KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat harus bertanggungjawab terhadap kemunduran negeri itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Pada satu tahap tertentu, beliau bertanggungjawab terhadap kemunduran Kelantan. Beliau perlu menerimanya. Di negara lain, orang akan letak jawatan jika mereka gagal,” kata beliau bagi menjawab soalan mengenai kepimpinan Nik Aziz.
Dr Mahathir berkata demikian selepas majlis pembukaan Sidang Kemuncak Tadbir Urus Korporat 2009 semalam yang bertajuk “Truth, Lies and Corporate Governance”.
Kenyataan itu dibuat beliau berikutan gesaan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya Nik Aziz meletak jawatan kerana gagal membawa kemajuan di Kelantan.
Nik Aziz sebelum itu dilaporkan telah meminta Ibrahim mengosongkan kerusi parlimennya berikutan tindakan-tindakannya yang menjejaskan PAS.
Dr Mahathir berkata, masalah bagi situasi politik tempatan adalah ramai pemimpin yang enggan melepaskan kerusi mereka.
“Masalah dengan kerusi yang selesa diduduki adalah anda tidak mahu bangun langsung. Anda hanya duduk,” katanya sambil menambah beliau berundur selepas 22 tahun kerana “Saya rasa orang telah bosan dengan saya.”
Berhubung Ibrahim Ali, Dr Mahathir berkata, negara memerlukan lebih ramai pemimpin seperti beliau.
“Kita memerlukan seseorang yang berkecuali dan prihatin hanya kepada urus tadbir yang baik dan akan mengkritik sesiapa sahaja sama ada Kerajaan atau pembangkang,” katanya.
Sementara itu, di Pasir Mas, pertubuhan Melayu tempatan bukan kerajaan mencabar PAS Kelantan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Tendong bagi membolehkan Ibrahim bertanding dengan Nik Aziz.
Timbalan Presiden Pusat Khidmat Penjagaan Rakyat Pasir Mas, Mohd Sapani Zakaria berkata, Nik Aziz harus bertanding kerusi itu dan membuktikan Ibrahim telah kehilangan sokongan di kawasan itu.Bernama

No comments:
Post a Comment