiap masjid negeri di seluruh negara pada 21 Mei 2010 untuk tujuan menyuarakan bantahan rakyat terhadap tindakan Kerajaan meluluskan Lesen Judi Bola dan sukan ini .

Ketiga : Memorandum kepada Mufti - Mufti Negeri [ tempoh 21 Mei hingga 30 June ]

Satu rally Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri akan menganjurkan satu siri penyerahan Memorandum Bantah Lesen Judi tersebut kepada mufti - mufti di setiap negeri sepanjang tempoh sebulan ini dari 21 Mei hingga 21 June 2010 . Mendesak agar mufti - mufti negeri membawa isu ini ke Majlis Mufti Kebangsaan lalu mendesak kerajaan agar menarik balik kelulusan Lesen Judi Bola yang telah dianugerahkan kepada Berjaya Group .

Nasruddin arah pemuda PAS negeri adakan bantahan Jumaat ini

Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Bagi menjayakan himpunan membantah lesen judi 21 Mei ini, Dewan Pemuda PAS negeri disaran mendapatkan penyertaan daripada Pemuda Pakatan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Ketua DPP Pusat, Nasruddin Hassan memberitahu demikian dalam satu arahan melalui sistem pesanan ringkasnya hari ini.

"Pemuda setiap negeri dikehendaki mengadakan himpunan aman pada Jumaat, 21 Mei ini selepas solat Jumaat.

"Bagi menjayakan himpunan itu, DPP negeri disarankan mendapatkan penyertaan daripada Pemuda Pakatan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Beliau juga menyeru seluruh pemuda PAS agar mewujudkan gelombang untuk menentang kemungkaran.

Pada 3 Julai depan pula, DPP Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran di ibu negara bagi menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong di istana negara.

Kerajaan awal bulan ini meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

Ekoran itu, ianya mendapat bantahan daripada pelbagai pihak khususnya Pakatan Rakyat.

Tuesday, May 18, 2010

Sibu dorong PAS ke Sabah, Sarawak

Malaysia Kini

PAS merancang untuk meluaskan pengaruhnya di Sabah dan Sarawak berikutan reaksi baik yang diterima parti itu sepanjang pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu, kata setiausaha
agungnya Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata PAS yakin masyarakat Sabah dan Sarawak semakin mengenali parti itu selepas melihat kempen yang dijalankannya semasa pilihan raya kecil Sibu yang berakhir pada Ahad lepas.

"Sehubungan itu, kita akan buka lebih banyak cawangan di sana (Sabah dan Sarawak)," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata kemenangan DAP pada pilihan raya kecil itu juga memberi keyakinan kepada PAS untuk mengukuhkan tapaknya di kedua-dua negeri tersebut.

Diminta mengulas mengenai kedudukan PKR yang dikatakan menjadi liabiliti dalam pakatan pembangkang berikutan ramai pemimpinnya keluar parti, Mustafa berkata masalah itu adalah perkara biasa bagi sebuah parti baru.

"PKR bukan satu liabiliti. Biasalah, ianya parti yang masih belum stabil kerana parti baru. Macam PAS juga, mungkin bila dah lama nanti dan bila wakil rakyat yang jadi duri dalam daging semuanya dah keluar, ianya akan diterima," katanya.

Beliau juga menafikan PAS kini khususnya di Kelantan dan Kedah dilanda krisis dan berkata semua yang berlaku adalah mainan media semata-mata.

MP Kapar: Jangan buang masa telefon saya

Malaysia Kini

Ahli parlimen Kapar S Manikavagam mendakwa telah dilaga-lagakan dengan kepimpinan PKR dan kerajaan Selangor ekoran dakwaannya terdapat penyelewengan dalam syarikat kerajaan negeri, Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB).

"Sejak kebelakangan ini ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu (KSSB) ini untuk melaga-lagakan saya dengan kepimpinan parti dan kerajaan Selangor.

"Nasihat saya kepada mereka, jangan membuang masa dengan menelefon atau berjumpa dengan saya berhubung isu ini," kata Manikavasagam (kiri).

Wakil rakyat PKR itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas siapakah pihak yang dimaksudkannya itu.

Monday, May 17, 2010

Malaysia Timur bukan lagi deposit tetap BN

Merdeka Review

Keputusan PRK Sibu merupakan lambang kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Sarawak, dan tsunami politik telah melanda ke tebing Laut China Selatan. "Malaysia Timur bukan lagi deposit tetap Barisan Nasional," kata penganalisa politik, Wong Chin Huat.

Ketika ditemuramah MerdekaReview, Wong Chin Huat (gambar kanan) membaca kemenangan DAP dalam PRK Sibu sebagai kemenangan PR. Untuk Wong Chin Huat, hasil daripada kerjasama PR, DAP telah meraih sokongan di kawasan bukan Cina, selain kawasan pengundian yang majoritinya kaum Cina.

"Tiada sesiapa yang boleh mendakwa bahawa Malaysia Timur adalah deposit tetap BN pada hari ini. Tidak semestinya begitu. Keputusan PRK juga menunjukkan bahawa bukan sahaja Cina yang menolak BN, malah undi Melayu juga kurang mantap (untuk BN)," kata Wong Chin Huat.

Menurut Wong Chin Huat, mustahil DAP hanya menang dengan kawasan Pelawan (majoriti Cina), kerana penambahan undi ada batasnya. Dengan kata lain, DAP juga menang di peti undi lain. Keadaan ini cukup memberangsangkan terutamanya apabila beberapa peti undi di kawasan Nangka, yang memenangkan DAP daripada kekalahan PRU-12 lalu. Keadaan ini diperlihatkan di Teku, yang mana tiga peti undi daripada dua pusat pengundian kini memihak kepada DAP walaupun parti tersebut memihak kepada BN pada PRU ke-12.

Penambahan undi Cina

Projek tebatan banjir RM5j: Najib 'berkira-kira'

Malaysia Kini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih berkira-kira sama ada akan meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu.

Peruntukan itu merupakan satu tawaran yang dibuat oleh perdana menteri pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil Sibu, Sabtu lalu. "Kita akan teliti terlebih dahulu, kerana kita belum membuat sebarang keputusan tentang hal tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

* Sibu: Isyarat jelas rakyat tolak Umno BN * Polis, SPR perlu 'transformasi' sikap - Pemuda PAS * Judi Bola: Pemuda PAS Perak, sokong pe

Harakah Daily Minggu lepas, Menteri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi bola kepada Kumpulan BERJAYA meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.

Tindakan ini dilihat sebagai melampau dan mencabul kehormataan rakyat apabila kerajaan Bodoh Nyanyuk tidak mempunyai niat langsung untuk berbincang dengan rakyat berkenaan pemberiaan lesen judi bola sebelum dilaksanakan di negara kita. Perkara ini turut tidak dibawa berbincang di Parlimen.


Yang lebih memeritkan hati, lesen ini dihadiahkan kepada satu syarikat tidak aktif, Ascot Sports yang 70% sahamnya dimiliki Tan Sri Vincent Tan, yang juga merupakan pemegang saham terbesar di Berjaya Corp.

Janji Memalukan, Najib Hilang Maruah Dan Terdesak!

Pilihan raya di Malaysia semakin hilang nilai dan maruahnya. Kempen Pilihan raya tidak lagi bersifat menifesto kerja tetapi rasuah secara terbuka.Ia mungkin juga berpunca dari kenyataan SPRM bahawa janji pilihan raya bukan rasuah.

Apapun istilah yang digunakan, salahguna kuasa tetap berlaku. Najib sebagai Perdana Menteri menggunakan kedudukan dan kuasanya untuk meluluskan peruntukan kerajaan bagi pihak umNO BN.....Saya nak buat satu perjanjian dengan anda. Bolehkah kita capai persefahaman atau tidak?...... tanya Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada kira-kira 1,000 hadirin perhimpunan di kawasan perumahan di sini.............Persefahaman ini sangat mudah. Saya bantu anda, anda bantu saya, kata Pengerusi BN ini.

PAS cadang ahli PKR ditarbiyyah supaya setia

Malaysia Kini

Lebih banyak pihak menyuarakan desakan menuntut Wee Choo Keong supaya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Wangsa Maju, selepas bertindak keluar parti, Jumaat lalu.

Antara yang berbuat demikian ialah dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Menurut Naib Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Wee (kiri) telah hilang kepercayaan pengundi, ahli-ahli PKR serta Pakatan Rakyat apabila dia berpaling tadah.

“Jawatan sebagai ahli parlimen adalah amanah dari parti, pengundi serta petugas Pakatan Rakyat yang telah bertungkus lumus bekerja bagi memenangkan beliau dalam pilihan raya umum ke 12 yang lepas.

“Alangkah murahnya maruah serta harga diri seorang pemimpin seperti beliau. Dengan sedikit tawaran atau ugutan, beliau mudah berpaling tadah. Lupakah beliau siapakah yang berjuang bersungguh-sungguh menaikkan nama dan diri beliau sehingga mampu memenangi kerusi Parlimen Wangsa Maju?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PAS anjur protes lesen judi ke Istana Negara

Malaysia Kini

PAS akan sekali lagi menganjurkan perhimpuanan bagi membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala Dunia yang bakal berlangsung Jun ini.

Perhimpunan kali ini akan dianjurkan oleh dewan pemuda PAS pusat dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa pertubuhan Islam yang lain.

“Perhimpunan kali ini akan berarak ke Istana dan semua rakan ahli Pakatan Rakyat serta NGO akan turut dijemput hadir ke sana,” kata ketua pemuda PAS, Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen.

Sunday, May 16, 2010

Berita Dari Utusan Malaysia

BN gagal pertahan kerusi Sibu

Utusan Malaysia


WONG HO LENG (kanan) menerima ucapan tahniah daripada Robert Lau Hui Yew selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Sarawak, semalam.


SIBU 16 Mei - Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Robert Lau Hui Yew tewas kepada calon DAP, Wong Ho Leng dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu, hari ini.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Ho Leng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek mendapat 18,845 undi, Hui Yew memperoleh 18,447 manakala calon Bebas, Narawi Haron mendapat 232 undi dan 395 undi rosak.

Wednesday, May 12, 2010

Kit Siang cabar Soon Koh tidak jadi pengecut



Penasihat DAP Lim Kit Siang menuduh ketua SUPP Sibu, Datuk Wong Soon Koh cuba 'melarikkan diri' daripada berdebat berhubung pembentukan negara Islam di Malaysia.

"Jika dia (Wong) bertegas bahawa DAP menyokong penubuhan negara Islam, beliau sepatutnya menyahut cabaran supaya berdebat secara umum. Saya sedia 'disembelih' olehnya.

"Jika dia benar-benar percaya - undi untuk DAP adalah undi untuk PAS dan sebuah negara Islam, mengapa dia melarikan diri?

"Mungkin dia tahu yang dia yang akan disembelih dan bukan saya yang akan kena sembelih...jadi dia perlu menyembunyikan dirinya,” kata Lim pada sidang media hariannya di Sibu.

Semalam, Wong (bawah

DAP Tolak Negara IslamTidak Pelik, Yg Peliknya UMNO Yg Tolak Negara Islam

BN menggunakan negara Islam sebagai modal untuk menakutkan pengundi Cina kepada DAP. Blog ini berpendapat DAP memang memang menolak negara Islam dari dahulu lagi.

Jadi mengapa ianya ditimbulkan di Sibu. Penolakan DAP terhadap negara Islam memang TIDAK PELIK. Tetapi YANG PELIKNYA ialah mengapa Umno yang mengaku PArti Islam terbesar dan pimpinannya semua Islam MENOLAK NEGARA ISLAM.

Jadi sebenarnya isu NEGARA ISLAM bukan isu besar yang harus dibimbangkan. DAP sepatutnya menangkis isu ini dengan membuat pendirian tegas bahawa mereka MENOLAK NEGARA ISLAM sama seperti Umno.

PAS juga perlu membuat kenyataan menghormati keputusa DAP MENOLAK NEGARA ISLAM seperti yang pernah dinyatakan oleh pemimpin DAP sebelum ini. Mungkin mereka menolaknya kerana mereka belum faham dan bimbang hak dan kebebasan serta kebajikan rakyat bukan Islam terabai. Jadi tugas PAS ialah memberi kefahaman kepada DAP dan seluruh rakyat Malaysia.

Masalahnya sekarang, BAGAIMANA KITA HENDAK MEMBERI FAHAM KEPADA UMNO DAN PEMIMPINNYA YAG MASIH TIDAK MAHU FAHAM ATAU SENGAJA BUAT TIDAK FAHAM.

Politik Machievelli yang matlamat menghalalkan cara, bukannya perkara baru bagi UMNO-BN. Sikap jijik lempar batu sembunyi tangan yang diamalkan adalah antara cara untuk meraih kemenangan politik pemimpin BN. Apatah kini dengan penasihat Yahudi APOCO akan lebih terserlah lagi etika jahat pulitik BN. Kerana itu kita tidak hairan jika sekiranya berlaku PRK di Kelantan, Terengganu & Kedah, nescaya kita akan lihat wajah-wajah munafik UMNO-BN amat warak dan zuhud sekali meskipun disebalik itu tingkah-lau dan perangai mereka adalah ‘a`uzubillah’.

Mereka siap berjubah dan berkupiah menunjukkan betapa kuatnya mereka berjuang untuk Islam. Lihat di Manik Urai atau di Pengkalan Pasir. Wanita UMNO dan Puteri semua turun berkempen dengan bertudung litup. Begitu juga dengan Parlimen Kuala Terengganu. Sembahyang sentiasa berjamaah 5 waktu. Duduk di Masjid mengalahkan tok imam.

Apabila mereka bertemu dengan golongan bukan Islam, lihatlah pula wajah-wajah liberal mereka bahkan sanggup menghina ajaran dan hukum-hakam mereka sendiri. Jenis gergaji, tarik makan sorong pun makan. Kalau haiwan maging macam harimau dan serigala mereka hanya sekadar makan daging sahaja. Kalau Maun pula seperti kerbau dan lembu, mereka sekadar makan daun dan tumbuh-tumbuhan. Tetapi BN ini jenis binatang maserba. Semua dia sapu. Dia bukan peduli daging ke daun. Kepala kereta-api pun dia makan. Bukan kira halal-haram. Bukannya nak amar ma’ruf serta nahi munkar. Bahkan dialah raja pembawa kemunkaran. Meskipun perkara itu tidak benar, UMNO-BN mendiamkan dirinya kerana ia memberi kemenangan kepada mereka dari segi politik.

Allah menyebut sikap tidak istiqamah ini dalam al-Quran agar menjauhi golongan seperti ini.

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَى شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ

Tuesday, May 11, 2010

Negara Islam: BN buat 'pukulan maut' pada DAP

Malaysia Kini

Dengan kempen pilihan raya yang masuk hari ketiga, BN dan pakatan pembangkang kini bertumpu kepada isu negara Islam dengan kedua-dua pihak mencabar pendirian masing-masing berhubung perkara itu.

Ia merupakan suasana yang berbeza memandangkan kebiasaaannya isu tempatan mengatasi isu nasional dalam pilihan raya Sarawak. BN diwakili Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang mengambil pendirian tegas berhubung isu itu dan sebaliknya mencabar DAP sama ada sama ada parti itu menyokong negara Islam seperti yang dibawa rakannya PAS.

"Ini merupakan cabaran kami kepada DAP. Mereka asyik bercakap mengenai perubahan. Kami mahu mereka nyatakan sama ada mereka sokong sebuah negara Islam.

"Kami mahu pemimpin DAP, jika mereka benar-benar serius bagi membawa masa depan yang lebih baik bagi Sarawak, mereka mesti umumkan bahawa mereka tidak mahu sebuah negara Islam ala PAS," kata ketua publisiti SUPP Sibu Daniel Ngieng pada sidang akhbar sempena pilihan raya kecil di Sibu hari ini.

Ketumpulan Akal Shafie Afdal

Apabila kita hendak menipu orang, ilmu menipu perlu ada dalam diri kita. Kalau ilmu itu tidak ada, orang akan dapat mengesan penipuan kita dengan mudah. Kita akan diperlekehkan dan dianggap tidak cerdik.

Hal ini berlaku kepada Shafie Afdal. Dia mendakwa UMNO-BN tidak merasuah dalam kempen pilihan raya. Alasannya ialah semua yang diberikan pada masa itu sudah diluluskan oleh kerajaan melalui NKRA.

Orang yang cerdik akan segera ternampak aspek kurang cerdik menteri dari Sabah ini. Maksud kenyataan yang dikeluarkannya itu ialah BN sudah menyiapkan wang untuk setiap bahagian pilihan raya sebelum wakil rakyatnya meninggal dunia lagi. Wang itu terus disalurkan setelah wakilnya pergi untuk selama-lamanya. Sejak bila pula UMNO-BN bijak dalam soal ramal-meramal ni?

Kejahilan UMNO Terserlah di Sibu

Perkembangan yang menggalakkan telah berlaku di Sibu. Isu agama dibangkitkan oleh SUPP. Dakwaannya ialah undi untuk DAP merupakan sokongan kepada PAS untuk membentuk negara Islam. Rakyat sudah tahu bahawa UMNO telah berjaya menakut-nakutkan semua parti bukan Islam dalam BN tentang perjuangan PAS menegakkan sebuah negara Islam di Malaysia. Imej negara Islam ala PAS itu telah ditampalkan dengan ekstremisme dan konservatif. Maka dipancarkanlah ketidaksesuaian pelaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

PAS yakin Pakatan Rakyat berpeluang menang di Sibu

Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin Pakatan Rakyat berpeluang menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu jika gelombang sokongan masyarakat Cina di Semenanjung turut melanda Sibu.

Menurutnya, pengundi Cina di Semenanjung telah menunjukkan perubahan positif dengan menyokong Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum lalu dan pada siri pilihan raya kecil berikutnya.

"Kita mengharapkan gelombang di Semenanjung di mana pengundi Cina menunjukkan perubahan yang baik dan positif, memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Sekiranya arus ini sampai ke Sibu, kita boleh menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas peluang Pakatan Rakyat pada PRK Sibu 16 Mei ini.

Ditanya kempen BN yang memainkan isu negara Islam kepada masyarakat Kristian di sana, beliau yakin masyarakat Sibu sudah faham demokrasi dan politik Malaysia.

Kehangatan PRK Sibu, kemenangan Pakatan Rakyat

Harakah Daily

Parlimen P.212 Sibu terletak agak pedalaman Sarawak berbanding Kuching atau Miri. Ia meibatkan tiga dewangan undangan negeri iaitu N.47 Bawang Assan, N.48 Pelawan dan N.49 Nangka. Sementara geografinya adalah satu kawasan dengan sifat relifnya beralun direntasi Sungai Rejang dan cabangnya Sungai Igan. Berada dalam Bahagian Sibu, dengan Mukah terletak di sebelah utara, Sarikei di selatan manakala Kapit di sebelah timurnya.Ia satu kawasan pembalakan yang penting menjadikan Bandar Sibu sebagai pusat perniagaan balak dan pertumbuhan ekonomi perniagaan.

Atas faktor geografi dan ekonomi perniagaan, Sibu merupakan pusat penempatan penduduk Cina terbesar, khususnya suku Foochow.

Parlimen Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 52,158 pengundi biasa dan 2,537 undi pos, merangkumi 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis.

Menurut senarai pemilih yang dikemas kini sehingga 9 April lepas, pengundi dari kaum Cina adalah hampir 67 peratus daripada jumlah pengundi, diikuti Melayu/Melanau (10.5 peratus) dan bumiputera Sarawak (22 peratus). Lihat jadual 1 dan Jadual 2 berikut.

Jadual 1: P.212 Sibu: Pecahan kaum

Jumlah 54,695 [Cina 67.00% (36,646), Melanau 11.00% (6,016), Bumiputera 22.00% (12,033)]

Jadual 2: P.212 Sibu: Pecahan jenis

Jumlah 54,695 [Biasa 67.00% (52,158), Tentera 11.00% (1,910), Polis 22.00% (2,627)]

Sunday, May 9, 2010

Sultan Sharafuddin Perlu Waspada Dengan Pengampu

MSO

NASIHAT dan teguran ikhlas Sutan Selangor, Sultan Sharafuddin Idsris Shah agar parti politik tidak menggunakan masjid untuk tujuan politik (jahat) nampaknya sudah menjadi isu yang dipolemikkan. Teguran itu telah dibawa terlalu jauh untuk kepentingan politik satu-satu pihak.

Apakah ini melambangkan golongan politik kita (Melayu) sudah kekeringan modal atau bersikap macam ikan lampam, yang akan menerkam apa saja objek yang jatuh dari atas jemburan atau jambatan. Meskipun yang jatuh itu hanya bulu ayam atau ketulan busuk, mereka merebut dan mengomolnya sehingga terkoyak muncung?

Sepatutnya semua pihak tidak mudah cuba menari mengikut gendang sendiri dalam melihat titah ikhlas Sultan Selangor tempoh hari itu. Sebelum mereka memberi reaksi seharusnya melihat apakah maksud baginda sebenarnya. Mereka juga perlu menyedari apakah baiknya untuk mereka terus menyerang mana-mana pihak ekoran teguran itu. Dalam hal ini cubalah bercakap secara ikhlas dan jujur. Belajar jadi ikhlas dan orang benar sejenak.

'M'sia bukan masyarakat judi'

Malaysia Kini

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan maslahah'. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair). Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

Krisis Istana: MB perjelas sebab 'berdiam diri'

Malaysia Kini

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau gagal mentadbir negeri berikutan tindakannya berdiam diri berhubung kemelut Istana Kelantan.

Katanya walaupun beliau dianggap sebagai penasihat kepada Sultan tetapi berpendapat adalah lebih baik mendiamkan diri daripada mengambil sesuatu tindakan yang tidak disenangi pihak tertentu kerana ia adalah masalah dalaman keluarga.

Nik Abdul Aziz berkata, dalam Islam mendiamkan diri juga merupakan suatu nasihat daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh mengeruhkan lagi suasana dalam keluarga itu.

DAP harapkan keajaiban politik untuk menang

Malaysia Kini

DAP berharap keajaiban politik akan berlaku bagi membolehkan mereka memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu pada Ahad depan.

Pemimpin kanan dan Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, hari ini berkata parti itu menghadapi laluan sukar untuk berdepan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil ini.

Malah, beliau meramalkan peluang DAP untuk menang hanya 40 peratus.

"Pertarungan untuk abad ini telah bermula dan kami mahu penduduk Sibu untuk bersuara," katanya pada sidang akhbar yang diadakan selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu selesai hari ini.

Sibu: DAP menongkah arus, Khalid Samad jadi bintang

Harakah Daily

SIBU, 9 Mei: Calon Pakatan Rakyat dari DAP terpaksa menentang arus dalam pilihan raya kecil Sibu dan mengharapkan keajaiban untuk menang dalam pilihan raya ini.

Ini kerana, mereka terpaksa menentang parti pemerintah yang kuat di negeri Sarawak ini di samping masyarakat Cina yang masih lagi percaya dengan isu seperti negara Islam yang dimainkan oleh BN di negeri ini.

"Jangan terkejut kalau di sini isu negara Islam yang sudah lapok di Semenanjung masih menjadi isu utama di kalangan masyarakat Cina di sini. Jadi peranan penceramah PAS penting untuk menjelaskan isu ini," kata seorang wartawan yang aktif menulis untuk akhbar DAP, Rocket.

Mungkin atas dasar ini, anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad antara tokoh utama yang digunakan DAP untuk berkempen bagi pihak calon mereka.

Khalid hari ini bersama-sama dengan Teresa Kok ke gereja Sacred Heart, Sibu untuk menerangkan dasar PAS. Beliau bertemu dengan para penganut Kristian di situ bersama Dr Mariah Mahmud, anggota Parlimen Kota Raja.

"Saya diberitahu, SUPP menggunakan isu PAS adalah parti eksremist di Sibu ini dalam kempen mereka, jadi saya mewakili PAS menerangkan kepada mereka, siapa dan apa perjuangan PAS yang sebenar," kata Khalid kepada Harakahdaily.

"Khalid jadi bintang kan Sibu ini," kata seorang petugas PAS, Wan Johari Wan Omar kepada Harakahdaily. Di samping itu, Khalid turut bersama Datuk Mahfuz Omar dan Dr Mariah mengiringi calon DAP, Wong Ho Leng berkempen di kawasan Melayu.(gambar)

Sibu: PAS jelaskan persepsi negatif Islam cara Umno/BN

Harakah Daily

SIBU, 10 Mei: Kempen bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu yang masuk hari ketiga hari ini memperlihatkan jentera PAS terus memainkan peranan aktif menjelaskan segala persepsi negatif terhadap Islam yang ditanam Umno BN.

Semua saluran yang ada diguna sebaiknya termasuk ziarah rumah ke rumah yang dilihat paling berkesan mencapai matlamat itu.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata selain ziarah, PAS juga membuat edaran risalah, kuliah selepas solat, ceramah dan jamuan bagi bertemu masyarakat setempat.

"Pemuda PAS termasuk ahli-ahli parlimen kita, mengikut jadual yang diatur oleh DAP.

"Kita tumpu kepada memberi penjelasan kepada masyarakat bukan Islam di sini berhubung Islam dan perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai.

Mengulas kempen pihak lawan Firdaus berkata, Umno BN masih mengekalkan teknik kempen cara lama iaitu menanam sikap perkauman kepada masyarakat.

Poster dan billboard BN katanya sering membawa mesej provokasi perkauman.