Monday, July 12, 2010

Harakah diberi satu lagi surat tunjuk sebab

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi tempoh tujuh hari kepada lidah rasmi PAS, Harakah, mulai semalam bagi menjawabsurat tunjuk sebab berhubung penerbitan dan pengedaran akhbar itu yang telah tamat tempoh permitnya.

Ketua Setiausdaha KDN, Datok Seri Mahmood Adam berkata tempoh itu bermula semalam dan jika gagal berbuat demikian tindakan tegas akan dikenakan termasuk menggantung penerbitan akhbar itu.

Mahmood berkata meskipun Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Urusan Harakah Datuk Kamaruddin Jaafar hadir ke KDN bagi memberikan penjelasan tetapi KDN masih memerlukan penjelasan bertulis.

"Mereka datang memberikan penjelasan, tetapi KDN tetap mahukan penjelasan secara bertulis bagi memudahkan KDN menjalankan siasatan" katanya.

Penerbitan akhbar berkenaan tamat permitnya pada 7 Julai lalu dan belum diperbaharui oleh kementerian hingga kini.

Padsa 8 Julai lalu, Harakah telah diberikan satu surat tunjuk sebab berhubung lambat menghantar lapan salinan Harakah kepada KDN setiap isu, menjual kepada bukan anggota PAS dan menjual diluar daripada tempat yang dibenarkan.

Sementara itu, berhubung kedegilan Suara Keadilan terbitan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih menerbitkan akhbar itu dengan wajah baru, ,Mahmood berkata bagi KDN ia tetap Suara Keadilan, penerbitan serta pengedarannya salah dan boleh dikenakan tindakan.

"Bahagian undang-undang kementerian sedang draf tindakan apa yang boleh diambil dan perkara itu juga akan dibincangkan dalan mesyuarat malam ini, kemudian kementerian akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu" katanya.

Lidah rasmi PKR terus diterbitkan dengan nama baru "Keadilan" biarpun permit akhbar mingguannya "Suara Keadilan" tamat tempoh pada 30 Jun lalu.

Pengarah strategi PKR Tian Chua memberitahu pemberita dilobi Parlimen semalam bahawa edisi yang diberi nama 'Keadilan' diedar secara percuma.


-Bernama

No comments:

Post a Comment