Sumber di sini.
Kota dan jalanraya manakah yang paling tidak selamat hari ini? Bukan, bukan Kabul atau Baghdad sahaja. Di mana -mana pun hari ini kita manusia sedang mengalami penindasan dan ketakutan. Penjahat dan penzalim sedang bermaharajalela. Lihat peperangan antara kumpulan dadah di Mexico ini, tidakkah tiba masanya kita berdoa dengan sepenuh hati. “Ya Allah, dan berilah salam sejahtera terhadap wali amr-Mu, al-Qaim yang diidam-idamkan dan keadilan yang dinanti.”
Daripada Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAWW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAWW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”
(Riwayat Ibnu Majah).
Beriman kepada kedatangan penyelamat ini adalah wajib menurut akidah ahlus sunnah wal jamaah (Lawami'ul Anwar al-Bahiyyah 2/84). Ia juga wajib malah sentral dalam ajaran syiah.

No comments:
Post a Comment