Wednesday, December 16, 2009

Usrah PAS Cawangan 15hb Dec 2009

Kepada mereka yang tak hadir Usrah

Malam tu pada bacaan teks apa kenama lupa dah, tapi atas tajuk Adab & Akhlak dalam Berjamaah lebih kurang.
Aku yang tukang bacanya.

Ada beberapa ciri yang sempat dibaca dan dibincang malam tu dan dua daripadanya adalah Ikhlas dan Percaya pada janji Allah.

Tok Ketua bangkitkan tentang soal rasa berdasarkan satu hadith Nabi yang membicarakan Kemanisan Iman. Jadi Iman itu boleh dirasai iaitu manis. Bagaimana untuk mencapai rasa manis tu. Antaranya perlulah mengikhlaskan diri dalam segala gerak kerja. Untuk menguji keikhlasan kita kita ambil satu contoh dalam soal perkara-perkara sunat seperti sembahyang sunat. Kebiasaannya yang sunat ni yang jarang dibuat orang kerana yang wajib dah buat. Jadi okey lah tu. Tu sunat je tu. Dengan itu, kita sebagai individu boleh menilai keikhlasan diri sendiri melalui salah satu caranya adalah solat sunat. Adakah kita istiqamah?

Mereka yang masuk menjadi ahli PAS perlulah mengikhlaskan diri hanya kerana Allah dan percaya dan yakin janji Allah yang Islam akan menang dan akan tertegaknya Islam sebagai cara hidup. Disebabkan dua ciri ini jugalah ada antara ahli yang pada mulanya giat dan bersemangat tapi tiba-tiba hilang dan lepas tu tiba-tiba muncul dikalangan penentang Agama Allah. Ini kerana perjuangan mereka adalah kerana dunia bukan kerana Allah.

Timbalan Tok Ketua pulak. Menekankan kepentingan ilmu dalam mendapatkan kedua-dua ciri diatas. Ilmu pula perlulah dipraktikkan. Untuk mendapat ilmu pula perlulah banyak membaca dan mendengar kuliah-kuliah agama atau pergi berguru kat mana-mana. Hati akan mudah terpesong dengan sikap riak, takbur, suka menunjuk dan sebagainya yang mana ini semua adalah lawan kepada Ikhlas.

Segala perbuatan kita adalah menjadi sia-sia, tiada pahala dan ganjaran dari Allah sekiranya tidak ikhlas.

Itu adalah antara intipati Usrah pada malam tersebut.

Dan kat bawah ni ada menceritakan berkenaan soal IKHLAS secara lebih lanjut dan menakutkan .



APA ITU IKHLAS

Imam Abu al-Qasim Al-Qusyairi, seorang ahli tasauf yang terkemuka memeberikan definisi Ikhlas sebagai:-

إفراد الحق سبحانه في الطاعة بالقصد، وهو: أنه يريد بطاعته التقرب إلى الله سبحانه دون أي شيء آخر؛ من تصنع لمخلوق، أو اكتساب محمدة عند الناس، أو محبة مدح من الخلق، أو معنى من المعاني سوى التقرب به إلى الله تعالى، ويصح أن يقال: الإخلاص تصفية الفعل من ملاحظة المخلوقين

Ertinya: Ikhlas adalah mengesakan haq Allah swt dalam segala amalan ketaatan dengan niat, iaitu dia melakukan amalan ketaatannya hanyalah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt, tiada apapun selain itu, iaitu mereka yang melakukannya kerana Makhluk, atau kerana ingin mendapat pujian mereka, serta kecintaan kepada pujian makhluk, atau apa jua sebab-sebab yang selain redha Allah. Boleh juga dikatakan, bahawa Ikhlas itu adalah pembersihan (niat) diri (semasa amalan) dari segala segala perhatian manusia. ( Al-Risalah al-Qusyairiah, tahqiq Abd Halim Mahmud, 1/443)

Kehadiran!! Hu...hu..huu..

No comments:

Post a Comment