KUALA LUMPUR, 20 Jun — Buku Hijau, yang bakal memperincikan konsep negara berkebajikan PAS, akan menjadi pelengkap kepada Buku Jingga Pakatan Rakyat yang diterima komponen-komponen perikatan itu Disember lalu.
Buku Jingga antara lain menggariskan program 100 Hari yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.
Khamis lalu, PAS menubuhkan satu panel khas pelaksana yang akan memperincikan konsep negara berkebajikan dalam bentuk Buku Hijau untuk dijelaskan kepada rakyat negara ini.
Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Buku Hijau yang akan diedarkan ke seluruh negara dalam masa terdekat tidak bercanggah dengan keputusan bersama Pakatan Rakyat yang diterjemahkan dalam Buku Jingga.
Sebaliknya kata Salahuddin (gambar) yang juga pengerusi panel khas pelaksana itu, Buku Hijau negara berkebajikan itu akan menjadi pelengkap kepada Buku Jingga.
“Tidak... tidak... ia (Buku Hijau) akan menjadi satu nilai tambah dan ia sama sekali tidak bercanggah dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Apabila mesej politik yang tepat dapat ditonjolkan melalui sidang Muktamar, tuan rumah yakni PAS bukan sahaja membezakan diri dengan UMNO malahan juga menggerunkan UMNO. Sebab itu sehingga hari ini, bukan sahaja lidah rasmi UMNO - Utusan Malaysia - terus-menerus memberikan laporan berita sebesar liputan muka depan kepada isu yang berkisar sekitar sidang Muktamar dan pemilihan. Pemimpin UMNO bermula dengan Najib, berbaris menunggu giliran menyerang PAS, termasuk "manufacture" isu palsu demi mententeramkan kebimbangan dalam kalangan pimpinan Barisan Nasional (BN) amnya dan UMNO khasnya.
SEPANJANG pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy dalam PAS banyak yang disarankannya tentang pengisian sebuah negara merdeka Islam mengikut konsep Baldatun Toyibatun Warrabun Ghaffur yang diterjemahkannya sebagai membentuk negara berkebajikan yang mendapat restu – keredhaan – Allah.
ohamad Sabu sebagai calon Timbalan Presiden PAS sebagai satu keputusan yang serius. Pada saya ketika itu ia satu keputusan main-main dan tidak mencerminkan kemahuan umum penyokong parti itu.
Ini disahkan melalui baiah yang diberikan oleh sebahagian penduduk Madinah sebelum baginda berhijrah lagi. Tidaklah semua penduduk memberi sokongfan kepadanya. Tetapi kaum Ansar iaitu penduduk utama Madinah yang tidak mempunyai ketua memberikan baiah itu.
"Sebagai sebuah parti yang telah memerintah selama 53 tahun Umno-BN sepatutnya malu terhadap kegagalannya mendaulatkan Islam sehingga dialah punca yang mengelirukan masyarakat terhadap persepsi Islam yang sebenar dalam negara,"ujarnya.
Ekoran ini, sesetengah pihak mendakwa bahawa parti PAS sudah menggadaikan agama Islam. Mereka kononnya kecewa bahawa PAS telah mengkhianati cita-cita parti untuk membentuk sebuah negara Islam kerana PAS mengenengahkan konsep 'negara berkebajikan'.





