Tuesday, May 11, 2010

Ketumpulan Akal Shafie Afdal

Apabila kita hendak menipu orang, ilmu menipu perlu ada dalam diri kita. Kalau ilmu itu tidak ada, orang akan dapat mengesan penipuan kita dengan mudah. Kita akan diperlekehkan dan dianggap tidak cerdik.

Hal ini berlaku kepada Shafie Afdal. Dia mendakwa UMNO-BN tidak merasuah dalam kempen pilihan raya. Alasannya ialah semua yang diberikan pada masa itu sudah diluluskan oleh kerajaan melalui NKRA.

Orang yang cerdik akan segera ternampak aspek kurang cerdik menteri dari Sabah ini. Maksud kenyataan yang dikeluarkannya itu ialah BN sudah menyiapkan wang untuk setiap bahagian pilihan raya sebelum wakil rakyatnya meninggal dunia lagi. Wang itu terus disalurkan setelah wakilnya pergi untuk selama-lamanya. Sejak bila pula UMNO-BN bijak dalam soal ramal-meramal ni?

Kejahilan UMNO Terserlah di Sibu

Perkembangan yang menggalakkan telah berlaku di Sibu. Isu agama dibangkitkan oleh SUPP. Dakwaannya ialah undi untuk DAP merupakan sokongan kepada PAS untuk membentuk negara Islam. Rakyat sudah tahu bahawa UMNO telah berjaya menakut-nakutkan semua parti bukan Islam dalam BN tentang perjuangan PAS menegakkan sebuah negara Islam di Malaysia. Imej negara Islam ala PAS itu telah ditampalkan dengan ekstremisme dan konservatif. Maka dipancarkanlah ketidaksesuaian pelaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

PAS yakin Pakatan Rakyat berpeluang menang di Sibu

Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin Pakatan Rakyat berpeluang menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu jika gelombang sokongan masyarakat Cina di Semenanjung turut melanda Sibu.

Menurutnya, pengundi Cina di Semenanjung telah menunjukkan perubahan positif dengan menyokong Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum lalu dan pada siri pilihan raya kecil berikutnya.

"Kita mengharapkan gelombang di Semenanjung di mana pengundi Cina menunjukkan perubahan yang baik dan positif, memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Sekiranya arus ini sampai ke Sibu, kita boleh menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas peluang Pakatan Rakyat pada PRK Sibu 16 Mei ini.

Ditanya kempen BN yang memainkan isu negara Islam kepada masyarakat Kristian di sana, beliau yakin masyarakat Sibu sudah faham demokrasi dan politik Malaysia.

Kehangatan PRK Sibu, kemenangan Pakatan Rakyat

Harakah Daily

Parlimen P.212 Sibu terletak agak pedalaman Sarawak berbanding Kuching atau Miri. Ia meibatkan tiga dewangan undangan negeri iaitu N.47 Bawang Assan, N.48 Pelawan dan N.49 Nangka. Sementara geografinya adalah satu kawasan dengan sifat relifnya beralun direntasi Sungai Rejang dan cabangnya Sungai Igan. Berada dalam Bahagian Sibu, dengan Mukah terletak di sebelah utara, Sarikei di selatan manakala Kapit di sebelah timurnya.Ia satu kawasan pembalakan yang penting menjadikan Bandar Sibu sebagai pusat perniagaan balak dan pertumbuhan ekonomi perniagaan.

Atas faktor geografi dan ekonomi perniagaan, Sibu merupakan pusat penempatan penduduk Cina terbesar, khususnya suku Foochow.

Parlimen Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 52,158 pengundi biasa dan 2,537 undi pos, merangkumi 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis.

Menurut senarai pemilih yang dikemas kini sehingga 9 April lepas, pengundi dari kaum Cina adalah hampir 67 peratus daripada jumlah pengundi, diikuti Melayu/Melanau (10.5 peratus) dan bumiputera Sarawak (22 peratus). Lihat jadual 1 dan Jadual 2 berikut.

Jadual 1: P.212 Sibu: Pecahan kaum

Jumlah 54,695 [Cina 67.00% (36,646), Melanau 11.00% (6,016), Bumiputera 22.00% (12,033)]

Jadual 2: P.212 Sibu: Pecahan jenis

Jumlah 54,695 [Biasa 67.00% (52,158), Tentera 11.00% (1,910), Polis 22.00% (2,627)]

Sunday, May 9, 2010

Sultan Sharafuddin Perlu Waspada Dengan Pengampu

MSO

NASIHAT dan teguran ikhlas Sutan Selangor, Sultan Sharafuddin Idsris Shah agar parti politik tidak menggunakan masjid untuk tujuan politik (jahat) nampaknya sudah menjadi isu yang dipolemikkan. Teguran itu telah dibawa terlalu jauh untuk kepentingan politik satu-satu pihak.

Apakah ini melambangkan golongan politik kita (Melayu) sudah kekeringan modal atau bersikap macam ikan lampam, yang akan menerkam apa saja objek yang jatuh dari atas jemburan atau jambatan. Meskipun yang jatuh itu hanya bulu ayam atau ketulan busuk, mereka merebut dan mengomolnya sehingga terkoyak muncung?

Sepatutnya semua pihak tidak mudah cuba menari mengikut gendang sendiri dalam melihat titah ikhlas Sultan Selangor tempoh hari itu. Sebelum mereka memberi reaksi seharusnya melihat apakah maksud baginda sebenarnya. Mereka juga perlu menyedari apakah baiknya untuk mereka terus menyerang mana-mana pihak ekoran teguran itu. Dalam hal ini cubalah bercakap secara ikhlas dan jujur. Belajar jadi ikhlas dan orang benar sejenak.

'M'sia bukan masyarakat judi'

Malaysia Kini

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan maslahah'. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair). Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

Krisis Istana: MB perjelas sebab 'berdiam diri'

Malaysia Kini

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau gagal mentadbir negeri berikutan tindakannya berdiam diri berhubung kemelut Istana Kelantan.

Katanya walaupun beliau dianggap sebagai penasihat kepada Sultan tetapi berpendapat adalah lebih baik mendiamkan diri daripada mengambil sesuatu tindakan yang tidak disenangi pihak tertentu kerana ia adalah masalah dalaman keluarga.

Nik Abdul Aziz berkata, dalam Islam mendiamkan diri juga merupakan suatu nasihat daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh mengeruhkan lagi suasana dalam keluarga itu.

DAP harapkan keajaiban politik untuk menang

Malaysia Kini

DAP berharap keajaiban politik akan berlaku bagi membolehkan mereka memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu pada Ahad depan.

Pemimpin kanan dan Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, hari ini berkata parti itu menghadapi laluan sukar untuk berdepan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil ini.

Malah, beliau meramalkan peluang DAP untuk menang hanya 40 peratus.

"Pertarungan untuk abad ini telah bermula dan kami mahu penduduk Sibu untuk bersuara," katanya pada sidang akhbar yang diadakan selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu selesai hari ini.

Sibu: DAP menongkah arus, Khalid Samad jadi bintang

Harakah Daily

SIBU, 9 Mei: Calon Pakatan Rakyat dari DAP terpaksa menentang arus dalam pilihan raya kecil Sibu dan mengharapkan keajaiban untuk menang dalam pilihan raya ini.

Ini kerana, mereka terpaksa menentang parti pemerintah yang kuat di negeri Sarawak ini di samping masyarakat Cina yang masih lagi percaya dengan isu seperti negara Islam yang dimainkan oleh BN di negeri ini.

"Jangan terkejut kalau di sini isu negara Islam yang sudah lapok di Semenanjung masih menjadi isu utama di kalangan masyarakat Cina di sini. Jadi peranan penceramah PAS penting untuk menjelaskan isu ini," kata seorang wartawan yang aktif menulis untuk akhbar DAP, Rocket.

Mungkin atas dasar ini, anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad antara tokoh utama yang digunakan DAP untuk berkempen bagi pihak calon mereka.

Khalid hari ini bersama-sama dengan Teresa Kok ke gereja Sacred Heart, Sibu untuk menerangkan dasar PAS. Beliau bertemu dengan para penganut Kristian di situ bersama Dr Mariah Mahmud, anggota Parlimen Kota Raja.

"Saya diberitahu, SUPP menggunakan isu PAS adalah parti eksremist di Sibu ini dalam kempen mereka, jadi saya mewakili PAS menerangkan kepada mereka, siapa dan apa perjuangan PAS yang sebenar," kata Khalid kepada Harakahdaily.

"Khalid jadi bintang kan Sibu ini," kata seorang petugas PAS, Wan Johari Wan Omar kepada Harakahdaily. Di samping itu, Khalid turut bersama Datuk Mahfuz Omar dan Dr Mariah mengiringi calon DAP, Wong Ho Leng berkempen di kawasan Melayu.(gambar)

Sibu: PAS jelaskan persepsi negatif Islam cara Umno/BN

Harakah Daily

SIBU, 10 Mei: Kempen bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu yang masuk hari ketiga hari ini memperlihatkan jentera PAS terus memainkan peranan aktif menjelaskan segala persepsi negatif terhadap Islam yang ditanam Umno BN.

Semua saluran yang ada diguna sebaiknya termasuk ziarah rumah ke rumah yang dilihat paling berkesan mencapai matlamat itu.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata selain ziarah, PAS juga membuat edaran risalah, kuliah selepas solat, ceramah dan jamuan bagi bertemu masyarakat setempat.

"Pemuda PAS termasuk ahli-ahli parlimen kita, mengikut jadual yang diatur oleh DAP.

"Kita tumpu kepada memberi penjelasan kepada masyarakat bukan Islam di sini berhubung Islam dan perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai.

Mengulas kempen pihak lawan Firdaus berkata, Umno BN masih mengekalkan teknik kempen cara lama iaitu menanam sikap perkauman kepada masyarakat.

Poster dan billboard BN katanya sering membawa mesej provokasi perkauman.