Wednesday, October 13, 2010

Jentera BN Galas: PRK paling telus bawah Ku Li?

Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tengku Razaleigh Hamzah di atas penerimaan beliau untuk menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil bagi DUN Galas yang bakal dilangsungkan pada 4 Oktober nanti. Perlantikannya merupakan satu titik penting di dalam melahirkan satu pilihanraya kecil yang dijangka lebih selamat, tersusun dan lebih telus jika dibandingkan dengan beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini.

Awal-awal lagi semalam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed mengumumkan semasa di Universiti Malaysia Kelantan bahawa rakyat negeri Kelantan terutamanya di kawasan Galas supaya tidak mengharapkan projek-projek segera sepertimana yang pernah digula-gulakan sebelum ini semasa pilihanraya kecil yang lalu oleh Barisan Nasional (BN). Persoalannya ialah adakah penarikan taktik tegar BN ini adalah hasil kesepakatan dengan Tengku Razaleigh supaya beliau bersetuju menjadi Pengarah jentera pilihanraya Umno-BN di Galas? Mungkin ya, mungkin tidak.

Bagi pendapat penulis, ia berkemungkinan ya. Bagi yang mengenali aspirasi Tengku Razaleigh yang selama ini kurang gemar dengan taktik gula-gula dan janji-janji yang diamalkan oleh jentera BN sebelum ini pastinya ini merupakan syarat untuknya bersetuju menerima jawatan tersebut. Walaupun Mustapa atau Tok Pa adalah Ketua Perhubungan Umno Kelantan yang juga ketua kepada Tengku Razaleigh apabila pilihanraya DUN Galas rancak berkempen, Tengku Razaleigh telah diberikan kad super VVIP sementara untuk membuat keputusan besar mengenai hala tuju jentera kempen mereka nanti.

Tuesday, October 12, 2010

Peguam PKR: Wee Choo Keong saksi SD

Malaysia Kini

Bekas pemimpin PKR yang kini menjadi ahli parlimen Bebas, Wee Choo Keong dikenal pasti sebagai saksi ketika bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman - menandatangani akuan bersumpahnya.

Dua peguam yang didakwa oleh Rahimi “memaksanya” menandatangani akuan bersumpah itu - ketua penerangan parti itu, Latheefa Koya dan ketua Pemuda PKR Kedah, Saiful Izham Ramli - berkata akuan itu ditandatangani di hadapan Wee, yang ketika itu adalah ahli parlimen PKR di Wangsa Maju.

"Rahimi tandatangan akuan bersumpah pertama pada 29 Jun 2008, di Quality Hotel di Shah Alam. Dia tandatangan secara sukarela di hadapan peguam, ahli parlimen dan pesuruhjaya sumpah Wee Choo Keong.

,1-- more -->"Dakwaannya, kami 'kurungnya' di Quality Hotel adalah lucu dan tidak benar. Dia berada di situ atas kerelaannya sendiri sepanjang masa dan secara suka rela menawarkan maklumat bagi membantu kami dengan kes Anwar,” kata Latheefa dalam kenyataan kepada polis.

Beliau bersama Saiful Izham, sebelum memberikan salinan laporan polis berkenaan, disoalsiasat selama sejam di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan di Bukit Aman.

Mereka turut diiringi peguam masing-masing, N Surendran and Rashid Ismail.

Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 199 Kanun Jenayah kerana didakwa membuat akuan palsu dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Rahimi memberi keterangan kepada polis semalam.

Dalam pendedahannya pada 6 Oktober lalu, Rahimi mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada 2008 yang memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan perbicaraan Anwar yang sedang berlangsung.

Dakwanya, kedua-dua Latheefa dan Saiful Izham "menahannya" di sebuah hotel untuk beberapa hari selepas itu.

PAS tak akan bawa isu royalti minyak di Galas

Malaysian Insider

KOTA BARU, 12 Okt – PAS tidak akan membawa isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas dalam kempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Galas 4 November ini, kata Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Kita akan menggunakan isu bagaimana parti ini dapat meneruskan dasar perjuangannya berteruskan prinsip Islam selain mengekalkan rekod perkhidmatan Che Hashim Che Sulaima, sepanjang perrkhidmatan sebagai wakil rakyat kawasan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Che Hashim meninggal dunia pada 27 September lepas akibat kanser.

Menurut Mohd Amar, walaupun mengikut peguam, isu royalti itu boleh dibangkitkan dalam kempen dan ia tidak subjudis walaupun perkara itu telah dibawa ke mahkamah, PAS tidak akan membawa isu berkenaan.

Monday, October 11, 2010

Sebelum Sampai Ke Putrajaya


"Asas tasawuf terletak kepada hati. Islam, Iman dan Ihsan bercahaya di hati apabila sirna segala rasa sombong, besar diri, ego dan seangkatan dengannya. Gerombolan penyakit hati ini memungkinkan manusia tidak ikhlas dan nyah istiqamah dalam perjuangan. Betapa ramai orang berjuang untuk Islam beriringan dengan matlamat hendak mendapat sesuatu sama ada nama, pangkat, peluang dan kebendaan. Mungkin keinginan untuk mendapat ganjaran dunia itu tidak kelihatan semasa Islam berada dalam keadaan tertindas. Namun apabila Islam menang, barulah umpama campak yang timbul ketika berhadapan dengan ghanimah itu.

Pada sudut lain pula, kedapatan pejuang yang meninggalkan medan kerana tersingkir dari perebutan. Berlakulah kemiskinan jiwa seperti marah lalu merajuk, dengki lalu mengutuk. Hati masih ingin melihat Islam menang tetapi benci pada saudara seperjuangan. Tak senang apabila rakan mendapat peluang sedangkan peluang itu telah dinafikan sekian lama oleh pemerintah yang tidak berlaku adil dalam agihan bantuan, peluang pekerjaan dan projek pembangunan.

Kedua-dua golongan ini membawa implikasi yang tidak baik kepada diri sendiri dan perjuangan Islam. Kesannya ialah, Islam akan dipandang rendah oleh musuh-musuhnya. Musuh-musuh pula mudah memporak-perandakan benteng dan kubu pejuang Islam. Akhirnya, perjuangan batil terangkat semula kerana keretakan dalam gerakan. . Bilakah perjuangan Islam akan bangkit kembali? Ya, perjuangan akan bangkit kembali tetapi dilambat-lambatkan oleh sikap dua kelompok tadi. Kemenangan Islam akan tertangguh selagi tiadanya kesatuan dan keikhlasan dalam perjungan.

PAS juga umum calon Galas 24 Oktober

PAS akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 24 Oktober, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun.

Beliau berkata semua senarai calon parti itu untuk pilihan raya tersebut telah diserahkan kepada Majlis Syura untuk diperhalusi sebelum diputuskan secara muktamad.


"Kita (PAS) bercadang membuat pengumuman nama calon 24 Oktober ini serentak dengan hari pengumuman yang akan dibuat oleh parti lawan BN, ini dikirakan sesuai dan adil bagi semua pihak," katanya kepada
Bernama di Pasir Mas hari ini.

Gotong Royong Pondok Bas Surada





















Orang kuat kalau ada kerja-kerja gotong royong















Tolong tengoknya ramai sangat















Safety First








































































Apa Masalahnya PAS Jadi ‘Kapten’ Pakatan Rakyat?

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA telah cuba memberi gambaran yang salah khususnya kepada masyarakat Cina berkenaan kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara ini. Semasa berucap dalam Perhimpunan Agung MCA kali ke 57 pada hari Ahad 10 Okt.‘10, beliau telah menyatakan bahawa jika PR memerintah maka PAS akan menjadi ‘kapten'nya.

PAS akan membawa dasar-dasar autokratik dan kembali kepada perjuangan asalnya. Ucapan ini disampaikan di hadapan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional serta para pewakilan MCA seluruh negara. Persoalannya apa masalahnya jika PAS menjadi Kapten PR?

Dasar PAS adalah Islam. Semenjak ditubuhkan 59 tahun dahulu hingga ke hari ini dasar PAS tidak pernah berubah. Islam adalah agama yang universal. Kebaikan yang dibawa oleh Islam adalah untuk seluruh manusia tidak kira agama mahupun bangsa. PAS berkeyakinan bahawa Islam di turunkan atas mukabumi ini adalah untuk menyelamatkan dunia ini daripada kehancuran akibat kerakusan manusia.

Satu dubur tentukan masa depan Malaysia

Merdeka Review

Saya tidak menganggap rakyat Malaysia memerlukan drama politik sebegini, sama ada sebagai hiburan untuk meredakan tekanan hidup harian, mahupun sebagai rancangan realiti untuk meningkatkan pengetahuan seks masyarakat umum merentasi sempadan umur.

Saya tidak pasti apakah kesudahannya, malah saya lebih mencurigai apakah ia mempunyai kesudahan. Saya tidak tahu sama ada benar atau mampu Anwar Ibrahim melakukannya, saya juga tidak berminat sama ada Saiful Bukhari Azlan mencuci duburnya, bahkan saya tidak pasti versi akuan bersumpah (SD) Rahimi Osman (gambar kiri, kedua dari kiri) manakah yang ditandatanganinya tanpa paksaan.

Apa yang pasti, dubur Saiful Bukhari Azlan akan terus dijadikan tumpuan satu Malaysia, malah satu dunia. Ruang dada akhbar akan sarat dengan berita pendedahan demi pendedahan untuk menghakis dan menggoyah keyakinan rakyat terhadap Anwar Ibrahim; bekas rakan seperjuangannya akan tampil seorang demi seorang untuk membongkar "wajah sebenar" Anwar, dan ruang rencana akan menyiarkan artikel demi artikel untuk mengupas, menganalisa, malah meramalkan masa depan Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) - yang sudah tentu akan hancur dan ranap dalam masa terdekat, kononnya.

Jelas, ini kes politik

Saya menghormati proses perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung, malah untuk mendukung prinsip keadilan saya terpaksa menghormati juga mereka yang berhempas-pulas menegakkan keadilan, kononnya, untuk Saiful Bukhari Azlan. Namun demikian, segala-gala ini gagal mengubah hakikat bahawa Kes Sodomi II ini merupakan kes politik.

Dari segi undang-undang, Anwar Ibrahim didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan - kesalahan melakukan hubungan seks di luar tabii yang melibatkan dua pihak secara sukarela. Dengan kata lain, Saiful Bukhari Azlan perlu tampil sebagai tertuduh bersama Anwar, dan bukannya pengadu yang memberi keterangan - seandainya mengikut Seksyen 377B.

Isu Ayaq : PEMUDA PAS dah buat lapuran kat SPRM ... Pemuda UMNO tak mau ka?

Sahut cabaran: Setiausaha Politik MB lapor SPRM isu pembinaan loji air

http://www.wartakedah.net/images/stories/OGOS2010/sprm%20air.jpg

ALOR SETAR, 11 Oktober - Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar, Encik Muhammad Sanusi Md. Nor bersama Ketua dan Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyahut seruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan berhubung dakwaan penyelewengan dalam kos pembinaan loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai oleh kerajaan terdahulu.

Pengarah SPRM Kedah baru-baru ini dipetik sebagai berkata, apabila laporan dilakukan barulah SPRM akan melakukan siasatan kerana SPRM tidak akan berbuat demikian berdasarkan laporan media.

Menurut Ketua DPPNK, Ustaz Ahmad Yahya laporan itu dibuat di hadapan Pengarah SPRM sendiri Datuk Idrus Jaafar dan terserahlah kepada SPRM untuk melakukan siasatan.

Katanya, laporan yang dibuat itu berdasarkan penyelewengan yang berlaku berkaitan pemberian kontrak pembinaan loji air di Padang Sanai di Daerah Padang Terap dan loji air Lubuk Buntar dalam Daerah Bandar Baharu.

Bila ahli-ahli PAS berdemo bantah tindakan kerajaan negeri pimpinan PAS

Pelik tapi benar..! Hanya di Kedah. Anda tak perlu membetulkan cermin mata atau kanta sesentuh dimata anda. Apa yang tertera diskrin komputer bukanya ‘typing error’, semua benar dan benar belaka.

101010, pada tarikh yang unik, terjadi satu peristiwa yang juga unik. Walaupun bukan kali pertama, tapi yang kali ini ada keunikannya yang tersendiri.
Satu demotrasi membantah kenaikan tarif ayaq yang sedang hangat diperdebatkan di Kedah mutakhir ini telah berlangsung dengan aman dihadapan Wisma Darul Aman, pusat pentadbiran Kerajaan Negeri yang turut menempatkan pejabat YAB Menteri Besar dan para Exco.

Antara keunikan yang dilihat, demotrasi ini dianjurkan dan dipimpin serta dihadiri oleh ahli-ahli PAS Kedah sendiri. Lebih unik lagi, apa yang tertera dikain-kain pemidang yang dibawa oleh mereka tidak tertumpu hanya kepada berkaitan isu ayaq sahaja. Prasa - prasa kata yang mengecam dan mempertikai kepimpinan YAB Menteri Besar lebih ketara.