Thursday, December 3, 2009

Perang Cyber menular ke ala realiti

PANDANGAN PERIADI

Mungkin memang ada yang telah membaca/meminati/bersetuju/merasa kurang senang/cuba menilai dan pelbagai lagi tentang satu blog yang bagi aku boleh diberi perhatian walau "bahasa jiwa bangsanya" memanaskan telinga siapa yang terkena.

Pemilik blog ni boleh dikatakan berani kerana berni mencabar seorang Presiden parti untuk "berdebat". Katanya dia ni pemerhati bebas. Walau kebanyakan entrynya penuh dengan rasa tidak puas hati, itu hak dia sebagai warganegara Malaysia.

Secara peribadi, perlu ada jawapan tentang beberapa persoalan yang ditimbulkan, walau mungkin perkara itu telah diperbincangkan diperingkat kepimpinan. Namun bagi mereka terutama anak anak muda memang mudah terkesan dengan cara pembawakan blog yang satu ni.

Followers pun boleh tahan. 1 followers ada 20 kawan, 200 follower ada 4000 kawan. Kawan atas kawan yang 4000 tadi bagitahu kepada kawan sebelah kampung ada kawan dekat pejabat .... huh,,, pendek cerita kalau dibiarkan persepsi awam pada pimpinan PAS boleh merudum. PRU dalam 2 tahun lagi tu.


Elok baca sepenuhnya
disini

No comments:

Post a Comment