Penasihat DAP Lim Kit Siang menuduh ketua SUPP Sibu, Datuk Wong Soon Koh cuba 'melarikkan diri' daripada berdebat berhubung pembentukan negara Islam di Malaysia.
"Jika dia (Wong) bertegas bahawa DAP menyokong penubuhan negara Islam, beliau sepatutnya menyahut cabaran supaya berdebat secara umum. Saya sedia 'disembelih' olehnya.
"Jika dia benar-benar percaya - undi untuk DAP adalah undi untuk PAS dan sebuah negara Islam, mengapa dia melarikan diri?
"Mungkin dia tahu yang dia yang akan disembelih dan bukan saya yang akan kena sembelih...jadi dia perlu menyembunyikan dirinya,” kata Lim pada sidang media hariannya di Sibu.
Sementar
a itu, Bernama melaporkan SUPP terus menghentam "musuhnya", DAP dan mendesak untuk mengetahui apa yang dilakukan parti yang berpangkalan di semenanjung itu bagi rakyat Sibu.
Dengan menyajikan apa yang mereka sebut sebagai Kad Laporan BN, ketua publisiti SUPP Sibu, Daniel Ngieng, berkata kadar pembangunan dan pertumbuhan fizikal Sibu kebanyakannya adalah hasil usaha kepimpinan BN dan SUPP.
Ia termasuk pembinaan jalan dan jambatan, kemudahan awam, taman dan kawasan hijau, sistem trafik, pelebaran terminal lapangan terbang Sibu dan juga pendidikan.
"Apa yang telah mereka lakukan untuk pendidikan di Sibu? Saya mahu DAP menjawab soalan ini," katanya kepada sidang media harian SUPP mengenai pilihan raya kecil di Sibu, hari ini.
Dalam perkembangan lain, DAP mengecam SUPP dan BN berhubung isu tanah dan juga pengagihan kekayaan di Sarawak.
Pengarah pilihan raya kecil Sibu DAP, Chong Chieng Jen, berkata parti itu kesal bahawa BN terutama SUPP, yang gagal menyatakan pendirian mengenai isu tanah yang menjadi perhatian utama rakyat Sarawak.
"Ini terutamanya berkaitan dengan pembaharuan pajakan tanah. Apabila tempoh pajakan tanah tamat tempoh, dan mereka yang mengambil keputusan tidak mahu memperbaharuinya, tanah itu akan diambil oleh kerajaan tanpa sebarang pampasan.
"Jika kerajaan meluluskan permohonan memperbaharuinya, pemilik tanah terpaksa membayar premium yang tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit, bergantung kepada penilaian Jabatan Tanah dan Ukur negeri," katanya di ibu pejabat pilihan raya kecil parti itu.
Chong berkata, DAP mahu Kanun Tanah Negeri pada masa ini dipinda bagi membenarkan pembaharuan secara automatik bagi semua tanah pajakan untuk tempoh 99 tahun tanpa sebarang syarat dikenakan untuk pembaharuan.
Selain itu, DAP juga mengecam BN berhubung isu pengagihan kekayaan di Sarawak dan keperluan untuk peruntukan kewangan yang adil kepada orang ramai
No comments:
Post a Comment