Monday, March 21, 2011

Wawancara Bersama Mujahid Bahagian 2

"Erdogan-PAS" terlalu bergantung kepada kewibawaan Nik Aziz?


Pemilihan parti 2009 tidak memberi hala tuju kepada PAS yang berada di persimpangan selepas "tsunami politik" melanda Malaysia. Antara UMNO-Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat, atau bersendirian. Sentimen akar umbi partinya cenderung untuk mengekalkan jalinan bersama PR, namun pimpinan tertinggi yang terpilih pula tidak tegas untuk mengasingkan diri dari UMNO.

Pertikaian "kerjasama dengan UMNO-BN" tetap menghantui PAS - meskipun sudah ditolak dalam muktamar, tetapi pintu "muzakarah" pula dibuka semula melalui konsep seperti "Kerajaaan Perpaduan" (UG). Pertikaian ini tenggelam-timbul untuk berbulan-bulan lamanya, sehingga Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat melontarkan cadangan Muktamar Khas untuk memberi kata dua kepadanya.

Seminar Politik PAS yang menggantikan Muktamar Khas kemudiannya mengunci ketat pintu UG, maka tenggelamlah isu "kerjasama PAS-UMNO" untuk sementara waktu. Namun, hakikatnya mendedahkan kepada kita, bahawa batu penghalang terbesar antara PAS dengan UMNO sebenarnya adalah kewibawaan Nik Aziz. Malah, pertandingan jawatan Timbalan Presiden, yang menyaksikan pertarungan antara penyandang Nasharuddin Mat Isa dengan Husam Musa (seorang lagi calon, Mohamad Sabu) pada tahun 2009, ditafsir sebagai pertarungan proksi antara Presiden PAS Hadi Awang dengan Nik Aziz.

Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 13 Februari 2011 di ibu pejabat PAS, Mujahid Yusof menekankan kepentingan wujudnya institusi Majlis Syura, malah jawatan Mursyidul Am dalam struktur organisai PAS. Bagaimanapun, penulis buku "Menuju PAS Baru- Krisis, Peluang dan Dinamisme" ini enggan/gagal memberi jawapan kepada soalan "andaian" - apakah yang bakal terjadi seandainya Nik Aziz yang berusia 80 tahun ini tidak lagi berada di situ?

Lanjutan senario "Erdogan vs pro-UG"?

MR: Bagaimana YB melihat pemilihan yang bakal berlangsung pada Jun 2011 ini...

Mujahid (celah): Sangat menarik.

MR: Apakah senarionya lanjutan daripada pemilihan pada tahun 2009?

Mujahid: Ya, selalunya dalam mana-mana pemilihan parti, pihak yang kalah tidak akan diam. Dia akan meneruskan usaha-usaha untuk memastikan bahawa dia dapat bertapak. Jadi bagi saya, apa yang berlaku pada tahun 2009 akan terus berlaku pada tahun 2011.

MR: Tapi adakah senarionya akan berubah selepas dua tahun?

Mujahid: Senario tidak akan berubah. Malah perkembangan yang berlaku di sekeliling ini memberikan lagi satu keperluan kepada PAS untuk melakukan satu perubahan yang lebih mendasar, satu perubahan yangg lebih meyakinkan orang ramai.

Orang nombor dua

Wawancara bersama Mujahid bahagian 1

Sokongan pengundi Cina bimbangkan PAS?

Ibarat "seni yang memungkinkan kemustahilan" itu sendiri menjelaskan bahawa politik kadang-kala melangkaui "logik". Kemenangan tidak semestinya menjanjikan kesenangan, jikalau tidak dikendalikan dengan baik; sokongan pula tidak semestinya mendukung, tetapi boleh juga meruntuhkan sesebuah parti politik. Demikianlah dilema PAS yang perlu dikendalikan dengan cermat - apabila sokongan Cina terhadap parti ini kelihatan lebih terserlah daripada undi tradisionalnya yang bersumberkan Melayu-Muslim.

Pertama, sesungguhnya PAS melalui Pakatan Rakyat berjaya meraih undi Cina, namun pola pengundian juga menunjukkan penurunan undi Melayu di kawasan desa terhadap PR. Realitinya, kebanyakan calon PAS bertanding di kawasan majoriti Melayu, dan jelas pola pengundian terkini tidak memihak kepada PAS. Keduanya, PAS-PR yang diserang media milikan pemerintah terpaksa meyakinkan Melayu bahawa kepentingan kaum majoriti ini tidak akan tergadai, seandainya PR menawan Putrajaya. Apabila retorik ini terlebih dikumandangkan, ia memberi persepsi kepada masyarakat bukan Melayu bahawa PAS-PR tidak berbeza dengan UMNO-BN.

Malah, peristiwa sejarah parti mungkin menghantui sesetengah pemimpin PAS yang mahu "menasionalkan" partinya. Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menginstitusikan bukan muslim dalam kerangka parti PAS, dikhuatiri mengulangi nasib Chinese Consultative Council (CCC), yang dikambing-hitamkan selepas kekalahan PAS dalam PRU 1986. Presien PAS ketika itu, Yusof Rawa melihat pertikaian terhadap CCC sebagai undi tidak percaya terhadap dirinya, lantas beliau letak jawatan atas nama "prinsip".

Sunday, March 6, 2011

Mesyarat Agung PAS Cawangan Desa Surada ke-12

Alhamdullillah, Mesyuarat Agung kali ke 12 telah selamat diadakan. Mesyuarat kali ini merupakan mesyuarat pemilihan. Beberapa muka baru telah diketengahkan untuk memaju pergerakan cawangan.






Antara AJK penggal 2009 -2011
Ketua Muslimat, Timbalan Ketua Cawangan, Setiausaha, Bendahari, Ketua Cawangan dan Pengerusi Tetap.










Uccapan aluan dari Pengerusi Tetap













Bacaan doa sebelum majlis bermula oleh Hj Esa.













Ucapan pembukaan dari Ketua PAS Cawangan.


















Ucapan perasmian dari Ketua Penerangan PAS Kawasan


















Penyampaian saguhati













Hidangan pagi, meehon goreng la.


















Menjamu selera sebelum bersidang.


















Salah seorang ahli cawangan mengemukakan soalan dan cadangan untuk penambahbaikan.