Thursday, September 30, 2010

Pas dan Perlembagaan

Abdul Aziz Bari

Hujung Ramadan yang lalu saya diminta melancarkan dua buku karangan Ahli Jawatankuasa Agung Pas dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa. Pada mulanya saya berasa hairan mengapa anak bekas Presiden Pas Datuk Yusuf Rawa itu memilih saya.

Apa pun, dalam ucapan dan perbualannya dengan saya selepas itu Mujahid, yang juga Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas yang menjadi penggerak penting di belakang Dewan Himpunan Penyokong Pas - sayap bukan Islam parti itu - memberitahu sebab-sebabnya, antaranya kepercayaan beliau yang kerangka perlembagaan negara hari ini boleh digunakan untuk melaksanakan cita-cita perjuangan partinya.

Saya berasa terharu; bukan sangat kerana beliau mengakui kepentingan perlembagaan tetapi kerana kesediaan beliau untuk memahami dan menerima kenyataan yang ada di negara kita. Pada saya ini amat penting dalam memastikan proses demokrasi – yang mahu tidak mahu menentukan keberkesanan perjalanan perlembagaan – berjalan dengan baik dan Pas, sebagai salah satu parti tertua dan utama dalam sistem politik kita, mempunyai sumbangan dan peranan tidak kecil. Sejak 1990 Pas memainkan peranan penting dalam percubaan membentuk sistem dua parti; dari Angkatan Perpaduan Ummah (APU) kemudian Barisan Alternatif (BA) dan sekarang Pakatan Rakyat (PR).

Hubungan kaum: Formula kekayaan Mahathir boleh bawa negara muflis

MalaysiaInsider

Dr Mahathir berkata pertumbuhan ekonomi dapat menyelesaikan masalah kaum di Malaysia.—gambar fail
KUALA LUMPUR, 1 Okt — Preskripsi Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pertumbuhan dan pembahagian kekayaan bagi mengelakkan masalah hubungan kaum dialami Malaysia sekarang boleh menyebabkan negara muflis jika formula itu menjadi amalan pentadbiran Najib, demikian menurut penganalisis dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Mereka menekankan bahawa nasihat bekas perdana menteri itu sendiri telah gagal semasa pentadbiran beliau, di mana telah membawa kepada kemerosotan hubungan kaum meskipun perbelanjaan kerajaan meningkat besar.

“Bagai nak gila jika (Datuk Seri) Najib (Razak) ikut preskripsi Dr Mahathir kerana ia hanya akan memufliskan negara dan memburukkan hubungan kaum memandangkan punca kemerosotan hubungan kaum tidak diatasi terlebih dahulu,” kata setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, hubungan kaum semakin buruk antara 2005 dan 2009, meskipun perbelanjaan kerajaan dan bajet mencatatkan rekod, dan sejumlah projek yang begitu banyak.

Kelmarin, Dr Mahathir memberitahu bahawa beliau merangka konsep Bangsa Malaysia di bawah Wawasan 2020 berdasarkan rancangan bahawa pertumbuhan ekonomi akan mengatasi masalah hubungan kaum.

Mengapa paksa bukan Islam ikut cara Islam

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta menjelaskan kepada golongan bukan Islam di seluruh negara mengapa pelajar bukan Islam telah dipaksa untuk membuat cara sembahyang (berdoa) orang Islam.

Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata, ini seperti yang berlaku pada 13 April 2008 di dewan kuliah Rejimen 515 Askar Wataniah, Jalan Ampang dengan meminta Zahid memberikan identiti pelatih yang terlibat dalam kes tersebut.

“Saya meminta agar Zahid menjelaskan mengapa perkara sebegini boleh berlaku di bawah kepimpinannya,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, katanya, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong amat kesal dengan tindakan mengungkitkan semula isu di mana pelajar bukan Islam telah dipaksa untuk meniru cara sembahyang orang Islam.

Galas: Muhyiddin lari dari tanggungjawab, kata PAS

Malaysiakini

Tindakan timbalan perdana menteri yang juga timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yaasin menyerahkan jentera pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas dianggap sebagai "lari daripada tanggungjawab", kata naib presiden PAS, Salahudin Ayub.

Katanya, telah menjadi kelaziman bagi BN meletakkan tanggungjawab pengarah pilihanraya di atas bahu timbalan perdana menteri tetapi kali ini, Muhyiddin menyerahkan beban itu untuk digalas oleh Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kenapa Umno lari daripada norma biasa di mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin, yang mana (beliau) akan menjadi pengarah pilihan raya setiap kali pilihan raya kecil berlaku bagi BN.

"Kali ini kenapa dia (Muhyiddin) lari. Mana janjinya untuk jambatan di Manek Urai. Mana janji dia untuk memberikan sumbangan untuk warga tua di Manek Urai. Ke mana dia lari?" katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Dialog Namewee - Tang Ah Chai: Masalahnya bukan kata kesat, tapi Rasisme

Merdeka Review

Perbincangan masyarakat sebenarnya hilang fokus seandainya hanya tertumpu kepada "kata-kata kesat" yang digunakan Namewee dalam karya lagunya, memandangkan ia sekadar satu "medium" untuk menyampaikan pandangan. Malah, kontroversi yang dicetuskan Namewee hanya bermakna apabila dibaca dalam konteks masyarakat terkini.

Masalah pokoknya rasisme, bukannya kata-kata kesat. Demikianlah kesimpulan yang dicapai dalam satu dialog yang mempertemukan Namewee, pemain muzik rap kontroversial dengan Ketua Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH), Tang Ah Chai. Dialog dalam dewan SCAH yang menarik hampir 400 orang hadirin ini diprotes kira-kira 70 orang anggota PERKASA di luar. 【Gambar Namewee dibakar: Dialog ditamatkan sebelum demo PERKASA surai

Tanpa mahu melanjutkan pertikaian berhubung "kata-kata kesat" yang terkandung dalam lagu Namewee, Tang Ah Chai menekankan bahawa hasil karya seharusnya dibaca dalam konteks dan latar belakang masyarakat yang kita sedang berada.

Make Love, Not War dan Shit @ PukiMak @ PM

Beliau selanjutnya mengambil contoh slogan "Make Love, Not War" (Berasmara, Bukan Berperang) yang dilaungkan pada zaman 1960-an, menyaksikan bagaimana masyarakat Amerika Syarikat (AS) ketika itu diselubungi sentimen "anti-perang".

"540 ribu orang tentera AS dihantar untuk berperang di Vietnam. Lebih daripada 10%, iaitu 58 ribu orang terkorban di Vietnam. Rakyat AS, terutamanya orang muda, tak faham apa perlunya untuk berperang di Vietnam, berperang untuk siapa dan apa. Akhirnya, semua orang anti perang, sehingga sanggup berkonsert untuk tiga hari tiga malam..."

MalaysianInsider

30 SEPT — Maka dengan bersungguh-sungguh pimpinan Umno Pulau Pinang ingin meraih sokongan orang Melayu dengan mengajurkan upucara menerima pemulangan wang sumbangan RM100 kerajaan negeri dari warga emas.

Berita tersebut mendapat liputan yang meluas dari media elektronik dan disiarkan diberita jam 8.00 malam tadi. Dikatakan 40 orang memulangkan wang halal yang diharamkan oleh Umno itu.

Agak sesuai saya namakan lakonan dan sandiwara itu sebagai “taukeh judi mengembalikan wang judi”.

Akhbar Sinar Harian pula melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim, kesal dengan sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang didakwa nya tidak pernah jujur dengan rakyat Pulau Pinang, tetapi sebaliknya sering menyembunyikan fakta sebenar.

Azhar nampaknya sudah sangat jijik dengan wang judi sehingga menyerang Kerajaan Negeri yang didakwanya mengunakan wang judi untuk wang ihsan RM100 atau program membasmi miskin tegar.

Pengarah p’raya umpama kata dua buat Razaleigh

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Sept: PAS menyifatkan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan raya Umno dan BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas sebagai kata dua kepadanya yang menyokong tuntutan royalti Kerajaan PAS Kelantan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, jelas ianya tindakan terdesak Umno kerana ternyata parti itu amat bergantung harap kepada pengaruh Tengku Razaleigh bagi merampas semula Dun berkenaan.

Ini, katanya walaupunUmno tahu Tengku Razaleigh tidak sealiran dengan pemimpin tertinggi Umno dan perlantikannya adalah risiko terbesar yang perlu Umno tangani sepanjang kempen.

PAS, tambahnya yakin perlantikan Razaleigh juga membuktikan Umno sebenarnya hilang keyakinan di Galas tetapi mahu memberikan tekanan kepada veteran Umno itu sendiri sebagai membuktikan kesetiaanya kepada parti itu.

'Perang' PERKASA: Kolej Dong Zong kecut

Malaysiakini

Persembahan Namewee di Kolej New Era di Kajang malam ini dibatalkan ekoran amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) untuk 'mengekori' ke mana saja penyanyi rap kontroversi itu mengadakan siri jelajahnya.

Menurut kolej milik NGO pendidikan Cina terbesar Dong Zong itu, pembatalan itu disebakan mereka tidak gembira dengan insiden yang berlaku di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada malam Selasa.

"Bagi menghindarkan dan melindungi keselamatan, program Namewee yang sepatutnya berlangsung pada jam 7.30 malam ini dibatalkan," demikian menurut satu kenyataan.

Sementara itu, pengurus Namewee, Fred Chong turut mengesahkan, persembahan ketiga dalam siri jelajah artis Cina daripada Muar itu dibatalkan.

"Kolej New Era takutkan PERKASA. Majlis itu dibatalkan dan PERKASA boleh dikira berjaya," katanya kepada Malaysiakini

PERKASA 'isytihar' perang terhadap Namewee

Malaysiakini

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini 'mengisytiharkan' perang terhadap penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi Namewee selepas album sulungnya dilancarkan semalam.

Ketua Wira NGO itu Arman Azha Abu Hanifah berkata, sebagai "panglima perang dan hulubalang Melayu" mereka akan sedia mengekori ke mana saja Namewee mengadakan siri jelajah dan persembahannya selepas ini.

"Kami sambut (siri jelajahnya) dengan tangan terbuka. Kalau dia buat konsert di dalam (dewan), kita akan 'berkonsert' di luar," katanya ketika diminta mengulas rancangan terbaru artis muda itu.

Sempena kelahiran album itu, Namewee selepas ini menjelajah seluruh negara sebagai rangka promosinya.

Terbaru esok di Kolej New Era, di Kajang yang dimiliki NGO pendidikan Cina yang berpengaruh Dong Zong.

Malam semalam, perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Kuala Lumpur, kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang anggota PERKASA bagi membantah

Tuesday, September 28, 2010

Si sepet, si botol: Itulah wajah sebenar Umno

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menganggap api perkauman yang ditiupkan Biro Tata Negara (BTN) semalam dengan gelaran menghina kaum Cina dan India amat menjijikkan.

Anggapan itu merujuk kepada ucapan seorang pegawai BTN yang dilaporkan memberikan gelaran rakyat berbangsa Cina dan India masing-masing sebagai 'si mata sepet' dan 'si kaki botol' dalam induksi dalaman Puteri Umno Malaysia di PWTC.

Monday, September 27, 2010

Perihal melayu berfikir

Azizi Abdullah

Sekarang orang galak kembali bercakap tentang Melayu: Kuasa Melayu. Melayu akan hancur. Perpaduan Melayu. Kemudian ada pula dakwaan, menyesal jadi Melayu. Melayu lenyap pun tak apa. Yang penting Islam.

Fikir-fikir sungguh juga. Melayu batas geoghrafinya sekadar sampai ke lubang kubur, lepas itu Melayu pasti akan lenyap. Malaikat tidak akan tanya, apa bangsamu.

Saya pernah menulis sebuah cerpen dalam tahun 80an dulu bertajuk ‘Menyesal Jadi Melayu.’

Tapi yang sangat anih, orang yang bercakap mempertahankan Melayu, termasuk mantan pemimpin yang mendakwa tentang pentingnya Melayu, merekalah yang menjahnamkan Melayu. Merekalah yang melingkup Bahasa Melayu. Mereka yang memusnahkan indentiti Melayu dan jati diri Melayu. Raja-raja Melayu. Hak Istimewa Melayu.

Umno 'bapa judi' sebenar, dakwa PAS

Malaysiakini

PAS mendakwa Umno sengaja mempolitikkan isu wang ehsan pemberian kerajaan Pulai Pinang kononnya daripada sumber judi untuk menyemai kebencian rakyat dan "melaga-lagakan" isu berkaitan agama dan kaum.

Sambil mendakwa Umno merupakan 'bapa judi' sebenar, ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, Umno sepatutnya membersihkan dahulu 'najis' itu di peringkat pusat, termasuk tidak membiarkan orang Melayu menjadi lembaga pengarah syarikat judi.

"Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah tahi judi," kata Idris (kiri) beranalogi.

Baraan 2010

Pilihan raya kecil DUN Galas hujung Okt selepas AGM Umno?

MalaysianInsider

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (empat kanan) mengimamkan sembahyang jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima, 46, di Masjid Kampung Baru di sini, semalam. - Bernama
ANALISIS, 28 Sept — Selepas ‘berehat sementara’ selama empat bulan daripada siri ribut pilihan raya kecil — parti-parti politik nampaknya tiada pilihan kecuali menghadapi satu pilihan raya kecil. Kali ini pilihan raya kecil ke-12 sepanjang pascapilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Dr Asri: Bantuan k'jaan Pulau Pinang tidak haram

Malaysiakini

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

NONE“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini dari Beijing, China.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.
TV Selangor

Image Hosted by ImageShack.usKetua Pemuda DAPSY Negeri Sembilan itu berkata, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek Husein juga mengakui kutipan cukai judi bagi 2009 digunakan untuk membayar elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet.“Kutipan berjumlah RM2.3 billion digunakan untuk menampung pelbagai perbelanjaan dan turut digunakan untuk membayar gaji dan elaun pimpinan Umno Barisan Nasional,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Adun Galas kembali ke rahmatullah

HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.

(Gambar kiri:

Hinanya Utusan Malaysia! Nak samak najis pun tak sah.

Justify FullAkhbar Utusan Malaysia yang dahulunya merupakan lidah rasmi kerajaan. Lidah rasmi bangsa melayu. Hari ini diperalatkan UMNO-BN sehingga terlalu hina dan dibenci orang-ramai. Slogan “Penyebar Fikiran Rakyat” perlu ditukar menjadi “ Pengesat Tahik UMNO-BN”. Anda baca sendiri lapuran media terkemuka berbanding Utusan Malaysia berkait isu Richard Branson.

Agendadaily.Com

Syabas Tuntut RM308 Juta Kerana Dihalang Naikkan Tarif Air

TV Selangor

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah menuntut bayaran sebanyak RM308 juta dari Kerajaan Selangor didakwa sebagai “pampasan” kerana terhalang dari menaikkan tarif air di Selangor.

Menurut Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, Syabas membuat tuntutan itu menerusi dua surat tuntutan bertarikh 15 Septermber lalu dengan memberi alasan kononnya syarikat itu mengalami kerugian disebabkan keengganan Kerajaan Selangor membenarkan tarif air dinaikkan yang dikatakan terkandung di dalam perjanjian konsesi.

Sunday, September 26, 2010

Remember what Ustaz hadi said in November 2003

"The heart of a fool is in his mouth, but the mouth of the wise man is in his heart" (Pas Surada)

Raja Petra Kamarudin

It looks like the PAS supporters are hot and bothered about my criticism of its youth leader. Well, that’s good. Someone has to play the role of the devil’s advocate although some are calling me the devil or Satan rather than the devil’s advocate.

Below is the Q&A of the press conference held by the PAS President, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, on Wednesday, 12 November 2003, after the launching of the blueprint on the introduction of Islamic laws in Malaysia -- a.k.a. the ISD or the Islamic State Document.

Due to the ISD, DAP broke away from the opposition coalition, Barisan Alternatif, and five months later the opposition got massacred in the general elections.

I am not going to comment on what Ustaz Hadi said in his Q&A below other than he at least made the issue clear compared to how the PAS Youth leader talks. I just want to bring to your attention (and remind these PAS people) what was done and said seven years ago and which proved a disaster for the opposition.

My question to Mustaffa Ali (my neighbour of about 20 years) then was: do you want to win the elections and form the next federal government or do you want to propagate Islam? His reply was: propagate Islam.

I was also told that PAS is not concerned about whether it wins the general elections or not as long as it can use the ‘political platform’ to propagate Islam. By using the political platform PAS would be able to talk about Islam, they explained, otherwise PAS would have no platform to stand on to talk about Islam.

Sekitar Sambutan Eidulfitri 1431H PAS Cawangan Surada

Lagi gejala 'rasis' di sekolah

Malaysiakini

Dua lagi insiden pengetua dan guru 'rasis' dilaporkan. Kali ini, membabitkan sebuah sekolah di Muar, Johor dan sebuah lagi di Tengkera, Melaka.

Perkara ini didedahkan oleh ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan ADUN Bachang, Lim Jak Wong kepada Suara Keadilan Online.

Er (kiri) mendakwa pada April lalu, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar di Muar memaksa lebih 50 pelajar bukan Islam daripada tingkatan satu hingga lima supaya menadah tangan serta membaca doa bersama-sama pelajar Islam semasa perhimpunan bulanan sekolah itu.

Beliau mendakwa pengetua telah mengarahkan pelajar bukan Islam meniru cara berdoa pelajar Islam.

"Ibu bapa pelajar bukan Islam terbabit datang mengadu kepada saya mengatakan perkara ini amat tidak wajar dilakukan oleh pengetua tersebut. Mereka berkata pelajar ke sekolah untuk menuntut ilmu dan bukannya untuk dipaksa berbuat perkara yang berlawanan dengan kepercayaan agama masing-masing.

Friday, September 24, 2010

Pengetua 'rasis' - usul tergempar di Parlimen

Malaysiakini

Pakatan Rakyat akan membentangkan usul tergempar apabila Dewan Rakyat bersidang pada 11 Oktober ini jika kerajaan gagal bertindak ke atas dua pengetua sekolah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman ke atas pelajar bukan Melayu.

Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga dilaporkan memberitahu pegangannya yang “beroleransi sifar terhap perkauman”, dua minggu selepas kejadian berkenaan.

Thursday, September 23, 2010

Kuasa misteri halang pesawat NASA

Sumber



beritaislamglobal.blogspot.com
PARIS (Kamal Qubeissi) (English version at http://www.alarabiya.net/articles/2010/09/22/119976.html)

Saintis masih tertanya-tanya dengan satu fenomena misteri yang menghalang pesawat angkasa NASA daripada bergerak lebih jauh memasuki ruang angkasaraya dan seterusnya menafikan teori-teori terdahulu tentang alam semesta.

Kuasa misteri yang secara perlahan-lahan menolak pesawat angkasa dari bergerak lebih jauh itu dikesan tahun lepas apabila pesawat angkasa Pioneer 10 (gambar) yang dilancarkan NASA semenjak 1972 diberhentikan dalam laluannya oleh satu fenomena yang tidak diketahui.



Raja Petra cabar Putrajaya bincang terma pulang dari ‘buangan kendiri

MalaysianInsider

LONDON, 24 Sept — Raja Petra Kamarudin kini melahirkan kesediaan untuk berhadapan dengan pihak berkuasa Malaysia berhubung isu beliau yang kini berada dalam “buangan kendiri” di London dan mencari penyelesaian yang “muktamad”.

Beliau memberitahu peluang terbaru kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes beliau.

Blogger berkontroversi ini, yang lebih dikenali sebagai “RPK”, akan menghantar sepucuk surat menerusi penasihatnya kepada kerajaan Malaysia Isnin ini, jika bukan esok, meminta untuk diadakan satu pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakaria Sulong untuk membincangkan terma-terma pulang ke tanah air.

Kata Raja Petra (gambar), pendiriannya itu merupakan satu peluang bagi kerajaan untuk membawa beliau kembali ke tanah air, yang pihak berkuasa mendakwa sedang berusaha untuk mengesannya sejak setahun lalu.

Wednesday, September 22, 2010

Bersih 2.0: Betulkan lokaliti mengundi, pindah pengundi tidak sah

Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 23 Sept — Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan menyifatkan langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pembetulan lokaliti mengundi dan disusuli dengan pemindahan pengundi terbabit sebagai proses yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

SPR melaksanakan proses ini secara meluas ekoran penggunaan sistem maklumat geografi elektronik (EGIS) sejak 2004 di seluruh negara iaitu dua tahun selepas urusan persempadanan bahagian pilihan raya terakhir dilaksanakan.

Proses itu membawa kepada pertambahan kerusi Parlimen kepada 222.

Menurut SPR, ia menjalankan proses ini selaras dengan peruntukan Subseksyen 7(2) dan 7(4) Akta Pilihan Raya 1958 dan Subseksyen 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Rahsia Siapa Abdul Rahim Terbongkar?

MSO

PAGI ini saya menerima satu e mail dari seorang penjenguk yang menamakan dirinya Hero yang memberi alamat sebuah blog yang dibangunkan oleh syarikat I'DA WorldGroup Sdn Berhad syarikat dimana orang bernama Abdul Rahim Abdul Wahab menjadi pengerusi eksukutifnya.

Apa yang tertera dalam blog ini ialah beberapa keping gambar Abdul Wahab dalam majlis perlancanran Misi Perdana de Everest - Tibet 2011 yang berlangsung di Dewan Felda, Jalan Gurney yang dilancarkan Perdana Menteri, Najib Razak pada 25 April lalu.

Gambar beliau dalam majlis berkenaan mungkin boleh menyingkap misteri pemberian replika cek bernilai RM4 billion atas nama Pas Malaysia yang kini menjadi buah mulut di Kelantan. Jika diperhatikan juga gambar lelaki bertongkat dan juga sebelah kakinya tertutup dengan kaki seluar yang meleret ke lantai. Semacam rahsia besar di sebalik kaki seluar labuh sebelah itu.

Sebutir Lagi Bom Kapur Diletupkan Di Kelantan

MSO

SEMALAM saya agak sibuk sedikit dan tidak dapat memberi reaksi kepada kejadian satu 'letupan bom' di Kota Bharu tentang pemberian wang sebanyak RM4 billion kepada kerajaan negeri dan Pas Kelantan oleh sebuah syarikat yang berhati murah. Ramai yang bertanya saya sejauh mana kesan letupan bom berkenaan. Apakah ianya menyebabkan banyak kematian dan kecederaan serta kesan kepada negeri Kelantan. Semalam sepanjang hari melayani seorang wakil rakyat dan rombongan yang mengadakan kunjungan peribadi ke atas saya. (Macam pembesar pulak).

Beberapa orang dan penjenguk blog menelefon secara personal meminta saya memberi ulasan dan mencari punca kenapa bom berkenaan meletup atau diletupkan. Rata-rata kesal atas apa yang berlaku walaupun jauh di sudut hati ianya sukar untuk dipercayai dan menganggap pemberian itu satu taktik murahan yang hanyir.

Kelantan negeri Serambi Makkah yang mana ketua pentadbirannya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala Sultannya pula, Sultan Mohamad ke V yang warak, zuhud dan berjiwa rakyat. Persoal itu tidak percaya dengan apa yang berlaku itu namun kerana ia disiarkan dalam akhbar sedikit sebanyak meresahkannya.

BN di persimpangan, Najib mula goyah?

Kalamperantau

Barisan Nasional (BN) yang dibentuk menjelang pilahanraya umum 1974 ekoran kegagalan perikatan UMNO-MCA-MIC kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 dilihat begitu sukar untuk ditumbangkan kerana mempunyai semua kekuatan sebagai sebuah perikatan parti-parti politik pemerintah yang gagal disaingi oleh pembangkang.

Beberapa percubaan telah dilakukan untuk menggugat BN dalam beberapa siri pilihanraya umum sebelum ini. Percubaan pada pilihanraya umum ke-8 pada tahun 1990 sehinggakan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebuah komponen BN yang memerintah Sabah ketika itu sanggup keluar BN untuk bersama dengan Gagasan Rakyat yang ditaja oleh Tengku Razaleigh Hamzah (pembangkang melalui Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) ketika itu begitu mencemaskan.

Cek RM4 bilion, GNI RM1.7 trilion hanya dongeng penglipurlara

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Cerita Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pada Hari Terbuka Program Transformasi Ekonomi (ETP) tidak ubah seperti cerita penglipurlara menyumbang derma RM4 bilion, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Dua-dua penglipurlara. Tidak ada bezanya cerita Pendapatan Negara Kasar (GNI) meningkat hampir RM1.7 trilion yang didakwa dalam program ETP di Kuala Lumpur dengan kisah derma RM4 bilion kepada PAS Kelantan di Kota Bharu.

"Yang seronoknya, Umno percaya kedua-duanya. Penglipurlara ETP sudah tentulah Umno percaya sebab mereka hendak paksa rakyat pula turut mempercayainya. Dengan pemikiran ala ETP itu, kisah penglipurlara derma RM4 bilion juga mereka telan dengan rakus," kata beliau sambil merujuk gesaan supaya 'derma' RM4 bilion itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga laporan polis mengenainya.

Monday, September 20, 2010

Malaysians But Can’t Speak Malay – Shame on You!

Malaysiadigest

Reading the news recently on a certain residents of this country that’s been giving the enumerators a hard time as they were not able to converse in the national language reminded me of my own frustrating encounters with those from this small section of society. There were a few occasions, during those times I spent at the outskirts, where I tried to converse with these people only to be snubbed just because the persons I were inquiring from didn’t know how to speak Malay and English. It just baffles me that these persons have been living in this country for all their lives yet they don’t know (or refuse to know) how to use their national language.

Open letter to Nazri and Awang Selamat: Who’s the boss? — Nurul Izzah Anwar

SEPT 20 — “...I want Awang to know that I am always sure who my boss is. It’s not (Lim) Kit Siang nor (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) because they are not prime minister of Malaysia, the chairman of BN or president of Umno.” — Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz in his open letter to Awang Selamat.

Nazri’s open letter to Awang Selamat mentioned many things that caught my attention, which include: his courage in facing criticism by the opposition, his call for Utusan Malaysia to meet its KPI of increased readership and refraining from subverting the 1 Malaysia concept by promoting Ibrahim Ali’s narrow racism, his claim of his “parliamentary civility” that led to five opposition MPs crossing over and, finally, his closing remark of being a Malaysian first and Malay next.

But the most significant was his definition of “Who’s the boss?”, which in his case is the prime minister.

I believe that the Real Boss of our nation is the rakyat and the Federal Constitution.

If all members of the Cabinet under Prime Minister Datuk Seri Najib Razak subscribe to this same belief, then Malaysians in general will benefit from clearer (and firmer) policies, a more sustainable environment for better ethnic relations, and a country where the rights of the many are held high above the interests of the few.

First and foremost to living this belief is the commitment to a free media, which I urge the Najib administration to hold sacred.

So Utusan Malaysia has to decide if Najib, Ibrahim Ali or even Tun Dr Mahathir Mohamad is its boss.

So where Utusan Malaysia is allowed to choose who its bosses are, the government can only choose to satisfy its only boss, which is the rakyat.

Therefore, I call upon Nazri and Awang Selamat to support the call for a free media, as a show of loyalty to the real boss of the nation.

* Nurul Izzah Anwar is the MP for Lembah Pantai.

Surat terbuka Nazri kepada Awang Selamat

ADUN Hulu Bernam nafi beri tazkirah, MP Kamalanathan enggan ulas

ADUN Hulum Bernam Datuk Mohamad Idris Abu Bakar
SHAH ALAM, 21 Sept — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam Datuk Mohamad Idris Abu Bakar menafikan dakwaan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bahawa beliau memberikan tazkirah, lebih-lebih lagi tanpa tauliah ketika berada di sebuah masjid di Hulu Bernam ketika Ramadan lalu.

“Bila masa pula saya beri tazkirah? Mana beliau (Khalid) tahu saya cakap pasal hal hal agama?

“Saya cuma berucap untuk merasmikan program yang dianjurkan sahaja. Bagi saya tidak ada isu, cuma ia sengaja diperbesarkan,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada program Hari Raya Bersama Perdana Menteri anjuran Badan Perhubungan Umno Selangor di sini malam tadi.

Sunday, September 19, 2010

Seruan Senyum Kambing Mingguan Malaysia Disambut !

Mingguan Malaysia melalui ruangan Senyum Kambing :

Lalu dijawab terus oleh Setiausaha Akhbar TG Nik Aziz melalui fan page : Nik Abdul Aziz Nik Mat

Ulasan : Salahkah seorang ibu berkata kepada anaknya, "Ibu tak bangga kamu belajar tinggi, tapi ibu bangga kalau kamu berakhlak mulia..". Seorang yang waras dan tahu bahasa tidak akan menganggap kenyataan itu salah. Maksud si ibu ialah akhlak lebih mulia dari pelajaran yang tinggi. Demikianlah apabila Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Saya tidak bangga menjadi Melayu, tetapi saya bangga menjadi seorang Islam.." Golongan yang waras tahu menilai maksud mudah ini. Nampaknya Mingguan Malaysia tidak termasuk dalam golongan itu. Alahai Mingguan...

Tekad Bersama Melaksana Hududullah

Firman Allah SWT:

Bermaksud : Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan keizinan daripadaNya, atas sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan Darulnaim untuk tahun 1431 kali ini. Tahniah kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan kerana berjaya mengadakan sambutan tersebut pada 9 Ramadhan bersamaan 19 Ogos 2010 yang merupakan sambutan tahunan amat penting bagi seluruh rakyat Kelantan.

Demikian pula, terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam kerana bersempena dengan sambutan hari Hududullah telah diadakan Seminar Hukuman Sebat Dalam Islam yang turut menampilkan pembentangan kertas kerja dan demontrasi pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan sivil dan syariah oleh pihak Penjara Pengkalan Chepa.

Undang-undang Allah

Undang-undang hudud merupakan undang-undang Allah. Ia difardhukan oleh Allah SWT, sebagaimana fardhu (wajib) bersolat, berpuasa dan mengeluarkan zakat. Justeru menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menegakkan undang-undang hudud sebagaimana perintah Allah SWT.

Natijahnya, kita semua boleh menerima bahawa di sekolah ada undang-undangnya yang mana pelajar perlu mematuhi arahan guru dan pentadbir, di pejabat juga ada undang-undangnya yang mana seorang pekerja perlu mematuhi arahan majikannya, di dalam negara kita juga ada undang-undangnya yang mana rakyat diminta taat patuh kepada pemimpinnya.

Penurunan Kadar Jenayah Satu Retorik

Pertamanya Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengutuk sekeras-kerasnya segala perbuatan jenayah kejam dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa jenayah terbaru iaitu:


a. Ustazah Norliza Ishak 35, (yang dibunuh kejam bersama anaknya Amirul Ayman 10, pada 3 Sept 2010 - Port Dickson )


b. Datuk Sosilawati Lawiya 47, dan 3 mangsa yang lain (juga dibunuh kejam setelah hilang sejak 30 Ogos 2010. - Kuala Lumpur )

c. Sebelum ini Mohamad Adam Muzaffar telah disembelih oleh bapanya ( Muhaimi Sautar 33, pada 24 Ogos 2010. - Kota Bharu)

d. Noraini Ahmad 20, dirogol dan dibunuh dengan kejam , ditemui dalam keadaan kepalanya cedera parah dan tangannya diikat dengan dawai pada 12 Ogos 2010. - Sungai Petani .

e. Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan 8, dan Che Ku Zaimah Che Ku Awang 28, cedera parah dibahagian muka dan mata apabila disimbah cuka getah dalam satu kejadian amuk di Kampung Sekayu pada 15 August 2010. - Hulu Terengganu .

Wednesday, September 8, 2010

MalaysiaKini

Ucapan perpisahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini secara tidak langsung terus membidas camputangan Kementerian Dalam Negeri.

Musa yang dilihat tidak mahu berundur sebelum menyatakan apa yang terbuku di hatinya, mengingatkan anggota polis dan pegawainya supaya kekal setia meskipun “menerima tekanan dari pihak atasan dari dalam dan juga luar”.

“Jangan jadi 'yes men'.
Kementerian Dalam Negeri hari ini menafikan dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campurtangan pihak ketiga dalam urusan kepolisian.

Ketua setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam yang membaca kenyataan tiga mukasurat itu berkata adakalanya syor dan perakuan PDRM (permintaan dan cadangan) tidak dipertimbangkan sepenuhnya dan ini seolah-olah boleh dipandang sebagai campur tangan di dalam urusan harian PDRM.

"Ada kalanya, cadangan oleh polis tidak dipertimbangkan sepenuhnya oleh kementerian dan mungkin ini dilihat sebagai 'campurtangan' dalam urusan harian polis.

Tergesa-gesa

Rosmah Membaca Al-Quran sambil mendedahkan Aurat ! Mana MAIS?

"Minggu lepas dan sebelumnya riuh rendah 1Malaysia membicarakan tentang pimpinan DAP dan PKR bukan Islam mencemarkan Masjid dan surau dengan memasukinya tanpa menutup aurat.
Hingga mengakibatkan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching diberikan amaran oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan beliau perlu mendapatkan kebenaran MAIS jika hendak memasuki ruang solat..

Isunya ialah beliau bukan Islam dan Tidak menutup aurat.

Bagaimana pula dengan gambar-gambar diatas dan juga dibawah.. seorang isteri kepada pemimpin Negara membaca Al-Quran sambil mendedahkan auratnya dalam majlis Khatam Al-Quran yang telah diadakan di Seri Perdana .

Hukum membaca al-Quran tanpa menutup aurat adalah jelas mengatakan yang ianya adalah haram. Untuk membaca al-Quran itu sekalipun mesti dengan mengangkat hadas kecil dan besar, inikan pula membacanya dengan membuka aurat.

Polis DiRaja KDN !! Terbukti Polis Balaci Kerajaan !!


"Tan Sri Musa Hassan mengakui luahannya berhubung campur tangan pihak ketiga dalam tugasnya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) sebelum ini, adalah merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).Beliau berkata, campur tangan itu yang melibatkan tindakan mengeluarkan sesuatu arahan tanpa pengetahuannya dan tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai KPN.

Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar.
"Malah, ada pegawai-pegawai saya yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan ianya terbukti membelakangkan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Tuesday, September 7, 2010

PAS mulakan tindakan saman terhadap Zam

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Sept: PAS akan menghantar surat kepada bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin (Zam) bagi meminta bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnahnya terhadap parti Islam itu.

Pengerusi Lajnah Guaman PAS, peguam Mohamed Hanipa Maiden (gambar) berkata, jika Zam tidak berbuat demikian, beliau akan memfailkan saman terhadap Zam selepas hari raya ini.

"Saman ini akan difailkan atas nama Setiausaha Agung PAS," kata Hanipa kepada Harakahdaily. Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara ini.

Selain Zam,

Monday, September 6, 2010

Nik Aziz: 'I know you', Ibrahim Ali

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pihak yang mempersoalkan kenyataannya yang orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid, sebagai mahu mempolitikkan isu berkenaan.

"Kenapa isu membenarkan bukan Islam masuk rumah ibadah agama Islam diperbesarkan-besarkan, sedangkan orang bukan Islam yang membina dan membuat mimbar masjid tidak dipersoalkan" katanya.

Menteri Besar berkata di Kelantan, orang bukan Islam turut memberi sumbangan peralatan termasuk besi dan simen bagi pembinaan Masjid Bara'ah di Pasar Siti Khadijah di Kota Baharu.

"Ini menunjukkan rakyat Kelantan faham, termasuk bukan Islam faham mengenai Islam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian sempena Aidilfitri sumbangan Pusat Pakaian Hari-Hari kepada golongan miskin di Kubang Kerian, di Kota Baharu hari ini.

Dalam kenyataan sebelum ini, Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, menyampaikan sumbangan di surau Al-Huda, Kajang Sentral, Selangor baru-baru ini, yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam.

Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang meminta beliau membuktikan kebenaran dakwaannya dengan nas dan ayat al-Quran, Nik Abdul Aziz dengan nada sinis berkata: "I know you (saya kenal awak)".

--Bernama

Thursday, September 2, 2010

Mujahid cadang nasionalkan PAS


KUALA LUMPUR, 3 Sept: PAS, yang menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat, perlu mengambil langkah “menasionalkan” parti iaitu menjadikannya “parti yang berpijak dalam kerangka negara bangsa dan bergerak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.”

Dalam buku terbaru berjudul “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme”, ahli jawatankausa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusof berkata, parti Islam ini perlu menonjolkan ciri-ciri nasional yang mampu memberi keyakinan kepada orang ramai tentang komitmennya terhadap tonggak negara bangsa.

Buku itu dilancarkan di sini malam tadi, lapor wartawan The Malaysian Insider, G Manimaran.

“Persoalan ini timbul berlatangbelakangkan persepsi yang ditanggap oleh orang ramai bahawa PAS bukan parti nasional yang ada kaitan dengan semangat negara bangsa,

Hudud Bukan Hak Pas Seorang

PARA algojo politik cuba mempertikai dan mengaitkan langsung isu hukum hudud dengan Pas. Mereka mempersoalkan kenapa kini Pas tidak lagi memperjuangkan untuk menegakkan hudud. Kalau algojo itu memahami Pas sebagai badan siasah, mereka tidak akan mempersoalkannya. Mempersoalkan perkara itu samalah mendedahkan kebodohan diri sendiri.

Pas bukan gerakan Islam seperti Tabligh atau jamaah bersistem khalifah dan ahlinya kaum sufi. Pas adalah badan politik yang ahlinya mengamal dan menerima berbagai aliran mazhab. Bila disebut politik perjungan Pas untuk menegakkan syariah Islam termasuk hukum hudud secara politik. Politik ertinya bijaksana dalam melakukan sesuatu tanpa mengira halal dan haram kaedahnya. Pas menerima dan mengamalkan konsep matlamat menghalalkan cara untuk mencapai cita-cita itu.

Mungkin Pas menidakkan tanggapan ini tetapi dari tindak tanduk dan perbuatan Pas ia membuktikan kenyataan itu.

Jadi untuk apa dipertikaikan mengenai hal itu. Kerana konsep itulah maka orang tidak perlu merasa pelik dengan sikap (perubahan approach

Faekah: Lebih baik Khir Toyo diam...

Malaysia Kini

Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin.

Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.

NONEFaekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.

Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu.

Wednesday, September 1, 2010

Demi pendidikan anak, Penan tinggal dalam rumah ayam...

"Biar betapa miskin sekalipun, pendidikan jangan dipapakan. Biar betapa perit sekalipun, kanak-kanak jangan disusahkan." Demikianlah yang dilaungkan oleh akhbar bahasa Cina di negara kita, ketika merayu derma untuk disumbangkan kepada anak-anak yang miskin di negeri China, melalui "Projek Harapan" pada tahun 1990-an.

Namun demikian, kemiskinan dan kesusahan tidak hanya berlaku di China. Di Sungai Asap, Bintulu, sekumpulan orang Penan terpaksa berpindah dan tinggal di dalam sebuah kandang ayam, kerana jarak tempat tinggal asal yang terlalu jauh dari sekolah.

Sebagaimana yang diketahui, rumah panjang di Sarawak diberi pelbagai nama yang mudah untuk dikenalpasti, misalnya Rumah Balui Liko. Tetapi, rumah panjang ini tidak mempunyai nama khas, sekadar digelar "Rumah Ayam". Tuan rumahnya, Laing Kilah, memaklumkan bahawa mereka yang mendiami rumah ini berasal dari rumah panjang Long Wat di kawasan hidroelektrik Murum, yang pada asalnya diduduki 54 keluarga. Mereka berpindah ke "kandang ayam" yang terbiar ini untuk memudahkan anak atau cucu mereka ke sekolah.

Mereka berpindah ke sini pada tahun 2007, selepas Kumpulan Shin-Yang memasuki kawasan Murum untuk menebang balak, menghalang orang asli daripada memasuki hutan dengan pelbagai sekatan. Kini, "rumah ayam" ini didiami 20 keluarga.

Berpindah ke "rumah ayam"

Daftar pemilih: DAP dan Umno terus dahului PAS

Harakah Daily

PUTRAJAYA, 1 Sept: DAP dan Umno terus mendahului PAS dalam mendaftar pemilih baru apabila masing-masing mendaftar 9,106 dan 7,230 bulan Julai lalu berbanding dengan PAS hanya PAS (3,961) manakala PKR (1,749).

Kedudukan ini menjadikan DAP dan Umno masing-masing mendaftar 38 dan 30 peratus dari jumlah keseluruhan pemilih baru yang didaftarkan Julai lalu. Jumlah yang didaftarkan oleh penolong pendaftar dari parti-parti politik Julai lalu adalah seramai 23,911 pengundi

Menurut The Malaysian Insider, jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun.

Khalid Samad: Nazir tolak majlis 'politik' PM

Malaysia Kini

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi didakwa "bersikap talam dua muka" apabila cuba menggunakan sebuah masjid di Petaling Jaya untuk satu program politik.

khalid samad pas muktamar 2Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata tindakan itu dikesan melalui satu permohonan yang dihantar kepada nazir masjid berkenaan dia Kampung Medan.

Katanya lagi, nazir Masjid Nurul Ehsan itu bagaimanapun enggan meluluskan penganjuran majlis berbuka puasa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Salah-guna kuasa

Lepas Petronas Disaman, Peguam Negara Pula Diheret BN Dalam Isu Royalti

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dapat merasai ketakutan pemimpin BN selepas Kerajaan Kelantan nekad menyaman Petronas berhubung isu royalti minyak yang tidak dibayar kepada negeri itu. Ketakutan itu terserlah dalam kenyataan Pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan keputusan menukar wang royalti kepada wang ehsan itu adalah atas khidmat nasihat peguam negara.