Kini sesudah lebih 50 tahun merdeka, berlambak lambak perkara yang tidak tercapai dek akal sudah dan sedang berlaku.Tahun 1998 menyaksikan hakim hack menghumban DSAI ke penjara atas kesalahan yang terbukti tidak ada tetapi UMNO tetap mengatakan ianya satu kesalahan menerusi hakim hack ini.Prinsip undang undang menyebut pembelaan perlu menimbulkan keraguan yang munasabah tetapi dalam kes DSAI bukan sahaja keraguan yang munasabah bahkan dibuktikan tidak ada langsung kesalahan tetapi mahkamah tetap menghukum beliau.Memang tidak terjangkau dek akal tetapi dengan UMNO menjadi peneraju ianya tetap betul dan benar.
Kini DSAI cuba disabitkan sekali lagi atas kesalahan yang sama di mana awal awal lagi sudah ada keraguan yang munasabah tetapi mahkamah tetap memutuskan ianya perlu dibicarakan. Bahkan Pak Lah ketika menjadi PM dulu senang senang menyebut "penjenayah mana nak mengaku dia penjenayah"Kerana DSAI melawan UMNO ianya menjadi penjenayah sama seperti seorang rakyat yang tidak memangkah UMNO tidak layak menerima apa apa bantuan kerajaan.Perkara yang tidak terjangkau oleh akal tetap menjadi betul dan benar selagi adanya UMNO.
Penyerahan wilayah yang terletak di negeri Sabah kepada Brunei untuk menyelamatkan Limbang di Serawak merupakan satu lagi perkara pelik yang tidak lagi menjadi pelik dengan UMNO malah PM UMNO menyebut itu win win situasion sama seperti kehilangan Batu Putih dulu.Pelik bagi kebanyakan orang yang cuba berfikir tetapi tidak pelik bagi UMNO.
Di PRK Hulu Selangor, calon yang kalah, Zaid Ibrahim diserang bertubi tubi kerana beliau bekas pemabuk tetapi lagi pelik kerana ramai menteri UMNO dan MPnya masih lagi membisu dengan cabaran LKT untuk tampil menafikan dakwaan bahawa orang UMNO sekarang ini masih ramai yang menjadi pemabuk.Memang pelik kerana bekas pemabuk dikatakan tidak layak jadi MP tetapi pemabuk yang pakai topi UMNO layak pula.
Apa lagi perkara pelik?Pengakuan bersumpah Bala yang antara lain menyebut Altantuya pernah diliwat Najib boleh diubah dan Bala dihilangkan.C4 yang digunakan untuk meletupkan sebuah hotel di Bali digunakan untuk meletupkan Altantuya semuanya boleh dan tidak pelik bagi UMNO walaupun boleh menyebabkan orang yang nak berfikir jadi gila.Lebih pelik apabila Pak Lah dengan selamba berkata Najib dan Rosnah tidak bersalah sedangkan dalam kes DSAI dia berkata penjenayah mana mahu mengaku.Kenapa? Kerana Najib orang UMNO, dia tidak bersalah dan DSAI pula musuh UMNO jadi dia penjenayah.Memang pelik dan tidak terjangkau dek akal manusia tetapi dengan UMNO ianya betul dan benar belaka.
Demikian adanya beberapa siri kejadian pelik sepanjang UMNO memerintah negara sejak merdeka.Yang lainnya, anda tambahlah sendiri..........
No comments:
Post a Comment