Sunday, May 9, 2010

Bawalah Politik ke Masjid

Harakah Daily

Bagaimana Mendirikan Siasah [berpolitik] di Masjid.

Sebagai “ Rumah Allah ” , masjid merupakan institusi terpenting dalam pembinaan ummah yang bertamaddun. Malah penubuhan Negara Islam oleh Baginda saw. di Madinah al Munawwarah menyaksikan bagaimana masjid dinobat sebagai mercu peradaban dan kedaulatan yang dibina.

Pembinaan masjid di Quba’ , Wadi Ranuna’ [1] dan di Yathrib ( Madinatun Nabi ) menjadi batu asas pembinaan tamaddun Islam unggul berpaksikan kedaulatan syariat dan ummah yang bermartabat.

Ianya ( masjid ) tidak dibina semata – mata untuk mendirikan solat , tetapi juga sebagai nokhtah mula keagungan ummat. Dari situlah nabi saw. menggerakkan jentera kerajaan dan mengatur strategi membangunkan ummah .


Masjid : Iktibar dari Seerah an Nabawiyyah

Syeikh Dr. Musthafa as Sibae’i menyebut di dalam kitabnya as Seeratun Nabawiyyah : Durus wa I’bar :

“ Memang tidak dapat disangkal lagi , bahawa masjid membawa risalah kemasyarakatan dan kerohanian yang agung nilainya terhadap kehidupan ummat Islam . Masjid lah yang menyatukan saf – saf ummat Islam , menyucikan jiwa mereka , menghidupkan hati dan aqal mereka , menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh mereka dan akhirnya menampilkan kekuatan jua hubungan erat mereka .

Sesungguhnya telah terbukti bahawa sejarah masjid di dalam Islam , menjadi markaz bagi tentera Islam berangkat ke medan untuk menakluki muka bumi dengan hidayah Allah swt .

Dari masjid jua terpancarnya sinaran cahaya dan hidayah buat ummat Islam dan lainnya malah masjidlah juga berkembangnya peradaban Islam . Bukan kah Abu Bakar , Umar , Uthman , A’li , Khalid , Saad , Abu U’baidah dan tokoh – tokoh seumpama mereka yang terdiri daripada pemimpin – pemimpin agung dalam sejarah Islami merupakan anak -anak murid di Madrasah al Muhammadiyyah yang berpusat di Masjid an Nabawi .

Antara keistemewaan yang lain , masjid pada setiap minggu berkumandang kalimah al haq menerusi seruan khatib yang menentang kemungkaran , memperjuangkan syariat , menyeru kearah kebaikan , menginsafkan mereka yang lalai , menyeru kearah kesatuan, membasmi kezaliman dan memerangi perbuatan yang melampaui batas .

Sesungguhnya kita telah menyaksikan bagaimana dulunya masjid – masjid menjadi markaz – markaz yang menyemarakkan gerakan anak watan menentang penjajah Perancis . Berpangkalan di masjidlah , tokoh – tokoh jihad menetang penjajah dan menentang zionisme .

Apabila kita menyaksikan kepincangan masjid hari ini dari fungsi dan peranannya yang hebat , maka tiada lain melainkan kesalahan sebahagian khatib yang terdiri daripada khatib yang hanya bertugas memburu elaun atau jahil lagi leka .

Alangkah beruntungnya , jika dalam keadaan seperti ini , lahir segolongan pendakwah yang tegas membawa kebenaran , bangkitnya ulama yang memperjuangkan syariat Allah . Mereka ikhlas kerana Allah dan Rasulnya saw. , mereka menasihati pemimpin dan ummat Islam seluruhnya .

Thursday, May 6, 2010

Khalid Samad dakwa BN salah guna masjid

Malaysia Kini

Ketika PAS berdepan dengan dakwaan menyalahgunakan masjid bagi tujuan politik, seorang pemimpin parti Islam itu 'memulangkan paku buah keras' kepada lawan politik mereka, BN.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa, semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu, BN telah menganjurkan satu majlis bacaan Yassin dan solat hajat di sebuah masjid, untuk kemenangan calon BN.

Menurutnya, majlis tersebut diadakan pada 23 April - dua hari sebelum tarikh pengundian - di masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.

Sebagai bukti, Khalid menunjukkan gambar kain rentang (kanan) yang mengiklankan program tersebut - yang didakwa dirakam oleh seorang penulis blog propembangkang di kawasan parlimen tersebut.

Forum keadilan untuk adik Aminulrasyid

Merdeka Review
Oleh :
Lim Hong Siang


Adakah keadaan terlampau ekstrem sehingga polis perlu menggunakan senjata api untuk menembak mati adik Aminulrasyid?"Kita tengok, jumpa parang dalam bonnet(dakwaan polis), apa bahayanya? Saya tak nampak apa bahaya, kecuali kalau parang itu diayunkan (wave) pada polis. Tapi kalau diayunkan pada polis, (itu pun) dalam kereta sahaja. Melainkan (ayunan parang) dalam keadaan bertentang muka (confronted, face to face)."

"Kalau dalam keadaan pertentangan yang bersemuka pun, polis masih boleh tembak pada kaki (Aminul). Why must you kill (Mengapa kamu membunuh)?"

Demikianlah kupasan dan pertikaian yang dilontar oleh pensyarah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Raja Badrol Hisham terhadap polis, ketika mengulas isu adik Aminulrasyid, remaja berusia 14 tahun yang ditembak mati oleh polis, pada awal pagi 26, April.

Berbekalkan dokumen perundangan seperti Kanun Prosedur Jenayah, Perintah Tetap Ketua Polis Negara dan sebagainya, pensyarah UIAM ini mengupas bagaimana cara yang sewajarnya untuk mengendalikan kes arwah Aminulrasyid, seandainya polis mengikut lunas undang-undang.

Syarat tangkapan tanpa waran

Raja Badrol Hisham bermula dengan Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah, yang menyatakan tiga cara tangkapan polis, iaitu menyentuh tubuh badan, mengurung badan orang yang ditangkap dan ketiganya, orang yang ingin ditangkap menyerah diri.

Dengan UMNO,segalanya betul dan benar...

Entah apa nak dikata, satu demi satu kejadian luar jangkauan akal berlaku di bumi tercinta Malaysia.Kalau diimbas kembali sejarah negara merdeka, beribu sudah perkara luar jangkauan akal sudah berlaku.Perlembagaan rakyat ditolak, sebaliknya perlembagaan ciptaan suruhanjaya Ried diterima pakai sebagai perlembagaan negara.Tidak tercapai dek akal memikirkan bagaimana perlembagaan yang dirangka dan dicadang oleh rakyat sendiri ditolak dan yang diterima ialah perlembagaan yang dicadangkan penjajah.
Begitu juga sesudah merdeka, JKK sibuk mengenal pasti rakyat yang menyokong dan membangkang untuk mengagihkan bantuan kerajaan tetapi bila tiba giliran memungut cukai semua rakyat tidak terkecuali.Lagi tidak terfikir oleh akal manusia yang cetek ini. tetapi dengan UMNO menerajui kemerdekaan negara, segalanya betul dan benar sehingga hilangnya sebuah negeri bernama Singapura kerana enggan bersengkonkol dengan UMNO.

Kini sesudah lebih 50 tahun merdeka, berlambak lambak perkara yang tidak tercapai dek akal sudah dan sedang berlaku.Tahun 1998 menyaksikan hakim hack menghumban DSAI ke penjara atas kesalahan yang terbukti tidak ada tetapi UMNO tetap mengatakan ianya satu kesalahan menerusi hakim hack ini.Prinsip undang undang menyebut pembelaan perlu menimbulkan keraguan yang munasabah tetapi dalam kes DSAI bukan sahaja keraguan yang munasabah bahkan dibuktikan tidak ada langsung kesalahan tetapi mahkamah tetap menghukum beliau.Memang tidak terjangkau dek akal tetapi dengan UMNO menjadi peneraju ianya tetap betul dan benar.

Zaid didakwa persenda titah Sultan S'gor

MalaysiaKini

Seramai 20 ahli NGO yang menganggotai Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) berkumpul di hadapan ibu pejabat PKR hari ini bagi membantah kenyataan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim berhubung titah Sultan Selangor.

NONEMereka turut menyerahkan memorandum bantahan yang mendakwa Zaid seolah-olah memperleceh dan mempersendakan titah Sultan Selangor supaya rakyat tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik.

Memorandum itu juga mendakwa kenyataan Zaid itu, seolah-olah menghasut rakyat supaya tidak menghormati titah sultan yang merupakan tunggak pemerintah serta ketua agama.

Pasukan petugas PAS mula tiba di Sibu

Harakah Daily

SIBU, 6 Mei: Gelombang pertama pasukan petugas PAS bagi membantu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Sibu mula sampai di lapangan terbang Sibu jam 4.30 petang tadi.

Yang mula tiba adalah Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Wan Abdul Rahim di samping dua lagi petugas (gambar). Malam ini, lapan orang lagi akan tiba ke Sibu.

Menurut Wan Johari Wan Omar, salah seorang petugas PAS itu, kumpulan pertama ini akan berada di Sibu sehingga 10 Mei dan akan disambung oleh petugas yang lain.

Kereta Ketua Polis Slangor kena curi

Malaysian Insider

May 06, 2010SHAH ALAM, May 6 — Thieves have hit the top cop in Selangor — Chief Police Officer Datuk Khalid Abu Bakar has lost his official car.

His driver had parked the Perdana V6 near a restaurant in Section 9 here to have his breakfast, but found the car missing when he returned 30 minutes later at 8.30am.

He lodged a report immediately at the district police headquarters here.

Khalid is at the moment overseas for a meeting.

Police are now questioning the driver.

Kes Aminulrashid: Khalid Samad dedah saksi baru


Khalid 22SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan individu baru iaitu pemilik kereta yang bergesel dengan kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah pada malam mangsa ditembak mati oleh polis, Isnin lalu.

Pemilik kereta berkenaan, dakwa tokoh PAS itu tampil mengesahkan kebenaran kenyataan saksi utama kejadian itu, Azamuddin Omar.

Khalid berkata, pemilik kereta itu meminta pandangan sama ada beliau perlu membuat laporan polis atau tidak memandangkan pihak polis sedang mencarinya.

"Saya menasihatkan pemilik kereta tersebut membuat laporan polis dan beliau akhirnya membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di seksyen 11 pada sebelah malam selepas pertemuan tersebut.

"Berdasarkan cerita pemilik kereta itu, mengesahkan lagi kenyataan Azamuddin yang kini memasuki kali ketiga diambil keterangan oleh pihak polis," katanya kepada wartawan di sini hari ini.

Menurut Khalid, selain pemilik kereta terbabit, seorang penunggang motosikal yang mengejar mangsa (Aminulrasyid) sehingga terjatuh pada hari kejadian turut membuat laporan polis selepas kejadian itu.

Dalam laporan polis tersebut, Azamuddin yang turut berada bersama mangsa dikejar oleh tiga penunggang motosikal selepas menggesel kereta terbabit di Restoran Ali Maju di Shah Alam.

Polis Raja Di Malaysia...

"Ia mengingatkan saya pada peristiwa Himpunan 100,000 rakyat di Lebuhraya Kesas tanggal 5 November 2000, lama dahulu.

Saya berkesempatan melihat seorang pakcik dibelasah dengan belantan oleh polis sehingga patah belantan itu, nyatanya pakcik itu tidak mengejar polis, tetapi polislah yang mengejarnya.

Saya juga berkesempatan melihat sikap tidak hormat harta peribadi orang bila polis dengan sewenang-wenangnya menendang motosikal-motosikal yang diletakkan di tepi jalan sehingga jatuh terbalik, sekali lagi motosikal-motosikal yang tidak bergerak itu tentulah tidak mengejar polis, tetapi polis membaham mereka seperti harimau kelaparan.

Tuesday, May 4, 2010

Agenda Kickdefella bukan agenda Islam, PAS

Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata bukan menjadi agenda PAS untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin Umno/BN secara peribadi sebagaimana yang blogger Kickdefella dedah kepada media sejak sebulan yang lalu.

“Untuk jatuhkan seseorang, bukanlah agenda PAS, tapi nak jatuhkan kerajaan (Umno/BN) jelas menjadi agenda PAS dan mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat,” jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Menurut beliau, Islam yang diperjuangkan oleh PAS umumnya menentang dasar perkauman dan kezaliman yang di bawa oleh parti Umno dan BN.

Maka, sekiranya PAS hanya menentang peribadi Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri, menurut beliau, pengganti Abdullah, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap meneruskan agenda parti yang ditinggalkan oleh Abdullah.