Friday, November 11, 2011

Pelaburan Di Selangor: Soalan Adun Bangi Di Sidang Dewan Negeri November 2011

Shah Alam, 16 Zulhijjah = 11 November (Jumaat):

Setiap kali Sidang Dewan Negeri, setiap Adun dikehendaki menghantar 10 Soalan Lisan

Dan 10 Soalan Tulisan. Untuk Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor pada kali ini Adun Bangi menghantar 10 Soalan Lisan dan 10 Soalan Tulisan. Tidak semua soalan diterima, jika tidak releven, setengahnya mungkin ditolak. Soalan-soalan yang dihantar Adun Bangi bagi kali ini nampaknya semua diterima. Soalan yang dijawab di dalam Sidang ialah soalan-soalan lisan, tetapi beberapa soalan sahaja dari 10 Soalan Lisan yang diterima akan dijawab menurut susunan, manakala soalan tulisan dan soalan lisan yang tak sempat dijawab akan dihantar jawapan kepada Adun-Adun kemudian.

Soalan pertama bagi Adun Bangi, keluar pada hari pertama (Selasa 8 November), iaitu soalan no. 6 menurut susunan ialah:

Sunday, June 19, 2011

Negara kebajikan: Buku Hijau pelengkap Buku Jingga Pakatan, kata PAS

Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Buku Hijau, yang bakal memperincikan konsep negara berkebajikan PAS, akan menjadi pelengkap kepada Buku Jingga Pakatan Rakyat yang diterima komponen-komponen perikatan itu Disember lalu.

Buku Jingga antara lain menggariskan program 100 Hari yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Khamis lalu, PAS menubuhkan satu panel khas pelaksana yang akan memperincikan konsep negara berkebajikan dalam bentuk Buku Hijau untuk dijelaskan kepada rakyat negara ini.

Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Buku Hijau yang akan diedarkan ke seluruh negara dalam masa terdekat tidak bercanggah dengan keputusan bersama Pakatan Rakyat yang diterjemahkan dalam Buku Jingga.

Sebaliknya kata Salahuddin (gambar) yang juga pengerusi panel khas pelaksana itu, Buku Hijau negara berkebajikan itu akan menjadi pelengkap kepada Buku Jingga.

“Tidak... tidak... ia (Buku Hijau) akan menjadi satu nilai tambah dan ia sama sekali tidak bercanggah dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Tolak Negara Berkebajikan Tidak Faham Politik Islam


Apabila Pas menjadikan tema muktamar pada tahun ini Membangun Negara Berkebajikan, ramai mereka yang berada di luar Pas begitu gelisah sehingga ada yang mendakwa Pas menciplak idea Barisan Nasional yang telah lama mereka laksanakan. Namun dipihak yang sama juga mengatakan Pas telah lari daripada agenda asalnya yang meletakkan Islam sebagai dasar.

Jika itulah yang difahami oleh mereka, benarlah mereka tidak mendasari politik Islam dan agama Islam itu sendiri. Mereka mendakwa menjaga kebajikan rakyat dengan memberi bantuan subsidi, membina pembangunan untuk rakyat tetapi dalam masa yang sama, berapa banyak hak rakyat yang diketepikan, berapa banyak pembaziran dan kezaliman dilakukan kepada rakyat.

Negara Berkebajikan yang dibawa oleh Pas dipandu oleh Al Quran dan Sunnah serta ada tauladannya dalam sejarah pemerintahan para nabi seperti Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan Nabi Muhammad serta khulafa' arrasyidin dan lain-lain. Ia juga melibatkan kebajikan fizikal dan kebajikan spiritual rakyat. Negara Berkebajikan yang menolak melakukan kemungkaran dalam pemerintahan. Sebaliknya negara yang dibina berasaskan taqwa kepada Allah dan memberi keadilan kepada makhluknya yang menjadi penghuni negara. Adakah ada ciri-ciri ini kepada yang mendakwa turut sama melaksanakan Negara Berkebajikan itu?

Bagaimana dengan sumber negara dan amalan hidup kepimpinan negara? Ini sahaja belum bebas daripada dosa pahala yang menjadi perkiraan negara berkebajikan yang diredhai oleh Allah swt. InsyaAllah dalam masa terdekat ini saya sedang menyiapkan sebuah tulisan yang akan dibukukan berkait dengan memahami Negara Berkebajikan ini. moga ianya menjadi satu panduan dan pencerahan kepada golongan yang mengetahui dan tidak mengetahui

Sokongan bukan Islam terhadap PAS diselubungi keraguan...

Merdeka Review

Sungguhpun perkara minum beer, TOTO (loteri) mungkin dianggap remeh-temeh, namun isu pengharaman arak dan judi ini mampu mempengaruhi persepsi masyarakat bukan Islam terhadap PAS. Pengamatan ini dikongsi oleh pemerhati politik, Lee Ban Chen, ketika membincang sejauh manakah sokongan masyarakat bukan Islam terhadap PAS.

Meskipun PAS meraih kemenangan dalam PRU ke-12, antaranya menerusi undi bukan Melayu/Islam, namun Lee Ban Chen (gambar kiri) menganggap tiada perkembangan besar sokongan masyarakat bukan Melayu/bukan Islam terhadap PAS. Masyarakat ini mungkin mengundi PAS, tetapi tidak semestinya bersetuju dengan dasar yang dibawa PAS.

Mengambil contoh isu pengharaman arak dan judi, Lee Ban Chen berkata PAS tetap dengan penampilan imej yang dianggap ekstrem, apabila menjuarai isu sebegini. Malah, sungguhpun "Negara Berkebajikan" diketengahkan, namun tetap dipersoalkan sesetengah pihak bahawa mengapa PAS hanya membangkitkan konsep ini setelah lebih setengah abad? Dan mengapa ditekankan Negara Islam, hukum hudud dan halal-haram pula untuk setengah abad yang lalu, persoal Lee Ban Chen.

Belum meyakini bukan Islam

Thursday, June 16, 2011

Perwakilan PAS berdiri teguh atas "lumpur ekstremisme"

Apa itu politik? Politik terlebih dahulu membezakan diri kita dengan pihak lawan. Dalam konteks politik kontemporari Malaysia amnya dan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 khasnya, mesej jelas dan signifikan telah disampaikan melalui keputusan pemilihan saf kepemimpinan baru PAS untuk sesi 2011-2013, perbahasan perwakilan dan ucapan pimpinan parti tersebut.

Apabila mesej politik yang tepat dapat ditonjolkan melalui sidang Muktamar, tuan rumah yakni PAS bukan sahaja membezakan diri dengan UMNO malahan juga menggerunkan UMNO. Sebab itu sehingga hari ini, bukan sahaja lidah rasmi UMNO - Utusan Malaysia - terus-menerus memberikan laporan berita sebesar liputan muka depan kepada isu yang berkisar sekitar sidang Muktamar dan pemilihan. Pemimpin UMNO bermula dengan Najib, berbaris menunggu giliran menyerang PAS, termasuk "manufacture" isu palsu demi mententeramkan kebimbangan dalam kalangan pimpinan Barisan Nasional (BN) amnya dan UMNO khasnya.

Meskipun pemimpin UMNO berperut buncit enggan mengakui realiti bahawa muka manisnya adalah cubaan untuk menyelindung keresahan hati yang berat sekali, umum sedia maklum bahawa yang merasa gerun dengan keputusan pemilihan saf kepemimpinan baru PAS bukan para ulama yang alim tetapi kumpulan pemimpin BN yang senantiasa bermuka merah-merahan.

"Negara berkebajikan" memberangsangkan

Dalam kita menunggu ketibaan pilihan raya umum ke-13 (PRU ke-13), mesej utama yang dibawa oleh Presiden PAS Hadi Awang - membangun negara berkebajikan - bukan sahaja memberangsangkan ahli-ahli PAS yang mahukan pemantapan jentera PAS menghadapi PRU ke-13, tetapi juga penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang mahukan perubahan yang menghala ke arah pembentukan sistem dua-barisan (two-coalition system).

Hal ini bermaksud, apa yang PAS harus bezakan dirinya dengan UMNO bukan sekadar menganggap UMNO sebagai lawan politik tetapi juga membezakan dirinya dengan UMNO dari segi nilai, konsep serta cara memperjuangankan dan membawa perubahan kepada politik kenegaraan Malaysia.

Tuesday, June 14, 2011

Negara Berkebajikan Mengikut Feqah Politik Islam

Subky Latif

.SEPANJANG pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy dalam PAS banyak yang disarankannya tentang pengisian sebuah negara merdeka Islam mengikut konsep Baldatun Toyibatun Warrabun Ghaffur yang diterjemahkannya sebagai membentuk negara berkebajikan yang mendapat restu – keredhaan – Allah.


Dalam Muktamar PAS ke 57 awal Jun lalu Presidennya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menyarankan sasarannya dalam muafakat Pakatan Rakyat bagi Membangun Negara Berkebajikan sebagai thema Ucapan Dasarnya.

Sarjana lepasan Oxford yang memimpin Pemuda UMNO mengira saranan negara kebajikan yang PAS hidupkan semula itu telah lari dari pejuangan asalnya bagi mendirikan negara Islam.

Menteri Nazri Aziz mengiranya ia meniru apa yang UMNO/BN laksanakan selama ini. Perdana Menteri Najib mengira ia bukan suatu yang bagi kerajaan dan parti yang diwarisinya, manakala Muhyiddin Yassin pula mengira PAS cuba buat yang sama dengan yang UMNO buat.

Ustaz Haji Hadi berjaya menarik perhatian semua pemimpin Barisan Nasional apabila sekaliannya segera memberi reaksi yang berbagai-bagai mengikut pengajian dan fahaman mereka.

Sarjana lepas Oxford ternyata gagal memahami ajaran Islam tentang kenegaraan dan pemerintahan. Atau cetek pengetahuannya mengenai subjek itu sekali pun dia pernah berkhidmat dengan ISIS, satu istitusi yang menghilang semua pemikiran dan perkembangan dunia.

Tidak sampai pengajian orang di Universiti Oxford bahawa pengisian negara berkebajikan itu adalah antara isi negara Islam. Kalau negara Islam itu ditakuti oleh orang-orang jahil kerana disangka kerjanya adalah untuk memotong tangan pencuri dan merejem penzina tetapi dengan tertegaknya negara kebajikan mengikut feqah politik Islam dapat menambah jelaskan bentuk dan corak negara Islam itu.

Yang takut kepada Islam selama ini mulai melucutkan perasaan itu hingga ramai yang mendaftar diri menjadi anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS. Masyarakat bukan Islam dunia sendiri kian bersungguh menerima konsep makanan halal dan sistem perbankan Islam.

Syabas buat Mat Sabu

Subky Abdul Latif

SAYA tidak pernah mengira keputusan PAS Kawasan Bukit Bintang mencalonkan Mhttp://4.bp.blogspot.com/-v2aZMVU-O8Q/TerjM-z4NiI/AAAAAAAAA-M/-wkwOM0D2l4/s1600/Mat%2BSabu.jpgohamad Sabu sebagai calon Timbalan Presiden PAS sebagai satu keputusan yang serius. Pada saya ketika itu ia satu keputusan main-main dan tidak mencerminkan kemahuan umum penyokong parti itu.

Sebagai mana orang tidak mengira Ustaz Nasharuddin Mat Isa adalah orang yang tepat dengan jawatan Timbalan Presiden itu tujuh tahun lalu, maka begitulah Mat Sabu pada persepsi saya masa itu bukan calon yang tepat bagi menggantikan penjawat jawatan itu.

Walaupun pemegang jawatan itu pada saya perlu digantikan, tetapi bukan digantikan oleh Mat Sabu.

Pada saya yang PAS cari bukan sekadar pemegang jawatan itu tetapi ialah dijangkakan bagi menjadi pengganti Ustaz Abdul Hadi yang tepat apabila tiba waktunya. Presiden PAS itu bukan sekadar seorang pemimpin parti yang diterima oleh semua tetapi ia adalah amir atau imam kepada parti dan pendukungnya.

Timbalan Presiden itu adalah calon yang terdekat bagi menggantikan amir atau imam itu.

Bukan Mat Sabu bukan pemimpin dan pahlawan PAS yang terbilang, tetapi dia adalah pahlawan gagah seperti Khalid ibni Walid, tiada tolok bandingnya di medan tempur, tetapi calon Khalifah atau Amirul Mukminin adalah orang lain.

Mat Sabu pun pada saya bukan orang yang memimpikan jawatan itu sejak berada dalam Jawatankuasa Agung PAS, tetapi dia mahu ada seorang yang dapat membantu Presiden parti yang berkesan.

Sejak konsep kepimpinan ulama diperkenalkan tahun 1982, persepsi ahli PAS bahawa konsep itu adalah terdiri dari Majlis Syura Ulama dan sekurang-kurang Presiden dan Timbalan Presiden itu adalah ulama.

Monday, June 13, 2011

Apa Ertinya Bangsa Malaysia

Roket kini

13 JUN – Shay Adora Ram adalah mangsa kegagalan besar negara ini. Anak kepada pasangan Hannah Yeoh dan Ramachandran Muniandy ini dinafikan haknya oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk meletakkan bangsa anak mereka sebagai ‘Malaysia’. Pilihannya hanya sama ada Cina atau India; kerana JPN sendiri gagal mentakrifkan bangsa Malaysia. Maka secara rasminya, seakan jabatan kerajaan sendiri tidak mengiktiraf kewujudan bangsa Malaysia.

Negara ini merdeka tanpa ada usaha untuk membina dan membangunkan citra bangsanya sendiri. Malah, kerajaan BN sangat selesa dengan polarisasi kaum yang semakin melebar. Rukun Negara yang seharusnya menjadi nilai bersama setiap warga bangsa Malaysia ini tinggal ikrar mingguan untuk setiap perhimpunan kerajaan. Tiada usaha yang bersungguh-sungguh mahu menterjemahkannya kepada perlaksanaan di peringkat negara.

Usaha ini sangat penting kerana bangsa dalam negara moden ini merupakan kontruk sosial. Ertinya, bangsa adalah sebagaian dari projek negara, bukanya suatu yang alami, semula jadi. (malangnya kata bangsa sering ditukar ganti dengan kata kaum atau etnik). Pembinaan negara bangsa (nation-state) merupakan salah satu kegagalan besar projek tajaan kerajaan Barisan Nasional.

Negara berkebajikan dengan rujukan sirah Rasululullah SAW

Apabila Rasulullah sampai ke Madinah, baginda disambut sebagai ketua untuk kota itu. http://4.bp.blogspot.com/_gM82XoL2QtY/S_N9RovoWKI/AAAAAAAAASA/FOUPj8sVMMM/s1600/buku+sirah+001.jpgIni disahkan melalui baiah yang diberikan oleh sebahagian penduduk Madinah sebelum baginda berhijrah lagi. Tidaklah semua penduduk memberi sokongfan kepadanya. Tetapi kaum Ansar iaitu penduduk utama Madinah yang tidak mempunyai ketua memberikan baiah itu.

Ketika itu, penduduk Madinah memang mencari seorang ketua. Rasulullah SAW dilihat sebagai tokoh yang layak. Sebagai seorang dari kaum Quraisy kota Mekah, sudah tentu baginda dilihat memiliki ciri-ciri krpimpinan daripada suku yang merupkan elit pemerintah di Mekah.

Di Madinah ketika itu, tidak dapat dilihat adanya mana-mana tokoh yang cukup kuat untuk menjadi ketua bagi seluruh penduduknya. Perbalahan akan berlaku jika mana-mana individu dipilih.

Walaupun Rasulullah SAW dianggap sebagai pembangkang di kota Mekah, tetapi kaum Ansar menerima ajaran Islam, melalui kenabian Muhammad SAW lebih-lebih lagi yakin dengan akhlak baginda.

Sokongan padu kaum Ansar terlihat apabila masing-masing berebut-rebut supaya Rasulullah SAW jadikan rumah mereka sebahagian kediaman baginda. Di mana Rasulull;ah SAW akan tinggal di madinah maka itulah akan menjadi ekdiaman rasmui ketua kota Madinah.

Kalau dari segi pentadbiran, kediaman Rasulullah SAW itu kelak adalah seperti istana tempat seseorang bersemayam atau kediaman presiden sesebuah republik. Namun Rasulullah SAW membawa sikap dan cara politik berbeza daripada mana-mana kerajaan yang ada, baik empayar Rom mahupun Parsi, atau pemerintahan Quraisy di Mekah.

Cabar PAS gugur istilah Islam: Taubatlah Umno...

SHAH ALAM 13 JUN : Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan kepimpinan Umno-Barisan Nasional(BN) supaya segera bertaubat dari terus menyalahkan parti itu dengan mendakwa PAS telah mengenepikan serta menukar dasar Islam kepada dasar Negara Berkebajikan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd. Puad Zarkashi semalam mencabar PAS menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain.

Mengulas lanjut perkara tersebut Tuan Ibrahim berkata, Umno-BN seharusnya mengambil tanggungjawab dengan memperkasakan serta melaksanakan dasar Islam dalam sistem pemerintahan negara dan bukannya menyalahkan pihak pembangkang.

Malah katanya, Umno-BN juga seharusnya memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah sekian lama menindas serta mengabaikan kebajikan mereka.

"Saya ingat Umno ini kena bertaubat...saya cadangkan Umno seharusnya perlu mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan masyarakat bukan Islam memahami Islam yang sebenarnya dan kegagalan dia(Umno) sendiri untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang melaksanakan dasar-dasar Islam yang lebih bersifat terbuka, rahmat dan lebih bersifat adil,"tegasnya kepada Tv Selangor.

"Sebagai sebuah parti yang telah memerintah selama 53 tahun Umno-BN sepatutnya malu terhadap kegagalannya mendaulatkan Islam sehingga dialah punca yang mengelirukan masyarakat terhadap persepsi Islam yang sebenar dalam negara,"ujarnya.