Malaysian Insider KUALA LUMPUR, 11 Okt — Tengku Razaleigh Hamzah menafikan laporan media bahawa beliau telah melahirkan persetujuan untuk menjadi calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Sebaliknya, Ketua Umno Gua Musang itu menegaskan, tiada keputusan mengenai calon dicapai ketika mesyuarat pramajlis Barisan Nasional (BN) yang diadakan pagi ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata pertemuan pagi tadi hanya menyentuh aspek persediaan jentera kempen BN menghadapi pilihan raya kecil Galas.
“Tidak, tidak, tidak. Tidak ada keputusan dibuat... tidak ada keputusan dicapai, yang hanya dibincangkan usaha memastikan jentera BN bersiap sedia untuk pilihan raya kecil,” katanya lagi.





