Negara ini merdeka tanpa ada usaha untuk membina dan membangunkan citra bangsanya sendiri. Malah, kerajaan BN sangat selesa dengan polarisasi kaum yang semakin melebar. Rukun Negara yang seharusnya menjadi nilai bersama setiap warga bangsa Malaysia ini tinggal ikrar mingguan untuk setiap perhimpunan kerajaan. Tiada usaha yang bersungguh-sungguh mahu menterjemahkannya kepada perlaksanaan di peringkat negara.
Usaha ini sangat penting kerana bangsa dalam negara moden ini merupakan kontruk sosial. Ertinya, bangsa adalah sebagaian dari projek negara, bukanya suatu yang alami, semula jadi. (malangnya kata bangsa sering ditukar ganti dengan kata kaum atau etnik). Pembinaan negara bangsa (nation-state) merupakan salah satu kegagalan besar projek tajaan kerajaan Barisan Nasional.
Pemahaman mengenai citra bangsa Malaysia sering terhenti pada takat menyetujui bahawa Malaysia majmuk budaya. Dr Mahathir (yang meletakkan pembentukkan bangsa Malaysia sebagai salah satu cabaran wawasan 2020) mahu ia dibentuk berdasarkan acuan kita sendiri. Namun setelah lebih 20 tahun idea Wawasan 2020 ini diilhamkan, rupa acuan itu kabur dan sering pula mengelirukan.
Oleh itu, mari kita mulakan dengan menyoal, apakah itu bangsa? Anderson, sarjana yang banyak menulis berkenaan pembinaan bangsa menghuraikan bangsa sebagai sekelompok manusia yang secara sosialnya terbina lalu membayang dan menerima diri mereka sebagai satu kumpulan. Dengan demikian anggota-anggota masyarakat dapat menganggap bahawa, walaupun saling tidak kenal-mengenal, mereka adalah berada di bawah satu naungan, iaitu komuniti bayangan (imagined community) yang terhad dan berdaulat. Terhad kerana kelenturan takrif dan sempadannya sentiasa dibatasi oleh negara dan sempadannya.
Oleh sebab itu, meski pun kita sebahagiannya berkongsi jalan sejarah, pengalaman, dan talian persaudaraan warga Singapura, Indonesia, Thailand atau lain-lainnya, kita tetap dua bangsa yang berbeza. Berdaulat pula kerana mana-mana dinasti monarki tidak boleh mendakwa berkuasa ke atas bangsa bagi mana-mana negara moden.
Lalu, selepas Merdeka negara ini harus memikirkan rupa bentuk bangsanya yang baru, kerana ia sangat terkait dengan memupuk rasa kebersaman atau nasionalisme. Perkara pokok bagi memupuk rasa kebersamaan ini adalah melalui pembinaan ingatan bersama (collective memories).
Menurut Anderson lagi, media massa sangat penting dalam soal ini. Namun, oleh kerana media massa negara ini sangat dikawal peranannya, maka media lebih berfungsi sebagai alat menyebar kebencian dan bukan sebaliknya. Begitu juga pengajaran matapelajaran Sejarah di sekolah yang sangat kritikal bagi membina ingatan bersama sebagai satu bangsa. Malangnya, pengajaran sejarah sarat dengan doktrin politik kepartian dan meminggirkan sejarah sosial negara ini.
Oleh hal yang demikian, tugas pembinaan bangsa Malaysia ini tidak harus dibiarkan pada tangan penguasa yang korup nilai. Masyarakat harus bersedia untuk membawa perubahan bukan hanya untuk Shay Adora Ram sahaja, malah untuk seluruh anak Bangsa Malaysia yang lainnya juga. – Roketkini.com
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
ReplyDelete