Monday, October 4, 2010

Anwar Beri Amaran Jangan Guna Media Umno

"Dalam satu amaran keras, Ketua Oposisi, Datuk Seri AnwaJustify Fullr Ibrahim menegah mana-mana anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang bertanding dalam pemilihan parti yang berlangsung sekarang daripada menggunakan media milik Umno-Barisan Nasional.

Ketika berucap pada majlis dialog anjuran Friends of Pakatan Rakyat di sini semalam, Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN membidas sesetengah calon memilih untuk membuat teguran malah kritikan terhada pimpinan parti dengan menunggang atas platform media arus perdana yang dianggap musuh Pakatan Rakyat.

Minggu lalu Mingguan Malaysia memberi ruang satu muka surat penuh kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dalam temuramah bertajuk “Jangan halang saya bertanding” yang lihat sebagai usaha menyerang pimpinan KEADILAN khususnya Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Anwar.

“Calon-calon seharusnya berwaspada agar tidak dieksploitasi oleh media Umno untuk menyerang polisi-polisi dan pemimpin-pemimpin kita.

“Jangan benarkan parti digunakan oleh media Umno dan propaganda (mereka),” kata Anwar dalam perbincangan panel 'In conversation with Anwar Ibrahim, Raja Petra and Tian Chua'.

Pada majlis itu Anwar juga mengingatkan rakyat Malaysia yng mengambil bahagian dalam diskusi itu bahawa KEADILAN sebagai parti politik yang diterima rakyat bergerak atas landasan melakukan reformasi dan perubahan pada lanskap politik negara dan tidak memerlukan media Umno atau wang Umno-BN.

Beliau menyeru ahli menggunakan hak satu ahli satu undi yang dilaksanana pada Pemilihan 20101 dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan imej dan kestabilan parti.

"Saya berpendapatkan elok biarkan ahli putuskan serta mendengar sendiri kepada calon tanpa memudaratkan komitmen parti dalam melakukan pembaharuan.

"Tindakan meluahkan rungutan dalam media ketika pemilihan parti seolah-olah mengikut rentak agenda Barisan Nasional untuk membangkitkan masalah dalaman KEADILAN dan menjauhkan diri daripada isu lebih besar seperti rasuah.

“Kesemua pemimpin adalah penting, tetapi sesetengah akan menang dan sesetengah yang lain akan kalah. Mereka yang menang tidak harus menggondol semua manakala yang kalah tidak wajar mengetepikan agenda besar parti yang mahu membawa pembaharuan," tegas beliau lagi.

No comments:

Post a Comment