Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa pencerobohan pasukan bersenjata Zionis Israel terhadap Masjid al-Aqsa untuk kesekian kalinya adalah merupakan satu lagi siri tindakan keganasan tajaan negara haram Israel yang melangkaui kewarasan tamadun manusia. Tindakan zalim itu bukan sahaja dialami oleh penduduk awam Baitulmaqdis dan Palestin, tetapi ianya juga merupakan satu tindakan angkuh serta bongkak regim Zionis terhadap umat Islam di seluruh dunia.
Sehubungan dengan itu, PAS ingin menyokong gesaan yang dibuat oleh Speaker Mahmoud al-Abrash dari Syria, Speaker Ali Larijani dari Republik Islam Iran dan Speaker Turki Mehmet Ali Sahin supaya OIC memanggil sidang tergempar bagi membincangkan tindakan yang berkesan terhadap keganasan regim Zionis Israel terhadap tempat suci dan penduduk awam Palestin.
PAS menyedari bahawa tindakan yang diambil oleh OIC sebelum ini ternyata tidak berupaya untuk mengekang keganasan pihak Zionis Israel, tetapi dalam masa yang sama semua pihak adalah tidak wajar untuk berputus asa dalam mencari penyelesaian terhadap konflik ciptaan Zionis itu. PAS juga ingin menyeru agar rakyat dan kerajaan umat Islam serta seluruh pencinta keamanan dari kalangan masyarakat antarabangsa agar dapat merangka strategi baru yang lebih serius dan berkesan untuk memberikan tekanan kepada regim Zionis itu.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Ana amat bersetuju dengan tindakan yang insyallah akan diambial oleh pemimpin islam dalam usaha mengembalikan semula martabat umat islam. Yakin dan pastilah bahawa kebenaran itu pasti akan tertegak jua akhirnya meskipun ianya cuba disembunyikan atau ditutupi dengan kebatilan daan hawa nafsu oleh mereka yang bencikan kebenaran.
ReplyDelete