Saturday, August 28, 2010

'Tazkirah' di surau: Teo mohon ampun Sultan

Malaysia Kini

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mencetuskan kontroversi apabila lawatannya ke Surau Al-Huda Kajang pada Ahad lalu dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai 'tazkirah' di surau, hari ini memohon maaf.

Katanya, beliau menyesal kerana lawatan ikhlasnya itu telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara ini dan lebih malang lagi apabila ada pihak-pihak tertentu mengeksploitasikannya untuk kepentingan politik mereka.

NONE“Saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut ahli parlimen dari DAP itu, pada Ahad, 22hb Ogos, selaku wakil rakyat kawasan itu beliau telah mengunjungi surau al-Huda dengan tujuan menghulurkan bantuan kewangan sumbangan kerajaan negeri Selangor bagi memperbaiki pagar surau dan juga sumbangan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.,” katanya.Ikhlas dan murni

Teo menegaskan lawatannya itu adalah “secara ikhlas dan murni serta tidak berniat politik” dan “tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan”.

NONEBeliau yang kesal dengan tindakan pihak yang berkepentingan yang cuba mempolitikkan lawatannya itu berkata akan lebih berhati-hati pada masa depan.

“Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.

Semalam, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Sultan Selangor dilaporkan amat murka dan dukacita terhadap laporan akhbar berhubung 'tazkirah' Teo di surau berkenaan.

Sehubungan itu, katanya Mais dititahkan bertindak tegas, termasuk mengambil alih surau itu dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta.

Mohamad Adzib juga berkata, surat amaran akan juga diberikan kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulanginya lagi.

1 comment:

  1. hmm.. aku tak tau la..pandai betul DAP (orang kafir) ni punya strategi nak pecah belahkan Islam kat Malaysia ni.. Diaorang ni macam Yahudi, strategi cukup kemas dan tersusun, memang alasan nak bagi bantuan kepada surau. Yang kita ni dek kerana sumbangan yang tak seberapa sanggup bercakaran. Kalau kat Indonesia dek kerana secupak beras agama Islam sanggup digadaikan.

    Akhir sekali orang Islam yang berpecah belah. Yang ni kata boleh & yang ni kata tak boleh walaupun dengan hujjah & dalil yang kuat.

    Aku menyeru mari kita sama-sama buat Solat Istiharah untuk Allah bagi kita petunjuk jalan kebenaran, rak kira pemerintah atau pembangkang yang betul. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

    Aku tak menyokong mana-mana parti BN atau PR tapi demi kepentingan agama Islam yang semakin berpecah belah dek strategi yang begitu halus dilakukan oleh musuh-musuh Islam yang nak tengok kita berpecah belah, satu demi satu isu dimainkan sehingga kita berpecah belah senangkan mereka dalam hati berkata 'PADN MUKA KO ORANG ISLAM'.

    Wahai Umat Islam, sedarlah dan bangkitlah dari tidur. Kita sekarang sedang dilagakan, saling caci-mencaci.

    Akhir sekali aku ada satu Hadith yang perlu kita semua renungkan, Hadith tersebut berbunyi begini:

    Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda "Apabila umat-umatku mementingkan hanya dunia maka hati mereka luputlah dari mencintai Islam; dan apabila mereka berhenti daripada mendakwah kebenaran, maka luputlah mereka itu dari rahmat Allah; dan apabila mereka caci-mencaci satu sama lain, mereka tidak akan lagi dipandang Allah" (Riwayat al-Tirmizi).

    Wahai umat Islam kat Malaysia, sedarlah kita sekarang ini sedang diperkotak katikkan oleh orang kafir. Bersatulah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

    Wallahua'lam..

    ReplyDelete