Wednesday, July 28, 2010
Sunday, July 25, 2010
PAKATAN SELANGOR TAK AKAN BUBAR DUN JIKA BN PANGGIL PRU TERGEMPAR
Malaysian Insider Pakatan Rakyat (PR) Selangor telah memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jikapun Barisan Nasioanl (BN) memanggil pilihan raya umum tergempar di peringkat pusat dalam waktu terdekat.
The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu dicapai oleh PR pada mesyuarat pimpinan negeri itu Isnin lalu.
PR Selangor mahu menggunakan tempoh mandat lima tahun sepenuhnya, tanpa mahu terikat dengan rentak BN bagi membolehkannya menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.
Selangor salah satu daripada empat negeri yang kini diterajui PR. Tiga negeri yang lain ialah Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh memutuskan untuk memanggil pilihan raya negeri dengan memperoleh perkenan Sultan ataupun Yang Dipertua Negeri.
Perdana Menteri pula boleh berbuat demikian di peringkat pusat dengan menperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Lazimnya pilihan raya umum negeri dan pusat akan diadakan serentak.
Bagaimanapun pemerhati dan penganalisis menjangkakan kelainan ekoran perubahan landskap politik negara sejak 8 Mac 2008. Ketua Penerangan PAS Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir ketika mengesahkan perkara itu berkata, PR memerlukan masa yang secukupnya memandangkan Umno-BN terus-menerus mendakwa pihaknya tidak melaksanakan program yang dijanjikan ketika kempen pilihan raya.
Ke Putrajaya bukan mimpi, bukan impian, tetapi cita-cita kian hampir
Apapun yang diperkatakan, Umno sudah dilihat tidak relevan dalam politik Malaysia. Ia
sudah tidak boleh menjadi parti pembela nasib orang Melayu. Kini, sudah tiba masanya, PAS menggantikan Umno yang sarat dengan penyakit. Bagi Presiden PAS, menuju ke Putrajaya bukanlah impian tetapi cita-cita yang sudah dekat tercapai. Banyak isu yang tercetus, gagal menyebelahi Umno-BN lagi. Rakyat kian sedar, celik politik dan sukar ditipu. Anak-anak muda, akan jadi pemangkin berkesan mengocak gelombang PRU-13 akan datang. Ikuti wawancara eksklusif Wartawan Kanan, WAN NORDIN WAN YAACOB dan INTAN ABDULLAH bersama Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung baru baru ini.
Pasir: Khir Toyo jangan cakap besar
HarakahdailyPUTRAJAYA, 25 Julai: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sewajarnya menutup mulut mengenai isu pasir kerana semakin besar beliau bercakap semakin teruk bau busuk yang dikeluarkan.
Timbalan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Suhaimi Shafie berkata, sewajarnya pemimpin Umno itu bergabung tenaga dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi sama-sama berusaha membanteras isu pasir yang telah lama berlaku di negeri itu.
Ezam: Nyahkan Anwar dari S'gor
Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Senator Ezam Mohd Nor mengajak rakyat Selangor "menyahkan" ketua umum PKR itu daripada menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor.
Ezam mendakwa ketua pembangkang itu menjadi "pengkhianat" kepada negara kerana didakwa "menjadi alat dan perkakas kepada Yahudi".
Dalam ucapannya, Ezam mendakwa bekas bosnya itu "bersekongkol dengan Yahudi" apabila memohon maaf selepas mengetuai lebih 10 ribu rakyat Malaysia membantah serangan Israel ke atas flotila bantuan ke Gaza, pada Jun lalu.
"Di Malaysia, dia digambarkan hebat, lawan Yahudi. Di luar, dia tunduk dengan Yahudi.
Friday, July 23, 2010
Yang miskin subsidi yang kaya
Kenaikan harga, atau "penyelarasan" sebagaimana yang disebut dalam akhbar menjadi tumpuan ramai baru-baru ini. Kerajaaan masing-masing mengetengahkan pakej ransangan ekonomi sebagai reaksi kepada tsunami ekonomi global pada tahun 2008, seolah-oleh pengikut setia John Maynard Keynes, pakar ekonomi yang terkemuka.
Dalam tempoh dua tahun sahaja, masing-masing terasa sesuatu yang tidak kena pada tempatnya, segera menjauhkan diri daripada roh John Maynard Keynes, dan mula membincangkan pengetatan fiskal (fiscal tightening). Seiring dengan pola global ini, kerajaan Malaysia juga beralih daripada dua pakej ransangan ekonomi, kepada formula naik harga pada hari ini.
'Selamatkan Selangor' buka pekung Umno
Tindakan Umno menggerakkan jenteranya dalam kempen ceramah untuk menerangkan isu kecurian pasir di Selangor hanya akan membuka pekung mereka sendiri, kata seorang wakil rakyat PKR Shuhaimi Shafiei.
ADUN Sri Muda itu berkata, tindakan seperti itu juga akan memburukkan lagi perbalahan di kalangan kem penyokong timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang Datuk Seri Khir Toyo.
Suhaimi berkata demikian ketika ditanya mengenai kempen jelajah negeri, Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (GSSDE) yang akan bermula malam ini sehingga 8 Ogos depan.
'Kroni poket kosong, Umno S'gor tertekan'
Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.
Sunday, July 18, 2010
Protes naik harga dilancar 28 Julai
Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) akan melancar kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) pada 28 Julai ini.
Pelancaran bantahan tersebut akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur.
Penyelaras PROTES, Dr Hatta Ramli berkata dalam mesyuarat hari ini, pihaknya turut membincangkan untuk mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan itu.
Bagaimanapun, kata beliau, tarikhnya akan ditentukan dalam mesyuarat yang diadakan pada hari pelancaran kempen tersebut.
Saturday, July 17, 2010
Lim Guan Eng: Mungkinkah Najib bunuh diri jika kahwin Rosmah esok?
"Mungkinkah Najib akan bunuh diri jikalau beliau akan berkahwin dengan Rosmah pada keesokannya? Tak mungkin, kan? Kerana beliau cintakan Rosmah. Kalau Najib tidak akan berbuat demikian, mungkinkah Teoh Beng Hock (yang sudah merancang untuk kahwin pada keesokannya) bunuh diri?"
Demikianlah logik yang digunakan oleh Lim Guan Eng, Setiauasaha Agung DAP untuk menolak kemungkinan bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), setahun yang lalu. Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang yang pernah disiasat polis kerana mengeluarkan kenyataan bahawa "Teoh Beng Hock dibunuh" ini mengulangi pendiriannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

