
Monday, January 4, 2010
Kenyataan PKR mengenai isu Nama Allah

Kenyataan rasmi Presiden Pas mengenai isu kalimah Allah

Forum anjuran Surau Al-Mujahidin
Kufur Jika Menyokong Guna Kalimah Allah - Dato Dr. haron Din

Sunday, January 3, 2010
Nama Allah : Kita Hanya Bersandiwara Mempertahankannya

Kenapa kita tidak bertanya kepada diri kita sendiri, kenapakah Allah Yang Maha Berkuasa, mengizinkan perkara ini berlaku di bumi Malaysia? Kenapakah perbicaraan tentang nama Allah diadili oleh orang yang tidak mengertipun pasal Allah? Tidakkah kita melihat seolah olah Allah ingin menghina umat Islam di Malaysia dengan sehina hinanya?
Jawapannya sangat mudah sebenarnya. Kerana di Malaysia, agama Islam di kepalai oleh orang yang tidakpun alim pasal agama. Tidakpun beramal dengan amalan yang sebenarnya dituntut oleh Islam.
Kalimah Allah: PM akan mengadap Agong
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta umat Islam di negara ini bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

"Kerajaan amat sedar dan prihatin akan pelbagai reaksi yang telah kerajaan terima sejak keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini.
"Isu ini amat sensitif dan menyentuh perasaan terutama sekali umat Islam, kita hendaklah bersikap bertenang pada masa ini dan membiarkan perkara ini diselesaikan melalui proses mahkamah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelajar di Parlimen Pekan, lapor Bernama.
PAS adakan mesyuarat khas bincang isu nama Allah

KUALA LUMPUR, 3 Jan: PAS memanggil mesyuarat khas Lajnah Politik, iaitu lajnah paling berpengaruh dalam parti itu bagi membincangkan beberapa perkembangan terbaru termasuk isu penggunaan nama Allah oleh agama Kristian.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat itu akan diadakan malam esok di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
"Kita turut menjemput AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas ini," kata Mustafa kepada Harakahdaily.
Mesyuarat ini dijangka membincangkan secara mendalam keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah milik aktivis Kristian, Herald, untuk menggunakan nama Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.
Sejak keputusan itu dibuat, kelihatan pemimpin PAS tidak seragam pandangan mereka dalam isu ini.
Mesyuarat ini dijangka akan memberikan kata putus apakah pendirian bersama parti Islam itu dalam isu ini.
Anggota utama lajnah politik adalah pemimpin kanan PAS di samping beberapa pemimpin yang tidak berada dalam AJK PAS Pusat termasuk Khalid Samad, YDP PAS Shah Alam yang juga anggota Parlimen kawasan tersebut.
Nik Aziz bimbang perkataan Allah disalahguna

KOTA BHARU, 3 Jan: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.
Menteri Besar Kelantan itu melahirkan rasa bimbang kalimah Allah kemungkinan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.
Saturday, January 2, 2010
Penjelasan Aziz Bari
Pensyarah Universiti Islam Malaysia (UIA) Dr Abdul Aziz Bari menjelaskan berlaku salahfaham berhubung ketidakhadirannya di forum "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus" di Universiti Malaya semalam.
Forum tersebut anjuran Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya, berlangsung selama satu jam setengah mulai jam 9.45 malam.

"Nampaknya ketidakhadiran saya semalam menimbulkan keadaan dan tanggapan yang kian kusut dan mengelirukan. Saya ingin menjelaskan pihak UIA tidak memberi amaran supaya saya tidak hadir dalam forum itu.
"Malangnya penganjur forum itu salah faham dengan maksud emel saya itu. Ketidakfahaman itu menyebabkan media terkeliru sama dan timbul laporan yang menimbulkan imej negatif pada UIA. Ini tidak adil dan tidak betul. Saya sekadar berkomunikasi dengan penganjur; komunikasi itu tidak harus dijadikan kenyataan umum kerana ia tidak dimaksudkan begitu.
"Maksud sebenarnya saya ialah saya tidak selesa dengan publisiti negatif forum berkenaan. Dan sebagai orang luar saya berasa ragu untuk masuk ke kampus tersebut dalam keadaan sedemikian.
"Saya maksudkan keadaan sulit dan tekanan dalam suasana politik sekarang. Bukan tekanan dari UIA. UIA tidak ada kena mengena dengan forum itu. Saya melihat masalah itu ialah antara penganjur forum itu dengan pihak UM. Bukan dengan UIA.
"Saya menyebut tekanan tapi bukan tekanan dari UIA. Tekanan dirasakan akibat pergolakan sekarang. Ia ingatan umum tentang peraturan universiti dan tidak merujuk kepada forum malam tadi.
"Malangnya apa yang saya sebutkan 'amaran' itu disalahanggap dan penganjur ingat merujuk kepada forum itu." mengenai perkara itu:
PAS kecewa Mahkamah benarkan Allah dalam Mingguan Herald The Catholic

Pas bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.
Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.
Penggunaan nama Allah dalam al-Quran, maksudnya “Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah”. Allah yang mereka akur ialah sebagai tuhan “pencipta”, bukan sebagai Allah yang tunggal yang patut disembah. Ini dinamakan kepercayaan Rububiyyah, bukan kepercayaan Uluhiyyah.
Pas mengharapkan supaya pihak Kerajaan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi supaya ia mendatangkan kebaikan kepada kita bersama. Menghalang penggunaan nama Allah ini sebagai satu langkah “Saddu Zarai’c” untuk menutup pintu keburukan di kalangan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.Perlu ditegaskan ini bukan berarti Pas menentang kebebasan agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka sediri di negara ini. Selama ini Pas yang memerintah di Kelantan hampir 20 tahun memberi kebebasan kepada penganut agama yang manoriti mengamalkan agama mereka tanpa apa-apa gangguan daripada pihak berkuasa Pas di Kelantan.
Idris Haji AhmadKetua Penerangan PAS Pusat