Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd. Puad Zarkashi semalam mencabar PAS menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain.
Mengulas lanjut perkara tersebut Tuan Ibrahim berkata, Umno-BN seharusnya mengambil tanggungjawab dengan memperkasakan serta melaksanakan dasar Islam dalam sistem pemerintahan negara dan bukannya menyalahkan pihak pembangkang.
Malah katanya, Umno-BN juga seharusnya memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah sekian lama menindas serta mengabaikan kebajikan mereka.
"Saya ingat Umno ini kena bertaubat...saya cadangkan Umno seharusnya perlu mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan masyarakat bukan Islam memahami Islam yang sebenarnya dan kegagalan dia(Umno) sendiri untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang melaksanakan dasar-dasar Islam yang lebih bersifat terbuka, rahmat dan lebih bersifat adil,"tegasnya kepada Tv Selangor."Sebagai sebuah parti yang telah memerintah selama 53 tahun Umno-BN sepatutnya malu terhadap kegagalannya mendaulatkan Islam sehingga dialah punca yang mengelirukan masyarakat terhadap persepsi Islam yang sebenar dalam negara,"ujarnya.



