Wednesday, July 28, 2010

Sunday, July 25, 2010

PAKATAN SELANGOR TAK AKAN BUBAR DUN JIKA BN PANGGIL PRU TERGEMPAR

Malaysian Insider

Pakatan Rakyat (PR) Selangor telah memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jikapun Barisan Nasioanl (BN) memanggil pilihan raya umum tergempar di peringkat pusat dalam waktu terdekat.

The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu dicapai oleh PR pada mesyuarat pimpinan negeri itu Isnin lalu.


PR Selangor mahu menggunakan tempoh mandat lima tahun sepenuhnya, tanpa mahu terikat dengan rentak BN bagi membolehkannya menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.


Selangor salah satu daripada empat negeri yang kini diterajui PR. Tiga negeri yang lain ialah Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.


Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh memutuskan untuk memanggil pilihan raya negeri dengan memperoleh perkenan Sultan ataupun Yang Dipertua Negeri.

Perdana Menteri pula boleh berbuat demikian di peringkat pusat dengan menperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.


Lazimnya pilihan raya umum negeri dan pusat akan diadakan serentak.


Bagaimanapun pemerhati dan penganalisis menjangkakan kelainan ekoran perubahan landskap politik negara sejak 8 Mac 2008.
Ketua Penerangan PAS Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir ketika mengesahkan perkara itu berkata, PR memerlukan masa yang secukupnya memandangkan Umno-BN terus-menerus mendakwa pihaknya tidak melaksanakan program yang dijanjikan ketika kempen pilihan raya.

Ke Putrajaya bukan mimpi, bukan impian, tetapi cita-cita kian hampir

Apapun yang diperkatakan, Umno sudah dilihat tidak relevan dalam politik Malaysia. Ia sudah tidak boleh menjadi parti pembela nasib orang Melayu. Kini, sudah tiba masanya, PAS menggantikan Umno yang sarat dengan penyakit. Bagi Presiden PAS, menuju ke Putrajaya bukanlah impian tetapi cita-cita yang sudah dekat tercapai. Banyak isu yang tercetus, gagal menyebelahi Umno-BN lagi. Rakyat kian sedar, celik politik dan sukar ditipu. Anak-anak muda, akan jadi pemangkin berkesan mengocak gelombang PRU-13 akan datang. Ikuti wawancara eksklusif Wartawan Kanan, WAN NORDIN WAN YAACOB dan INTAN ABDULLAH bersama Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung baru baru ini.

Berdasar suatu tinjauan dibuat Merdeka Center yang dibentangkan baru-baru ini, mendakwa 72 peratus anak muda berumur di bawah 30 tahun tidak meminati politik. Apa strategi PAS dalam pilihan raya akan datang dalam menangani perkara ini?

Pasir: Khir Toyo jangan cakap besar

Harakahdaily

PUTRAJAYA, 25 Julai: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sewajarnya menutup mulut mengenai isu pasir kerana semakin besar beliau bercakap semakin teruk bau busuk yang dikeluarkan.

Timbalan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Suhaimi Shafie berkata, sewajarnya pemimpin Umno itu bergabung tenaga dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi sama-sama berusaha membanteras isu pasir yang telah lama berlaku di negeri itu.

Ezam: Nyahkan Anwar dari S'gor

Malaysiakini

Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Senator Ezam Mohd Nor mengajak rakyat Selangor "menyahkan" ketua umum PKR itu daripada menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor.

Ezam mendakwa ketua pembangkang itu menjadi "pengkhianat" kepada negara kerana didakwa "menjadi alat dan perkakas kepada Yahudi".

ezam save selangor"Tidak pernah ada pemimpin di Malaysia yang buat kerja, sanggup jadi pengkhianat, alat dan perkakas Yahudi," katanya dalam ceramah "Gelombang Selamatkan Selangor" di Pelabuhan Kelang malam tadi.

Dalam ucapannya, Ezam mendakwa bekas bosnya itu "bersekongkol dengan Yahudi" apabila memohon maaf selepas mengetuai lebih 10 ribu rakyat Malaysia membantah serangan Israel ke atas flotila bantuan ke Gaza, pada Jun lalu.

"Di Malaysia, dia digambarkan hebat, lawan Yahudi. Di luar, dia tunduk dengan Yahudi.

Friday, July 23, 2010

Yang miskin subsidi yang kaya

Merdeka Review

Kenaikan harga, atau "penyelarasan" sebagaimana yang disebut dalam akhbar menjadi tumpuan ramai baru-baru ini. Kerajaaan masing-masing mengetengahkan pakej ransangan ekonomi sebagai reaksi kepada tsunami ekonomi global pada tahun 2008, seolah-oleh pengikut setia John Maynard Keynes, pakar ekonomi yang terkemuka.

Dalam tempoh dua tahun sahaja, masing-masing terasa sesuatu yang tidak kena pada tempatnya, segera menjauhkan diri daripada roh John Maynard Keynes, dan mula membincangkan pengetatan fiskal (fiscal tightening). Seiring dengan pola global ini, kerajaan Malaysia juga beralih daripada dua pakej ransangan ekonomi, kepada formula naik harga pada hari ini.

'Selamatkan Selangor' buka pekung Umno

Malaysiakini

Tindakan Umno menggerakkan jenteranya dalam kempen ceramah untuk menerangkan isu kecurian pasir di Selangor hanya akan membuka pekung mereka sendiri, kata seorang wakil rakyat PKR Shuhaimi Shafiei.

ADUN Sri Muda itu berkata, tindakan seperti itu juga akan memburukkan lagi perbalahan di kalangan kem penyokong timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang Datuk Seri Khir Toyo.

Suhaimi berkata demikian ketika ditanya mengenai kempen jelajah negeri, Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (GSSDE) yang akan bermula malam ini sehingga 8 Ogos depan.

'Kroni poket kosong, Umno S'gor tertekan'

Malaysiakini

Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

azlanUsaha untuk menggugat pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor itu dilakukan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang di DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, katanya.

Sunday, July 18, 2010

Protes naik harga dilancar 28 Julai

Malaysiakini

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) akan melancar kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) pada 28 Julai ini.

Pelancaran bantahan tersebut akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur.

Penyelaras PROTES, Dr Hatta Ramli berkata dalam mesyuarat hari ini, pihaknya turut membincangkan untuk mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan itu.

Bagaimanapun, kata beliau, tarikhnya akan ditentukan dalam mesyuarat yang diadakan pada hari pelancaran kempen tersebut.

Saturday, July 17, 2010

Lim Guan Eng: Mungkinkah Najib bunuh diri jika kahwin Rosmah esok?

Merdeka Review

"Mungkinkah Najib akan bunuh diri jikalau beliau akan berkahwin dengan Rosmah pada keesokannya? Tak mungkin, kan? Kerana beliau cintakan Rosmah. Kalau Najib tidak akan berbuat demikian, mungkinkah Teoh Beng Hock (yang sudah merancang untuk kahwin pada keesokannya) bunuh diri?"

Demikianlah logik yang digunakan oleh Lim Guan Eng, Setiauasaha Agung DAP untuk menolak kemungkinan bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), setahun yang lalu. Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang yang pernah disiasat polis kerana mengeluarkan kenyataan bahawa "Teoh Beng Hock dibunuh" ini mengulangi pendiriannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

Hapus cukai 5 tahun jika Pakatan jadi kerajaan

KUALA KRAI, 17 Julai: Pakatan Rakyat sedia mencari jalan untuk memansuhkan cukai selama lima tahun sekiranya rakyat sedia memberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Demikian tawaran AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) semalam pada suatu majlis Pakatan Rakyat negeri di sini.

"Kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih (kerajaan) Pusat lepas PRU13, cukai pendapatan akan dimansuhkan sepenggal atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tak perlu bayar sepenggal," ujar beliau.

Friday, July 16, 2010

Ambil wang rakyat untuk bayar APCO - Anwar

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan menaikkan harga barangan termasuk petrol seolah-olah Perdana Menteri sanggup mengambil wang rakyat untuk membayar bil APCO bagi memulihkan imej beliau.

"Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Anwar.

Kenaikan 5-dalam-1: PROTES rancang ke jalanan

Malaysiakini

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) sedia turun ke jalanan bagi membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) mulai tengah malam tadi.

NONE"Kita tidak menolak kemungkinan untuk turun ke jalan raya (bagi membantah kenaikan harga itu)," kata Penyelaras PROTES, Dr Mohd Hatta Ramli ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sehubungan itu, katanya, gabungan berkenaan dijadualkan bermesyuarat pada Ahad ini bagi mengkaji dan menentukan tindakan-tindakan yang lain.

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'

Malaysiakini

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

azlanKetika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

DSAI egen Yahuid,agen Amerika, gila kuasa tapi akhirnya harga minyak yang naik..

Sejak 1998 atau mungkin lebih awal, DSAI di war warkan sebagai agen yahudi, agen Amerika dan seorang yang gila kuasa sehingga sanggup membuat fitnah yang mengakibatkan kebencian orang orang cina dan india kepada melayu( yang disebut sebagai orang Islam).

Gambaran kepada semua yang diberikan kepada DSAI memperlihatkan seolah olah negara berada dalam huru hara dan rakyat berada dalam suasana tertekan akibat perbuatan DSAI.

Tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak langsung menunjukkan akibat perbuatan DSAI.Terbaru, rakyat menerima tekanan lagi dek penangan saman ekor yang pernah diakui oleh kerajaan tidak akan diblacklistkan dan kenaikan mendadak dan menakutkan minyak serta gula di mana selepas ini bakal disusuli dengan kenaikan harga pengguna yang cukup untuk memberi bebanan yang berat kepada rakyat.Sementara momokan agen yahyudi, Amerika dan gila kuasa yang diberikan kepada DSAI tidak menampakkan sebarang kesan kepada rakyat selain dari bukti bukti penindasan kerajaan UMNO kepada DSAI secara individu menerusi kes liwat yang dilalui oleh DSAI.

Thursday, July 15, 2010

5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Malaysiakini

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

UMNO Tidak Kenal Pasir Halal dengan Pasir Haram!!!

"UMNO-BN mengambil keputusan yang paling tidak cerdik apabila memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atas isu curi pasir. Kebebalan menyebabkan mereka tersalah ambil bahan bukti untuk ditunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Gambar yang diambil di kawasan gali pasir sah didakwa kegiatan curi pasir. Otak pemimpin UMNO-BN sememangnya sudah mereng.

Jika tidak mereng tentulah mereka dapat mengira dengan betul. Ini tidak. Statistik yang diberikan pun tidak masuk akal. Dek terlampau ghairah nak hentam orang, suka-suka hati saja sebut itu ini. Termalu dengan dakwaan bodoh itu, mereka beralih pula kepada isu Pakatan Rakyat Selangor cipta kerja untuk kroni. Sesiapa pun tahu dakwaan ini hanyalah satu cara untuk menyamakan Pakatan Rakyat dengan UMNO-BN.

Nik Aziz cabar Umno tukar nama, dasar sertai Pakatan

MalaysianInsider

KUALA LUMPUR, 14 Julai : Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesyorkan Umno agar menukar nama dan dasarnya kepada Islam jika benar-benar mahu memperjuangkan hak dan nasib orang Melayu.“Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.


Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau berpendapat bahawa sekiranya Umno menukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka ia boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.

“Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh,” kata beliau lagi.

Mengulas mengenai syor terbaru mengenai kerjasama PAS-Umno ini, Nik Aziz (gambar) berkata, isu berunding antara PAS–Umno sudah selesai dan parti Islam itu sudah menolak untuk berunding dengan komponen BN itu.

“Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam.

“Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan kita harus ingat penghujung hidup manusia adalah akhirat.

“Sebab itu, Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan ad-Din iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di akhirat,” katanya lagi.

Tiada lagi Rundingan PAS~UMNO

"Kenyataan Akhbar YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat,Mursyidul Am PAS merangkap
Menteri Besar Kelantan.


Sukacita saya merujuk kepada laporan beberapa akhbar hari ini (14 Julai 2010), khususnya menyentuh permasalahan hubungan PAS dengan Umno.

Sukacita dinyatakan, isu berunding antara PAS –Umno sudah selesai. PAS sudah menolak untuk berunding dengan Umno. Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam. Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan kita harus ingat penghujung hidup manusia adalah Akhirat. Sebab itu, Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan ad-Din, iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di Akhirat.

Monday, July 12, 2010

Harakah diberi satu lagi surat tunjuk sebab

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi tempoh tujuh hari kepada lidah rasmi PAS, Harakah, mulai semalam bagi menjawabsurat tunjuk sebab berhubung penerbitan dan pengedaran akhbar itu yang telah tamat tempoh permitnya.

Ketua Setiausdaha KDN, Datok Seri Mahmood Adam berkata tempoh itu bermula semalam dan jika gagal berbuat demikian tindakan tegas akan dikenakan termasuk menggantung penerbitan akhbar itu.

Mahmood berkata meskipun Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Urusan Harakah Datuk Kamaruddin Jaafar hadir ke KDN bagi memberikan penjelasan tetapi KDN masih memerlukan penjelasan bertulis.

Sunday, July 11, 2010

Zulkifli Nordin Yang Terus Busuk

KEBUSUKAN itu kalau sudah terlalu sangat ia tidak dapat disembunyikan lagi. Usahalah macam mana sekali pun hendak melindunginya ia tetap juga akan berbau. Sebaliknya makin ditutup ia makin melarat. Sudah menjadi sunatulah, bahawa kebatilan itu tidak boleh ditegakkan.

Begitulah apa yang dapat disimpulkan dengan sikap dan tindak tanduk ahli Parlimen Kulim Bandar Baru,
Zulkifli Nordin. Busuknya bukan setakat memualkan tetapi sudah ke peringkat memuntahkan. Semasa berlaku tsunami di Aceh dulu saya tiba ke negeri berkenaan ketika mayat bermembekak dan bergelimpangan. Bau mayat Tuhan saja yang tahu. Betapa pun busuk namun bau itu terpinggir juga dari deria rasa dan ingatan saya. Namun kebusukan Zulkifli Nordin ini tidak mahu beralih dari saraf pengalaman saya mengenainya.


Semalam di parlimen tanpa didesak dan diminta sesiapa dia sendiri mengakui berbohong kepada orang ramai di sepanjang kerjaya politiknya. Dia mengakui berbohong mengenai Anwar Ibrahim diracun dengan arsenik. Dia memberi tahu dunia segala apa yang dilemparkan kepada kerajaan sebelum ini ada strategi yang diatur dan disusun oleh Anwar.
Nauzubilahimina zalik.

Kenyataan "Malaysia bankrap" untungkan PR, kata Tony Pua

merdeka review

Barisan Nasional berdepan dengan "dilema", antara "pengurangan subsidi" dengan "pengurangan pengagihan kontrak", yang bakal mencungkil ketidakpuasan rakyat dan kroni - lantaran kenyataan "bankrap pada tahun 2019", kata Ketua Publisiti DAP, Tony Pua. Situasi ini membuka peluang kepada Pakatan Rakyat dalam PRU yang akan datang, tambahnya.

Ketika mengulas selanjutnya, ahli parlimen Petaling Jaya Utara - DAP ini berkata kerajaan memilih untuk memotong subsidi seperti makanan, petrol dan sebagainya yang akan menimbulkan ketidakpuasan warga kota, malah penduduk luar bandar, apabila harga barang kawalan seperti gula juga dinaikkan harga.

Di samping itu, Tony Pua (gambar kiri) yakin bahawa kerajaan akan mengurangkan "dasar kroni"-nya, yang mana pengagihan kontrak akan berkurangan, menjurus kepada pemberontakan dalam UMNO sendiri. Beliau meramal, "UMNO akan menghadapi tentangan dalaman. Rakyat akan menentang (BN) dalam (PRU) yang akan datang. Pakatan Rakyat ada peluang!"

Beliau berkata, jikalau UMNO-BN gagal menampung dana yang diperlukan dalam projek mega, maka mereka perlu berdepan dengan masalah politik yang besar, lantas menjurus kepada kemungkinan peralihan kuasa kepada PR.

Isu permit - KDN perlu juga melihat kepada akhbar arus perdana

KENYATAAN MEDIA
ISU PERMIT - KDN PERLU JUGA MELIHAT KEPADA AKHBAR ARUS PERDANA
09 Julai 2010 / 26 Rejab 1431


Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menempelak tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertindak menghantar Surat Tunjuk Sebab kepada Akhbar Harakah yang merupakan lidah rasmi Parti Islam Semalaysia (PAS). Sebelum ini KDN juga telah menggantung permit Suara Keadilan yang dimiliki oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas alasan Suara Keadilan gagal memberikan jawapan yang memuaskan berhubung artikelnya yang mendakwa Felda bankrap.


Tindakan KDN jelas ada agenda tersendiri dan tindak tanduk mereka seolah-olah KDN satu badan yang tidak bebas sepenuhnya dan dibayangi oleh kerajaan memerintah. Buktinya, Suara Perkasa yang dikeluarkan oleh NGO PERKASA

1.9 juta pengundi Melayu jadi 'buruan' Umno

Faktor kesuntukan masa dan anggapan proses daftar pemilih sebagai susuatu yang tidak penting, dikenal pasti sebagai punca mengapa ramai pengundi yang layak masih belum mendaftar sebagai pemilih, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

shafie apdalBeliau berkata, Umno akan mengubah pendekatan dalam menarik orang ramai mendaftar sebagai pemilih sebelum berlangsung pilihan raya umum ke-13 nanti, dengan memberi keutamaan kepada dua kumpulan itu.

Katanya, ahli Umno perlu meningkatkan usaha itu dan bekerjasama dengan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan, menjelajah semua sektor, kilang dan sebagainya untuk mendekati kumpulan berkenaan.

"DAP bulan lalu (Jun) sahaja mendaftar 13,000 pengundi (baru), sedangkan Umno hanya daftar 7,000 hingga 8,000 sahaja," katanya kepada pemberita di Besut, hari ini.

Beliau berkata, Umno ketika ini mempunyai 4.3 juta pemilih berdaftar di seluruh negara dan usaha kini ditumpukan kepada 1.9 juta penduduk Melayu yang layak tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Sementara itu Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, berkata Terengganu adalah antara negeri yang diberi tumpuan oleh kementerian itu terutamanya dalam aspek pembinaan rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

e-Harakah sayap baru penerangan PAS

Usaha pihak Harakah mewujudkan e-Harakah (epaper.harakah.net.my), iaitu Harakah versi digital, adalah suatu langkah tepat, yang memancarkan pemikiran dinamik pihak pengurusan Harakah untuk menyampaikan maklumat kepada warga PAS dan rakyat Malaysia umumnya.

Ketika akhbar alternatif, khususnya Harakah menerima pelbagai cabaran dan kesulitan serta karenah dari pihak tertentu, e-Harakah adalah jawapan tepat untuk menyelesaikan masalah ini. Iaitu menerusi e-Harakah, PAS dan Pakatan Rakyat dapat menyampaikan maklumat kepada warga PAS dan rakyat Malaysia umumnya mengenai perkembangan politik dalam dan luar negara, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan segalanya.

Ini suatu usaha sangat tepat selaras dengan era demokrasi digital yang sedang dinikmati oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa. Kemunculan demokrasi digital ini menyebabkan hampir tidak ada suatu kuasapun yang boleh menyekat aliran pelbagai maklumat dalam dan luar negeri.

Nik Aziz: Boikot media pro-BN jika permit tidak diperbaharui

Harakahdaily

KOTA BHARU, 10 Julai: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat memboikot semua media pro-BN jika permit untuk akhbar pro-Pakatan tidak diperbaharui.

“Saya harap permit Harakah dan Suara Keadilan diperbaharui. Bagaimanapun, jika kedua-dua akhbar yang menjadi suara rasmi Pakatan ini tidak diperbaharui, saya cadangkan arahan rasmi dikeluarkan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan agar mula memboikot media pro BN," kata beliau melalui laman komuniti Facebook hari ini.

Beliau dipercayai mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang sehingga kini tidak menyambung permit Harakah dan Suara Keadilan yang telah tamat tempoh.

Turut tamat tempoh adalah permit akhbar Rocket versi Bahasa Inggeris yang dimiliki oleh DAP.

Permit akhbar Harakah tamat pada 7 Julai lepas. Pada 5 Julai, Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya telah dipanggil mengadap lapan pegawai KDN di Putrajaya.

Pada 8 Julai lepas, KDN menghantar satu surat tunjuk sebab kepada Harakah kenapa tindakan tidak boleh dikenakan ke atas akhbar itu.

Pada 9 Julai, Taufek sendiri telah ke pejabat KDN di Putrajaya menghantar jawapan Harakah ke atas surat tunjuk sebab itu. Ia dijawab sendiri oleh Pengarah Urusan Harakah yang juga AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar.

Kamarudin dalam kenyataannya berkata, Harakah akan diterbitkan seperti biasa kerana permohonan penyambungan permit sudah dibuat kepada KDN dan Harakah memang menunggu kelulusan permit itu.

Sementara itu, KDN memberikan amaran kepada PKR agar jangan menerbitkan Suara Keadilan kerana pihaknya tidak berpuashati dengan jawapan PKR ke atas isu 'Felda Bankrap".

Dalam kenyataannya, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta KDN atau kerajaan mengambil pendekatan menyaman Harakah jika ada apa-apa kesalahan yang dibuat bukannya membatal atau menarik permit akhbar itu.

"Jika mereka rasa Harakah salah, mereka boleh saman dan memberikan bukti kesalahan Harakah jika ada," katanya.

Pengurusan Harakah sedang kendali isu permit

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Pihak pengurusan Harakah sedang mengendalikan isu permit akhbar itu yang tamat 7 Julai semalam dan belum diperbaharui oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) hingga kini.

"Isu ini sedang dikendalikan oleh pengurusan Harakah," kata Pengerusi Jamaah Pengurus Harakah, Datuk Mustafa Ali dalam kenyataan ringkasnya.

Mustafa yang juga Setiausaha Agung PAS berkata demikian ketika mengulas laporan media hari ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Mahmud Adam dalam kenyataannya hari ini berkata KDN telah memberi surat tunjuk sebab kepada Harakah.

Harakah pula diberikan masa tujuh hari untuk menjawab surat itu.

Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya berkta, pihaknya baru menerima surat itu hari ini.

Pada 5 Julai lepas, Taufek telah dipanggil mengadap lapan pegawai KDN di Putrajaya yang diketuai Timbalan KSU kementerian itu.

Kacau, kacau

Maaf kawan-kawan secawangan.
Lama tak kemaskini blog.
Mengejar "daki-daki dunia" yang tak ada hujung meletihkan.
Tak buat nanti tak berubah pulak nasib diri - Iskhhh
Konflik nih.
Boleh buat jiwa kacau nih.