Bajet yang dibentang oleh Menteri Kewangan (Penasihatnya RM?) yang kononnya dikatakan Bajet Rakyat.
Tetapi yang jelas antara angka yang besar diberi peruntukan dan perkara keutamaan sehingga disebut dalam pembentangan Bajet ialah ‘Belanja Rosmah’ bukan Bajet Rakyat. Nampaknya perkataan ‘rakyat’ menjadi mainan di bibir Menteri Kewangan yang juga PM ini untuk menggambarkan bahawa semua yang dibuat memang untuk rakyat. Tema 1Malaysia pun rakyat diutamakan. Namun, semakin disebut perkataan ‘rakyat’, rakyat makin nampak bahawa itu bukan untuk rakyat. Kalau tidak untuk isteri, ia untuk adik, atau kroni UMNO/BN. Rakyat hanya menjadi alas tempat duduk untuk keselesaan sendiri.
Peruntukan-peruntukan dengan jumlah besar yang diberipun bukanlah wang poket sendiri. Ia adalah amanah dari rakyat. Kalau Pakatan Rakyat memerintah, Perdana Menterinya dari Pakatan Rakyat, Bajet tetap dibentang. Peruntukan tetap ada. Di Kelantan, MBnya Tok Guru, ada Bajet yang dibentang. Di Terengganu ketika PAS memerintah, Tok Guru juga yang bentang Bajet walaupun dinafikan hak royalti oleh kerajaan Pusat yang kononya mendahulukan rakyat itu. Yang membezakan, PAS yang menjadi salah satu parti dalam Pakatan Rakyat tentu akan mengingatkan PM dari PR itu nanti supaya Bajet itu menurut kaedah ‘Tasarruf al-Imam birraiyyah manutun bilmaslahat‘ (Tindakan pemerintah berkaitan rakyat berdasarkan kepentingan rakyat) dengan ertikata sebenar, bukan seperti sekarang yang perkataan rakyat hanya menjadi alat untuk terus mendapat dan mengekalkan kuasa.Menteri Kewangan yang juga PM (yang sentiasa menjaga kepentingan RM) itu berkata: ‘Orang sebelah sana’ tak pandai tadbir. Beliau membutakan matanya dari Kelantan yang sudah selama 20 tahun di bawah pemerintahan PAS. Walaupun ditekan, dinafikan royalti, dianaktiri, kerajaan PAS masih boleh berlari dengan gagah. Alhamdulillah. Beliau juga membutakan matanya dari pemerintahan PAS di Terengganu akhir 1999-2004 yang mencatatkan pelbagai kemajuan rohani dan jasmani. Kedah yang baharu sekali dua tuai padi itupun diberi kredit oleh pihak Audit Negara. Hakikatnya beliau gusar BN akan kalah dalam PRU13 akan datang. Mantan PM menjangkakan BN tidak akan mendapat majoriti 2/3. InsyaAllah bukan hanya kehilangan majoriti 2/3, tidak mustahil BN boleh hilang kuasa dari terus memerintah Malaysia.
Pemimpin UMNO dan komponen dalam BNnya sudah lama hilang kelayakan mengurustadbir ekonomi dan politik negara. Makin lama dibiarkan, makin jahanam negara. Kebejatan sosial, akhlak, pelbagai jenayah kolar BIRU dan putih makin membarah. Dalam keadaan itupun, mereka masih lagi mencurah cuka di luka dengan menjemput Adam GAY Lambert itu. Manusia GAY ialah manusia songsang, manusia tidak menurut fitrah, manusia suka melawan Allah. Pemimpin UMNO/BN juga suka melawan Allah-rasuah dan makan harta haram menjadi makanan harian, songsang dalam mengurus negara. BN sedang menjadikan isu GAY (homoseks) sebagai senjata melumpuhkan Pakatan Rakyat, sedang BN sendiri yang meredhai terhadap konsert GAY. Ada yang berkata: ‘1dubur boleh tentukan 1Malaysia’. Mungkin kurang manis bunyinya tetapi itulah senjata yang sedang digunakan bagi mengekalkan BN di tampuk kuasa.
Ketidakpedulian mereka terhadap isu sosial, politik dan ekonomi tidak boleh dibiarkan. Harta negara dianggap dan dibuat seperti harta sendiri. Kuasa dianggap mutlak untuk mereka. Doa agar Bajet yang dibentang oleh PM kali ini sebagai bajet terakhir kerajaan BN adalah satu doa agar kerajaan lebih baik dengan pemimpin lebih baik akan muncul selepas PRU 13 nanti. Abdullah Ibn Abbas pernah berdoa: ‘Ya Allah! Lantiklah pemimpin yang baik di kalangan kami. Jangan Engkau biarkan urusan kami diurus pemimpin jahat di kalangan kami.’
No comments:
Post a Comment