Pagi itu dari Penang nak ke KL. Bukan jauh sangat, cuma ke Setapak saja.
Ketika membeli tiket Mas, ada sekumpulan lelaki sedang berbual. Barangkali mereka pun nak ke KL. Pakaian baju putih tangan pendek, ada selang pangkat di bahu.
Seorang lelaki Cina yang sudah tua, baru saja membeli tiket ke Singapura, selepas saya.
Lebih kurang 10 ela beredar, dekat dengan kumpulan lelaki yang kuat gebang pasal 1 Malaysia, lelaki Cina itu berpatah balik ke kauter jualan tiket.
“Hallo brother, boleh tanya sikit ka?” katanya kepada lelaki penjual tiket kapal terbang.
‘Boleh, apa hal?” melentik lidah penjual tiket itu ramahnya.
“Itu kapal terbang saya mau naik, haiyaaa ada injin ka?”
Sekumpulan lelaki asyik berbual berbaju putih itu terkejut beruk.
Saya tergelak, hua…hua…huaaa.
Remaja Sembang Rohani, Remaja Hebat Jasmani
-
SEMBANG REMAJA & LATIHAN BOJA Jom main bola jaring. Latihan diteruskan
untuk anak anda yang berminat. Anak tak pandai main? 🤔 Jangan risau. Coach
Laila a...
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment