Prinsip Raja Berperlembagaan
Anwar: Sultan perlu dapatkan nasihat MB
Episod 2
Anwar kehilangan detik saat terbaik
selepas kegagalan rancangan 16 September?
Episod 3
Tumpu kepada soal dasar dan PR:
Anwar jawab punca tak tanding Presiden
ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN
| Home | Berita Terkini | Kenyataan Rasmi | Aktiviti Cawangan |
Hishamudin Rais
Apa yang ada pada Vietcong? Apa yang ada pada gerakan Hezbollah di Lebanon? Apa kekuatan mereka? Kalau dikaji selidik maka kita akan mendapati bahawa politik mereka bergerak melalui pemikiran strategik.
HarakahDailyKUALA LUMPUR, 29 Dis: Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru dilihat seperti cubaan untuk mengguling kerajaan negeri Selangor, di samping memperlihatkan sikap sebenar kerajaan persekutuan yang tidak demokratik serta tidak menghormati semangat federalisme.
Biarpun perlantikan itu dilihat belum muktamad dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mohon mengadap Sultan Selangor untuk membincangkan perkara itu, pandangan kerajaan negeri wajar diteliti terlebih dahulu demi melahirkan sebuah kerajaan yang stabil.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi berkata, biarpun Kerajaan Negeri Selangor dipimpin oleh sebuah kerajaan yang tidak seideologi dengan kerajaan pusat, namun Kerajaan Negeri Selangor adalah sebuah kerajaan yang sah melalui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, ekoran ia adalah mandat dari rakyat yang merdeka menerusi sistem pilihanraya.
UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA!Setelah 53 tahun merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal.
Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.
Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk diatasi. Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan paradigma. Maka, Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan politik (tahalluf siyasi) mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai.
Dasar Bersama adalah berlandaskan empat kerangka asas iaitu:
Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat;
Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil;
Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh; dan
Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.
Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.
Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Pakatan Rakyat untuk:
Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.
Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.
Ketetapan Pakatan Rakyat mengangkat konsep muafakat di antara parti-partinya membentuk kesepakatan perjuangan di dalam Pakatan Rakyat, lantas memberi laluan kepada lahirnya sistem dua parti di negara ini. Sejarah besar yang dicipta dalam PRU12 perlu dimanfaatkan supaya tekad rakyat untuk menukar kerajaan persekutuan dan sistem pemerintahan yang bobrok dalam PRU13 berhasil. Tekad rakyat ini bukan sahaja mulia dan bersejarah, ia satu kemestian untuk menyelamatkan Malaysia dari krisis parah.
Agenda Pakatan ini adalah nadi kepada perjuangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan pegangan untuk membina sebuah negara dan masyarakat yang menzahirkan semangat demokrasi dan keadilan dalam semua aspek. Agenda ini menuntut perubahan mutlak (minda, pendekatan dan kaedah) untuk menggembleng muafakat semua pihak. Ini perlu demi membebaskan institusi-institusi penting negara dari durjana campur tangan sebahagian kecil golongan elit yang mempertahankan tembolok mereka semata-mata.
Pakatan Rakyat juga meletakkan agenda pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama sebagai teras kepada kesemua program yang telah dilaksanakan dan sedang dirancang, demi membela nasib rakyat terbanyak.
Malaysia berdepan dengan prospek ekonomi yang pudar dan semakin ketinggalan berbanding dengan negara-negara serantau yang pernah setanding dengan kita. Tatkala Malaysia masih meraba-raba mencari penawar kepada kemunduran ekonomi ini, negara wajib waspada dengan saingan baru dari negara-negara yang sebelum ini lebih mundur dari kita. Darjat ekonomi kita di mata antarabangsa dan dalam konteks ekonomi global telah merudum.
Lebih parah lagi, pemerintah yang bongkak dan mementingkan diri mengabaikan penderitaan rakyat. Bantuan-bantuan kepada rakyat disekat atas nama mengurangkan beban kerajaan, sementara lohong ketirisan sengaja dibesarkan agar kekayaan negara dapat mereka bolot secara rakus.
Sah, pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia. Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana. Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan "dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia". 2. Tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Dato' Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Datuk Seri Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.
Dakwaan Pakatan Rakyat bahawa penggantungan empat orang ahli Dewan Rakyat-nya bakal memberi laluan kepada pindaan perlembagaan itu adalah salah, apabila tafsiran ahli akademik terhadap Perlembagaan Persekutuan menyimpulkan bahawa "dua pertiga" ini dirujuk kepada bilangan kerusi yang ada dalam dewan, bukannya kehadiran dalam dewan.
Menurut Perkara 159(3) Perlembagaan Persekutuan, pindaan perlembagaan tidak boleh diluluskan, melainkan mendapat tidak kurang daripada sokongan dua pertiga daripada bilangan ahli parlimen dalam dewan (votes of not less than two-thirds of the total number of members of that house). Justeru itu, walaupun empat orang ahli parlimen PR digantung, namun BN tetap tidak boleh meminda perlembagaan.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Profesor Madya Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Johan Shamsuddin Bin Hj Sabaruddin (gambar kiri) berkata, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli Dewan Rakyat. Tetapi, bilangan 2/3 yang dimaksudkan ini merujuk kepada bilangan ahli dewan rakyat yang sebenar, dan bukannya bilangan kehadiran dalam dewan.
Ekoran dinasihatkan oleh doktor untuk berehat, saya tidak berkesempatan untuk turut serta di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang bermula esok, 19 Disember 2010. Bagaimanapun,saya sentiasa mengutuskan harapan agar konvensyen tersebut berjalan dengan lancar dan dapat menyimpulkan resolusi-resolusi penting khususnya di dalam mendepani pilihanraya umum yang akan datang.
Saya nukilkan demikian kerana jelas sekali Ketuanan Melayu yang dibawa oleh UMNO semakin tidak laku untuk dipasarkan kepada rakyat yang semakin cerdik. Hari ini akhbar-akhbar menyiarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa yang menolak cadangan untuk membuka peluang kepada orang bukan Islam menjadi Peguam Syarie. Dalam erti kata lain, Islam menjadi syarat kepada sesiapa untuk menjadi Peguam Syarie.
Harakah Daily