Wednesday, October 6, 2010

Semua petugas PAS, Pakatan dikerah ke Galas

Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua ahli dan petugas PAS, serta seluruh petugas Pakatan Rakyat dengan kepakaran yang berbagai supaya dapat turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan.

Ini, kata Presiden PAS itu, untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di Dun Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Katanya, berikutan kekosongan kerusi N.45 Galas, PAS telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan Dun untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan yang akan diadakan pada 4 November ini.

Dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti, tambahnya PAS akan meletakkan calon yang berwibawa dan selayaknya untuk memikul amanah rakyat di Dun Galas, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Chek Hashim sepanjang tempoh beliau berdampingan dengan rakyat di Dun berkenaan.

“Bertugaslah dengan penuh semangat dan dedikasi dengan menggunakan segala bentuk ilmu kemahiran berpilihan raya, dan janganlah kita terperangkap dengan provokasi dan segala bentuk taktik buruk serta tidak bermoral yang akan dilakukan oleh lawan kita nanti.

“Sebagaimana pilihan raya kecil yang lepas, kita akan sekali lagi berhadapan dengan segala bentuk mainan media cetak dan televisyen yang berupa laporan berat sebelah, ugutan, cercaan dan rasuah janji pilihan raya terhadap pengundi,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang percaya bahawa semua petugas akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas, serta sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun.

“Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di DUN Galas nanti,” tegasnya.



Tuesday, October 5, 2010

PRK Galas 4 Nov

www.pas.org.my

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 4 November sebagai hari mengundi manakala 26 Oktober tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan perkara itu selepas SPR mengadakan mesyuarat mengenai PRK Dun Galas di sini, pagi ini.
Harakah Daily

KOTA BHARU, 5 Okt: Dewan Ulamak PAS Pusat akur kepada keputusan sesiapa sahaja calon yang akan dipilih dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas nanti.

Timbalan ketuanya, Datuk Ahmad Yakub berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Masyarakat Orang Asli di Kediaman Rasmi Menteri Besar JKR 10, hari ini.

Monday, October 4, 2010

Antara jahil atau bohong seorang menteri

Prof Abd Aziz Bari

Dua bulan lalu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, disoal pelajar mengenai kedudukan darurat di Malaysia. Soalan itu dikemukakan dalam satu persidangan dianjurkan sebuah kesatuan pelajar kita yang sedang menuntut di United Kingdom. Menurut seorang peserta yang kemudiannya menghubungi saya, Hishammuddin berkata, darurat itu sudah tidak wujud dan tidak timbul soal sesiapa boleh ditahan di bawah undang-undang darurat.

Jawapan itu memeranjatkan saya kerana ia tidak betul. Ada dua keadaan sahaja yang boleh saya fikir berhubung dengan jawapan menteri berkenaan; yakni sama ada beliau jahil atau beliau berbohong dengan pelajar-pelajar itu. Saya rasa lebih baik saya kategorikan beliau dalam kumpulan pertama kerana kalau saya letakkan beliau dalam kumpulan kedua lebih teruk kesannya kepada beliau. Ini kerana Hishammuddin ialah anggota pentadbiran kerajaan.

Perkauman: Umno tiada pilihan lain

Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 4 Okt
: Tindakan-tindakan perkauman pegawai awam akan berterusan selagi Umno memerintah negara ini, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.


Menurutnya, Umno tiada pilihan lain untuk terus kekal berkuasa selain terus meniupkan api perkauman seperti mereka lakukan sejak dahulu lagi.
"Apa lagi yang pemimpin Umno hendak cakap selain perkauman? Bila bercakap soal demokrasi, rakyat mencemuh mereka kerana mereka tidak demokratik. "Bila bercakap soal ekonomi, penyokong-penyokong Umno sendiri mempersendakan mereka seperti yang terjadi kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicanang-canangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak), " katanya.

'Si sepet, si kaki botol': Hamim buat laporan polis

Malaysiakini

Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husain hari ini membuat laporan polis terhadap portal berita The Malaysian Insider dan seorang wartawannya berhubung isu kenyataan 'rasisnya'.

NONEBeliau hadir membuat laporan itu di balai polis Sentul kira-kira jam 1 petang dengan diiringi Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah.

Hamim (kanan) bagaimanapun enggan bercakap sepatah pun kepada media, termasuk kandungan laporannya.

Tiga Tugasan Ke Putrajaya

"Ada tiga tugasan penting yang perlu disempurnakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sebelum PRU13. Tugasan pertama ialah menyebarluaskan tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat sehingga mengetuk setiap pintu rumah sehingga di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Kedua meyakinkan umat Islam/Melayu bahawa PAS bersedia mengambilalih peranan menjaga Justify Fullkepentingan agama Islam dan bangsa Melayu dengan lebih baik berbanding dengan UMNO. Ketiga ialah merangka strategi peralihan kuasa yang teratur dan aman sekiranya memenangi PRU13 nanti.

Tugasan 1: Menyebarluaskan tawaran yang lebih baik.

Anwar Beri Amaran Jangan Guna Media Umno

"Dalam satu amaran keras, Ketua Oposisi, Datuk Seri AnwaJustify Fullr Ibrahim menegah mana-mana anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang bertanding dalam pemilihan parti yang berlangsung sekarang daripada menggunakan media milik Umno-Barisan Nasional.

Ketika berucap pada majlis dialog anjuran Friends of Pakatan Rakyat di sini semalam, Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN membidas sesetengah calon memilih untuk membuat teguran malah kritikan terhada pimpinan parti dengan menunggang atas platform media arus perdana yang dianggap musuh Pakatan Rakyat.

Sunday, October 3, 2010

Hata Wahari tertanya-tanya: Siapa Ibrahim Ali dalam Utusan?

Merdeka Review

Mungkin sesuatu yang sukar dibayangkan, apabila UMNO ditikam lidah sendiri setelah Setiausaha Agungnya menyatakan pendirian untuk menjauhi PERKASA. Malah, Presiden PERKASA Ibrahim Ali dijulang lebih tinggi, seolah-olah lebih berpengaruh ke atas Utusan Malaysia, jika dibandingkan dengan sesetengah pemimpin UMNO.

Keadaan ini mencungkil kesangsian ramai, yang mungkin tertanya-tanya apakah yang membuatkan Ibrahim Ali begitu popular, sehingga dilihat terserlah dalam ruang dada Utusan Malaysia? Bahkan kadang-kala Ibrahim Ali, pemimpin politik veteran yang pernah ditendang keluar UMNO, diberi liputan yang lebih besar dalam Utusan Malaysia, berbanding dengan pemimpin UMNO sendiri.

"Itu you kena tanya Editor, apa tujuannya, saya sendiri pun tengah mencari-cari. Kenapa Utusan Utusan, banyak sangat ke?" utamakan PERKASA, kenapa tak utamakan UMNO, sedangkan pemilik akhbar UMNO? Kita pun pelik tentang ni, Ibrahim Ali ada saham banyak kat

Keraguan ini dikongsi bersama Hata Wahari, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia baru, yang telah 15 tahun berkhidmat di Utusan Malaysia sebagai wartawan. Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview kelmarin (28 September), Presiden NUJ yang mencungkil kontroversi sejak terpilih pada 17 September 2010 ini mendedahkan bagaimana dirinya menerima layanan dingin, selepas kenyataan untuk mengkritik majikannya dikeluarkan.

Isu yang dibawa Ibrahim Ali remeh temeh

Calon Galas: PAS akan pilih bukan perokok

Malaysiakini

PAS akan mengketengahkan calon yang tidak merokok pada pilihan raya kecil DUN Galas akan datang bagi meningkatkan imej Islam parti itu, menurut beberapa laporan akhbar tempatan yang dipetik oleh AFP.

NONEPAS, yang merupakan gabungan Pakatan Rakyat berkata, calon yang bakal dipilih bertanding mempertahankan kerusi dewangan undangan negeri di Kelantan itu mesti mempamerkan perwatakan Islam yang baik serta tidak merokok.

"Perkara pertama, saya akan tolak perokok. Mereka bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri tetapi membazirkan wang,” kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (atas, kiri) yang dipetik oleh akhbar New Sunday Times.

Menteri Besar Kelantan itu juga memberitahu akhbar Berita Minggu, calon yang akan dikemukakan oleh PAS itu mesti seorang yang warak dan tidak meninggalkan sembahyang serta bukan seorang kaki judi.

smoking rokok 291008 01