Menteri Besar Kelantan.
Sukacita saya merujuk kepada laporan beberapa akhbar hari ini (14 Julai 2010), khususnya menyentuh permasalahan hubungan PAS dengan Umno.Sukacita dinyatakan, isu berunding antara PAS –Umno sudah selesai. PAS sudah menolak untuk berunding dengan Umno. Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam. Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan kita harus ingat penghujung hidup manusia adalah Akhirat. Sebab itu, Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan ad-Din, iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di Akhirat.

Ketika mengulas selanjutnya, ahli parlimen Petaling Jaya Utara - DAP ini berkata kerajaan memilih untuk memotong subsidi seperti makanan, petrol dan sebagainya yang akan menimbulkan ketidakpuasan warga kota, malah penduduk luar bandar, apabila harga barang kawalan seperti gula juga dinaikkan harga.

KOTA BHARU, 10 Julai: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat memboikot semua media pro-BN jika permit untuk akhbar pro-Pakatan tidak diperbaharui.



