Tuesday, October 26, 2010

Umno: Akhir sebuah impian

Malaysian Insider

Tajuk buku tulisan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat yang diterbitkan oleh The Malaysian Insider sangat meninggalkan kesan mendalam kepada para pemerhati politik tanah air khususnya yang mengambil berat tentang sebuah parti yang telah bernafas di bumi Malaysia selama 64 tahun; yang telah menikmati tampuk pemerintahan negara ini dengan kemenangan dalam setiap pilihanraya yang telah dijalankan selama 53 tahun merdeka.

Ceritanya santai; bahasa yang digunakan sungguh mudah difahami dan melalui buku ini juga pembaca dapat mengetahui di sebalik tabir sebuah parti yang bernama Umno.

Tujuan warkah ini ditulis bukanlah untuk memberi penilaian akan buku tersebut tetapi sekadar meminjam tajuk buku tersebut yang memberi seribu makna kepada para pembaca ketika ini. Ya, akhir sebuah impian.

Penganalisis ramal Galas, Batu Sapi kekal status quo

Malaysian Insider

Calon BN Abdul Aziz Yusoff (dua, kiri) dan Dr Zulkefli Mohamad (dua, kanan) dari PAS bersama pemimpin kanan mereka selepas disahkan sebagai calon DUN Galas, semalam. Penganalsis meramalkan PAS akan kekalkan kerusi ini manakala BN di Batu Sapi.

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Penganalisis politik meramalkan keputusan dua pilihan raya kecil 4 November ini akan menyaksikan status quo dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) masing-masing boleh mengekalkan kerusi Batu Sapi dan Galas.

“Kerusi DUN Galas akan kekal di tangan PAS dan kerusi Parlimen Batu Sapi berpeluang dimenangi Barisan,” kata Dr Ong Kian Ming pada sesi taklimat berkaitan pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi serta pilihan raya negeri Sarawak di sini malam tadi.

Hub hiburan: Pemuda PAS sifatkan mundur, jahiliah

Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menjadikan Malaysia hub pusat hiburan malam dilihat sebagai ekonomi ‘pumping' (turun naik), kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi.

"Jika benar apa yang dilakukan oleh kerajaan ini, peringkat awal mungkin ia akan dapat menjana pendapatan tetapi kesan sosial yang diterima akan menjadikan kita rugi besar," katanya ketika dihubungi petang tadi.

Katanya, kerajaan terpaksa pula membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk kempen dan menangani masalah keruntuhan sosial seperti masalah buang bayi, penyakit Aids, penyakit kelamin dan lain-lain masalah sosial.

"Ini kerja sia-sia, kerja korek dan kemudian timbus. Pertumbuhan gejala sosial juga akan parah daripada apa yang sedia parah.

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Malaysia Kini

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan

Dakwaan khalwat: Blog sudah minta maaf saya tak saman, kata calon PAS

Malaysian Insider

Dr Zulkefli berucap di hadapan penyokongnya selepas diisytiharkan sebagai calon pilihan raya kecil kerusi DUN Galas pagi tadi. - Gambar oleh Choo Choy May
GUA MUSANG, 26 Okt — Calon PAS Dr Zulkefli Mohamad kelihatan melepasi ‘halangan pertama’ saingan dengan menegaskan beliau telah memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan fitnah kononnya pernah ditangkap khalwat.

Beliau berkata, pihak yang menyiarkan berita tersebut telah pun memohon maaf dan telah menyedari akan kesilapan yang dilakukan.

“Kes ini sudah selesai, saya tidak akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak tersebut,” kata beliau di sini hari ini.

“Blogger yang siarkan cerita itu sudah minta maaf secara terbuka dan menyedari ia adalah tidak benar,” kata beliau ketika ditemui selepas diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang hari ini.

Zulkefli Mohamad

Kelmarin, beliau dipetik berkata, laporan blog dan kemudian disiarkan oleh Umno Online adalah fitnah yang dilakukan dengan sengaja mahu memburukannya nama beliau.

Sehubungan itu beliau bersama peguamnya bercadang mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.

Belanjawan Seluar Dalam dan Pak Guard

Merdeka Review

Seperti tahun-tahun yang lampau, setiap kali Belanjawan dibentang, rakyat akan menanti-nantikan gula-gula yang bakal diumumkan bagi manfaat dan meningkatkan taraf hidup. Amat terkejut apabila dikaji dan diteliti Belanjawan tersebut tidak menampakkan ianya memfokuskan keperluan dan kehendak rakyat kebanyakan, malah, ianya kembali ke era Mahathir dan projek meganya. Di sudut yang lain pula, golongan kemiskinan tegar berhempas-pulas mencari sesuap makanan.

Melalui temanya dan bibit-bibit ucapan politiknya, sudah tentu Belanjawan 2011 ini akan menjurus ke arah Negara berpendapatan tinggi. Namun sebarang petanda bahawa Belanjawan disediakan selaras dengan tema yang menjadi modal air liur sejak kebelakangan ini. Mereka mendakwa kononnya Belanjawan kali ini Belanjawan untuk rakyat, sedangkan rakyat sendiri menggelar Belanjawan kali ini sebagai "Belanjawan Seluar Dalam".

Gaji Posmen menjadi kayu ukur

Kononnya Belanjawan kali ini memberi pengiktirafan kepada posmen dan pegawai sekuriti (sebut pak guard). Selepas ditanya posmen yang menghantar surat setiap hari ke rumah, rupa-rupanya gaji pokok seorang posmen selama ini adalah sebanyak RM610.00 dan hanya dinaikkan sehingga RM710 sebulan. Sukar juga apabila cuba memahami logik di sebalik meletakkan gaji pokok minimum pegawai sekuriti yang ditetapkan antara RM500 hingga RM700 sebulan, mengikut pemerhatian dan pengetahuan kita, gaji minima pegawai sekuriti sememangnya di sekitar RM700 sebulan.

Mengikut Kajian Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja dalam negara mendapati bahawa hampir 34% daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700. Barangkali posmen dengan pendapatan RM700.00 sebulan itu adalah kayu ukur kepada apa yang dimaksudkan dengan Negara berpendapatan tinggi.

Thursday, October 21, 2010

Festival busana: NGO, pelajar Islam kecam Rosmah

Malaysia Kini

Semakin ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan tampil membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.

Antaranya, bahagian hal ehwal wanita, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang berpandangan bahawa isu penjagaan aurat dan hijab adalah vital jika masyarakat mahu membicarakan tentang fesyen Islam.

“Justeru, HELWA ABIM merasa sangat kecewa dan terkilan dengan interpretasi fesyen Islam yang gagal dihayati dan difahami secara keseluruhannya, khususnya menyentuh isu penjagaan aurat yang menjadi elemen terpenting dalam penghayatan Islam secara keseluruhannya.

“Malah apa yang dipotretkan kepada masyarakat sewaktu penganjuran Islamic Fashion Festival ini nyata jauh tersasar dan mengelirukan masyarakat Islam sendiri malah serta merupakan unsur-unsur penghinaan terhadap Islam dengan jelas,” kata naib presiden Helwa, Fadhlina Siddiq dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, menutup aurat dan hijab adalah lambang wanita Islam dan ia bukan pakaian bermusim untuk pesta-pestaan serta bukan pakaian untuk melambangkan siapa yang lebih Islamik.

Dipesta-pestakan

“Andai wanita Islam jelas tentang konsep dan anjuran syariat tentang kewajipan menutup aurat, tidak timbul soal fesyen Islam yang berterusan mahu dipesta-pestakan sedangkan ia jelas bertentangan dengan syariat dan sama sekali terpesong dari fahaman esensi kepentingan menutup aurat yang sebenar,” katanya lagi.

Memo Taubat Buat Rosmah


1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .

2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .

Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .

Galas: Dr Zulkefli calon PAS

Harakah Daily

GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.

Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Hadir sama pada majlis tersebut, semua pimpinan utama PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Turut serta ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.

Biodata Zulkefli:

Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.

Belanjawan Rosmah 2011

Kita mahu harga barang turun. Kita mahu harga makanan ruji turun. Tapi yang turun? Beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut,pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu. Apakah ini yang kita mahu?

By From Vehicles to Life

Semalam Belanjawan Negara telah dibentangkan oleh Najib Tun Razak. Kita sebagai rakyat menantikan apakah yang lebih baik untuk kita. Kita rakyat Malaysia yang semakin tertekan dengan harga barang yang semakin naik. Dengan kenaikan harga minyak maka semuanya pasti naik. Golongan yang paling terkesan adalah rakyat yang berpendapatan rendah.

Majoriti rakyat Malaysia yang tidak berniaga mengharapkan ada sesuatu yang dapat meringankan beban mereka. Mereka masih mengharapkan agar kerajaan yang memerintah dapat menurunkan harga barangan runcit dengan memperuntukkan sebahagian berbillion ringgit itu kepada sudut itu. Kita tidak mahu mendengar projek berbillion ringgit bangunan pencakar langit. Kita hanya mahukan ekonomi yang bersifat kemanusiaan.

Saya bukan pakar ekonomi. Tapi apa yang penting bagi saya sebagai rakyat Malaysia mahukan kualiti kehidupan yang lebih bermakna. Dari sudut kesihatan, pendidikan, dan poket kami yang semakin kering ini. Pergilah tanya pada mereka yang benar - benar bebas dari pengaruh politik. Semuanya kecewa dengan bentangan belanjawan kali ini. Saya bukan berbual kosong tapi inilah hakikatnya. Rata - ratanya mempersoalkan apa yang diperuntukkan kepada rakyat. Mereka mempersoalkan rasional kerajaan memperuntukkan ratusan juta yang entah kemana hasilnya.

Ayam 'korban'; Hari Malaysia hidup semula

Malaysia Kini

Seekor ayam jantan putih yang disembelih sebagai 'korban' oleh pemimpin veteran Sabah, Datuk Jeffrey Gapari Kitingan pada hari Malaysia - 16 September lalu di Batu Sumpah Peringatan di Keningau masih hidup dan mampu berjalan, lapor akhbar tempatan di Sabah.

Batu sumpah itu didirikan sebagai memperingati tarikh kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 dan keanggotaannya dalam persekutuan Malaysia, 16 hari kemudiannya iaitu pada 16 September 1963.

Ayam jantan itu dikorbankan dan darahnya dipercik pada 16 September lalu sebagai upacara pemujaan dengan disaksikan oleh pawang Kadazandusun yang dinamakan Bobohizan.

Pemilik ayam itu, John Gitang, kemudiannya mengutip ayamnya dan membawanya pulang.

Menurut akhbar-akhbar tempatan, isteri Gitang yang tidak dinamakan - mendapati ayam itu masih bernyawa dan membatalkan niatnya itu menjadikan ayam itu sebagai lauk. Dia bimbang nasib malang mungkin menimpa dirinya dan keluarga mereka.

Dia juga mendapati luka di leher ayam yang disembelih untuk diambil darahnya itu telah pulih. Menurut beberapa doktor di Kota Kinabalu, kemungkinan besar, darah pada luka itu cepat membeku dan menyelamatkan ayam berkenaan.

Jeffrey yang tidak mempercayai kepercayaan karut berkata kejadian itu satu ironi memandangkan syarat-syarat Perjanjian Malaysia tidak pernah dipenuhi di Sabah dan Sarawak.

“Ini mungkin sebagai peringatan bahawa syarat-syarat Perjanjian Malaysia perlu dihormati,” kata Jeffrey.

Wednesday, October 20, 2010

Amaran terakhir Najib

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini.

Itulah ayat keramat Najib, PM yang terakhir yang ternyata sudah cemas, gelisah, resah, gundah gulana kerana beliau tahu b-end akan tumbang dalam PRU13.

Najib juga memberi amaran agar debat isu perkauman jangan lagi dipersoalkan dan dibincangkan. Jangan cabar hak keistimewaan orang Melayu.

Dalam ucapan dasarnya juga, najib berkata, langkah sedemikian telah menimbulkan kegusaran dan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu yang amat terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya.

“Ibarat api dalam sekam, perasaan ini telah mula membara dan mungkin menular sehingga berupaya merosakkan keharmonian perhubungan ras yang telah terjalin semenjak dahulu,” kata beliau dalam ucapannya bertemakan “Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran”.

“Sayang seribu kali sayang juga, setelah 53 tahun kita merdeka, hari ini, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud selama ini.

Tengku Razaleigh: Perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang UMNO perlu diadabkan.

Ucapan Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan, Semasa Merasmikan Persidangan Perwakilan Khas UMNO Bahagian Gua Musang, Bertempat Di Balai Rakyat, Bukit Cekati, Gua Musang Pada Hari Jumaat 4hb April, 2008, bersamaan 27hb Rabiulawal, 1429 Jam 10.00 pagi

Kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah Izin-Nya, kita semua dapat bertemu di perjumpaan ini pada ketika kita sedang menghadapi pengalaman yang sangat pahit dan membimbangkan kita semua, iaitu pengalaman buruk yang dilalui oleh UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang baru lepas. Sejak tertubuhnya UMNO pada 11 Mei, 1946, parti kebangsaan Melayu ini tidak pernah tercabar begitu hebat – dan teruk – seperti yang berlaku padanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 itu. UMNO lahir dari semangat perjuangan kebangsaan menentang muslihat dan gagasan British untuk menghapuskan kedaulatan bangsa Melayu, negeri Melayu dan raja Melayu di tanah air mereka sendiri. Kita berjaya menumpaskan gagasan penjajah itu dan meneruskan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan hanya dengan bersenjatakan semangat cinta kepada bangsa, agama, budaya dan tanah air. Itulah agenda kebangsaan Melayu waktu itu dan itulah sumber kekuatan yang telah menyatukan bangsa Melayu sehingga kita akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan tanpa terpaksa berperang kerana pihak British menyedari bahawa bangsa Melayu waktu itu mempunyai kekuatan sejarah dan warisan yang kuat, dan sukar ditentang.

Pemuda PAS berhimpun bantah Rosmah

Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

NGO Islam digesa kaji pesta fesyen Rosmah

Malaysia Kini

Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam disaran mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Pesta Fesyen Islam atau Islamic Fashion Festival (IFF), lapor Harakahdaily.

Menurut ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada seorang daripada peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tuesday, October 19, 2010

Jawapan balas terhadap kenyataan Ketua Pemuda MCA dan Gerakan

Pertama, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengucap terima kasih atas kritikan biarpun keras dari Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang dan Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong ekoran tindakan kami membantah penganjuran Konsert Artis Gay Adam Lambert di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini. (merujuk kepada kenyataan Tan Keng Liang yang disiarkan dalam laman web Free Malaysia Today, 15 Oktober 2010, manakala kenyataan Wee Ka Siong dalam The Star Online, 16 Oktober 2010. Kedua-dua pemimpin pemuda tersebut membidas sikap DPPP dalam membantah konsert Adam Lambert yang didakwanya sebagai berfikiran sempit, ekstrim dan tindakan untuk mendiskriminasikan komuniti gay di Malaysia.)

Kedua, mereka harus memahami bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang majoriti ummat Islam dan mempunyai lunas perlembagaan serta undang-undang yang tersendiri. Adalah tidak manis sekiranya Malaysia menjemput seorang artis yang mempopularkan budaya homoseksual yang jelas bertentangan dengan imej, budaya dan agama di Malaysia. Malah, perbuatan tersebut disifatkan sebagai satu kesalahan dalam undang-undang di Malaysia. Ini menunjukkan sikap tidak sensitif kerajaan dalam membenarkan penganjuran konsert tersebut di negara ini.

Anwar:I'm not jealous of Paris Hilton but 1MDB has no record

It pays to party like this - you may get a RM26bil contract!
Malaysia Chronicle

Opposition Leader Anwar Ibrahim blasted Prime Minister Najib Razak for entrusting an obscure business entity 1 Malaysia Development Berhad to oversee the RM26billion Kuala Lumpur International Financial District.

“I'm not jealous of Jho Low spending time with Paris Hilton, but the fact is that upon checking with the companies commission, 1MDB has no business address and no appointed auditor. How can the government approve such a company to take on a project of such national importance? What is the prime minister's interest in this?” Anwar asked Parliament on Monday.

He was referring to 27-year Penang millionaire Jho Low, who has shocked the nation with his extravagant entertainment of Hollywood socialite Paris Hilton.

The Rosmah connection
During his debate speech on Budget 2011, Anwar pointed out that 1MDB was barely a year old and has no track record to prove that it is capable of handling the mega-project.

Jho helped to fete Najib, Rosmah during their Monaco trip

Inilah sebabnya kenapa dunia perlukan seorang penyelamat




kuasa rakyat' tentukan Warisan Merdeka

DAP mahu 'kuasa rakyat' tentukan Warisan Merdeka

Bagi membuktikan bahawa bantahan mereka terhadap pembinaan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat itu bukan tanpa asas yang kukuh, sekumpulan ahli parlimen DAP membawa wartwan ke tapak lokasi projek berkenaan hari ini.

Bermula dari bangunan Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA), kira-kira 15 wartawan dibawa melihat persekitaran yang juga membabitkan bangunan Stadium Negara dan Stadium Merdeka yang bersejarah itu.

Lima ahli parlimen itu kemudiannya mengadakan sidang media mereka bagi menghuraikan mengapa projek berkenaan bakal membebankan rakyat.

Menurut MP Bukit Bintang, Ong Kui Loon, jalan-jalan yang sempit dengan kehadiran lima sekolah di kawasan itu telah memburukkan lagi masalah lalu lintas di kawasan berkenaan.

Apabila kerajaan mula berniaga

Abdul Aziz Bari

Isnin lalu Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua membangkitkan beberapa statistik yang pada saya menggerunkan. Menggerunkan kerana sebelum ini Malaysia dilaporkan mengalami kejatuhan yang sangat besar dalam sektor pelaburan asing: penurunan sebanyak 80 peratus.

Negara menerima pelaburan asing sebanyak RM 23 bilion pada 2008 tetapi merosot kepada hanya RM4.4 bilion tahun lalu. Selain gagal menarik pelabur asing Malaysia juga gagal meyakinkan rakyatnya sendiri apabila agak ramai pemodal tempatan memilih untuk melabur di luar negara.

Apa kaitan itu semua dengan perlembagaan? Pada saya itu semua menunjukkan kepada kita malapetaka yang akan timbul apabila kita melanggar ideal dan peruntukan perlembagaan. Tanda-tanda awal kelihatan sebaik sahaja Tun Salleh Abas dipecat dari jawatan Ketua Hakim Negara pada 1988. Kebelakangan ini Malaysia mendapat tempat yang corot dalam liga ketelusan dan anti rasuah dunia. Dan, ini memberi kesan negatif kepada pelabur asing.

Jana ekonomi tidak perlu menara 100 tingkat

Harakah Daily

KOTA BHARU, 19 Okt:
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa menyifatkan Bajet 2011 sebagai kosong dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah dan orang kampung.

Katanya, Bajet 2011 tersasar daripada temanya kerana tidak menunjukkan transformasi ekonomi untuk lonjakan pendapatan rakyat sebagaimana dijanji Menteri Kewangan I.

“Bajet ini adalah gula-gula untuk orang kampung. Bagi masyarakat pelabur yang lebih sofistikated, bajet ini kosong.

“Saya baca begitu, orang lain saya tak tahu, tidak ada kaitan dengan transformasi yang nak dibawa, pengurangan cukai bagi seluar dalam, rambut merah, itu tiada kena mengena sangat kepada rakyat jelata, itu lebih fokus kepada pelancong,” katanya pada sidang media, di sini.

Najib : Menara 100 tingkat bukan pembaziran

Malaysia Kini

Datuk Seri Najib Razak mempertahankan cadangan pembinaan menara 100 tingkat bernilai RM5 bilion oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan menyifatkan ia bukan pembaziran tetapi bertujuan menjana ekonomi serta mewujudkan satu mercu tanda Malaysia yang maju dan moden.

Perdana Menteri berkata pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor.

azlan"Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.

"Projek ini bukan pembaziran tapi menguntungkan, yang dirancang (oleh) PNB. Najib berkata beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu.

PNB cadang bina menara alasan ‘Pak Pandir’

Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB) adalah alasan Pak Pandir.

“Ini adalah alasan ‘Pak Pandir’ dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Baginya, kenyataan itu seolah-oleh hendak melepaskan bebanan kepada PNB, bukannya kepada Najib sendiri.

Ini, menurutnya kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak.

Tambahnya, wang sebanyak RM5 bilion untuk membina menara setinggi 100 tingkat itu mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.

Katalog 25 Gajet Elekronik Berteknologi Rahsia Bajet Terakhir Dibentang Kerajaan UMNO/BN

KERAJAAN~BANTU~KEMBANGKAN~PERMATAInsyaAllah dan mudah-mudahan. Itulah doa saya. Bajet dibentang tidak sampai 24 jam selepas kerajaan memejamkan mata, memekakkan telinga dan tidak mempedulikan bantahan terhadap konsert Adam GAY Lambert.

Bajet yang dibentang oleh Menteri Kewangan (Penasihatnya RM?) yang kononnya dikatakan Bajet Rakyat.

Tetapi yang jelas antara angka yang besar diberi peruntukan dan perkara keutamaan sehingga disebut dalam pembentangan Bajet ialah ‘Belanja Rosmah’ bukan Bajet Rakyat. Nampaknya perkataan ‘rakyat’ menjadi mainan di bibir Menteri Kewangan yang juga PM ini untuk menggambarkan bahawa semua yang dibuat memang untuk rakyat. Tema 1Malaysia pun rakyat diutamakan. Namun, semakin disebut perkataan ‘rakyat’, rakyat makin nampak bahawa itu bukan untuk rakyat. Kalau tidak untuk isteri, ia untuk adik, atau kroni UMNO/BN. Rakyat hanya menjadi alas tempat duduk untuk keselesaan sendiri.

Monday, October 18, 2010

Projek Mega Najib Petanda Empayar BN Bakal Runtuh

Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Sambil mengkritik pentadbiran Najib juga sudah mula boros dengan projek-projek mega atas alasan mahu merancakkan ekonomi negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia petanda awal empayar Barisan Nasional (BN) kini di ambang keruntuhan.

“Keghairahan kerajaan untuk menunjukkan elemen mega (dengan membina monumen) adalah petanda kejatuhan empayar mereka. Kami akan berdoa agar ia akan terjadi,” kata ketua pembangkang (gambar) ini di Dewan Rakyat ketika membahaskan ucapan Bajet 2011 hari ini.

“Tindakan terburu-buru untuk melaksanakan projek-projek mega, yang kononnya bagi menggambarkan kemegahan negara, kini diulangi oleh kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) semasa,” kata beliau.

Rombongan Orang Asli ke Parlimen disekat

Harakah Dailiy

KUALA LUMPUR, 19 Okt:
Seramai 28 pemimpin Orang Asli pagi ini disekat oleh polis di pintu masuk bangunan Parlimen walaupun mereka masing-masing telahpun membuat permohonan rasmi untuk mengikuti perbahasan Bajet 2011.

Menurut Muhammad Faizal Zakaria, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas, rombongan tersebut sepatutnya dibenarkan memandangkan Ahli Parlimen Telok Kemang sendiri yang membuat permohonan tersebut minggu lepas.

Lagipun, katanya hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak wajar dinafikan oleh pihak parlimen dan polis.

Difahamkan mereka yang terbabit merupakan pemimpin dari Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor.

Dari memo yang dihantar kepada Harakahdaily, Pengerusinya Simpan bin Suda mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa usul tergempar pagi ini supaya ditambah perkataan Orang Asli di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Batu Sapi: PKR akan wakili Pakatan Rakyat

Malaysia Kini

Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 November in akan diwakili oleh calon daripada PKR.

Berikutan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan perkara itu berharap sebuah lagi parti pembangkang di Sabah - Parti Maju Sabah (SAPP) - akan memberikan laluan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

“Pemimpin Pakatan Rakyat telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa calon PKR akan mewakili Pakatan dan kita akan umumkan (berhubung siapa calonnya) tidak lama lagi.

“Kami harap SAPP tidak akan bertanding supaya pertandingan ini adalah satu lawan satu menentang BN,” katanya.

Pada 16 Oktober lalu, presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengumumkan parti itu akan bertanding bagi menyakinkan rakyat Sabah bahawa mereka mampu menguruskan pentadbiran negeri sendiri.

Katanya, keputusan untuk bertanding adalah ujian getir bagi SAPP setelah berkerat arang dengan BN dan mengisytiharkan mereka sebagai parti pembangkang pada 2008.

Saturday, October 16, 2010

Ulama' muda Umno bising isu munajat royalti tapi membisu konsert artis Gay

KUALA LUMPUR - Ulama muda Umno yang baru-baru ini menegur kerajaan negeri Kelantan berhubung misi Munajat Royalti Minyak yang dianggap sebagai pembaziran akhirnya membisu dalam isu konsert artis gay, Adam Lambert yang akan mengadakan persembahannya di Stadium Bukit Jalil malam ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata ini merupakan sumbangan ulama muda yang menyertai Umno yang telah memberikan nasihat kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional tentang cara-cara untuk menang dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Nama Rosmah juga diseret dalam Bajet 2011

MalaysiaKini

Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Razak Najib terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh pihak pembangkang ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.
Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.

“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.

Majlis Meraikan Petugas Sambutan Eidulfitri

Gambar akan di upload nanti

Friday, October 15, 2010

PRK Galas: Pengundi kaum asli menjadi rebutan

Merdeka Review

UMNO kini menyasarkan pengundi kaum asli, yang mencatat 16% daripada populasi kawasan DUN Galas dalam Pilihan Raya Kecil pada 4 November 2010. Rancangan Ladang Rakyat di bawah Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) telah dijadikan senjata UMNO-BN untuk menyerang kerajaan negeri Kelantan.

Malah, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional Najib Abdul Razak (gambar kanan) mengingatkan bahawa orang asli boleh menentukan sama ada BN menang atau tidak dalam PRK Galas, ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-57, pada 10 Oktober 2010.

Di ruang internet, Cyber-Trooper UMNO mula memainkan isu bagaimana projek Ladang Rakyat mengakibatkan orang asli kehilangan hak tanah. Laman web bergelar "Media UMNO Malaysia" dalam Facebook, menyelar projek tersebut kerana memberi kesan yang besar terhadap penduduk asli, terutamanya di kawasan Lojing dan Pos Brooke.

Dalam artikel berjudul "Apa Sudah Jadi Ladang Rakyat" dan "Ladang Rakyat: PAS tak habis-habis jual temberang", kerajaan negeri Kelantan dituduh menggula-gulakan penduduk asli dengan janji, tetapi berakhir dengan penggondolan hutan.

Bernama pula memetik pandangan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mat Yusof Abdul Ghanis bahawa PAS sememangnya menimbulkan ketidakpuasan pengundi, kerana tanah sebagai rezeki orang asli tidak diberikan geran, dan memberi kesan yang mendalam terhadap orang asli.

Bagaimanapun, ahli parlimen Kuala Krai-PAS Hatta Ramli dan EXCO Kelantan, Husam Musa (gambar kiri) ketika dihubungi MerdekaReview berkata, mereka hanya boleh memberi respon setelah membaca laporan tersebut.

Dalam Malaysia macam-macam ada

A Kadir Jasin

SAYA tabik kepada pencipta iklan Astro yang dialognya berbunyi “macam-macam ada”. Macam-macam ada di rangkaian satelit Astro milik T. Ananda Krishnan.

Tapi dalam satu Malaysia kita ini, lebih banyak macam-macam daripada dalam Astro.

*Kita ada peguam dituduh bunuh peguam dan bila dibicarakan tentulah dibela oleh peguam. Sebab itulah kita kena ada banyak peguam.

Meminjam ungkapan Inggeris “hold your horses”. Jangan tunggang lagi kuda anda atau jangan pipiskan lada kerana melihat burung di langir. Silap-silap hari bukan kena buang kes. Maklumlah bila peguam dituduh bunuh peguam dan dibela pula oleh ramai peguam, macam-macam isu teknikal akan dibangkitkan.

Pilihan raya kecil Batu Sapi serentak DUN Galas

Malaysian Insider

PUTRAJAYA, 15 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai hari pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah manakala 26 Oktober sebagai hari penamaan calon.

Dengan keputusan itu, pilihan raya kecil kerusi DUN Galas di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah akan diadakan serentak sebagaimana diamalkan awal tahun lalu membabitkan tiga kawasan.

Pada minggu lalu, SPR menetapkan pilihan raya kecil kerusi Galas akan diadakan 4 November.

Tarikh pilihan raya kecil yang ke-13 ini diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mesyuarat khas hari ini.

Mengenai pilihan raya serentak, Aziz berkata keputusan itu berdasarkan faktor undang-undang tidak melarang berbuat demikian dan pengalaman SPR sebelum ini yang mengadakan pilihan raya kecil secara serentak di tiga tempat iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai tahun lalu.

PAS guna kaedah mengundi tentukan calon pilihan raya kecil DUN Galas

Bernama

KOTA BAHARU, 15 Okt — PAS akan menggunakan kaedah mengundi dam menentukan calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 Nov depan.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kaedah itu biasa dilakukan bagi menentukan calon yang benar-benar layak atau sesuai walaupun beliau diberi mandat sebagai kata pemutus dalam menentukan nama calon.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata tiga nama telah dikenal pasti dalam senarai pendek calon PAS yang akan diletakkan dalam pilihan raya kecil DUN itu.

“Kita akan menentukan dengan cara wakil dari Dewan Harian dan Badan Perhubungan mengundi pada kertas kosong dan menulis dengan nama Allah bersama nama calon yang dipilih sebelum saya membuat keputusan.

'Rosmah, tiada jawatan rasmi tapi berlagak menteri'

Malaysia Kini

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin membidas cadangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin ditubuhkan, lapor Suara Keadilan.

Ini kerana menurut Zuraida (kanan), tindakan Rosmah itu dilihat mahu mengambil alih tanggungjawab serta memperlekehkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dam Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

"Saya hendak cakap pun tak faham, apakah sebenarnya peranan Rosmah. Beliau menteri atau isteri Perdana Menteri ke, apa jawatan rasmi beliau yang sebenarnya?

Thursday, October 14, 2010

Ku Li tolak jadi calon Galas

Malaysia Kini

Tengku Razaleigh Hamzah menolak cadangan Umno bahagian Gua Musang - yang mengadakan mesyuarat khas petang semalam - supaya bertanding sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini.

Cadangan tersebut dikemukakan oleh ADUN Nenggiri, Mat Yusoff Ghani dan disokong oleh ahli jawatankuasa bahagian yang menghadiri mesyuarat khas itu di pejabat Umno bahagian selama kira-kira dua jam mulai 5 petang.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Mat Yusoff mengesahkan beliau membuat cadangan tersebut dan mendapat sokongan para AJK bahagian.

NONE

HUKUM QISAS: Penjelasan Kepada yang Keliru

Penjelasan Hukum Qisas Menurut Perspektif Islam

1. Pertamanya saya ucapkan terima kepada semua di atas komentar yang diberikan, terhadap artikel saya sebelum ini yang bertajuk [ Mencari Keadilan Melalui Syariat Islam ] semoga ianya mencambahkan lagi perbincangan secara tanpa emosi, tetapi lebih akademik dan berfakta tentang realiti Qisas yang sedang dibincangkan ini. Secara ringkas point yang dilontarkan oleh mereka yang mempertikai artikel saya sebelum ini berkisar tentang 3 perkara penting, iaitu


  • adakah Qisas boleh dilaksanakan di dalam konteks kes pembunuhan Dato’ Sosilawati,
  • adakah hudud hanyalah hukuman (Hudud is merely the punishment), dan
  • ketiganya punca korupsi puncanya adalah akhlak individu pemerintah, bukan sistem.

2. Berkenaan point pertama, realiti hukum Islam, isu sama ada non-muslim tertakluk kepada hukuman Islam atau tidak , ia bukanlah satu isu yang dilihat secara bundle dan ia juga tidak lah distandardizekan ke atas semua jenis kesalahan, tetapi ianya berbeza mengikut case by case.
Dalam kes Qisas yang melibatkan pembunuhan dan begitu juga kecederaan, maka non-muslim yang terlibat dalam jenayah tersebut turut tertakluk kepada hukuman jika keluarga mangsa [ muslim ] menuntut supaya hukuman dilaksanakan.

Wednesday, October 13, 2010

Kalau dah jahill!!!

"tak tau cemana nak cakap...Sape yang buat iklan nie memang laknat tul.... " Itulah kata-kata pengirim maklumat ini.

Bila agama sudah tidak ada lagi dalam diri pendokong UMNO, rasa takut kepada Illahi sudah tidak lagi menjadi penghalang untuk nilai-nilai murini. Mereka boleh buat apa sahaja asalkan mengembirakan nafsu.