Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar.
Wednesday, September 8, 2010
Polis DiRaja KDN !! Terbukti Polis Balaci Kerajaan !!
Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar.
Tuesday, September 7, 2010
PAS mulakan tindakan saman terhadap Zam
| Harakahdaily |
|
|
Monday, September 6, 2010
Nik Aziz: 'I know you', Ibrahim Ali
"Kenapa isu membenarkan bukan Islam masuk rumah ibadah agama Islam diperbesarkan-besarkan, sedangkan orang bukan Islam yang membina dan membuat mimbar masjid tidak dipersoalkan" katanya.
"Ini menunjukkan rakyat Kelantan faham, termasuk bukan Islam faham mengenai Islam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian sempena Aidilfitri sumbangan Pusat Pakaian Hari-Hari kepada golongan miskin di Kubang Kerian, di Kota Baharu hari ini.
Dalam kenyataan sebelum ini, Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, menyampaikan sumbangan di surau Al-Huda, Kajang Sentral, Selangor baru-baru ini, yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam.
Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang meminta beliau membuktikan kebenaran dakwaannya dengan nas dan ayat al-Quran, Nik Abdul Aziz dengan nada sinis berkata: "I know you (saya kenal awak)".
--Bernama
Thursday, September 2, 2010
Mujahid cadang nasionalkan PAS
|
|
Hudud Bukan Hak Pas Seorang
Pas bukan gerakan Islam seperti Tabligh atau jamaah bersistem khalifah dan ahlinya kaum sufi. Pas adalah badan politik yang ahlinya mengamal dan menerima berbagai aliran mazhab. Bila disebut politik perjungan Pas untuk menegakkan syariah Islam termasuk hukum hudud secara politik. Politik ertinya bijaksana dalam melakukan sesuatu tanpa mengira halal dan haram kaedahnya. Pas menerima dan mengamalkan konsep matlamat menghalalkan cara untuk mencapai cita-cita itu.Mungkin Pas menidakkan tanggapan ini tetapi dari tindak tanduk dan perbuatan Pas ia membuktikan kenyataan itu.
Jadi untuk apa dipertikaikan mengenai hal itu. Kerana konsep itulah maka orang tidak perlu merasa pelik dengan sikap (perubahan approach
Faekah: Lebih baik Khir Toyo diam...
Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin.
Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.
Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu.
Wednesday, September 1, 2010
Demi pendidikan anak, Penan tinggal dalam rumah ayam...
"Biar betapa miskin sekalipun, pendidikan jangan dipapakan. Biar betapa perit sekalipun, kanak-kanak jangan disusahkan." Demikianlah yang dilaungkan oleh akhbar bahasa Cina di negara kita, ketika merayu derma untuk disumbangkan kepada anak-anak yang miskin di negeri China, melalui "Projek Harapan" pada tahun 1990-an.
Namun demikian, kemiskinan dan kesusahan tidak hanya berlaku di China. Di Sungai Asap, Bintulu, sekumpulan orang Penan terpaksa berpindah dan tinggal di dalam sebuah kandang ayam, kerana jarak tempat tinggal asal yang terlalu jauh dari sekolah.
Sebagaimana yang diketahui, rumah panjang di Sarawak diberi pelbagai nama yang mudah untuk dikenalpasti, misalnya Rumah Balui Liko. Tetapi, rumah panjang ini tidak mempunyai nama khas, sekadar digelar "Rumah Ayam". Tuan rumahnya, Laing Kilah, memaklumkan bahawa mereka yang mendiami rumah ini berasal dari rumah panjang Long Wat di kawasan hidroelektrik Murum, yang pada asalnya diduduki 54 keluarga. Mereka berpindah ke "kandang ayam" yang terbiar ini untuk memudahkan anak atau cucu mereka ke sekolah.
Mereka berpindah ke sini pada tahun 2007, selepas Kumpulan Shin-Yang memasuki kawasan Murum untuk menebang balak, menghalang orang asli daripada memasuki hutan dengan pelbagai sekatan. Kini, "rumah ayam" ini didiami 20 keluarga.
Berpindah ke "rumah ayam"
Daftar pemilih: DAP dan Umno terus dahului PAS
PUTRAJAYA, 1 Sept: DAP dan Umno terus mendahului PAS dalam mendaftar pemilih baru apabila masing-masing mendaftar 9,106 dan 7,230 bulan Julai lalu berbanding dengan PAS hanya PAS (3,961) manakala PKR (1,749).
Kedudukan ini menjadikan DAP dan Umno masing-masing mendaftar 38 dan 30 peratus dari jumlah keseluruhan pemilih baru yang didaftarkan Julai lalu. Jumlah yang didaftarkan oleh penolong pendaftar dari parti-parti politik Julai lalu adalah seramai 23,911 pengundi
Menurut The Malaysian Insider, jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun.
Khalid Samad: Nazir tolak majlis 'politik' PM
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi didakwa "bersikap talam dua muka" apabila cuba menggunakan sebuah masjid di Petaling Jaya untuk satu program politik.
Katanya lagi, nazir Masjid Nurul Ehsan itu bagaimanapun enggan meluluskan penganjuran majlis berbuka puasa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Salah-guna kuasa
