Tuesday, December 29, 2009

Rakyat’s Resolution 2010: Learn to appreciate friendship between PAS and DAP


Li Fook Gao

We have no worry about writing allegations if it involves Pakatan’s politicians, don’t we?

We feel that we are the boss when we are complaining about Pakatan, don’t we?

We forgot about the word I.S.A and sedition laws when we were writing or saying bad things about Pakatan, don’t we?

We somehow believe that whatever we complained about Pakatan, Pakatan will at least listen to us, don’t we?

We find we have bigger balls when we are facing Pakatan’s politicians compare to Barisan’s politicians, don’t we?

We find most of Pakatan’s politicians are easier to access because most of them don’t have bodyguards like Barisan Nasional’s politicians, don’t we?

Those are some of the privileges we are enjoying when it comes to have Pakatan Rakyat as our servant. But many of us are abusing these privileges instead of appreciating the good side Pakatan is offering.

Subconsciously all of us seem to have the perception that it is absolutely safe to criticize Pakatan because they won’t bite us back in any way. But, we have always afraid to say the same things towards Barisan Nasional because subconsciously we find them very intimidating as the police and MACC may just come for us after ridiculing their masters.

We can already see the difference in terms of freedom of speech when it comes to choose between Barisan and Pakatan. Pakatan is trying to help us to heal this tumor call Barisan Nasional. No amount of chemotherapy and radiation can make a difference now. We need a major surgery for complete removal of this tumor scheduled as soon as the next general election comes. We must acknowledge this fact, and start to appreciate Pakatan Rakyat more for what it has to offer when it comes to power.

DAP and PAS: Bitter enemy becomes friend for sake of the nation.

Mustafa Ali sokong saranan Nik Aziz

Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Setiuasaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyokong saranan agar semua orang boleh menjadi ketua kerajaan tanpa mengira bangsa dengan syarat dia seorang Islam yang baik.

Namun, Mustafa mencadangkan agar syarat baru itu tidak hanya untuk Menteri Besar Kelantan sahaja bahkan juga pemimpin utama negara.

PAS tidak taksub logo bulan

Sinar Harian

PASIR PUTEH - Kesediaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup menggunakan lambang roket sebagai tanda kerjasama erat Pakatan Rakyat (PR) membuktikan keterbukaan Pas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Zainuddin Awang Hamat berkata, kesediaan itu jelas menggambarkan bahawa pimpinan Pas tidak taksub kepada lambang bulan.

Saturday, December 26, 2009

Umno anjur perhimpunan 'desak PAS Selangor keluar Pakatan'

SHAH ALAM, 26 Dis: Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

Menurut satu sms yang dihantar kepada Harakahdaily, perhimpunan itu akan diadakan esok 27 Disember jam 11 pagi di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu.

Ketika disemak dari penghantar sms itu, didapati sumbernya adalah penggerak Umno di negeri ini.

"Dia nak ambil kesempatan dari isu yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS," kata sumber yang menghantar mesej ini kepada Harakahdaily.

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat.

Friday, December 25, 2009

Dr M 'confusing race and religion'

Malaysiakini

'Mahathir is confusing race with religion when he talks of Indian Muslims having to choose whether to be considered Indian or Muslim.'

Forget the roots, we're Malaysians

Zainal: Dr Mahathir Mohamad, instead of advising the Indian Muslims to choose to be either to Indian or a Muslim, you should advise the Malays to choose to become either a Malay or a Muslim.

I know Umno people choose to be Malays while PAS people choose to be Muslims. That is why PAS rejects 'Ketuanan Melayu' which is an un-Islamic practice while Umno people fight for it.

PAS: Kes sah, Hasan dan Khalid dipanggil bulan depan

Malaysian Insider

PETALING JAYA, Dis 25 – Jawatankuasa disiplin PAS mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti adanya kes kukuh terhadap dua pemimpin PAS Selangor termasuk ketua negeri Datuk Dr Hasan Ali.

Justeru, Hasan yang kini merupakan pesuruhjaya PAS negeri dan bekas timbalannya Khalid Samad akan dipanggil untuk memberi penjelasan lanjut kepada jawatankuasa itu minggu pertama bulan depan.

Pengerusi jawatankuasa disiplin Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu The Malaysian Insider, walaupun mereka, yang bertemu malam kelmarin berpuas hati dengan laporan bertulis kedua-dua Hasan dan Khalid. tetapi memerlukan penjelasan lanjut.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan bertulis diberikan oleh mereka. Kami mendapati adanya kes terhadap mereka.

Thursday, December 24, 2009

Perhaps we should give Islamic governance a try

Li Fook Gao

Is there something that we miss to learn from the Islamic way that TGNA adopted to govern Kelantan for the last 20 years? Did you know that for 19 straight years, Kelantan government has recorded zero graft cases among its Excos and MBs? How is that possible in Kelantan, but not in other states that were being ruled by Barisan Nasional? Was this a specialty of Islamic governance where it can ensure God-fearing politicians to be incorruptible?

In 2004, TGNA held on as Menteri Besar Kelantan with only 1 seat majority. Yet, despite being such a fragile government, not a single ADUN was successfully bribed to jump ship to topple the PAS's government in Kelantan. Civil servants remained loyal to TGNA despite the razor thin majority he had for that 4 years. How could that possibly happen with such a powerful Barisan Nasional government we had in 2004; while it could happen to Perak with such a comparatively weaker Barisan Nasional government in 2009? Or is this one of the good effect coming from Islamic governance?

Anak MB K'tan 'tidak tahu etika berjemaah'

Malaysiakini

Anak perempuan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan "tidak tahu etika berjemaah" apabila terus tampil mempersoalkan peranan pemimpin PAS dalam menangani kontroversi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Setiausaha PAS Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim berkata, kenyataan Nik Amalina semalam - yang menuduh pemimpin PAS lain membisu dan membiarkan Nik Aziz, sebagai menteri besar, keseorangan menjawab isu tersebut - juga "tidak betul".

"Kekusutan ini berilah pada Tok Guru (Nik Abdul Aziz) untuk selesaikannya. Bukan berlumba-lumba membuat kenyatan di akhbar," kata Mohamad Zaki kepada Malaysiakini.

nik amalina nik aziz 01"Nik Amalina ini tidak tahu etika berjemaah. Kita sudah 19 tahun memerintah Kelantan. Kalau kita tidak (bertindak secara) kolektif, sudah lama dah jatuh," tambahnya.

Anak Nik Abdul Aziz itu adalah isteri Abdul Ariffahmi Ab Rahman, ketua pegawai eksekutif PMBK, yang dipaksa meletakkan jawatan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Oktober lalu.

Abdul Ariffahmi menyerahkan notis peletakan jawatannya, yang berkuatkuasa 23 Mac tahun lalu, semalam.

Nik Amalina, anak kesembilan daripada 10 adik-beradik, sebelum ini pernah ditegur oleh ketua penerangan PAS Idris Ahmad dengan alasan tulisan di blognya "membuka pekung di dada".

SPR Berbohong Mengenai Pembeli Dakwat, Rakyat Boleh Saman

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (SPR) mahu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mendedahkan semula dakwaan mereka pada tahun lepas bahawa terdapat individu yang dilaporkan membeli dakwat khas (kekal) untuk tujuan pilihanraya secara haram hingga menyebabkan SPR terpaksa membatalkan pengunaannya bagi Pilihanraya Umum 2008.
Telah lebih setahun setengah dakwaan dibuat oleh pihak SPR namun tiada sebarang khabar berita, bukti, mahupun sebarang tangkapan mengenainya.


PAS melihat bahawa SPR berbohong kepada rakyat dan sanggup membazirkan dakwat bernilai RM 2.4 juta untuk cerekarama yang sengaja dicipta bagi menafikan tuntutan rakyat melalui Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) yang mahu dakwat kekal digunakan.
PAS menuntut SPR mendedahkan siapakah individu yang didakwa mereka itu atau SPR perlu bersedia untuk menerima dakwaan dan saman rakyat dimahkamah kerana menyebabkan Kerajaan kerugian RM 2.4 juta diatas pembohongan yang sengaja dicipta itu.

PAS mengesa para pengundi tampil kehadapan untuk sama-sama menuntut SPR membuktikan dakwaan itu atau bersama menyaman SPR kerana mencipta maklumat palsu dan berbohong kepada rakyat serta membazirkan wang rakyat begitu sahaja dengan membeli dakwat yang sengaja tidak digunakan bagi memenuhi arahan Menteri Kabinet BN ketika itu.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Pesanan Sepanjang Hayat Tok Guru

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Pendahuluan

Politik ini kerja Nabi-Nabi. Ia ada kena mengena dengan Islam kerana melalui kekuasaan di dalam pemerintahan, banyak perkara penting dalam hidup meliputi setiap aktiviti manusia dapat diputuskan melalui kuasa pemerintah.

Ia mencakupi kegiatan untuk menegakkan maaruf dan mencegah kemungkaran. Ini amat berbeza sekali dengan fahaman politik para pemimpin Umno. Mereka menyifatkan Islam lain dan politik lain. Ia suku-suku menyebabkan Islam terkurung di surau-surau dan tidak didaulatkan.

Wednesday, December 23, 2009

Rosmah enggan layan 'pembohongan, gosip'


Belum sempat soalan berhubung pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai dikemukakan, sidang media isteri perdana menteri Rosmah Mansor terus ditamatkan.

rosmah hilton hotel 221209 rosmah sharizat chew
Ketika Malaysiakini ingin mendapat penjelasan berhubung dakwaan wang itu disalurkan ke akaunnya Ogos tahun lalu, beliau terus memotong soalan tersebut dengan berkata:

"Saya kata (tanya) soalan berkaitan. Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan.

"Itu yang saya cakap tadi, kita mesti fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Jika anda mahu berjaya, anda kena fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Saya tahu anda mahu menjual surat khabar, tetapi marilah fokus pada isu yang lebih besar dan relevan yang boleh memberi manfaat kepada semua orang, semua rakyat Malaysia."

Soalan yang dikemukakan kepada Rosmah (foto atas, kanan) hanya berjaya disuarakan separuh sahaja, "saya (Malaysiakini) hendak tanya tuduhan pembangkang minggu lepas bahawa..."

Sidang media beliau diadakan selepas majlis penyerahan bantuan khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari ini.

Tuesday, December 22, 2009

Mahathir cabar siasat isu seleweng RM100 bilion

Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar perdana menteri agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya

Mantan perdana menteri menyahut desakan tokoh popular DAP Lim Kit Siang semalam yang mahu kerajaan berbuat demikian sewaktu mengulas pendedahan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Karya bekas editor kanan akhbar berpengaruh Asian Wall Street Journal itu kini ditahan pihak berkuasa Malaysia di Pelabuhan Kelang tanpa sebarang alasan.

Sunday, December 20, 2009

Muafakat Baru dan 1 Malaysia: Mana satu pilihan hati?


DIS 21 —Kejayaan paling besar buat gabungan pembangkang dalam dekad ini adalah apabila tiga parti yang bertentangan ideologi mampu duduk berhimpun untuk mencapai kata sepakat bagi membentuk satu platform dasar bersama.

Maka lahirlah dasar bersama itu pada konvensyen pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu.

Walau pun ini tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang bersejarah, ia amat penting dalam konteks Malaysia yang masih bergelumang dengan politik kaum dan agama.

Apatah lagi apabila gabungan tidak rasmi itu yang dianggotai Parti Islam SeMalaysia, Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Rakyat seolah-olah kehilangan arah sejak setahun lalu kerana dilanda masalah dalaman dan luaran.

Blogger jangan syok sebar fitnah-Presiden PAS

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengingatkan para blogger supaya tidak ghairah menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biarpun maklumat tersebut difikirkan benar.

Bercakap sewaktu merasmikan konvensyen blogger di Taman Melewar hari ini, Hadi berkata tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.

"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.

"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.

Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat.

Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.

Saturday, December 19, 2009

Ekonomi terbuka Najib dikritik Jomo

Harakah Daily

PETALING JAYA, 18 Dis: Ahli ekonomi terkemuka KS jomo secara tidak langsung mengkritik dasar ekonomi terbuka yang mula diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jomo yang kini bertugas sebagai penolong setiausaha agung bagi pembangunan ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata dasar ekonomi terbuka yang membolehkan liberalisasi kewangan negara tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara kini.

Pakatan Rakyat bertunjangkan muafakat pimpinan dan rakyat

KUALA LUMPUR, 12 April (Hrkh) - Para pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama menegaskan bahawa Pakatan amat komited untuk meneruskan agenda besar membangunkan negara dan memakmurkan rakyat tanpa ada sempadan kaum, agama serta budaya dan selaras dengan hak asasi sejagat manusia.

Dasar-dasar Pakatan adalah berpaksikan kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui dan disepakati oleh semua pemimpin tiga parti iaitu, KeADILan, DAP dan PAS, kata kenyataan bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Antaranya ialah membina negara ini atas landasan keadilan, membuka peluang untuk semua rakyat menikmati kemakmuran negara dengan memberi keutamaan kepada mereka yang miskin dan terpinggir, kata kenyataan itu.

Pakatan bukanlah medan bagi mana-mana pihak untuk memperjuang ideologi persendirian atau parti masing-masing, katanya.

Walaupun ada pihak yang memberi pandangan berbeza dari yang telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin utama tiga parti dalam Pakatan, pandangan itu adalah pandangan peribadi yang tidak sama sekali mewakili mana-mana parti dalam Pakatan, kata kenyataan itu.

Oleh demikian, semua pemimpin dan ahli dalam Pakatan telah diarahkan menghentikan pandangan yang lain daripada muafakat bersama ini, katanya.

"Tidak ada parti yang menjadi tunjang Pakatan. Bahkan tunjang kekuatan Pakatan berpaksikan prinsip sama taraf dan berasaskan semangat pemuafakatan pimpinan Pakatan berteraskan mandat yang diberikan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

"Pakatan berazam melaksanakan dan membawa perubahan berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi, keadilan sosio-ekonomi, peluang ekonomi yang saksama dan kebebasan beragma. Tugas besar ini kami tanggung bersama selaras dengan janji kami semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu," katanya.

Menurut kenyataan itu Pakatan telah melangkah ke hadapan dengan menyusun dan memantapkan lagi dasar untuk dilaksanakan oleh semua kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan dan juga untuk digunapakai oleh semua ahli Parlimen Pakatan apabila Parlimen bersidang nanti.

"Kami akan mengumumkan satu perisytiharan prinsip yang lebih menyeluruh kelak," kata kenyataan bersama itu

Dibawah adalah teks ucapan pemimpin Pakatan Rakyat

Anwar Ibrahim : Keyakinan kepada rakyat
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang : Memperkukuh Pakatan Rakyat

Lim Guan Eng : Anak Malaysia milik semua

Thursday, December 17, 2009

Syarahan Perdana Dr Yusuf Qardawi

Dijemput semua rakyat Malaysia yang berkelapangan untuk hadir ke syarahan perdana Dr Yusuf Qardawi di bumi Malaysia! Peluang datang kadang sekali, tak tahu kalau-kalau esok lusa hidup atau mati. Jom beramai-ramai.

AKTIVITI : SYARAHAN PERDANA DR YUSUF QARDAWI
LOKASI : MASJID NEGERI SHAH ALAM
TARIKH : 19 DECEMBER 2009
TENTETIF : BERMULA DENGAN SOLAT MAHGRIB.


Semua dijemput hadir. Mohon untuk sebar-sebarkan

Hati hati .... nanti kena tangkap

Wednesday, December 16, 2009

Usrah PAS Cawangan 15hb Dec 2009

Kepada mereka yang tak hadir Usrah

Malam tu pada bacaan teks apa kenama lupa dah, tapi atas tajuk Adab & Akhlak dalam Berjamaah lebih kurang.
Aku yang tukang bacanya.

Ada beberapa ciri yang sempat dibaca dan dibincang malam tu dan dua daripadanya adalah Ikhlas dan Percaya pada janji Allah.

KITA SUDAH TUKAR

1. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berjanji akan tukar (change) dasar-dasar Amerika Syarikat.

2. Tetapi jauh daripada menukar Obama sudah tambah tentera Amerika di Iraq dan Afghanistan. Kem tahanan Guantanamo pun masih diteruskan.

3. Tetapi kita sudah tukar. Dahulu kita pertahan negara-negara yang ditindas Amerika Syarikat. Sekarang kita sokong Amerika Syarikat menindas Iran.

4. Kononnya kerana Iran hendak membuat senjata nuklear. Kononnya dunia akan diancam oleh Iran dengan perang nuklear. Setakat kita tahu yang mengancam ialah Amerika Syarikat dan Israel. Dan Iran menjadi sasaran mereka.

5. Amerika Syarikat mempunyai 10,000 nuclear warhead. Israel mempunyai beratus senjata nuklear.

6. Yang sudah guna senjata nuklear ialah Amerika Syarikat dan Israel bukan sahaja di Hiroshima tetapi di perang Teluk dan di Gaza. Mereka guna "depleted uranium" daripada bahan nuklear. Kita relakan. Secara rasmi kita tidak protes.

7. India punyai senjata nuklear. Begitu juga Pakistan.

8. Kenapa Iran tidak boleh? Gilakah Iran hendak lancar perang nuklear dengan dua biji bom nuklear? Amerika Syarikat, Rusia dan Israel sudah tentu akan balas serangan Iran dengan 25,000 bom dan roket nuklear yang dimiliki mereka. Iran akan hancur dan hilang daripada muka bumi ini.

9. Jika India, Pakistan, China, Peranchis, Britain, Amerika Syarikat dan Israel boleh memiliki senjata nuklear kenapa Iran tidak boleh?

10. Sekatan sanction sudahpun dikenakan keatas Iran. Kita tidak membantah. Tetapi kita tidak pernah sokong sanction.

11. Tetapi sekarang duta kita dipanggil balik untuk disoal kenapa tidak sokong Amerika.

12. Dasar-dasar lama memang patut dihapuskan. Tetapi inikah dasar baru kita.

Tuesday, December 15, 2009

IBLIS pun terkejut

“Apakah yang menghalangmu untuk sujud ketika Aku perintahkanmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan dari tanah”. (Surah al-A'raf, ayat 12).

Artikel ini menunjukkan bagaimana Iblis pun dijangka akan terkejut dengan tingkahlaku UMNO kebelakangan ini yang bagaikan cuba merebut gelaran makhluk paling laknat dalam alam ini...

Tingkah laku UMNO dan Iblis kebelakangan ini cukup mirip!

Ulasan Bajet Selangor 2010 ADUN Kota Damansara

Merdeka Review

Pengenalan

Adun Kota Damansara Mohd Nasir Hashim (gambar kiri) turut serta membahaskan ucapan Menteri Besar tentang Bajet 2010. Beliau mengucapkan syabas dan menyokong penuh pembentangan Bajet 2010 yang komprehensif dan memberangsangkan, khususnya dari aspek Merakyatkan Ekonomi Selangor, memperjuangkan masyarakat Orang Asli dan ingin menghidupkan kembali proses Pilihanraya Kerajaan Tempatan.

Penting sekali, Kerajaan Negeri haruslah bersikap terbuka terhadap segala teguran dan cadangan. Janji-janji haruslah ditepati. Masanya sudahpun tiba untuk tidak lagi menuding jari dan tidak mempertahankan sesuatu yang sumbang dan yang dicurigai.

Sepertimana yang pernah diutarakan oleh seorang revolusioner yang terunggul, Karl Marx, bahawasanya ahli-ahli falsafah dan golongan intelektual lebih selesa menterjemahkan dunia ini dalam pelbagai bentuk, cara dan rupa. Tujuan yang lebih bermakna dan lebih afdal lagi adalah untuk mengubahkannya. Justeru itu, hasrat yang utama adalah untuk mengubahkan keadaan agar menguntungkan rakyat jelata dan tidak lagi berdolak dalik dan tidaklah lagi tuduh menuduh sesama sendiri.

Adun Kota Damansara juga menegur huraian Adun Kota Alam Shah tentang penahanan ISA. Adun Kota Damansara berpendapat bahawa mangsa-mangsa ISA seharusnya bersedia mengharungi segala jenis penahanan dan penganiayaan. Bersedia menerima hakikat bahawa golongan kapitalis dan konco-konco politik yang berkuasa memang tidak senang dengan perjuangan yang menegakkan keadilan, kebenaran dan mempertahankan prinsip-prinsip kehidupan. Mereka ini pula tidak perlu dipuja dan disanjungi setinggi gunung. Tidak perlu menagih penghargaan dari sesiapa pun. Kerana segala yang dilakukan itu berputik dari hati sanubari yang berpaut kepada keadilan yang hakiki (natural justice), dan dari naluri yang cintakan rakyat. Ingin memperkasakan rakyat.

Pendapatan Per Kapita

70 Ahli Parlimen BN Boikot Budget Najib

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap bahawa majoriti ahli parlimen Barisan Nasional tidak menyokong Budget 2010 yang telah dibentangkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan semalam, mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak budget berkenaan.

PAS tetap pertahan agenda hudud, negara Islam

Malaysiakini
Jimadie Shah Othman & Andrew Ong


PAS tidak akan sekali-kali berkompromi dengan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud kerana ia sebahagian tuntutan agama, tegas menteri besar Kelantan.

"Mana boleh kompromi, ini ibadat. Bila kita tolak politik Islam, (maksudnya) kita tolak ibadat. Sedangkan Tuhan buat manusia ini untuk beribadat.

"Ibadat bukan bermakna sembahyang sahaja," kata Datuk Nik Aziz Nik Mat, juga mursyidul am PAS, ketika diwawancara Malaysiakini Khamis lalu.

Beliau diminta mengulas pendirian PAS berhubung cita-cita besar parti itu apabila ia secara rasmi bersama Pakatan Rakyat apabila gabungan didaftarkan.

Bajet sulung Najib hampir ditolak, Pakatan tunjuk taring


Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, Dis 15 — Bajet 2010, belanjawan sulung yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak selepas dilantik sebagai Perdana Menteri April lalu, diluluskan dengan perbezaan undi amat tipis oleh Dewan Rakyat lewat malam tadi.

Bacaan kali ketiga diluluskan dengan 66 menyokong manakala 63 menolak — menjadi ujian kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Difahamkan ini kali pertama satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang tipis, di mana jika ditolak boleh membawa implikasi negatif terhadap kerajaan pimpinan BN.

Monday, December 14, 2009

Penduduk lihat hukuman rejam

Mufti Perak perlu kembali menjadi Mufti Islam bukan Mufti Melayu-Umno

Parti Islam SeMalaysia (PAS) kesal dengan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang kini bersuara sebagai Mufti Melayu-Umno bukan lagi Mufti Islam. Tuduhan beliau bahawa pemimpin Pakatan Rakyat mempersoalkan kedudukan raja- raja Melayu dan agama Islam adalah jelas menunjukan bahawa beliau tidak memahami siasah yang berlaku hari ini.

Aku memang meluat - Uwekk


Huh .... . Iskhhhh... kalau ada kat depan aku manusia ni...
Pegang, pegang. Tidak nanti naye.
Sekolah bertingkat-tingkat...
bodoh berlapis lapis.

BTN : Gagasan 1 Malaysia menyanggah pandangan Ketua Penerangan Umno

Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyanggah kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa bahawa Negara ini akan musnah jika tiada Biro Tata Negara (BTN).

Pandang beliau jelas menafikan fakta sejarah bahawa masalah perkauman di negara ini sebenarnya menjadi begitu serius selepas BTN diwujudkan dimana kita melihat para peserta kalangan pelbagai kaum diajar tentang sejarah dan kepentingan kewujudan parti-parti perkauman seperti Umno, MCA dan MIC.

Selain itu, peserta kalangan Melayu dan bumiputra dihasut supaya membenci kaum lain dengan lagu "Anak Kecil Main Api". Jiwa perkauman dibakar dalam dada mereka dan mereka di ingatkan agar sentiasa berwaspada kepada kaum-kaum lain. BTN juga mengasuh pesertanya agar membenci pemimpin-pemimpin yang tidak Pro-Umno dan BN.

Pemimpin PAS dikatakan sesat, Pemimpin PKR dituduh sebagai pencetus huru hara, pemimpin DAP difitnah sebagai pelampau komunis dan ini semua hanya berlaku dalam program BTN. Peserta diasuh menjadi pembenci dan hanya taat pada Umno.

BTN menyebabkan orang-orang Melayu dan Bumiputra tidak dapat berfikir secara rasional dan mereka hanya didedahkan fakta-fakta sejarah seperti peristiwa perjuangan menentang penjajah, Darurat, Memali, suasana politik pasca PRU 1999 dan 2008 yang kononnya negara ini sudah dikuasai kaum Cina dan India bila beberapa negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Bagi peserta Cina India atau kaum-kaum lain mereka diberikan modul yang berbeza dan didoktrinkan agar patuh kepada Kerajaan yang memerintah dan diasuh supaya melihat parti-parti pembangkang sebagai musuh negara.

Mereka diajar supaya berterima kasih kepada kerajaan yang memberikan mereka peluang belajar, bekerja dan mendapat kemudahan lain. Mereka diminta untuk menghormati ketuanan Melayu iaitu satu cerita dongeng yang sengaja direka oleh BTN bagi memastikan mereka sedar bahawa hanya orang Melayu sahaja yang layak memerintah negara ini.

Pemikiran-pemikiran sesat ini menafikan segala hak dan kebebasan rakyat untuk berfikir dengan wajar. Bila mereka keluar dari kursus ini perasaan curiga dan berhati-hati dengan kaum lain begitu tebal.

Hinggakan bila ada isu yang menyentuh perkataan atau status 'Melayu', walaupun hanya sekadar pertanyaan akan dibalas oleh pemimpin Umno dan cauvinis Melayu dengan hunusan Keris.

Itulah sebabnya kesimbangan perpaduan rakyat sukar untuk dicapai dan mendesak Najib melaungkan slogan '1 Malaysia'. Sebaik sahaja beliau melaungkan slogan ini, satu negara menyaksikan bahawa Perdana Menteri Malaysia sudah mengakui bahawa negara ini memang ada masalah perkauman dan perpaduan maka beliau memikirkan idea itu walaupun hakikatnya beliau tidak tahu apa nak buat untuk perbaiki kerosakan yang telah lama dilakukan oleh BTN dan pelbagai agensi Kerajaan lain.

Jika benar dakwaan Ketua Penerangan Umno bahawa negara ini makmur kerana BTN, bermakna beliau juga sudah menolak gagasan 1 Malaysia yang Najib bentangkan. Tidak ada sebab 1 Malaysia kena wujud jika rakyat sudah hidup aman, makmur dan harmoni.

Walaubagaimana pun PAS, masih melihat 1 Malaysia yang dibanggakan Umno ini hanyalah satu retorik semata-mata kerana banyak tindakan yang dilakukan oleh pemimpin Umno selama ini bertentangan dengan hasrat rakyat. Malah gimik 1 Malaysia difahami sebagai lakonan semata-mata sedangkan rakyat diluar sana masih mencari identiti dan jati diri mereka sebagai warganegara ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS

Bumi quota: 'Dr M, please explain that to my daughter'

'I am very much poorer than many Malays, but I managed to put my children through tertiary education with my meagre income.'

Bumi varsity quota not racist, says Dr M

Keturunan Malaysia: Please Tun (Dr Mahathir Mohamad), no one is saying we should not help the "poor" but what we are saying is why at the expense of those who are more than well-qualified but have to unfairly suffer from the lack of a level-playing field. Most are poor too but their only sin is because they are not "sons and daughters of the soil".

Ahmad Kamal: (1) Affirmative action policies are temporary special measures as a matter of principle. (2) It is quite difficult to justify continuous affirmative action for an ethnic grouping that constitutes a majority of the population. (3) Are Malays and natives of Sabah/Sarawak equal in their bumi rights?

Some years ago when Tun was in government, there are already views that Malay support to university places should be restructured in terms of private financial support and not government support per se. Get back to the drawing board please. The 13 general election is on the horizon.

Jbss: Mahathir has conveniently forgotten that it was because of this racist policy that prevented good non-Malay students from entering state-run universities/institutions so more private institutions were forced to be set up to cater for the growing demand for places of learning in higher institutions and at great expense to the non-Malay students.

PAS Akan Lancar Kempen ‘Umno Pengkhianat Rakyat’

Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan melancarkan kempen ‘Umno Pengkhianat Rakyat’ pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam.

Sehubungan dengan itu, Jentera Penerangan disemua peringkat diminta bersedia untuk mengerakkan kempen ini hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno.

PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno.
Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan.

Kaum Cina, India dan lain-lain bangsa juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA.

Oleh itu, PAS menyeru kepada semua Ketua Penerangan PAS supaya berkerja keras untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan dikubu-kubu kuat mereka pada Pilihanraya ke-13 nanti.Insyaallah Lajnah Penerangan Pas Pusat sudah menyiapkan buku kecil yang menjelaskan umno khianat kepada Islam dan Melayu di negara ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, December 10, 2009

Laporan berbau hasutan, Utusan berdepan saman

Harakah Daily
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia di atas laporannya yang didakwa berbaur hasutan dan perkauman.

Kor Ming yang juga Setiausaha DAP Perak dalam satu sidang media di lobi parlimen siang tadi berkata, mana-mana pihak tidak harus membazir masa memainkan isu untuk meniupkan api perkauman, sebaliknya harus memberikan tumpuan kepada agenda pembangunan negara.

Pemimpin Politik dan NGO Jangan Cetuskan Sentimen Agama


Secara umumnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru agar semua pemimpin politik dan NGO di negara ini agar tidak mencetuskan sentimen yang boleh ditafsirkan sebagai menyentuh sensitiviti mana-mana agama yang tinggal dalam negara kita ini. Kita juga menyeru agar semua pihak menghormati hak dan kebebasan setiap agama yang dijamin dalam Perlembagaan Negara bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

PAS menghormati hak umat Islam dan penganut agama lain sesuai dalam Artikel 11, tentang Kebebasan Beragama dalam Pelembagaan Persekutuan. Dan jelas di sana setiap penganut agama, berhak mengurus tadbirkan agama masing-masing tanpa menganggu kepentingan penganut agama lain.

PAS menasihatkan agar semua pemimpin politik dan NGO dapat bertenang dan tidak menjadikan isu ini sebagai alasan untuk menidakkan hak setiap penganut agama di negara ini. Sama ada mereka Islam atau tidak, jika kita ada rasa hormat sebarang masalah boleh diselesaikan.

PAS melihat isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Taiping berkaitan dengan pengagihan dana untuk pembinaan masjid sebenarnya adalah satu dari bukti nyata bahawa kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional selama ini gagal dalam memberikan penjelasan terhadap kaedah yang dilaksanakan dalam isu pemberian dana dan bantuan kepada rakyat pelbagai agama dan kaum dalam negara ini. PAS bertegas bahawa Islam mampu memberikan keadilan pada semua dan menolak sebarang tindakan menzalimi penganut agama lain.

Oleh itu, PAS berharap agar isu mengenai peruntukan terhadap Institusi Islam tidak menjadi bahan pertikaian dan polemik. PAS juga tidak menolak tuntutan penganut agama lain bagi mendapatkan hak mereka secara adil dan kita yakin perkara ini boleh dibincangkan secara bijak dengan mengambil contoh terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS di Kelantan selama hampir 20 tahun ini.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, December 3, 2009

Perang Cyber menular ke ala realiti

PANDANGAN PERIADI

Mungkin memang ada yang telah membaca/meminati/bersetuju/merasa kurang senang/cuba menilai dan pelbagai lagi tentang satu blog yang bagi aku boleh diberi perhatian walau "bahasa jiwa bangsanya" memanaskan telinga siapa yang terkena.

Pemilik blog ni boleh dikatakan berani kerana berni mencabar seorang Presiden parti untuk "berdebat". Katanya dia ni pemerhati bebas. Walau kebanyakan entrynya penuh dengan rasa tidak puas hati, itu hak dia sebagai warganegara Malaysia.

Secara peribadi, perlu ada jawapan tentang beberapa persoalan yang ditimbulkan, walau mungkin perkara itu telah diperbincangkan diperingkat kepimpinan. Namun bagi mereka terutama anak anak muda memang mudah terkesan dengan cara pembawakan blog yang satu ni.

Followers pun boleh tahan. 1 followers ada 20 kawan, 200 follower ada 4000 kawan. Kawan atas kawan yang 4000 tadi bagitahu kepada kawan sebelah kampung ada kawan dekat pejabat .... huh,,, pendek cerita kalau dibiarkan persepsi awam pada pimpinan PAS boleh merudum. PRU dalam 2 tahun lagi tu.


Elok baca sepenuhnya
disini

Wednesday, December 2, 2009

Disebalik 2012

Bawah adalah gambar-gambar matahari yang diambil dengan Solar & Heliospheric Observatory (SOHO) - Extreme Ultraviolet Imaging Telescope.

Imej matahari pada Januari 2009

Imej matahari pada musim panas 2000


Imej matahari awal tahun 1990an

Aktiviti matahari jika diamati semakin aktif dari tahun ke setahun. Adalah dipercayai (mengikut kajian NCAR - National Centre Atmospheric Research sebenarnya) aktiviti solar akan mencapai kemuncak aktiviti pada tahun 2012 yang akan menyebabkan Ribut Magnetik Terbesar dalam sejarah kemanusiaan.

Yang pasti 2012 memang ditunggu makhluk makhluk Bumi dan mungkin jugak makhluk makhluk planet lain sebab tahun itu jugak akan berlakunya planetary reunion & selesainya Bima Sakti membuat satu pusingan lengkap mengelilingi kosmos.

Petugas PAS diingat berusaha keras tarik golongan muda

Harakah Daily

TEMERLOH, 3 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan petugas parti supaya berusaha keras menarik lebih ramai masyarakat khususnya anak muda menyokong dan menjadi ahli PAS.

Tumpuan juga harus diberikan kepada pendaftaran ahli dan penyokong ke dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan mereka layak mengundi dalam pilihanraya umum akan datang.

Beliau ketika berucap pada ceramah anjuran PAS Kawasan Temerloh baru-baru ini memberitahu, gerakan berterusan ke arah itu perlu diperkasakan sebagai persiapan awal berdepan pelbagai kemungkinan sebelum berlakunya pilihan raya.

“Kita ada pengalaman bagaimana petugas dan penyokong parti yang kuat bekerja dalam program parti terutama di musim pilihanraya tetapi gagal menunaikan tanggung-jawab mengundi semata-mata kerana namanya tiada dalam senarai daftar pemilih. Ini merugikan,” katanya.

Menyentuh mengenai peranan rakyat sebagai hakim yang adil dalam menghadapi proses pilihanraya bagi menentukan pemimpin yang dipilih benar-benar jujur melaksanakan tanggung-jawab kepimpinan, Abdul Hadi mahukan rakyat di negara ini mencontohi negara yang maju dalam amalan demokrasi berpilihanraya bagi menjaga kepentingan rakyat dan negara.

“Rakyat di negara ini mestilah mencontohi negara yang maju dalam system demokrasi berpilihanraya. Di negara lain rakyat menggunakan kuasa mereka sebagai hakim bagi menjatuhkan parti yang melakukan kesilapan dalam pemerintahan.

“Kita tengok di Amerika dan di India juga di negara lain pemimpin bertukar ganti kerana rakyat bertindak secara bijak dan adil. Di negara kita dah 50 tahun lebih tak tukar-tukar, walau pun pemerintah rasuah, pemerintah menyeleweng. Ini tak betul, rakyat kena berlaku adil,” katanya.

Terdahulu beliau menyempurnakan pelancaran lot tanah wakaf bagi pembangunan Markaz PAS Chempaka, di Lanchang.