Usaha pihak Harakah mewujudkan e-Harakah (epaper.harakah.net.my), iaitu Harakah versi digital, adalah suatu langkah tepat, yang memancarkan pemikiran dinamik pihak pengurusan Harakah untuk menyampaikan maklumat kepada warga PAS dan rakyat Malaysia umumnya.Ketika akhbar alternatif, khususnya Harakah menerima pelbagai cabaran dan kesulitan serta karenah dari pihak tertentu, e-Harakah adalah jawapan tepat untuk menyelesaikan masalah ini. Iaitu menerusi e-Harakah, PAS dan Pakatan Rakyat dapat menyampaikan maklumat kepada warga PAS dan rakyat Malaysia umumnya mengenai perkembangan politik dalam dan luar negara, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan segalanya.
Ini suatu usaha sangat tepat selaras dengan era demokrasi digital yang sedang dinikmati oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa. Kemunculan demokrasi digital ini menyebabkan hampir tidak ada suatu kuasapun yang boleh menyekat aliran pelbagai maklumat dalam dan luar negeri.




