Sunday, February 14, 2010

Februari: Najib menyerang

Panel lima hakim dengan sebulat suara mengisytiharkan bahawa Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah pada pagi ini. Penghakiman ini menunjukkan betapa bobroknya sistem kehakiman negara kita.

Pada awalnya, saya menjangkakan bahawa kemungkinan wujudnya senario "sebulat suara" agak rendah, memandangkan lima orang hakim ini perlu mempertimbangkan kesan yang menyusul daripada penghakiman tersebut. Dengan kata lain, walau mereka ingin memihak kepada UMNO sekalipun, mereka juga perlu mengambil kira prinsip Raja Berperlembagaan dan kesan sejarahnya.

Tanpa diduga, Malaysia sememangnya "boleh". Hakim telah mengangguk kepada campur tangan pemerintah (raja) , mengakibatkan sistem perlembagaan negara kita menjadi "contoh negatif" di kalangan negara Komanwel selepas ini.

Memberi laluan kepada TPM?

Bukti pemimpin UMNO suka ambil berita tepi jalan

"Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengesahkan perarakan Maulidur Rasul tahunan akan diadakan seperti biasa sambil membidas laporan Utusan Malaysia, yang mencetuskan rasa tidak senang dan protes di kalangan pemimpin Umno dan umat Islam, sebagai satu pembohongan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengesahkan perarakan Maulidur Rasul tahunan akan diadakan seperti biasa sambil membidas laporan Utusan Malaysia, yang mencetuskan rasa tidak senang dan protes di kalangan pemimpin Umno dan umat Islam, sebagai satu pembohongan.

Lim juga menafikan dakwaan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pentadbirannya anti-Islam atas alasan kononnya telah membatalkan perarakan itu kali ini.

MB Selangor: Biar mereka tinggalkan PKR sebelum PRU-13

KUALA LUMPUR, Feb 14 — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar ahli-ahli PKR yang kecewa agar meninggalkan parti sambil menegaskan organisasi adalah lebih penting berbanding mana-mana individu.

Pengerusi PKR Selangor itu melahirkan pendirian tegasnya di sebalik spekulasi akan ada lagi Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bakal mengikut langkah wakil rakyat Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim, yang memutuskan untuk bertindak sebagai anggota Dewan Rakyat bebas.

Perutusan Sempena Tahun Baru Cina

Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS), saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan menyambut Perayaan Tahun Baru Cina kepada seluruh peringkat masyarakat Tionghua di Malaysia.

PAS percaya bahawa masyarakat Tionghua di Malaysia akan terus menerus mempunyai keazaman dan semangat baru ke arah melaksanakan perubahan bersama dalam negara kita ini. Perubahan ini tidak boleh berlaku tanpa persefahaman dan hubungan baik antara kaum-kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Kami percaya bahawa masyarakat Tionghua dalam negara kita mampu untuk memainkan peranan yang lebih aktif, terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi yang menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara. PAS juga berkeyakinan bahawa asas untuk mewujudkan keharmonian yang lebih kukuh di Malaysia adalah semestinya berteraskan kepada keadilan sejagat terhadap semua kaum, terutamanya kepada kelompok masyarakat yang tertinggal akibat dari ketidakadilan yang berlaku sepanjang 50 tahun ini. Pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS juga turut menjadi bukti bahawa PAS ingin lebih memahami kehendak dan keperluan pelbagai rumpun masyarakat di Malaysia yang turut sama-sama menyumbang kepada pembentukan negara Malaysia yang lebih sejahtera. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Akhir kata, semoga tahun baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.

Presiden PAS

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Friday, February 5, 2010

Usrah 2.3.2010 (Naqib Jemputan)

Apa sebenar yang berlaku akan di kemaskini kemudian









Tuesday, January 26, 2010

Beza PAS Dan UMNO Dalam Isu ALLAH


OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Saya ingin mulakan tulisan ini dengan mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah di atas istiqamahnya pendirian Tuan Guru Presiden PAS yang secara jelas menyatakan bahawa Islam tidak melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain .

Ustaz Hadi menyatakan “ kita tidak boleh melarang mereka ( bukan Islam ) dari menggunakan nama Allah meskipun Allah bagi mereka bukan seperti yang kita yakini iaitu Tuhan yang Esa.” Bagi saya sikap Tuan Guru Presiden ini melambangkan konsistennya budaya PAS iaitu ilmu mendahului emosi, kebenaran mendahului perasaan.

Saturday, January 23, 2010

Majlis Perpisahan SU PAS Cawangan Surada

Surada: 23 Jan 2010.
Satu majlis doa selamat dan sedikit jamuan telah diadakan di Dewan Komuniti Desa Surada selepas solat Isya' sebentar tadi. Ini ekoran perletakan jawatan Setiausaha PAS Cawangan Surada (Sdr Zulkifle Md Salleh) atas sebab pertukaran tempat kerja.


Bacaan doa diketuai oleh Ketua PAS cawangan.
Ahli-ahli Pas cawangan yang hadir (1 dari 4)
Ahli-ahli Pas cawangan yang hadir (2 dari 4)
Ahli-ahli Pas cawangan yang hadir (3 dari 4)
Antara muslimat yang hadir (4 dari 4)
Amanat dari Ketua PAS Cawangan "Benih yang baik kalau dicampak ke laut menjadi pulau,
dicampak ke tanah menjadi bukit". Semoga tetap istiqomah dalam perjuangan.

Pengerusi Tetap pulok " Kota Tinggi akan lebih tinggi dengan adanya benih yang baik".
Guano Demo!
Mantan SU memberi sedikit ucapan Terima Kasih dan penghargaan kepada PAS Cawangan.
Kejayaan besar sepanjang lebih kurang 10 tahun di Surada ialah beliau telah berjaya menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam di Taman Surada.

Sedikit cenderamata dari PAS Cawangan sebagai tanda penghargaan atas
segala sumbangan Sdr Zulkifle




Wednesday, January 13, 2010

Draf Persempadanan Semula ke Pejabat PM, bukti SPR tidak bebas

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mempersoalkan kerelevenan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang akan mengemukakan draf persempadanan semula melalui Pejabat Perdana menteri sebelum dibawa ke Parlimen. Walaupun amalan ini sudah menjadi kebiasaan, namun dari sudut integriti dan kebebasan SPR masih boleh dipersoalkan.

Perdana Menteri merupakan seorang ahli parti politik yang berkepentingan dalam urusan Pilihanraya dan turut menjadi calon setiap kali ada pilihanraya. Sebarang draf cadangan pindaan terhadap undang-undang serta peraturan SPR yang melalui pintu pejabat Perdana Menteri pastinya menimbulkan kesangsian kerana ianya boleh dipinda sesuka hati oleh Perdana menteri mengikut kepentingan partinya.Kredibiliti SPR dan Perdana Menteri sebagai pegawai eksekutif dalam Kerajaan boleh dipertikaikan kerana kepentingannya itu.

PAS kesal ugutan KDN kepada Anwar, jangan guna ISA tutup kelemahan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) amat kesal dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengugut akan mengambil tindakan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal membendung gejala serangan ke atas gereja dan menuduh UMNO sebagai dalang sebenar di dalam perkara ini.

Apa yang dikatakan oleh Anwar itu adalah persepsi masyarakat Malaysia pada masa ini dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sewajarnya mengambil kenyataan itu sebagai satu teguran. Persepsi rakyat juga melihat bahawa Umno cuba mendalangi isu ini. Maksud mendalangi itu luas kerana segalanya berpunca dari kelemahan Umno yang meletakannya salah seorang pemimpinnya sebagai Menteri KDN, tetapi gagal memainkan peranannya. Sewajarnya KDN menyelesaikan isu ini secara diplomasi dan rundingan bukannya membiarkan NGO-NGO pro-Umno menghangatkan isu ini dengan demontrasi serta pelbagai provokasi.

PAS menghormati tugas pihak Polis dan KDN, tetapi kelembapan KDN bertindak boleh menyebabkan isu ini mencetuskan ketegangan yang berpanjangan. Berulang kali Hishamuddin menyebut bahawa KDN sudah kenal pasti suspek, tetapi hingga hari ini tiada satu tangkapan pun dibuat. Menteri sepatutnya 'walk the talk' bukan 'Talk the walk" sahaja.

Ugutan kali kedua tentang penggunaan ISA semalam juga mengukuhkan persepsi bahawa Menteri sedang cuba menutup kelemahannya dalam menguruskan isu ini. Bila ada sahaja isu yang gagal ditangani, Menteri akan ugut ISA. Sikit-sikit ugut ISA, macam perangai budak tadika.

PAS tegas untuk menolak ISA dan mahu ianya dimansuhkan. PAS juga melihat amaran penggunaan ISA kali kedua ini menghampiri Ops Lalang kedua dimana orang-orang yang bersalah tidak dibawa ke Mahkamah, tetapi orang yang persoalkan tindakan lembap KDN pula ditahan di kamunting. Ini jelas sebagai satu strategi untuk menjadikan dilihat BN begitu dominan.

Dengan pengalaman yang ada, percaturan politik BN sudah dapat dibaca rakyat. Oleh itu, PAS mengingatkan KDN supaya bertindak bijak, bukannya menurut hawa nafsu politik Menteri yang mahu menyelamatkan partinya yang kini terdesak untuk memulihkan keyakinan rakyat dan mahu dilihat 'juara rakyat' dengan mengorbakan pimpinan Pakatan.

PAS berharap isu ini dapat diselesaikan melalui pendakwaan di Mahkamah dan menyeru agar semua pihak agar terus bertenang disamping mengukuhkan perpaduan serta saling bertolak ansur. Marilah kita berkongsi seruan dari Allah swt;

"Wahai manusia! Sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal..." (Al-Hujurat; 13).


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tuesday, January 12, 2010

1 Negara, 1/2 Kerajaan

Merdeka Review

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Herald-The Catholic Weekly boleh menggunakan kalimah "Allah". Dengan kata lain, larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah tersebut adalah tidak sah.

Seperti yang dijangkakan, Pemuda UMNO mengadakan demonstrasi, dan lidah UMNO, Utusan Malaysia pula "mengapi-apikan" selepas penghakiman tersebut. Sementara itu, Perdana Menteri Najib Abdul Razak "menyeru" agar umat Islam bertenang, jangan terlalu "menghangatkan" isu ini, seolah-olah juga sandiwara "talam dua muka" yang tidak asing untuk rakyat Malaysia.

Antara masalah yang harus diteliti dalam isu ini adalah fenomena "kuasa yang semakin berkembang" di Kementerian Dalam Negeri. Setelah Timbalannya Musa Hitam meletak jawatan pada tahun 1986, Perdana Menteri Mahathir Mohamad menerajui KDN sendiri. Sejak itu, kuasa KDN semakin berkembang.