Tuesday, August 31, 2010

Fitnah : PAS beri amaran pada Zainuddin Maidin

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
MONDAY, 30 AUGUST 2010 11:08

Teo hadiri satu lagi majlis di surau

Meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam.

teo nie qing attending buka puasa at bangi surau
Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.

Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.

Merdeka: Bebas bangsa dari penjajahan minda

SHAH ALAM, 30 Ogos: Kemerdekaan sebenar adalah membebaskan bangsa dari belenggu penjajahan minda yang terikat dengan ketidakadilan yang diperjuangkan di dalam membela nasib sesuatu bangsa, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, itulah antara amalan jahiliah yang masih diteruskan oleh Umno selama ini sedangkan kedatangan Islam telah menunjukkan jalan terbaik kepada umat Islam bagaimana bentuk perjuangan politik mereka.

Di dalam hal ini, ujarnya, bangsa Melayu wajar mengambil ajaran Islam sebagai tonggak perjuangan kehidupan mereka dalam usaha memastikan pemerkasaan bangsa berjaya ditegakkan dan keadaan sebaliknya terus berlaku jika mereka enggan.

Tuan Guru Abdul Hadi menyatakan demikian ketika menyampaikan tazkirah sempena Ramadhan sebelum majlis berbuka puasa di Markas PAS Seksyen 18 dekat sini petang semalam. Turut hadir adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad selaku Yang Dipertua dan AJK PAS kawasan.

Saturday, August 28, 2010

'Tazkirah' di surau: Teo mohon ampun Sultan

Malaysia Kini

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mencetuskan kontroversi apabila lawatannya ke Surau Al-Huda Kajang pada Ahad lalu dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai 'tazkirah' di surau, hari ini memohon maaf.

Katanya, beliau menyesal kerana lawatan ikhlasnya itu telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara ini dan lebih malang lagi apabila ada pihak-pihak tertentu mengeksploitasikannya untuk kepentingan politik mereka.

NONE“Saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Bukan Islam di masjid, surau - rujuk majlis agama

Malaysia Kini

Jawatankuasa masjid atau surau diminta merujuk kepada majlis agama Islam -negeri dalam soal membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid bagi mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mengelirukan masyarakat.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata setiap negeri mempunyai panduan masing-masing dalam soal itu dan jawatankuasa atau pengurusan masjid perlu mematuhi panduan tersebut dan tidak sepatutnya sewenang-wenangnya membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid terutama di ruang solat.

Katanya rumah ibadat agama lain pun, mereka mempunyai garis panduan dalam membenarkan penganut agama lain memasuki tempat ibadat mereka.

Bukan Islam Masuk Masjid, Dulu boleh sekarang tak boleh?.. err.. sudah tukarka?

Oleh: AnakSungaiDerhakaJustify Full

"Mungkin benar apa yang Mat Sabu cakap tadi.. UMNO ni sedang lemas.. orang yang lemas akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan dirinya malah jika tahi yang melintaspun mereka akan berpaut pada tahi itu..
Mengulas tentang kisah Kisah Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching yang telah memasuki Dewan Utama Surau Al-Huda pada 22 Ogos 2010,Utusan Malaysia semalam melaporkan di muka depannya,

Masjid Sebagai Destinasi Pelancongan

Friday, August 27, 2010

'Tazkirah' Teo: Sultan murka, Mais ambil alih surau

Malaysia Kini

Sultan Selangor amat murka dan dukacita terhadap tindakan sebuah surau di Kajang yang membenarkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di situ Ahad lalu, kata pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

NONEDatuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, setelah memanggil pihak pengurusan surau itu memberikan penjelasan pada hari ini, Mais mendapati bahawa ucapan oleh Teo di dalam dewan solat di Surau Al-Huda, Kajang Sentral berlaku seperti dilaporkan.

Sehubungan itu, tambahnya, Mais diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap surau itu, termasuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

Bangkit perkauman untuk tutup kehilangan RM52 bilion

Harakah Daily

GEORGETOWN, 27 Ogos: Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini.

"Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion.

"Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja," ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup."

Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan

'Tazkirah' di surau: Saya ikhlas, kenapa dipermain?

Malaysia Kini

Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata beliau tidak faham kenapa lawatan ke sebuah surau di Kajang Ahad lalu dianggap kontroversi dan "dipermainkan-mainkan" kerana beliau berniat ikhlas.


"Lawatan ke surau Al Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya.

"Saya tidak faham mengapa lawatan biasa ini dipermain-mainkan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyifatkan tindakan Teo (kiri) menyampaikan 'tazkirah' di masjid sebagai tidak wajar.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan di muka depannya, Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.