SAYA tidak pernah mengira keputusan PAS Kawasan Bukit Bintang mencalonkan Mohamad Sabu sebagai calon Timbalan Presiden PAS sebagai satu keputusan yang serius. Pada saya ketika itu ia satu keputusan main-main dan tidak mencerminkan kemahuan umum penyokong parti itu.
Sebagai mana orang tidak mengira Ustaz Nasharuddin Mat Isa adalah orang yang tepat dengan jawatan Timbalan Presiden itu tujuh tahun lalu, maka begitulah Mat Sabu pada persepsi saya masa itu bukan calon yang tepat bagi menggantikan penjawat jawatan itu.
Pada saya yang PAS cari bukan sekadar pemegang jawatan itu tetapi ialah dijangkakan bagi menjadi pengganti Ustaz Abdul Hadi yang tepat apabila tiba waktunya. Presiden PAS itu bukan sekadar seorang pemimpin parti yang diterima oleh semua tetapi ia adalah amir atau imam kepada parti dan pendukungnya.
Timbalan Presiden itu adalah calon yang terdekat bagi menggantikan amir atau imam itu.
Bukan Mat Sabu bukan pemimpin dan pahlawan PAS yang terbilang, tetapi dia adalah pahlawan gagah seperti Khalid ibni Walid, tiada tolok bandingnya di medan tempur, tetapi calon Khalifah atau Amirul Mukminin adalah orang lain.
Mat Sabu pun pada saya bukan orang yang memimpikan jawatan itu sejak berada dalam Jawatankuasa Agung PAS, tetapi dia mahu ada seorang yang dapat membantu Presiden parti yang berkesan.
Sejak konsep kepimpinan ulama diperkenalkan tahun 1982, persepsi ahli PAS bahawa konsep itu adalah terdiri dari Majlis Syura Ulama dan sekurang-kurang Presiden dan Timbalan Presiden itu adalah ulama.
Mana-mana orang awam yang dibangsakan dalam parti itu sebagai orang profesional tidak terhalang menjawat semua jawatan apa lagi mereka memiliki kemahiran yang diperlukan.
Sekalipun Majlis Syura Ulama itu adalah badan tertinggi dalam PAS selepas muktamar, makanisma gerakan harian parti adalah di tangan Jawatankuasa PAS Pusat. Sekalipun Majlis Syura berkuasa melakukan semak dan imbang kepada Jawatankuasa PAS Pusat, tetapi tidaklah Yang di-Pertuan Agong itu dapat campur tangan semua keputusan dan tindakan Perdana Menteri.
Begitulah adanya adab antara Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat. Justeru itu, perlulah sekurangkurangnya dua jawatan teratas dalam Jawatankuasa PAS itu terdiri daripada ulama. Tidaklah memadai Presiden saja ulama, kerana dalam ketiadaan Presiden, jawatan itu akan dipangku oleh Timbalan Presiden.
Itu satu tafsir kepada konsep itu. Manakala satu tafsir lagi ia memadai dengan Majls Syura Ulama dan Dewan Ulamak saja. Perbezaan tafsir ini tidak mudah dirungkai, tetapi ia tidak menyebabkan parti itu berpecah kerana ia ditegakkan atas kekuatan akidah. Adalah lebih mudah membelah rambut sehelai daripada memecahkan perpaduan yang bertunjang kepada akidah.
Pemilihan perwakilan kepada Mat Sabu tidak dibuat kerana mahu atau tidak mahu kepada ulama tetapi dibuat mengikut pihak mana yang berpijak kepada fiqah politik Islam yang terbaik.
Petunjuk daripada fiqah politik Islam mendapati Timbalan Presiden parti dan Naib-Naib mesti diurus oleh orang yang mengerti dan tahu mengendalikan kemahuan fiqah politik Islam bagi menghadapi politik negara yang bertambah gawat dan memerlukan perubahan.
Siapa panglima yang boleh menghadapi medan percaturan politik yang terbaik dan boleh mendekatkan kemenangan? Rasulullah s.a.w. kadang-kadang tidak memilih sahabat yang rapat dengannya untuk memimpin peperangan, tetapi memilih panglima terbaik.
Sayidina Abu Bakar, Omar, Othman dan lain-lain sahabat yang kanan dan alim menjadi pembantu kepada panglima itu.
Kerana tiada rotan yang muncul dan bersedia mengambil tempat di samping Ustaz Abdul Hadi menjelang pemilihan pimpinan dua tahun sekali itu, maka yang ada adalah akar tunjang yang menjalar di semua pelosok bumi.
Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar bukanlah sekadar akar biasa, akar yang berguna semasa ketiadaan rotan tetapi mereka adalah akar umbi yang penting di tengah-tengah masyarakat boleh diterima memacu parti bagi melakukan perubahan apatah lagi pilihan raya umum (PRU) ke-13 adalah berada di ambang.
Rotan ada tetapi tidak muncul. Ulama yang berwibawa ramai tetapi mungkin ulama menjaga itu dan ini, maka mereka tidak melahirkan gedebenya seperti Mat Sabu dan Mahfuz. Ulama bukan sekadar memimpin kelas ilmu di surau dan masjid, tetapi ulama juga wajar memimpin umat hingga ke peringkat menggali kubur.
Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Abdul Hadi dan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidaklah sampai menjadi penggali kubur, tetapi mereka boleh berada di mana-mana di seluruh ceruk rantau seperti yang Mat Sabu dan Salahuddin buat sepanjang masa.
Mat Sabu dan Mahfuz turun memimpin tunjuk perasaan di jalanjalan, tetapi Ustaz Fadzil yang diserang penyakit kencing manis dulu pun tegak bersama para demonstran di depan kedutaan Amerika.
Ustaz Abdul Hadi dan Ustaz Nik Abdul Aziz meninggalkan hospital untuk ke jalan raya.
Tidak gugur martabat ulama mereka. Itu yang ahli nampak. Dalam keadaan ulama yang begitu, Mat Sabu tidak perlu untuk mencabar jawatan yang sebahagian daripada masanya ditumpukan untuk mesyuarat dan lain-lain pentadbiran parti hingga boleh mengurangkan masanya ke medan tempur.
Mat Sabu bukan ulama tetapi dia adalah orang awam PAS yang memahami banyak tentang fiqah politik Islam. Maka dia menjadi orang awam yang telah terpilih menjawat jawatan paling tinggi dalam parti selepas Dato’ Asri Muda. Asri dipercayai tidak berhajat untuk menjadi peneraju utama parti.
Ketika PAS dipimpin oleh dua ulama terbilang Dr Burhanuddin al-Hilmy sebagai Presiden dan Prof Zulkifli Mohamad sebagai Timbalan Presiden, Asri menjadi Naib Presiden seperti Salahuddin sekarang.
Tetapi musibah menimpa kedua Dr Burhanuddin dan Prof Zulkifli menyebabkan orang ketiga terpaksa mengambil alih pimpinan. Berdasarkan kejadian itu orang terfikir kemungkinan pimpinan parti terlucut daripada ulama sekali lagi.
Bukanlah fikah politik Islam tidak boleh memimpin, tetapi kebimbangan kejadian 30 tahun dulu berulang semula dalam PAS. Asri tidak pernah rasa jalan yang dilaluinya lari daripada halatuju Islam, tetapi pihak lain melihatnya begitu.
Bukanlah Asri itu sebenarnya lebih nasionalis dan Islamis, tetapi sebagai orang awam bukan ulama Asri dikelilingi oleh penasihat bukan ulama. Di situ puncanya kekeliruan itu.
Kalau kemunculan Mat Sabu sebagai orang nombor dua memungkin dia menjadi orang nombor satu seperti Asri dulu, maka ia mengembalikan semula ingatan semua kepada cerita lama.
Mat Sabu sendiri telah belajar daripada kejadian 30 tahun dulu. Ia boleh dielakkan dengan siapa mengelilingi Mat Sabu?
Maka pastikan dia mendapat nasihat daripada para ulama dan mereka tidak sekadar menjadi penasihat saja tetapi dilibatkan dalam semua gerakan dan tindakannya.
Apabila Mat Sabu telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden dan dapat memenuhi tugas dan peranannya, maka perwakilan jangan memikirkan dia mesti digantikan bagi memungkin ia dipegang terus oleh golongan ulama.
Kita jangan berfikir bahawa Mat Sabu memegang jawatan untuk sementera dan kemudian digantikan.
Mat Sabu mesti dibantu oleh parti bagi menjadikan dia orang yang berkesan dalam jawatannya.
Peranan besarnya sekarang ialah bagaimana dia dapat memperkasa Majlis Syura Ulama dan meletakkan Mursyidul Am sebagai pemandu dan penentu arah, dasar, sasar dan hala tuju PAS supaya kehadiran Majlis Syura itu dirasakan penting dan ditunggu-tunggu oleh semua.
DAP telah ada pelapisnya. Lim Kit Siang sudah melepaskan pimpinan kepada anaknya Lim Guan Eng. Apakah Mat Sabu dia sediakan sebagai pelapis PAS? Masa tidak ada bagi membuat percubaan. Jadikan Mat Sabu pilihan yang tepat.
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
ReplyDelete