Monday, June 13, 2011

Betulkah PAS tolak negara Islam?

Malaysia kini

Perwakilan PAS telah memilih ahli-ahli jawatankuasa kerja PAS pusat yang baru untuk penggal 2011-2013. Majoriti pasukan ini terdiri daripada golongan profesional (jurutera, doktor dan sebagainya). Mereka merupakan ahli-ahli PAS yang bukan berkelulusan agama atau berpangkatkan ulama.

NONEEkoran ini, sesetengah pihak mendakwa bahawa parti PAS sudah menggadaikan agama Islam. Mereka kononnya kecewa bahawa PAS telah mengkhianati cita-cita parti untuk membentuk sebuah negara Islam kerana PAS mengenengahkan konsep 'negara berkebajikan'.

Paling ketara melemparkan kritikan ini tanpa sebarang bukti ialah Datuk Ibrahim Ali, presiden PERKASA dan Tun Dr Mahathir Mohamad, maskot persatuan tersebut.

Seperti kedua-dua pemimpin tersebut, rakyat Malaysia pun mungkin keliru tentang kedudukan PAS berhubung cita-cita melaksanakan negara Islam.

Rencana ini bertujuan menjawab soalan “sama ada PAS sudah benar-benar menyeleweng dari dasar Islam dan matlamat negara Islam, atau sebaliknya”.

A. Adakah perlembagaan PAS menolak Islam dan cita-cita menubuhkan negara Islam?

PAS tidak boleh lari daripada asas dan matlamat parti seperti yang terkandung di dalam perlembagaan parti. Oleh itu kita perlu meninjau dan memahami sedikit kandungan perlembagaan PAS.

Sunday, June 12, 2011

Rampas Kuasa dari puak Gila Kuasa

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Para pemimpin PAS sememangnya wajar menjadi 'gila kuasa' untuk ke Putrajaya, bagi membolehkan PAS dan Pakatan Rakyat merampas kuasa pemerintahan daripada puak yang gila kuasa sekarang.

Sehubungan itu, para pemimpin dan ahli-ahli PAS tidak perlu risau dengan dakwaan Umno yang mengatakan para pemimpin PAS kini gila kuasa yang dikaitkan dengan pemilihan barisan kepimpinan sesi 2011-2013 pada Muktamar PAS Ke-57 pada 3 hingga 5 Jun lalu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, para pemimpin Umno BN yang sememangnya sudah diketahui umum yang gila kuasa sudah tidak sepatutnya dibiarkan terus memerintah negara demi kepentingan negara dan seluruh rakyat negara ini.

Menurut beliau, semenjak Umno BN memerintah, rakyat bukan semakin senang, malah semakin terhimpit dalam hidup akibat tindakan tidak sepatutnya yang dilakukan oleh para pemimpin Umno BN.

Katanya, antara tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh Umno BN termasuklah menaikkan harga barangan keperluan utama sehingga amat menyusahkan rakyat.

"Dalam masa yang sama, indeks rasuah dan jenayah dalam negara semakin meningkat sehingga amat mencemaskan rakyat," katanya pada program rakaman Persepsi Harakahdaily di pejabat Harakahdaily, di sini, petang semalam.

Cabaran getir menanti pasukan Nik Aziz-Abdul Hadi

TIDAK sampai dua minggu lagi kita akan menyambut ulang tahun ke sembilan pemergian Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor, mantan Presiden PAS yang kembali kerahmatullah pada 23 Jun 2002.

Pemergian Almarhum, yang jasadnya dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah, harus diperingati, bukan untuk meratapinya dengan kesedihan semata-mata. Yang paling penting nilai perjuangan yang beliau sumbangkan terlalu besar ertinya kepada PAS.

Selepas Ustaz Fadzil Noor mengambil alih jawatan Presiden (ketika itu Yang Dipertua PAS Pusat) daripada Almarhum Ustaz Yusof Rawa pada tahun 1989, kepimpinan dan ahli PAS yang menjalani tarbiyah serta pemulihan (di zaman Ustaz Yusof 1983-1989), semakin diperkukuhkan.

Untuk rekod Ustaz Yusof meninggal dunia pada 28 April 2000 setelah uzur selama beberapa tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Gelugor, Pulau Pinang, pada kira-kira pukul 7.00 pagi, pada usia 78 tahun.

Ketika itu Almarhum Ustaz Yusof dilantik menjadi Mursyidul 'Am, Ustaz Fadzil selaku Yang Dipertua, Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Dato' Seri) menjadi Timbalan Yang Dipertua, manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Dato') sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Akibat keuzuran sekian lama Ustaz Yusof melepaskan jawatan Mursyidul Am dan Ustaz Nik Aziz dilantik mengisi kekosongan tersebut.

PAS selesai lantik AJK, Pesuruhjaya

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

Keputusan Pemilihan Muktamar PAS ke 57

PENGERUSI TETAP
Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN
Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
Mohamad Sabu, Hj – 420 undi

NAIB PRESIDEN
1. Husam Musa , YB Dato’ - 660 undi
2. Mahfuz Omar, YB Dato’ – 616 undi
3. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz - 527 undi
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr - 702 undi
8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi
11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
13. Mazlan Aliman, - 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz – 470 undi
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. - 765 undi
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi
17. Nuridah Salleh, Ustazah - 416 undi
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi

Thursday, June 2, 2011

Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan ke-57

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN

MUKADDIMAH

الحمد لله حمدا الحامدين , وحمدا الشاكرين ,وحمدا يوافي نعمه ويكافي مزيده , يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير . وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , البدر الدجى والسراج المنير . اللهم وصل وسلم وبارك على محمد أشرف الأنبياء والمرسلين , وعلى آله وصحبه أجمعين , ومن سار على نهجه إلى يوم الدين.

1. Yang Dihormati Pengerusi Tetap, YAB Tuan Guru Dato’ Mursyidul ‘Am, Sohibul Fadhilah Dato’ Timbalan Mursyidul ‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Yang Berhormat Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat, Dato’ Setiausaha Agung dan seluruh Ahli Jawatankuasa Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan-Dewan, Ketua dan Ahli Jawatakuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS, pimpinan dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, NGO, seluruh para perwakilan dan pemerhati, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.

2. Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum, selamat datang dan selamat bermuktamar, kepada semua para perwakilan dan tetamu yang memeriahkan Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun ini di bangunan yang sudah bertukar wajah menjadi mercu baru dalam sejarah PAS. Marilah dengan penuh yakin kita memohon kepada Allah SWT akan keberkatan dan fadilat, serta pahala yang berlipat ganda daripada kelebihan ribat fi sabilillah, kerana keyakinan terhadap dasar dan matlamat perjuangan kita.

3. Kita memulakan perjuangan ini di atas landasan yang benar dengan sejarah tersendiri. PAS ditubuhkan oleh kumpulan Islam yang bertali arus di sepanjang zaman, melibatkan para ulamak, para ilmuwan dalam segala bidang dan rakyat, bagi melangsungkan perjuangan Islam yang tidak tamat dengan wafatnya Rasulullah SAW.

Tuesday, May 31, 2011

"Gajah tidak berkepala" hangatkan forum Pemilihan PAS

Senario yang berubah selepas "tsunami politik" memberi impak kepada semua parti. Masing-masing berlumba-lumba untuk menawarkan sesuatu agar terus mendepani, dan bukannya tenggelam dalam arus perubahan. PKR misalnya, mengambil langkah yang berani dengan memperkenalkan sistem pemilihan langsung dalam parti, kini cuba ditiru UMNO yang tidak mahu dilihat ketinggalan. DAP pula, semakin proaktif untuk menembusi masyarakat Melayu/Muslim, antara usaha terbarunya, perlancaran laman bahasa Malaysia-nya, Roketkini.

Tidak kurang pemerhati politik yang gusar dengan perkembangan PAS - parti yang memainkan peranan kunci ketika politik Malaysia berada di persimpangan jalan. Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, PAS dihantui isu rundingan bersama UMNO. Pendekatan untuk menggarap imaginasi rakyat Malaysia pula sering ditambat langkahnya apabila "kepimpinan ulamak" diketengahkan, meletakkan PAS di jurang antara "harapan rakyat Malaysia" dengan "sentimen akar umbi PAS".

Justeru itu, sasarannya jatuh ke atas Presiden, dan golongan yang cuba membawa perubahan dalam PAS, ketika membincangkan senario terkini. Seperti biasa, pakar perundangan, Profesor Abdul Aziz Bari melepaskan peluru pertamanya dengan mengibaratkan parti yang mempunyai sejuta orang ahli ini sebagai "gajah tak berkepala"; sementara Wan Saiful Wan Jan melontarkan soalan provokasi, "Mengapa golongan yang ingin membawa perubahan dalam PAS (yang dilabel sebagai Erdogan) tidak berani bangkit dan mengakui secara terbuka, 'Ya, ini visi yang ingin kami bawa dalam PAS'?"

Demikianlah perbincangan hangat dalam satu forum berjudul "Pemilihan PAS: Mampukah PAS membuat lonjakan?", anjuran Free Public Forum Malaysia (FPF) dengan kerjasama ILHAM Centre dan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS) di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pada 24 Mei 2011. Dewan forum penuh sesak dengan kehadiran kira-kira 150 orang, majoriti golongan muda Melayu.

Thursday, May 19, 2011

Panduan pimpinan menghadapi cabaran perjuangan Islam

“Sempena Muktamar ke-57”

Firman Allah yang bermaksud: “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10).”(Surah Asy-Syams 91:8-10)

Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai pengiktirafan masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda dilantik oleh sebagai Rasul. Syakhsiyah baginda sudah masyhur sebagai seorang ‘al-amiin’ sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.

Ini bererti sifat al-amiin itu sudah menghiasi syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sehingga terserlah kepercayaan dan keyakinan masyarakat, betapa baginda seorang yang benar-benar ‘boleh diharap’ sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Justeru semua individu yang bergelar pimpinan perlulah utamakan muhasabah diri supaya boleh diterima sebagai al-amiin. Ia sesuai dengan maksud firman Allah di atas (seperti maksud ayat di atas) yang meletakkan sifat membersih diri sebagai tangga kejayaan.

Maknanya, seseorang itu perlu bersih diri dan cara membersih diri ialah dengan mengawal nafsu. Percayalah, sifat peribadi (syakhsiyah) seseorang itu tidak boleh baik dan sempurna kalau nafsu tidak boleh dikawal.

Selain itu, cara bersih diri dari pengaruh nafsu buruk ialah menggunakan ‘taqwa.’ Melalui taqwa kepada Allah sahaja yang boleh menyebabkan masyarakat percaya dan yakin kepada seseorang pemimpin. Atas sifat taqwa jugalah apa sahaja yang kita buat––sembahyang, puasa, jaga keluarga hatta mengurus kemasyarakatan––masyarakat akan rasa yakin dan boleh percaya.

Begitu juga, bila seseorang itu bertaraf pemimpin, syakhsiyahnya akan dilihat baik atau sempurna bila ia tidak merokok, lekat sembahyang berjemaah, berterusan dengan amalan sunat, tidak kedekut bersedekah, ringan kaki tulang kerana kerja kebajikan rakyat atau seumpamanya. Ia sebagaimana sifat dan amalan Nabi Muhammad SAW. Apa yang utama, sifat Nabi itu hendaklah dijadikan asas melakukan muhasabah diri.

Ambillah pengajaran daripada kisah tatkala Nabi Muhammad balik dari Gua Hira’ selepas bertemu Malaikat Jibrail. Ketika itu, isteri baginda Siti Khadijah menjadi pendorong dan penguat semangat untuk Nabi berhadapan dengan tugas dan tanggungjawab setelah menerima wahyu.

Coretan Isu-Isu Semasa

Banyaknya isu, sikit sangat masa untuk menjelaskannya semua. Maka dilakukan coretan-coretan dari masa ke semasa. Harap memahami.
SERANGAN TERHADAP DAP
Saya melihat dengan penuh terhibur bagaimana BN berhempas pulas ingin menangani masalah sokongan bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina, terhadap PR. Ini difahami BN sebagai masalah besar bagi mereka. Amat jelas, masyarakat bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina sudah menolak parti-parti Cina dalam BN.

Maka untuk kekal sebagai “satu-satunya gabungan yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia”, sebagai dakwaan BN selama ini, satu formula perlu dikenal pasti untuk mendapatkan kembali undi masyarakat Cina. Malangnya, undi masyarakat Cina sudah bersama PR dan kelihatan akan terus bersama PR sehingga PRU ke-13.

Oleh yang demikian, dianggap bahawa punca sokongan masyarakat Cina terhadap PR adalah berpunca dari DAP semata-mata dan untuk menanganinya, DAP perlu dijadikan sasaran. Maka bermulalah serangan terhadap DAP dengan pada mulanya mengistiharkannya sebagai sebuah parti rasis! Tuduhan DAP rasis dimainkan UMNO khususnya untuk lebih kurang dua minggu, bermula semenjak selesainya Pilihan Raya di Sarawak dan apabila dilihat ianya tidak mencapai apa yang diinginkan, berubah pula rentaknya.

Rentak kedua mengejutkan semua, ia itu setelah menyerang dan mengutuk DAP dengan begitu hebat sekali, tiba-tiba berlakunya U-turn yang amat besar apabila UMNO menjemput DAP menyertai BN! Hari itu diajaknya PAS dan MCA membantah, kali ini dijemput pula DAP. Sudah pasti MCA tergeliat dalam diam disebabkan ianya pukulan yang memalukan bagi mereka. Namun apabila DAP menolak, MCA bernafas lega tetapi bermula pula serangan seterusnya terhadap DAP.

Kali ini dikatakan pula DAP bersama Kristian ingin menjadikan Kristian agama rasmi dan melantik seorang PM Kristian. Pelik dan ajaib, bila pula Karpal Singh jadi Kristian? Walhal si Jeff Ooi sendiri bukan seorang Kristian! Tetapi, sepertimana yang telah sedia maklum, UMNO bukannya kisah dengan apa yang dikatakan, samada benar atau sebaliknya, politik mereka sudah jelas politik fitnah dan adu-domba.

Sunday, April 3, 2011

Menziarah Pesakit Dari Rumah Ke Rumah Bersama Doktor Perubatan

Program "Ops Sentuh" ini diadakan pada 27 Mac baru-baru ni turut dianggotai oleh PAS Surada. Maklumat penuh boleh dilayari di blog Dr Shafie.