Wednesday, March 31, 2010

Pakatan Pembangkang Letak Calon PKR Di Hulu Selangor, Kata Anwar

Pakatan Rakyat akan meletakkan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau akan berunding terlebih dahulu dengan kepimpinan tertinggi Pas dan DAP sebelum menamakan calon itu dalam masa terdekat.

"Ia (pemilihan calon) masih terbuka...itu proses biasa dalam parti, kita kena dengar dari cabang negeri, masyarakat tempatan, kemudian kita bincang dengan rakan-rakan pimpinan PKR serta rujuk kepada pimpinan Pas, DAP dan kita bertanding itu atas nama Pakatan Rakyat," katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

NONE
span class="Apple-style-span" style="font-size: small; color: rgb(204, 204, 204); ">Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor berikutan kematian penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad daripada PKR Khamis lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, Zainal Abidin menewaskan penyandang kerusi itu ketika itu, Datuk G Palanivel daripada Barisan Nasional dengan majoriti 198 undi.

-Bernama-

1 comment:

  1. Lakukanlah apa-apa yang terbaik untuk kebaikan agama Allah(islam)

    ReplyDelete