
Wednesday, December 8, 2010
Semarakkan Kemarahan Rakyat Di Atas Kain Rentang

Wednesday, November 17, 2010
Jangan Jadikan 300,000 RELA Undi Pos Di Selangor

PAS mengharapkan sasaran pertambahan mendadak anggota RELA di negeri Selangor tidak menjadi tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos dalam pillihanraya akan datang. PAS memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihanraya kerana ia adalah simpanan tetap BN. Sudah lama PAS menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka
Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu telus dan jangan menjadi tali barut BN ketika mengendalikan urusan pilihanraya. Baru-baru ini kita telah dikejutkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010. Dan lebih mencurigakan, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi "hilang layak undi awam" ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007). PAS menganggap ini adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok Umno Bn tidak runtuh dan diserbu oleh Paktan Rakyat di negara ini.
PAS mengharapkan supaya semua jentera pilihanraya di semua peringkat sentiasa mengambil berat mengenai daftar pemilih dan memerhatikan senario ini. PAS mengharapkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor perlu serius menangani perkara ini. Modus operandi untuk tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor. BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen Umno.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS PusatSunday, July 11, 2010
Isu permit - KDN perlu juga melihat kepada akhbar arus perdana
KENYATAAN MEDIA
ISU PERMIT - KDN PERLU JUGA MELIHAT KEPADA AKHBAR ARUS PERDANA
09 Julai 2010 / 26 Rejab 1431
Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menempelak tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertindak menghantar Surat Tunjuk Sebab kepada Akhbar Harakah yang merupakan lidah rasmi Parti Islam Semalaysia (PAS). Sebelum ini KDN juga telah menggantung permit Suara Keadilan yang dimiliki oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas alasan Suara Keadilan gagal memberikan jawapan yang memuaskan berhubung artikelnya yang mendakwa Felda bankrap.
Tindakan KDN jelas ada agenda tersendiri dan tindak tanduk mereka seolah-olah KDN satu badan yang tidak bebas sepenuhnya dan dibayangi oleh kerajaan memerintah. Buktinya, Suara Perkasa yang dikeluarkan oleh NGO PERKASA
Monday, May 3, 2010
BN Enggan Bayar Royalti, Telaga Minyak Diberi Pada Negara Lain Secara Percuma

Saturday, May 1, 2010
PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan?
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Umno kini semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat dan Sultan khususnya di Kedah. Mereka mendendangkan lagu "PAS hina Sultan Kedah" hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Kedah.
Adun PAS Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membangkitkan dua soalan dibawah ini dalam sidang Dun?
1. Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?
2.Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?
Rakyat yang membaca soalan ini pasti akan ketawa melihat reaksi Umno yang begitu panik dan culas dalam membuat bantahan.
Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010.
Jadi beliau mahu tahu sejauh manakah kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal ini berbanding kuasa Sultan yang menaungi segala program dan aktiviti keagamaan di negeri Kedah.
Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan.
Wednesday, April 28, 2010
KTMB : PAS Ucap Tahniah dengan wujudnya Gerabak Khas Wanita
Friday, April 23, 2010
PAS Ada Bukti Kerajaan Malaysia Promosikan Israel Dalam Negara

PAS telah mendapat maklumat dan beberapa bukti bergambar mengenai perpustakaan MITI yang telah menyediakan satu rak khas untuk bahan bacaan, majalah dan informasi perdagangan negara Israel. Perpustakaan di tingkat 11 ini terbuka bukan sahaja kepada kakitangan tetapi kepada orang ramai terutamanya ahli perniagaan Malaysia untuk rujukan. Oleh itu tindakan MITI ini sekaligus dianggap sebagai satu usaha mempromosikan perdagangan dan Industri Israel dalam negara.

Antara yang boleh ditemui diperputakaan berkenaan adalah majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, Buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.
Ini bertentangan dengan dasar Kerajaan yang sebelum ini tidak mengiktiraf negara berkenaan. Malah dalam senarai garis panduan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada disebutkan bahawa sebarang iklan atau bahan dari negara Israel atau yang berkaitan adalah diharamkan dinegara ini termasuk dalam bentuk majalah atau buku.
PAS hairan, macam mana buku dan majalah ini boleh masuk ke negara ini sedangkan selama ini Menteri MITI mengumumkan di Parlimen bahawa mereka langsung tidak berhubung dengan negara berkenaan. Berkali-kali ahli parlimen tanya tentang hubungan perdagangan Malaysia-Israel tetapi MITI menafikan di parlimen.
Kehadiran rak khas untuk Israel ini membongkar kesangsian rakyat selama ini terhadap dasar Kerajaan yang pada tahun 1994 telah meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel.
PAS juga difahamkan bahawa MITI secara rahsia sebenarnya membenarkan urusan import-eksport ke negara itu dan segala urusan hendaklah dibuat terus kepada Bahagian Kawalan Import Eksport yang mana setiap permohonan akan ditimbang oleh satu jawatankuasa khas.
Perkara ini disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel dalam majalah Israel-Asia Trade terbitan bulan Mac 2006 dimana beliau begitu gembira dengan cadangan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Mahathir Mohamad dan Menterinya Rafidah Aziz yang berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan Israel.
Nampaknya hingga ke hari ini Kerajaan Malaysia yang dipimpin BN masih lagi bermain kayu tiga dengan Israel di belakang rakyat. Jika Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan APCO Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13. Dan Mukhriz pula diletakan di MITI sebagai Timbalan Menteri bagi melindungi rahsia kepimpinan ayahnya yang begitu banyak bergantung harap dengan kepakaran Israel.
Begitulah akrabnya pemimpin Umno-BN dengan organisasi Israel-Yahudi yang mendokong fahaman Zionis.
PAS yakin, lebih banyak maklumat sulit mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel serta lawatan sulit pemimpin negara disembunyikan oleh Kerajaan. PAS mahukan jawapan kerajaan terhadap hubungan kayu tiga ini dan mengapa Malaysia beria-ria mahu mempromosikan perdagangan dengan Israel.
Ketua Penerangan PAS Pusat
Wednesday, April 21, 2010
Pakatan sedia hadapi sabotaj dari Dr. Halili

PAS juga sudah mendapat maklumat lebih awal bahawa Dr. Halili telah mengarahkan penyokong-penyokong setianya menyamar untuk mensabotaj gerak kerja Pakatan di Hulu Selangor dan kita telah terlebih dahulu bertindak membuka bilik-bilik gerakan disetiap UPU sebagai sokongan kepada jentera PKR. Gabungan Jentera Pakatan dari seluruh negara tidak mampu dihalang oleh Dr. Halili dan penyokong-penyokong yang membelot kepada PKR.
Thursday, April 15, 2010
Jangan benarkan Tony Blair jejak kaki di Malaysia

Wednesday, April 14, 2010
PAS Mahu Jentera Pakatan Fokus Gempur Hulu Selangor

Pas mahu setiap anggota parti, sama ada ahli biasa, pimpinan, para penyumbang dana, blogger, penceramah bebas dan sebagainya memberikan bantuan sepenuhnya kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat-Datuk Zaid Ibrahim.
Thursday, April 1, 2010
PAS KESAL POS MALAYSIA MAHU DIJUAL SELEPAS KERAJAAN BN MENYEBABKANNYA RUGI

TUGU: AKHIRNYA UMNO HENTI AMALAN SYIRIK DAN AKUR TEGURAN PAS, MAJLIS FATWA
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan syukur kepada Alllah swt kerana akhirnya Umno-BN mengumumkan akan berhenti melakukan upacara meletakan bunga dan bertafakur di hadapan Tugu Negara yang jelas perbuatan syirik dan khurafat.
Pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam membuktikan dakwaan PAS selama ini bahawa perbuatan itu adalah dosa besar Umno kepada Allah swt adalah benar. Beliau yang juga Naib Presiden Umno, mengumumkan semalam bahawa Upacara memperingati Hari Pahlawan tidak akan dilakukan di Tugu Negara lagi mulai tahun ini dan akan dipindahkan di Putrajaya dalam bentuk majlis yang berbeza.
PAS tegas menolak amalan meletakan bunga dan bertafakur di Tugu Negara setiap 1 Julai sempena Hari Pahlawan, dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berbincang pada 6 – 7 Oktober, 1987 juga telah mengeluarkan fatwa berhubung isu ini. Ianya adalah amalan yang bercanggah dengan Islam dan syirik.
Thursday, March 25, 2010
SOKONGAN UNTUK DIADAKAN SIDANG TERGEMPAR OIC BAGI MEMBINCANGKAN TINDAKAN TERHADAP ISU PENCEROBOHAN AL-QUDS
Thursday, March 11, 2010
PAS Kutuk Penahanan Mazlan, Felda Talian Hayat Umno

Wednesday, February 24, 2010
Umno tak anjur perarakan, kenapa Pulau Pinang Di Pertikai?
Perutusan sempena Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
Tegak Sunnah Rasulullah s.a.w. sepanjang hayat
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.
Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.
Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?
Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud:
Sunday, February 21, 2010
Umno bercelaru antara perarakan Maulid dan bertafakur depan Tugu Negara

Tetapi isu ini menjadi panas kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan program perarakan maulid pada 26hb Feb 2010. Walaupun program perarakan tetap dijalankan, pemimpin Umno bising dengan menuduh kerajaan di bawah pimpinan Lim Guan Eng menghina agama dan tidak menghormati hari kebesaran nabi Muhammad SAW. Lainlah ceritanya kalau kerajaan Pulau Pinang tidak mengistiharkan 12 Rabiulawal bukan cuti umum. Tetapi pemimpin Umno akan mengintai apa sahaja isu yang berlaku di Pulau Pinang untuk dieksploitasi supaya meniupkan kemarahan orang-orang melayu kepada Pakataan Rakyat. Fokus mereka bukan untuk ambil Pulau Pinang tetapi ialah untuk menanamkan perasaan benci di kalangan pengundi melayu di negeri-negeri lain. Kerana umno sedar dengan demografi dan kerusi di Pulau Pinang sukar untuk mereka mengambil balik negeri tersebut, walaupun Umno sapu bersih di kawasan Melayu.
Sunday, February 14, 2010
Perutusan Sempena Tahun Baru Cina

PAS percaya bahawa masyarakat Tionghua di Malaysia akan terus menerus mempunyai keazaman dan semangat baru ke arah melaksanakan perubahan bersama dalam negara kita ini. Perubahan ini tidak boleh berlaku tanpa persefahaman dan hubungan baik antara kaum-kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Kami percaya bahawa masyarakat Tionghua dalam negara kita mampu untuk memainkan peranan yang lebih aktif, terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi yang menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara. PAS juga berkeyakinan bahawa asas untuk mewujudkan keharmonian yang lebih kukuh di Malaysia adalah semestinya berteraskan kepada keadilan sejagat terhadap semua kaum, terutamanya kepada kelompok masyarakat yang tertinggal akibat dari ketidakadilan yang berlaku sepanjang 50 tahun ini. Pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS juga turut menjadi bukti bahawa PAS ingin lebih memahami kehendak dan keperluan pelbagai rumpun masyarakat di Malaysia yang turut sama-sama menyumbang kepada pembentukan negara Malaysia yang lebih sejahtera. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.
Akhir kata, semoga tahun baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.
Presiden PAS
Wednesday, January 13, 2010
Draf Persempadanan Semula ke Pejabat PM, bukti SPR tidak bebas
Perdana Menteri merupakan seorang ahli parti politik yang berkepentingan dalam urusan Pilihanraya dan turut menjadi calon setiap kali ada pilihanraya. Sebarang draf cadangan pindaan terhadap undang-undang serta peraturan SPR yang melalui pintu pejabat Perdana Menteri pastinya menimbulkan kesangsian kerana ianya boleh dipinda sesuka hati oleh Perdana menteri mengikut kepentingan partinya.Kredibiliti SPR dan Perdana Menteri sebagai pegawai eksekutif dalam Kerajaan boleh dipertikaikan kerana kepentingannya itu.
PAS kesal ugutan KDN kepada Anwar, jangan guna ISA tutup kelemahan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) amat kesal dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengugut akan mengambil tindakan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal membendung gejala serangan ke atas gereja dan menuduh UMNO sebagai dalang sebenar di dalam perkara ini.
Apa yang dikatakan oleh Anwar itu adalah persepsi masyarakat Malaysia pada masa ini dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sewajarnya mengambil kenyataan itu sebagai satu teguran. Persepsi rakyat juga melihat bahawa Umno cuba mendalangi isu ini. Maksud mendalangi itu luas kerana segalanya berpunca dari kelemahan Umno yang meletakannya salah seorang pemimpinnya sebagai Menteri KDN, tetapi gagal memainkan peranannya. Sewajarnya KDN menyelesaikan isu ini secara diplomasi dan rundingan bukannya membiarkan NGO-NGO pro-Umno menghangatkan isu ini dengan demontrasi serta pelbagai provokasi.
PAS menghormati tugas pihak Polis dan KDN, tetapi kelembapan KDN bertindak boleh menyebabkan isu ini mencetuskan ketegangan yang berpanjangan. Berulang kali Hishamuddin menyebut bahawa KDN sudah kenal pasti suspek, tetapi hingga hari ini tiada satu tangkapan pun dibuat. Menteri sepatutnya 'walk the talk' bukan 'Talk the walk" sahaja.
Ugutan kali kedua tentang penggunaan ISA semalam juga mengukuhkan persepsi bahawa Menteri sedang cuba menutup kelemahannya dalam menguruskan isu ini. Bila ada sahaja isu yang gagal ditangani, Menteri akan ugut ISA. Sikit-sikit ugut ISA, macam perangai budak tadika.
PAS tegas untuk menolak ISA dan mahu ianya dimansuhkan. PAS juga melihat amaran penggunaan ISA kali kedua ini menghampiri Ops Lalang kedua dimana orang-orang yang bersalah tidak dibawa ke Mahkamah, tetapi orang yang persoalkan tindakan lembap KDN pula ditahan di kamunting. Ini jelas sebagai satu strategi untuk menjadikan dilihat BN begitu dominan.
Dengan pengalaman yang ada, percaturan politik BN sudah dapat dibaca rakyat. Oleh itu, PAS mengingatkan KDN supaya bertindak bijak, bukannya menurut hawa nafsu politik Menteri yang mahu menyelamatkan partinya yang kini terdesak untuk memulihkan keyakinan rakyat dan mahu dilihat 'juara rakyat' dengan mengorbakan pimpinan Pakatan.
PAS berharap isu ini dapat diselesaikan melalui pendakwaan di Mahkamah dan menyeru agar semua pihak agar terus bertenang disamping mengukuhkan perpaduan serta saling bertolak ansur. Marilah kita berkongsi seruan dari Allah swt;
"Wahai manusia! Sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal..." (Al-Hujurat; 13).
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat