Tuesday, January 12, 2010

Why not 'Elohim'?

Malaysia Kini

I do not intend to discuss the legal, etymological or historical use of the `Allah' word in the Catholic newsletter, the Herald, which has led to the current `fiery' brouhaha.

High Court Judge Lau Bee Lan has already ruled on the unconstitutional banning by the Malaysian government on the Herald's use of the god-name. There is now an appeal to be heard. Let us wait for it.

On the etymological aspect, a number of academicians, including Muslims, have traced its usage to pre-Islamic era, and explained that both Arab Muslims and Christians refer to their respective gods as `Allah'. Who are we to challenge their erudite clarifications?

Kalimah Allah: Kenapa PAS bersetuju dan tidak bersetuju?

DALAM artikel saya yang bertajuk "Allah itu tuhan Manusia bukan untuk umat Islam sahaja" saya membahaskan sedikit tentang Allah sebagai tuhan kepada semua makhluk termasuk kaum Kristian. Maka dalam artikel ini saya akan menjelaskan kenapa kaum kristian boleh gunakan nama Allah dan kenapa tidak boleh kerana ada hukum yang mubah atau harus disana.Tiada Larangan Mengunakan Nama Allah Bagi Bukan Islam Zaman Rasulullah

Untuk membahaskan perkara ini terus terang saya katakan bahawa saya tidak beriman kepada perlembagaan Malaysia. Dalam menghadapi kaum Nasrani, Yahudi, Majusi dan musuh-musuh Islam yang lain Allah swt berfirman dalam surat At-Taubah ayat 29;

"Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk."

Friday, January 8, 2010

Konvoi Viva Palestina Mengakhiri Misi Dengan Jayanya

Daripada Kuzaimah Idris

GAZA, 9 Jan (Bernama) -- Selepas 48 jam berada di bumi Gaza dan menyaksikan keadaan sendiri keadaan di sini, konvoi Viva Palestina akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada rakyat Palestin untuk bertolak pulang pada kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan.

Walaupun misi itu tidak lama namun 450 sukarelawan yang menyertai konvoi itu berpuas hati kerana mereka berjaya melaksanakan misi mereka untuk menghantar bekalan ubat-ubatan, makanan dan peralatan pembelajaran yang dibawa dalam trak dan ambulans secara terus kepada penduduk Palestin di Gaza.

Serangan Terhadap Gereja pada hari Jumaat 8 Januari 2010

Tindakan pihak tertentu yang memilih cara yang ganas dengan melakukan tindakan yang ditegah oleh Islam menerusi serangan terhadap Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya adalah dikutuk dengan sekeras-kerasnya.

Perlulah diingat, bahawa Islam menerusi kefahaman dakwahnya adalah membawa konsep kebebasan beragama kepada orang yang belum menganut Islam. Begitu banyak ayat dari Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW yang melarang penganut Islam dari mengganggu penganut agama lain, paderi dan rumah ibadat mereka. Bahkan, dalam setiap kali peperangan yang Nabi Muhammad SAW dan Khulafa Ar Raasyidin terlibat, para sahabat sangat berpegang teguh kepada pesanan Nabi Muhammad SAW untuk tidak membunuh paderi dan tidak merosakkan rumah ibadat mereka. Itu dalam suasana perang, apatah lagi dalam suasana aman seperti yang ada pada hari ini.

Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri. PAS akan terus melaksanakan dakwah dan politik Islam dengan berdasarkan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah senantiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu.

Kepada kepimpinan PAS di seluruh negara, hal ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam program Penerangan PAS Pusat pada hari esok di Shah Alam.

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

22 Muharram 1431 H bersamaan 8 Januari 2010

Gelak gelak dua kosong satu kosong

Pagi itu dari Penang nak ke KL. Bukan jauh sangat, cuma ke Setapak saja.

Ketika membeli tiket Mas, ada sekumpulan lelaki sedang berbual. Barangkali mereka pun nak ke KL. Pakaian baju putih tangan pendek, ada selang pangkat di bahu.


Seorang lelaki Cina yang sudah tua, baru saja membeli tiket ke Singapura, selepas saya.

Lebih kurang 10 ela beredar, dekat dengan kumpulan lelaki yang kuat gebang pasal 1 Malaysia, lelaki Cina itu berpatah balik ke kauter jualan tiket.


“Hallo brother, boleh tanya sikit ka?” katanya kepada lelaki penjual tiket kapal terbang.

‘Boleh, apa hal?” melentik lidah penjual tiket itu ramahnya.

“Itu kapal terbang saya mau naik, haiyaaa ada injin ka?”

Sekumpulan lelaki asyik berbual berbaju putih itu terkejut beruk.


Saya tergelak, hua…hua…huaaa.

Kenyataan Akhbar Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat

Kami mengutuk tindakan pihak tertentu yang menyerang 3 gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Serangan tersebut adalah satu perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban.

Perbuatan seperti itu tiada tempat dalam mana-mana negara pun di atas dunia ini. Kami percaya ianya berpunca dari politik amarah yang sempit, ditambah dengan unsur provokasi jahat yang semakin menular dan runtuhnya rasa saling hormat menghormati dalam negara kita yang tercinta ini. Setiap rakyat dalam negara ini, tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan etnik seharusnya dapat menikmati keamanan spiritual dan fizikal mereka. Seharusnya sebarang perbezaan pendapat dan pandangan tidak terus dilebarkan. Kami yakin sebarang perselisihan dapat diselesaikan dengan menumpukan usaha untuk membawa semua pihak ke meja rundingan.

Oleh yang demikian, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan tegas meminta supaya individu atau mana-mana kumpulan yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan sebegini agar dihukum dengan setimpalnya.

YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum PKR

YAB LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP

YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Sumber

Gereja terbakar dibaling bom petrol

Malaysia Kini

Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya terbakar, kata sumber gereja.

Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.

Dua lagi gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Jalan Templer Petaling Jaya dan Life Chapel di Seksyen 17, Petaling Jaya.

Manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafi cakap-cakap yang mendakwa ada lagi gereja yang menjadi sasaran. Ianya ekoran khabar angin yang mendakwa sebuah gereja di Kampung Subang turut jadi sasaran.

Polis juga menafikan khabar angin yang mendakwa kenderaan yang memaparkan simbol Katholik, telah dipecahkan oleh orang yang tidak dikenali di Bangsar.

Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran beberapa NGO Islam.

desa melawati church firebomb allah issue 1Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakan Assemblies of God, terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.

Beliau memberitahu AFP bahawa ada saksi yang ternampak empat orang - yang datang menaiki motosikal - memecahkan kaca dan membaling bahan api ke dalam bangunan gereja.

Tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut. Gereja itu yang terletak di bahagian hujung lot rumah kedai di situ, dihadiri kira-kira 1,500 setiap minggu.

Memo berjaya diserah, lebih 1000 berhimpun bantah Mesir

Gambar sekitar himpunan membantah sekatan bantuan ke Gaza pada 8hb Jan 2010 dari lensa digital buruk aku.





















































Berita penuh disini

Wednesday, January 6, 2010

Himpunan Aman Membantah Kerjasama Israel-Mesir

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru kepada semua ahli, pertubuhan NGO dan golongan yang simpati kepada nasib rakyat Palestin untuk menyertai Himpunan Aman membantah tindakan Kerajaan Mesir yang berkerjasama dengan Zionis Israel untuk menindas umat Islam di Gaza.

Kerajaan Mesir dilaporkan enggan membenarkan sebuah kapal yang membawa konvoi antarabangsa melibatkan 17 buah negara dengan150 kenderaan membawa beratus-ratus tan bekalan kemanusiaan masuk ke Gaza melalui pelabuhan Nuweiba di Laut Merah. Kerajaan Mesir telah mendesak konvoi Viva Palestina berkenaan menyerahkan bantuan melalui pelabuhan Mediterranean, iaitu jarak lebih jauh yang memerlukan konvoi berkenaan berpusing ke semenanjung Sinai dan melalui Terusan Suez sebelum sampai ke El Arish kelmarin.

Monday, January 4, 2010

Larangan Kristian Guna Nama Allah : Ulasan Ringkas

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal".

Menurutnya, akhbar mingguan
The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini

SUDUT HUKUM

Berikut di atas tadi adalah petikan berita Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009.

Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.