Friday, November 11, 2011

Pelaburan Di Selangor: Soalan Adun Bangi Di Sidang Dewan Negeri November 2011

Shah Alam, 16 Zulhijjah = 11 November (Jumaat):

Setiap kali Sidang Dewan Negeri, setiap Adun dikehendaki menghantar 10 Soalan Lisan

Dan 10 Soalan Tulisan. Untuk Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor pada kali ini Adun Bangi menghantar 10 Soalan Lisan dan 10 Soalan Tulisan. Tidak semua soalan diterima, jika tidak releven, setengahnya mungkin ditolak. Soalan-soalan yang dihantar Adun Bangi bagi kali ini nampaknya semua diterima. Soalan yang dijawab di dalam Sidang ialah soalan-soalan lisan, tetapi beberapa soalan sahaja dari 10 Soalan Lisan yang diterima akan dijawab menurut susunan, manakala soalan tulisan dan soalan lisan yang tak sempat dijawab akan dihantar jawapan kepada Adun-Adun kemudian.

Soalan pertama bagi Adun Bangi, keluar pada hari pertama (Selasa 8 November), iaitu soalan no. 6 menurut susunan ialah:

Tajuk: Pelabur Asing Meningkat

Pelaburan luar di negeri Selangor, setengah tahun 2011 meningkat hingga RM 5.2 bilion.

Bertanya kepada Y.A.B. Dato` Menteri Besar:

a) Apakah faktor-faktor peningkatan pelaburan luar di negeri Selangor ?

b) Berikan 10 negara luar tertinggi melabur di Malaysia dengan bidang dan jumlah pelaburan

c) Apakah insentif yang ditawarkan kepada Negara luar berkenaan bagi mengekalkan pelaburan mereka ?

Jawapan disampaikan oleh Y.B. Teresa Kok Soh Sim, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan.

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Yang Berhormat Bangi Tanya apakah faktor-faktor peningkatan pelaburan luar di Negeri Selangor. Jawapannya ialah statistic pelaburan terkini bagi tempoh Januari hingga Ogos 2011 bahawa Negeri Selangor bertambah maju dan berdaya saing dengan mencatat jumlah pelaburan RM5.9 bilion. Daripada jumlah ini, sebanyak 183 buah projek telah diluluskan dan mewujudkan 12,259 peluang pekerjaan. Pelaburan asing mencatat jumlah RM3.49 bilion. Antara faktor-faktor yang mendorong peningkatan pelaburan asing ialah:

i. Konsep Mesra Pelabur yang dilaksanakan seperti kekerapan mengadakan lawatan ke tapak-tapak projek industri dan mendapatkan maklum balas untuk menyelesaikan isu dan permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri.

ii. Menyelenggarakan dan menaik taraf infrastruktur di kawasan perindustrian serta menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif seperti Selangor Science Park, dua Port Klang Free Zone dan sebagainya.

iii. Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti permohonan Sijil Layak Menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan yang diperlukan melalui One Stop Centre di setiap Pihak Berkuasa Tempatan.

iv. Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi memantau pelaksanaan projek-projek pelaburan serta mempromosi peluang-peluang pelaburan di setiap daerah

v. Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan

vi. Mempertingkatkan kecekapan system penyampaian perkhidmatan kerajaan di semua peringkat termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan

vii. Pemantauan lebih kerap terhadap projek-projek pelaburan asing dan tempatan yang sedang dilaksanakan

viii. Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi penggalakan pelaburan ke luar Negara

ix. Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH negeri Selangor bagi menambahbaikan system penyampaian di negeri Selangor

x. Penubuhan Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membantu, memantau dan menyelesaikan permasalahan para pelabur asing terutamanya

Yang Berhormat Bangi juga Tanya tentang berikan 10 Negara Luar tertinggi melabur di Malaysia dengan bidang dan juga pelaburan

Jwapannya ialah:

10 pelabur asing yang membuat pelaburan tertinggi di Selangor bagi tempoh Januari hingga Ogos 2011 ialah seperti berikut:

I. Jepun pelaburan RM1.18 bilion dengan 18 projek yang diluluskan dan mewujudkan 1,151 peluang pekerjaan.

II. Korea: Jumlah pelaburan RM652 juta dengan 3 projek yang diluluskan dan mewujudkan 387 peluang pekerjaan.

III. Singapura: Jumlah pelaburan RM511 juta dengan 9 projek yang telah diluluskan dan mewujudkan 897 peluang pekerjaan.

IV. Taiwan: Jumlah Pelaburan RM385.5 juta dengan 6 projek yang diluluskan dan mewujudkan 2,041 peluang pekerjaan.

V. Sweden: Jumlah pelaburan RM216.8 juta dengan 1 projek yang diluluskan dan mewujudkan 173 peluang pekerjaan

VI. Australia: Jumlah pelaburan RM15.4 juta dengan 5 projek yang diluluskan dan mewujudkan 504 potensi pekerjaan

VII. Switzerland: Jumlah pelaburan RM92 juta dengan satu projek yang diluluskan dan mewujudkan 22 peluang pekerjaan.

VIII. China: Jumlah pelaburan RM66.814 juta dengan 6 projek yang diluluskan dan mewujudkan 690 peluang pekerjaan.

IX. United Kingdom: Jumlah Pelaburan RM27.577 juta dengan 3 projek yang diluluskan dan mewujudkan 37 peluang pekerjaan

X. India: Jumlah pelaburan RM24.56 juta dengan 1 projek yang telah diluluskan dan mewujudkan 35 peluang pekerjaan.

Yang Berhormat Bangi, yang juga Tanya apakah insentif yang ditawarkan kepada Negara Luar berkenaan bagi mengekalkan pelaburan mereka. Jadi jawapannya ialah:

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) akan memberi insentif kepada para pelabur. Antara insentif bagi sector pembuatan adalah seperti berikut:

i. Insentif untuk pekilang berteknologi tinggi

ii. Insentif untuk projek-projek strategic

iii. Insentif untuk industri automatif seperti komponan atau system komponon

iv. Insentif untuk peralatan mesin

v. Insentif untuk pelaburan semula

Sekian.

Y.B. Tuan Dr. Shafie bin Abu Bakar: Tuan Speaker, soalan tambahan.

Tuan Speaker: Ya, Bangi sila.

Y.B. Tuan Dr. Shafie bin Abu Bakar: Setakat ini adakah Kerajaan Persekutuan memberi kerjasama yang baik terhadap pelaburan asing di negeri Selangor ? Kalau tidak mengapa. Daripada hasil ini pada jangkaan Kerajaan Persekutuan lebih banyak dapat faedah atau negeri daripada pertambahan pelaburan negeri di Selangor.

Y.B.Puan Teresa Kok Suh Sim: Terima kasih Tuan Speaker. Yang berkenaan dengan jawapan, soalan daripada Bangi. Ya pihak MIDA sebenarnya bekerjasama rapat dengan pihak Selangor State Investment Centre (SSIC) dari segi penggalakan pelaburan bila kita pergi ke luar Negara untuk menjemput pelabur asing ataupun melawat pelabur asing yang berpotensi untuk melabur di Malaysia selarinya kita bekerjasama dengan pegawai MIDA dan selalunya pegawai MIDA di Negara yang kita lawat itu juga turut ikut bersama. Jadi memang ada kerjasama rapat dari segi ini tapi masalahnya ialah kerajaan Persekutuan mereka melalui memberi insentif yang khas kepada sesetengah negeri misalnya di kawasan Zon Iskandar di negeri Johor. Jadi ada insentif atau potongan pendapatan cukai yang khas diberi kepada pelabur asing yang melabur di Zon Iskandar. Begitu juga dengan di negeri Sabah dan juga Sarawak. Industri tertentu mereka memberi potongan cukai ke insentif. Jadi yang alasan diberi oleh Kerajaan Persekutuan ialah mereka ingin menggalakkan pelaburan bukan sahaja memasukkan dalam satu negeri, tetapi juga diselerakkan ke negeri-negeri lain.

Jadi termasuk juga koridor-koridor di Negara kita ada banyak kawasan koridor. Jadi koridor ini juga mnendapat insentif khas merupakan saingan kepada negeri Selangor.

Tapi bagi negeri Selangor, kerana kita berada di dalam lokasi yang strategic dan juga yang pusat Bandar Ibu Kota Malaysia Kuala Lumpur berada di Selangor dan juga Putrajaya juga berada di Selangor, Cyberjaya juga berada di Selangor. Jadi dengan infra-struktur dan juga lokasi yang strategic ini jadi yang pihak Persekutuan tidak bekerjasam dengan pihak negeri Selangor dari segi penarikan pelaburan.

Tapi saya rasa kita merupakan satu negeri yang amat penting dari segi menarik pelaburan kerana bila pelabur asing datang ke Malaysia mereka telah pun bertapak di negeri Selangor. Jadi kita mempunyai lokasi yang strategic ini.

Sekian.

sumber

No comments:

Post a Comment