Wednesday, September 22, 2010

Cek RM4 bilion, GNI RM1.7 trilion hanya dongeng penglipurlara

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Cerita Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pada Hari Terbuka Program Transformasi Ekonomi (ETP) tidak ubah seperti cerita penglipurlara menyumbang derma RM4 bilion, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Dua-dua penglipurlara. Tidak ada bezanya cerita Pendapatan Negara Kasar (GNI) meningkat hampir RM1.7 trilion yang didakwa dalam program ETP di Kuala Lumpur dengan kisah derma RM4 bilion kepada PAS Kelantan di Kota Bharu.

"Yang seronoknya, Umno percaya kedua-duanya. Penglipurlara ETP sudah tentulah Umno percaya sebab mereka hendak paksa rakyat pula turut mempercayainya. Dengan pemikiran ala ETP itu, kisah penglipurlara derma RM4 bilion juga mereka telan dengan rakus," kata beliau sambil merujuk gesaan supaya 'derma' RM4 bilion itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga laporan polis mengenainya.

Monday, September 20, 2010

Malaysians But Can’t Speak Malay – Shame on You!

Malaysiadigest

Reading the news recently on a certain residents of this country that’s been giving the enumerators a hard time as they were not able to converse in the national language reminded me of my own frustrating encounters with those from this small section of society. There were a few occasions, during those times I spent at the outskirts, where I tried to converse with these people only to be snubbed just because the persons I were inquiring from didn’t know how to speak Malay and English. It just baffles me that these persons have been living in this country for all their lives yet they don’t know (or refuse to know) how to use their national language.

Open letter to Nazri and Awang Selamat: Who’s the boss? — Nurul Izzah Anwar

SEPT 20 — “...I want Awang to know that I am always sure who my boss is. It’s not (Lim) Kit Siang nor (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) because they are not prime minister of Malaysia, the chairman of BN or president of Umno.” — Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz in his open letter to Awang Selamat.

Nazri’s open letter to Awang Selamat mentioned many things that caught my attention, which include: his courage in facing criticism by the opposition, his call for Utusan Malaysia to meet its KPI of increased readership and refraining from subverting the 1 Malaysia concept by promoting Ibrahim Ali’s narrow racism, his claim of his “parliamentary civility” that led to five opposition MPs crossing over and, finally, his closing remark of being a Malaysian first and Malay next.

But the most significant was his definition of “Who’s the boss?”, which in his case is the prime minister.

I believe that the Real Boss of our nation is the rakyat and the Federal Constitution.

If all members of the Cabinet under Prime Minister Datuk Seri Najib Razak subscribe to this same belief, then Malaysians in general will benefit from clearer (and firmer) policies, a more sustainable environment for better ethnic relations, and a country where the rights of the many are held high above the interests of the few.

First and foremost to living this belief is the commitment to a free media, which I urge the Najib administration to hold sacred.

So Utusan Malaysia has to decide if Najib, Ibrahim Ali or even Tun Dr Mahathir Mohamad is its boss.

So where Utusan Malaysia is allowed to choose who its bosses are, the government can only choose to satisfy its only boss, which is the rakyat.

Therefore, I call upon Nazri and Awang Selamat to support the call for a free media, as a show of loyalty to the real boss of the nation.

* Nurul Izzah Anwar is the MP for Lembah Pantai.

Surat terbuka Nazri kepada Awang Selamat

ADUN Hulu Bernam nafi beri tazkirah, MP Kamalanathan enggan ulas

ADUN Hulum Bernam Datuk Mohamad Idris Abu Bakar
SHAH ALAM, 21 Sept — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam Datuk Mohamad Idris Abu Bakar menafikan dakwaan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bahawa beliau memberikan tazkirah, lebih-lebih lagi tanpa tauliah ketika berada di sebuah masjid di Hulu Bernam ketika Ramadan lalu.

“Bila masa pula saya beri tazkirah? Mana beliau (Khalid) tahu saya cakap pasal hal hal agama?

“Saya cuma berucap untuk merasmikan program yang dianjurkan sahaja. Bagi saya tidak ada isu, cuma ia sengaja diperbesarkan,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada program Hari Raya Bersama Perdana Menteri anjuran Badan Perhubungan Umno Selangor di sini malam tadi.

Sunday, September 19, 2010

Seruan Senyum Kambing Mingguan Malaysia Disambut !

Mingguan Malaysia melalui ruangan Senyum Kambing :

Lalu dijawab terus oleh Setiausaha Akhbar TG Nik Aziz melalui fan page : Nik Abdul Aziz Nik Mat

Ulasan : Salahkah seorang ibu berkata kepada anaknya, "Ibu tak bangga kamu belajar tinggi, tapi ibu bangga kalau kamu berakhlak mulia..". Seorang yang waras dan tahu bahasa tidak akan menganggap kenyataan itu salah. Maksud si ibu ialah akhlak lebih mulia dari pelajaran yang tinggi. Demikianlah apabila Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Saya tidak bangga menjadi Melayu, tetapi saya bangga menjadi seorang Islam.." Golongan yang waras tahu menilai maksud mudah ini. Nampaknya Mingguan Malaysia tidak termasuk dalam golongan itu. Alahai Mingguan...

Tekad Bersama Melaksana Hududullah

Firman Allah SWT:

Bermaksud : Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan keizinan daripadaNya, atas sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan Darulnaim untuk tahun 1431 kali ini. Tahniah kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan kerana berjaya mengadakan sambutan tersebut pada 9 Ramadhan bersamaan 19 Ogos 2010 yang merupakan sambutan tahunan amat penting bagi seluruh rakyat Kelantan.

Demikian pula, terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam kerana bersempena dengan sambutan hari Hududullah telah diadakan Seminar Hukuman Sebat Dalam Islam yang turut menampilkan pembentangan kertas kerja dan demontrasi pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan sivil dan syariah oleh pihak Penjara Pengkalan Chepa.

Undang-undang Allah

Undang-undang hudud merupakan undang-undang Allah. Ia difardhukan oleh Allah SWT, sebagaimana fardhu (wajib) bersolat, berpuasa dan mengeluarkan zakat. Justeru menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menegakkan undang-undang hudud sebagaimana perintah Allah SWT.

Natijahnya, kita semua boleh menerima bahawa di sekolah ada undang-undangnya yang mana pelajar perlu mematuhi arahan guru dan pentadbir, di pejabat juga ada undang-undangnya yang mana seorang pekerja perlu mematuhi arahan majikannya, di dalam negara kita juga ada undang-undangnya yang mana rakyat diminta taat patuh kepada pemimpinnya.

Penurunan Kadar Jenayah Satu Retorik

Pertamanya Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengutuk sekeras-kerasnya segala perbuatan jenayah kejam dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa jenayah terbaru iaitu:


a. Ustazah Norliza Ishak 35, (yang dibunuh kejam bersama anaknya Amirul Ayman 10, pada 3 Sept 2010 - Port Dickson )


b. Datuk Sosilawati Lawiya 47, dan 3 mangsa yang lain (juga dibunuh kejam setelah hilang sejak 30 Ogos 2010. - Kuala Lumpur )

c. Sebelum ini Mohamad Adam Muzaffar telah disembelih oleh bapanya ( Muhaimi Sautar 33, pada 24 Ogos 2010. - Kota Bharu)

d. Noraini Ahmad 20, dirogol dan dibunuh dengan kejam , ditemui dalam keadaan kepalanya cedera parah dan tangannya diikat dengan dawai pada 12 Ogos 2010. - Sungai Petani .

e. Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan 8, dan Che Ku Zaimah Che Ku Awang 28, cedera parah dibahagian muka dan mata apabila disimbah cuka getah dalam satu kejadian amuk di Kampung Sekayu pada 15 August 2010. - Hulu Terengganu .

Wednesday, September 8, 2010

MalaysiaKini

Ucapan perpisahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini secara tidak langsung terus membidas camputangan Kementerian Dalam Negeri.

Musa yang dilihat tidak mahu berundur sebelum menyatakan apa yang terbuku di hatinya, mengingatkan anggota polis dan pegawainya supaya kekal setia meskipun “menerima tekanan dari pihak atasan dari dalam dan juga luar”.

“Jangan jadi 'yes men'.
Kementerian Dalam Negeri hari ini menafikan dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campurtangan pihak ketiga dalam urusan kepolisian.

Ketua setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam yang membaca kenyataan tiga mukasurat itu berkata adakalanya syor dan perakuan PDRM (permintaan dan cadangan) tidak dipertimbangkan sepenuhnya dan ini seolah-olah boleh dipandang sebagai campur tangan di dalam urusan harian PDRM.

"Ada kalanya, cadangan oleh polis tidak dipertimbangkan sepenuhnya oleh kementerian dan mungkin ini dilihat sebagai 'campurtangan' dalam urusan harian polis.

Tergesa-gesa

Rosmah Membaca Al-Quran sambil mendedahkan Aurat ! Mana MAIS?

"Minggu lepas dan sebelumnya riuh rendah 1Malaysia membicarakan tentang pimpinan DAP dan PKR bukan Islam mencemarkan Masjid dan surau dengan memasukinya tanpa menutup aurat.
Hingga mengakibatkan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching diberikan amaran oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan beliau perlu mendapatkan kebenaran MAIS jika hendak memasuki ruang solat..

Isunya ialah beliau bukan Islam dan Tidak menutup aurat.

Bagaimana pula dengan gambar-gambar diatas dan juga dibawah.. seorang isteri kepada pemimpin Negara membaca Al-Quran sambil mendedahkan auratnya dalam majlis Khatam Al-Quran yang telah diadakan di Seri Perdana .

Hukum membaca al-Quran tanpa menutup aurat adalah jelas mengatakan yang ianya adalah haram. Untuk membaca al-Quran itu sekalipun mesti dengan mengangkat hadas kecil dan besar, inikan pula membacanya dengan membuka aurat.