Saturday, August 28, 2010

Bukan Islam Masuk Masjid, Dulu boleh sekarang tak boleh?.. err.. sudah tukarka?

Oleh: AnakSungaiDerhakaJustify Full

"Mungkin benar apa yang Mat Sabu cakap tadi.. UMNO ni sedang lemas.. orang yang lemas akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan dirinya malah jika tahi yang melintaspun mereka akan berpaut pada tahi itu..
Mengulas tentang kisah Kisah Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching yang telah memasuki Dewan Utama Surau Al-Huda pada 22 Ogos 2010,Utusan Malaysia semalam melaporkan di muka depannya,

telah memetik Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Kisah Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching yang telah memasuki Dewan Utama Surau Al-Huda pada 22 Ogos 2010 yang lalu telah disensasikan oleh berberapa buah blog Pro-UMNO, hinggakan ada yang yang menulis Nie Ching telah memasuki Surau tersebut dalam keadaan berbogel kerana tidak menutup rambut (contohnya seperti Rosmah Mansor).

Dan Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching pula yang mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat utama di surau itu, berkata beliau hanya memenuhi jemputan."Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.

"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.- sepenuhnya di SINI

Kesalahannya adalah jelas iaitu Teo Nie Ching telah memasuki surau tersebut dengan tidak menutup aurat dan mungkin kerana Teo Nie Ching Ahli Parlimen dari DAP, maka tindakannya masuk keruang solat utama itu dianggap sebagai satu kesalahan yang besar oleh blogger-blogger pro UMNO..


Sedangkan Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram. Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.



Ini berdasarkan hadith Baginda SAW yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda SAW orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318)



Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.



Jika Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi menganggap perkara ini tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau..



Apa pula pendapat beliau tentang cadangan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM ) sendiri untuk menjadikan Masjid sebagai destinasi Pelancongan pada tahun 2008 dulu.



Cadangan itu dikemukakan kerana menurut kajian yang dijalankan oleh JAKIM Pada masa itu antara masjid yang berpotensi besar menarik pelancong ialah masjid negeri dan Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah dan Masjid Kristal Jerteh di Terengganu, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Kampung Laut Kelantan dan Masjid Ulu Melaka, Melaka.

1 comment:

  1. hmm.. aku tak tau la..pandai betul DAP (orang kafir) ni punya strategi nak pecah belahkan Islam kat Malaysia ni.. Diaorang ni macam Yahudi, strategi cukup kemas dan tersusun, memang alasan nak bagi bantuan kepada surau. Yang kita ni dek kerana sumbangan yang tak seberapa sanggup bercakaran. Kalau kat Indonesia dek kerana secupak beras agama Islam sanggup digadaikan.

    Akhir sekali orang Islam yang berpecah belah. Yang ni kata boleh & yang ni kata tak boleh walaupun dengan hujjah & dalil yang kuat.

    Aku menyeru mari kita sama-sama buat Solat Istiharah untuk Allah bagi kita petunjuk jalan kebenaran, rak kira pemerintah atau pembangkang yang betul. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

    Aku tak menyokong mana-mana parti BN atau PR tapi demi kepentingan agama Islam yang semakin berpecah belah dek strategi yang begitu halus dilakukan oleh musuh-musuh Islam yang nak tengok kita berpecah belah, satu demi satu isu dimainkan sehingga kita berpecah belah senangkan mereka dalam hati berkata 'PADN MUKA KO ORANG ISLAM'.

    Wahai Umat Islam, sedarlah dan bangkitlah dari tidur. Kita sekarang sedang dilagakan, saling caci-mencaci.

    Akhir sekali aku ada satu Hadith yang perlu kita semua renungkan, Hadith tersebut berbunyi begini:

    Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda "Apabila umat-umatku mementingkan hanya dunia maka hati mereka luputlah dari mencintai Islam; dan apabila mereka berhenti daripada mendakwah kebenaran, maka luputlah mereka itu dari rahmat Allah; dan apabila mereka caci-mencaci satu sama lain, mereka tidak akan lagi dipandang Allah" (Riwayat al-Tirmizi).

    Wahai umat Islam kat Malaysia, sedarlah kita sekarang ini sedang diperkotak katikkan oleh orang kafir. Bersatulah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

    Wallahua'lam..

    ReplyDelete