PETALING JAYA: Tanpa disedari Datuk Nik Aziz Nik Mat sebenarnya bukan lagi Mursyidul Am PAS sejak tiga bulan lalu ekoran kesilapan teknikal dalam parti.
Malah seluruh anggota Majlis Syura Ulama seramai 15 turut terlucut jawatan mereka secara automatik selepas pindaan perlembagaan parti yang berkuat kuasa awal tahun ini.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Nik Aziz boleh dipilih semula selepas Majlis Syura Ulama dilantik semula selepas mesyuarat hari ini.
“Terpulang kepada majlis yang baru sama ada mahu mengekalkan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am and Datuk Dr Haron Din sebagai timbalan,” katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, jurucakap pejabat Setiausaha Agung parti, Mohd Khairol Marzuki memberitahu, Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pindaan perlembagaan itu Januari lalu.
Pindaan itu katanya, ialah menambah tempoh sesi anggota majlis syura kepada lima tahun berbanding tiga tahun sebelum itu.
“Ia juga sejarah bagi parti apabila wakil Dewan Muslimah dan Dewan Pemuda turut dilantik sebagai ahli dalam majlis syura yang merupakan pembuat keputusan tertinggi dalam parti.
“Sebelum ini, anggota majlis hanya di kalangan ulama dan ahli jawatankuasa pusat,” jelasnya.
Selain itu, bilangan anggota majlis juga ditambah dari 15 kepada 17 orang.
Mohd. Khairol berkata, Majlis Syura terdiri daripada empat anggota jawatankuasa pusat, empat ulama dari jawatankuasa pusat, empat dari Dewan Pemuda dan empat ahli Dewan Muslimat.
Dewan Ulama sebelum ini memilih semula Nik Aziz dan Haron sebagai anggota Majlis Syura.
“12 ahli baru telah bermesyuarat Isnin lalu dan telah melantik lima lagi anggota baru,” ujarnya.
Kesemua anggota majlis bermesyuarat hari ini untuk memilih Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan setiausaha.
Sementara itu, Nik Aziz memberitahu, beliau tidak kisah jika tidak dipilih semula sebagai Murshyidul Am.
Kebanyakan anggota majlis adalah dari Kelantan.
Mstar
Percepatkan usaha perlantikan dan jangan bertangguh, serta memilih mereka yg kuat penganagannya terhadap islam Insyallah
ReplyDelete