Monday, March 8, 2010

JAMIL KHIR SEBAGAI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI UNTUK BACA TALQIN


Confirm Mejer Jeneral (B) Jamil Khir Umno. Kawan lama saya sewaktu di Maktab Mahmud Alor Setar. Kemudian beliau belajar di Akademik Islam Universiti Malaya. Dia senior saya 2 tahun. Bapa dan adik beliau Pas totok. Ayah pernah menjadi AJK Pas Kawasan Jerai. Adiknya pula pernah menjadi Ketua Pemuda Pas Kawasan.

Saya pernah diberitahu oleh Kapten (B) Ustaz Jamsari (Pengarah Unit Amal Pusat), bahawa Jamil Khir ini kaki mengampu dalam KAGAT. Kami yang berfikrah Pas dalam Kagat, cukup menyampah dengan beliau dan mereka beritahu kepada saya memang dia Umno.

Masalahnya biasalah ustaz Umno ini dia jumpa dengan kita tidak mengaku dia sokong Umno. Jamil Khir pernah beritahu kepada saya, orang kampung duduk kata dia akan bertanding atas tiket Umno, orang Umno kata akan bertanding atas tiket Pas. Saya pun kata dekat dia, inilah anta tidak jelas dalam penderian politik. Dan saya beritahu kepada dia jangan cemarkan keluarga anta yang terkenal sebagai orang kuat Pas.

Jamil Kata Nik Aziz Tak Faham, Saya Pula Tak Faham Dengan Jamil

SAYA tidak faham dengan ulah dan sikap Menteri Agama, Jamil Khir Bahrom yang kesal dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengeluarkan kenyataan menganggap Mufti Perak, Harussani Zakaria sebagai ejen Umno. Nik Aziz membuat tuduhan begitu sewaktu membidas balik Harussani yang meyebut namanya dalam satu majlis tanpa kehadirannya beberapa hari lalu.

Nik Aziz merujuk Harussani sebagai ejen Umno apabila berusaha keras untuk menyatukan Pas dengan Umno khasnya di Perak selepas pilihan raya umum lalu. Mufti itu sanggup ke Kota Bharu dalam hujan untuk berjumpa Nik Aziz dan minta Pas menubuhkan kerajaan bersama Umno di Perak.

Kenapa Jamil begitu merasa terhina bagi pihak Harussani apabila Nik Aziz melebelkan Harussani sebagai ejen Umno?

NIK AZIZ: Harussani Mufti atau Mufta?

Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Dua Tahun Pakatan Rakyat, PAS Kekal Sebagai Komponen Yang Penting

Pada hari ini, 8 Mac adalah hari yang paling bermakna buat rakyat dan Pakatan Rakyat (PR). Dua tahun yang lalu iaitu pada 2008 rakyat telah menunjukan betapa seriusnya mereka mahukan perubahan dalam kepimpinan negara. Kelantan kekal ditangan PAS dan lima negeri lagi jatuh ke tangan PAS, PKR, DAP iaitu-Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan (Mujurlah Wilayah tidak ada DUN).

Dengan kejayaan itu, ia memberikan inspirasi kepada penubuhan PR yang mengukuhkan kedudukan rakyat yang bencikan kezaliman BN. PR menguasai 82 kerusi Parlimen dan BN menguasai 140 kerusi Parlimen.

Selepas 8 Mac 2008, Umno kembali menyedari bahawa mereka kini kembali bersendirian menjadi juara BN selepas kekalahan teruk komponen lain kecuali parti-parti di Sabah Sarawak. Umno cuba memujuk PAS untuk bergabung di Selangor, Perak dan Kedah. Di Perak mereka mengunakan Mufti Negeri itu, Tan Sri Harussani Zakaria untuk memujuk PAS mewujudkan kerajaan campuran dengan Umno. Namun PAS terbukti sebagai parti yang mementingkan persahabatan dan tidak pernah lupa akan dosa-dosa Umno-BN kepada rakyat. Ke semua tawaran penuh tipu muslihat itu ditolak dan PAS nekad mewujudkan Kerajaan Pakatan.

Sunday, March 7, 2010

PAS tidak perlu Zulkifli - Mahfuz

Harakahdaily

SHAH ALAM, 7 Mac: “Mungkin dia (Tuan Ibrahim) berniat dakwah, tapi saya anggap kenyataan itu masih bersifat peribadi yang tidak perlu dipolemikkan,” kata Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS petang tadi selepas menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor.

Sehubungan itu, Mahfuz berkata, keterbukaan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempelawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Nordin menyertai PAS seperti yang dilaporkan akhbar elektronik mStar hari ini wajar diteliti terlebih dahulu oleh kepemimpinan tertinggi PAS.

Umno pelawa Zulkifli guna platformnya

Ketua Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, mempelawa Zulkifli Noordin yang dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menjadikan Umno sebagai platform untuknya terus berkhidmat kepada rakyat.

"Memandangkan YB Zul (Zulkifli) sudah tidak percayakan lagi hala tuju dan prinsip PKR, beliau boleh menjadikan Umno sebagai platformnya bergerak untuk berkhidmat kepada rakyat seperti yang sudah dijalankan Umno selama ini", katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Beliau juga berkata, pemecatan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu itu menjadi bukti jelas bahawa PKR tidak membenarkan proses demokrasi berjalan di dalam parti pembangkang itu.

"Pendirian parti ini untuk menyelesaikan masalah besar hanya ditentukan oleh beberapa kerat pemimpin yang mementingkan populariti dan kepentingan jawatan mereka saja," katanya.

Zulkifli yang dipecat semalam berkata, beliau mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

- Bernama

PKR pecat Zulklifi Noordin

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Apa itu GST?, Orang Ramai Tak Ambil Peduli GST?

"Dalam kita membicara isu politik lompat, isu pemilihan MCA, isu penderaan kanak-kanak, isu pembunuhan dan jenayah berat dan lain-lain isu yang merwarnai bumi Malaysia.

Saolah-olah jenayah dera, ragut, bunuh sudah menjadi berita biasa. Kaum lelaki jadi pembunuh dan kaum perempuan pun jadi pembunuh. Hebat Malaysia boleh, 1 Malaysia.

Pada tahun 2011 kerajaan UMNO/BN akan melaksanakan "Cukai Perkhimatan dan Barangan" atau inggerinya "GST". Berapa ramaikah orang ramai yang tahu dan faham apa itu "GST"/"CPB". Apa kena-mengena dengan setiap rakyat Malaysia apabila kerajaan melaksanakan?. Apakah kesan "GST" kehidupan harian setiap individu?. Atau mungkin orang ramai tak ambil kisah atau tak ambil tahu kesan "GST".

Thursday, March 4, 2010

Mohsin hadapi solat hajat tujuh hari tujuh malam

Malaysiakini

Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

PAS nekad bantah GST

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membantah cadangan Kerajaan Barisan Nasional yang nekad melaksanakan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) dilaksanakan menjelang pertengahan 2011 bagi mengantikan cukai perkhidmatan dan jualan sedia.

Pada masa ini kedua-dua cukai itu masing-masing berada 10 peratus dan lima peratus, tetapi hanya meliputi barang mewah sahaja dan bukannya barangan keperluan utama. Walaupun GST hanya 4 peratus tetapi ia akan melibatkan ke semua jenis barang termasuk barangan keperluan utama yang dikawal.