Tuesday, December 28, 2010

Sertai ‘Kita Bersaudara’, lawan 1Malaysia(Israel)!

PAS hari ini melancarkan kempen “Kita Bersaudara” untuk mengajak rakyat menolak politik perkauman yang ditiupkan Barisan Nasional, khususnya Umno di pilihan raya umum ke-13 kelak.
Kempen semula anjuran bersama Sekretariat Kita Bersaudara dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa itu turut menganjurkan mini karnival “Sua Kasih” ala-ala karnival Jom Heboh atau Sua Rasa di Tapak Kompleks Pendidikan Titiwangsa, Jalan Gurney, Kuala Lumpur.



Aiman Athirah Al-Jundi selaku pengarah program memberitahu, kempen terbaru itu dilancarkan demi menghadapi kempen 1Malaysia yang dipopularkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak April tahun lalu.


“Sebenarnya sekretariat Kita Bersaudara ini ditubuhkan lebih awal dari (pelancaran) 1Malaysia, iaitu pada Disember 2008, mini karnival ini (Sua Kasih) sahaja pertama kali diadakan pada 9 Januari tahun depan.

“Kempen ‘Kita Bersaudara’ ini untuk lawan (kempen) ’1Malaysia’ yang menggalakkan perkauman, pemimpin-pemimpinnya mengajak orang Melayu sokong perkauman serta melarang atau menakutkan orang bukan Islam dari mendekati keadilan Islam dengan pelbagai larangan yang sebenarnya tidak ada pun dalam syarak.

“Mini karnival ini walaupun kecil tetapi masej ‘Kita Bersaudara’ sebenarnya besar untuk seluruh rakyat (iaitu) kepentingan menolak politik perkauman, kepentingan rakyat bersatu menolak amalan rasuah, hidup dalam suasana saling mengasihi sesama manusia tidak kira warna kulit, taraf hidup dan kepercayaan.


“Kempen ‘Kita Bersaudara’ membawa masej yang jelas untuk seluruh raykat supaya percaya bahawa mereka masing-masing perlu bersatu mengubah masa depan kepimpinan negara,” ujar Aiman ketika dihubungi
Wartawan.



Terdapat pelbagai program menghiasi mini karnival tersebut, antaranya Eksplorasi Minda Remaja, iaitu program pertandingan fotografi dan melengkapkan slogan ‘Kita Bersaudara yang menjanjikan hadiah berupa wang tunai dan percutian tiga hari dua malam di kawasan peranginan yang akan diumumkan kemudian.

Karnival mini tersebut turut dihiasi dengan pelbagai gerai pameran dan jualan untuk peniaga yang mahu mengembangan prospek peniagaan atau industri kecil masing-masing.

Melalui Pusat Khitmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali turut membuka gazebo kesihatan. Pusat mini kesihatan ini akan melancarkan kempen derma darah dan organ selain membuka kaunter perubatan secara Islam kenadalian Pusat Perubatan Islam Darul Syifa’.


Dalam mini karnival itu juga akan dilancarkan Lelong Amal. Koleksi peribadi pimpinan Pakatan Rakyat khususnya milik Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dilelong untuk menampung dana tabung penerangan dan dakwah sekretariat “Kita Bersaudara”.

Tidak ketinggalan adalah acara mewarna dan melukis yang melibatkan kanak-kanak bersama-sama kartunis Ronasinar.

Dalam karnival sehari itu juga turut menyaksikan acara pentas seperti sesi deklamasi sajak, majlis perasmian dan pelancara logi baru ‘Kita Bersaudara’, pelancaran skuad dakwah ‘Kita Bersaudara’, persembahan dikir barat serta aksi gendang 3 budaya.


Makluman lanjut mengenai program tersebut boleh dilayari di blog ‘Kita Bersaudara’,
http://kitabersaudara2011.blogspot.com atau menghubungi sekretariat – 0192076759 atau 0192852723..

“Dengan slogan ‘kita bersaudara’ dan program-program menarik dalam mini karnival ini, kita yakin mampu memangkin atau menggembling kesedaran rakyat untuk mencipta suatu masa depan yang lebih sejahtera dan maju secara bersama tanpa politik perkauman,” ujarnya lagi.

1 comment: