Sejak 1998 atau mungkin lebih awal, DSAI di war warkan sebagai agen yahudi, agen Amerika dan seorang yang gila kuasa sehingga sanggup membuat fitnah yang mengakibatkan kebencian orang orang cina dan india kepada melayu( yang disebut sebagai orang Islam).Gambaran kepada semua yang diberikan kepada DSAI memperlihatkan seolah olah negara berada dalam huru hara dan rakyat berada dalam suasana tertekan akibat perbuatan DSAI.
Tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak langsung menunjukkan akibat perbuatan DSAI.Terbaru, rakyat menerima tekanan lagi dek penangan saman ekor yang pernah diakui oleh kerajaan tidak akan diblacklistkan dan kenaikan mendadak dan menakutkan minyak serta gula di mana selepas ini bakal disusuli dengan kenaikan harga pengguna yang cukup untuk memberi bebanan yang berat kepada rakyat.Sementara momokan agen yahyudi, Amerika dan gila kuasa yang diberikan kepada DSAI tidak menampakkan sebarang kesan kepada rakyat selain dari bukti bukti penindasan kerajaan UMNO kepada DSAI secara individu menerusi kes liwat yang dilalui oleh DSAI.

UMNO-BN mengambil keputusan yang paling tidak cerdik apabila memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atas isu curi pasir. Kebebalan menyebabkan mereka tersalah ambil bahan bukti untuk ditunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Gambar yang diambil di kawasan gali pasir sah didakwa kegiatan curi pasir. Otak pemimpin UMNO-BN sememangnya sudah mereng.
KUALA LUMPUR, 14 Julai : Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesyorkan Umno agar menukar nama dan dasarnya kepada Islam jika benar-benar mahu memperjuangkan hak dan nasib orang Melayu.“Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau berpendapat bahawa sekiranya Umno menukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka ia boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.
Sukacita saya merujuk kepada laporan beberapa akhbar hari ini (14 Julai 2010), khususnya menyentuh permasalahan hubungan PAS dengan Umno.
Ketika mengulas selanjutnya, ahli parlimen Petaling Jaya Utara - DAP ini berkata kerajaan memilih untuk memotong subsidi seperti makanan, petrol dan sebagainya yang akan menimbulkan ketidakpuasan warga kota, malah penduduk luar bandar, apabila harga barang kawalan seperti gula juga dinaikkan harga.



