Friday, March 26, 2010

Bukti kejujuran dan keikhlasan terhadap PR


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada PKR yang mempunyai keberanian dan ketegasan untuk mengambil tindakan terhadap Zulklifli Noordin. Walaupun berhadapan dengan kemelut peristiwa MP yang melompat, PKR masih tetap sanggup melakukan apa yang diperlukan untuk menjamin kestabilan PR. Walaupun mereka sedar bahawa pemecatan Zul akan menyebabkan PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan DAP akan mempunyai satu kerusi lebih dari PKR, namun mereka terus bertindak tegas. Syabas!

Tindakan tegas ini memberi mesej yang jelas berhubung komitmen PKR terhadap PR. Sekiranya mereka mementingkan diri mereka semata-mata dan meletakkan PR sebagai perkara yang tidak begitu penting di mana PR di letak di bahu dan bukan di kepala, sudah pasti mereka akan mempertahankan Zul Nordin (gambar kanan). Mungkin dengan amaran keras secara bertulis akan dianggap sudah memadai. Mengapa mereka perlu kehilangan satu kerusi demi menjaga PR?

Kepentingan PR didahulukan

Seperti yang selalu disebut, "politics is as numbers game, the more seats you have, the stronger you are

Ratusan umat Islam bantah akhbar Sweden

Kira-kira 500 umat Islam berkumpul di depan kedutaan Sweden di ibu negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan tiga akhbar Sweden yang didakwa menghina Nabi Muhammad hari ini.Sejurus selepas menunaikan solat Jumaat di masjid bersebelahan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak, mereka berarak di kedutaan tersebut, kira-kira 500 meter sahaja daripada tempat tersebut.


Kumpulan tersebut diketuai Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

Di samping bertakbir dan berselawat, mereka melaungkan slogan anti-Sweden seperti “Biadap Sweden” dan “Jahanam Sweden”.

Mereka juga membawa kain rentang dan poster bertulis “Kami kasih Nabi", “Jangan Hina Nabi Muhammad” dan "Kami berjuang untuk nabi kami".

Thursday, March 25, 2010

Nikmat Kesihatan

Ini adalah cerita bergambar yang sebenar .
Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita.


Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

SOKONGAN UNTUK DIADAKAN SIDANG TERGEMPAR OIC BAGI MEMBINCANGKAN TINDAKAN TERHADAP ISU PENCEROBOHAN AL-QUDS

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa pencerobohan pasukan bersenjata Zionis Israel terhadap Masjid al-Aqsa untuk kesekian kalinya adalah merupakan satu lagi siri tindakan keganasan tajaan negara haram Israel yang melangkaui kewarasan tamadun manusia. Tindakan zalim itu bukan sahaja dialami oleh penduduk awam Baitulmaqdis dan Palestin, tetapi ianya juga merupakan satu tindakan angkuh serta bongkak regim Zionis terhadap umat Islam di seluruh dunia.

Sehubungan dengan itu, PAS ingin menyokong gesaan yang dibuat oleh Speaker Mahmoud al-Abrash dari Syria, Speaker Ali Larijani dari Republik Islam Iran dan Speaker Turki Mehmet Ali Sahin supaya OIC memanggil sidang tergempar bagi membincangkan tindakan yang berkesan terhadap keganasan regim Zionis Israel terhadap tempat suci dan penduduk awam Palestin.

PAS menyedari bahawa tindakan yang diambil oleh OIC sebelum ini ternyata tidak berupaya untuk mengekang keganasan pihak Zionis Israel, tetapi dalam masa yang sama semua pihak adalah tidak wajar untuk berputus asa dalam mencari penyelesaian terhadap konflik ciptaan Zionis itu. PAS juga ingin menyeru agar rakyat dan kerajaan umat Islam serta seluruh pencinta keamanan dari kalangan masyarakat antarabangsa agar dapat merangka strategi baru yang lebih serius dan berkesan untuk memberikan tekanan kepada regim Zionis itu.


Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Pinda Rukun Negara,satu langkah yang tepat

Harakah Daily

1. Gesaan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ] agar Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan dipinda kepada "Kepercayaan [ keyakinan ] kepada Allah" .

2.Sekurang - kurangnya 2 asas utama sebagai latar belakang yang mewajarkan pindaan tersebut dilakukan .

a] Malaysia adalah sebuah negera yang telah mengisytiharkan Islam sebagai agama Rasminya dan ia dimaktubkan didalam perlembagaan negara biarpun menyedari Malaysia adalah sebuah negara masyarakat majmuk dan ianya diperakui.

Sunday, March 21, 2010

Attempt to Suspend Me a Rotten Joke, Says Anwar


Malaysian Insider

Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has described a possible censure over his allegations in Parliament that 1 Malaysia was copied from Ehud Barak’s 1 Israel as a “rotten joke”.

The Permatang Pauh MP also insisted that it was a “strange coincidence” both the Malaysian and Israeli administrations had hired public relations consultants, Apco Worldwide.

When quizzed about Apco’s denial of having coined either term, Anwar countered: “Then what are they taking money for? To pay for what? Apco should not be involved in domestic politics in our country.”

Anwar diberi seminggu jelaskan 'One Israel'


Dewan Rakyat kecoh hari ini apabila ketua pembangkang diminta menjelaskan kenyataannya di dalam dewan minggu lalu yang mengaitkan kerajaan dengan sebuah firma penasihat Israel.

Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN - Kota Belud) bangun menyatakan perkara itu bawah perkara 37 (1) yang dibacakan sekali dengan perkara 36(12) peraturan mesyuarat.

Friday, March 19, 2010




Lebih 2,000 Orang Asli ke Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri berkenaan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.

orang ssli protest at putrajaya 170310 04Kira-kira seribu lagi petang tadi berkumpul di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.

Orang bukan Islam 'membaca' penganut Islam

Harakah Daily

"Jangan menilai buku pada kulitnya" -- Ungkapan ini sememangnya senang diucap tapi berapakah ramai orang yang betul-betul dapat melakukannya? Soalan yang sama turut boleh diajukan kepada orang bukan Islam dalam soal memahami agama Islam -- lazimnya bagaimanakah mereka mendapat pengetahuan dalam mengenali ajaran agama Islam?

Berapakah orang bukan Islam yang mengambil inisiatif untuk membaca buku Al-Quran dan Hadis untuk memahami agama Islam? Jarang sekali. Dalam soal agama, khususnya di negara kita di mana majoriti penduduknya beragama Islam, orang bukan Islam memahami ajaran agama Islam bukan dengan menggaji buku al-Quran, tetapi membacanya melalui tingkah-laku orang yang beragama Islam.

Jangan Kufur Nikmat Allah

Soal rezeki, jodoh, hidup dan mati adalah ketentuan Allah. Namun kita disuruh berusaha dan berdoa. Namun, jika kita kufur dengan nikmat kurniaan Allah, dibimbangi Allah akan murka dan menarik kembali nikmat tersebut. Lebih malang jika Allah takkan kurniakan lagi rezeki tersebut walau apa jua usaha kita.

Ibubapa, keluarga, isteri, anak2, harta, pekerjaan, kesihatan, kelapangan.. adalah antara rezeki pinjaman Allah. Dia berkuasa memberi dan menarik kembali. Moga hati2 kita sentiasa hidup dan celik untuk menghayati dan mensyukurinya.

Allah kurniakan para pembesar Arab dengan rezeki yg melimpah ruah hasil dari 'emas hitam'
yg terkandung dalam bumi mereka.

Mereka bebas menyediakan apa saje dari rezeki tersebut.

Mereka bebas menumbangkan beratus2 ekor kambing untuk santapan mereka.

Mereka bebas memborong beratus2 kilo beras untuk hidangan mereka.

Tiada lafaz.. apabila menatap gambar ini.

Ntah apa kenikmatan dan kepuasan yg mereka rasa agaknya?

Setelah puas menjamu nafsu perut, terpandangkah mereka akan sisa ini?

Rezeki kurniaan Allah dibazirkan begitu saje.

Di mana hati2 mereka ketika melihat gelagat anak kecil ini?

Atau tak peduli langsung untuk menatap wajah anak ini?

Ahh.. tak sanggup rasanya untuk mengulas wajah2 malang ini..
Saksikanlah sendiri dengan hati yg terbuka. Moga hidayah Allah menerjah pintu hati kita.





Tak perlu kita menuding kesemua jari kita ke arah pembesar2 Arab tadi. Lihat cermin dan tepuklah dada, tanya hati kita.. Ada bezakah kita dengan mereka?

Majlis2 kenduri di sana sini.. dibuat besar2an. Berkawah2 makanan disediakan. Puas menjamu tetamu, ada lebihan dibungkus dan diserahkan kepada jiran2. Selebihnya mungkin dibuang ke longkang.

Jiran2 pula simpan makanan tu di peti sejuk. 3 4 hari terperap. Bila teringat atau terdesak, baru dikeluarkan. Tengok makanan dah seminggu, dah takde selera. Last2 dicampak dalam tong sampah.

Soal pembaziran makanan, rata2 masyarakat kita tak jauh beza dengan para pembesar Arab tadi. Cuma berbeza dari segi cara pembaziran, namun ia tetap berlaku.

Tak percaya? Time lunch korang pegilah ke kedai2 makan, restoran.. Tengok setiap pinggan org yg dah selesai makan. Kira berapa banyak pinggan yg licin tanpa sisa makanan ( tulang ayam tu tak kira la.. apo la ). Masa ceduk nasi dan lauk, macam dah seminggu tak makan.

Jika kita makan berlima dengan member2, sesiapa yg abiskan makanan sampai licin pasti akan dipandang sinis.

"Peerrgghh.. kilat sey.. makcik tu tak payah cuci pinggan ko la, haha.."

Tu yg biasa kita dengar. Jika kita tegur member yg meninggalkan sisa ( kadang2 sisa tu separuh daripada total makanan yg dia ceduk ), dengan selamba member tu bercakap sambil mencungkil gigi,

"Eh biasa la aku makan camni. Ini pun dah paling sikit la aku tinggalkan.. "

Ingatlah bro. Jangan kufur nikmat Allah. Kalau Allah dah tarik balik, baru nak nyesal, dah tak guna beb. Rezeki yg kita ada, kongsi2 lah dengan fakir miskin, pondok2 agama, anak2 yatim, madrasah, masjid & surau.. dan jangan lupa ibubapa, adik beradik dan keluarga. Untuk ingatan aku jugak.