Sunday, November 29, 2009

Royalti minyak: Nik Aziz pertahan isu doa


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Chin Peng: Saya ingin balik ke tanahair saya

Lim Hong Siang

"Memang saya ingin balik ke tanahair saya. Saya akan cuba dengan pelbagai cara, (ketawa) seludup masuk pun boleh...entah boleh berjaya atau tidak... saya sendiri pun tak dapat pastikan. Saya akan cuba.... cuba."

Saturday, November 28, 2009

Aidil Adha di Surada


Takbir mengelilingi tamanMinum selepas penat keliling taman
1 daripada 8 yang akan dikorbankan

Khutbah Aidil Adha

Sori banyak banyak, klimak photo tak ada

Pengagihan daging korban


Friday, November 27, 2009

Nur Kasih - Persepsi aku

Tahniah pada penulis skrip, pengarah drama, cameraman yang shoot sudut yang cantik cantik, tahniah pad semua para pelakon drama 'Nur Kasih' dan semua crew drama ini.

Tahniah pada TV3 suku kerana berjaya mencapai rating penonton yang tertinggi setakat ini. Dengarnya leboh 3 juta dan malam ni dianggarkan 5 juta lebih.

Tahniah juga kerana dengar-dengarnya drama ini akan difilemkan. Kalau dah drama 5 juta yang tengok, filemnya kemungkinan besar akan menjadi super box office lah.

Tahniah sekali lagi kerana membuat aku terpacak depan TV dan mengikuti jalan ceritanya walau tak semuanya. Sampaikan anak aku yang 2 tahun lebih dah kenal Adam dan Nur Amina. Hebat juga penangan Nur Kasih pada keluarga aku.

Kenapa Nur Kasih agaknya?
Secara peribadi pertama kali aku menonton drama ni, aku tertarik dengan teknik penggambarannya. Suasana, cahaya, warna, latar belakangnya - sungguh menarik. Itu daya penarik pertama untuk aku terus menonton dan mengamti jalan ceritanya. Tak sangka, ianya lain dari lain walau mungkin ceritanya adalah cerita biasa - bertemakan cinta tiga segi namun diolah dengan begitu menarik.

Tapi itu hanyalah sekadar cerita tidak lebih dari itu. Walau mungkin ia membawa kesan besar (sementara masih panas dan dimainkan media) kepada para penonton tapi rasanya tidak kepada kebanyakan pelakon-pelakon drama Nur Kasih. Aku boleh membayangkan antara kata kata yang biasa kita semua dengar "kami melakukan yang terbaik dengan watak yang diberikan kepada kami" Itu sahaja. Jika tiba tiba Nur Amina diberi watak sebagai perempuan murahan ayat pendinding mereka adalah sama. Watak sahaja, bukan diri yang sebenar.

Melihat Utusan Malaysia (Free punya - tiba tiba ada kat atas pagar rumah aku - heh, UMNO punye keje la ni) terpampang gambar kecil Nur Amina tanpa ada apa apa menutup kepalanya. Minta maaf, hormat aku pada "Nur Amina" hilang ghaib entah kemana.

Sehabis saja drama jam 10pm tadi, ada satu drama lain. Maknya Nur Amina pulak. Bullshit.


'BTN promotes unity? My foot'

Malaysia Kini

'I have attended this BTN course. It is a brainwashing session where they tell us that our country will be destroyed if we don't support BN. Learning about '1Malaysia', nationalism and unity'? My foot.'

Gblk7277: I have attended this BTN course. Yes, it is a brainwashing session where they were telling us that the other races must get a lesser amount of 'durian' because we are the 'pendatang' and we had agreed to accept a lesser amount.


Therefore we could not question anything, just shut up and eat the 'durian' you get or go back to China or India. It's very much politically biased and they were showing recordings of the Bersih and Hindraf rallies saying chaos will take place if we don't support BN.

And that our country will be destroyed. 'Learning about 1Malaysia, about nationalism and unity'? My foot.

Camverra Jose Maliamauv: In the year 2000, during my first year at Universiti Teknologi Petronas, I was one of those selected to attend the Kem Bina Negara. We were sent to an army camp in Kedah.

Out of all the lectures and physical activities etc, I will always remember two main things. The first was a lecture and discussion during which the instructor concluded at the end that non- Malays should not question the special rights and privileges of the Malays and that we should just work harder to move up.

And secondly, during another lecture, one of the 'threats to national security' that were highlighted was 'parti politik baru' (a coincidence that this was the year after 1999?).

Jawahar Hassan: Everybody who attend BTN camps knew the exact nature of the BTN courses during which you are required to surrender all the handphones and recording devices to the person in charge. What's the reason behind this? Why such a rule? Is there anything to hide?

SameSame: Well, well, now our deputy prime minister is lying! Can he proof what he is saying is correct? You know what amazes me is that they still think we are like them - so gullible and stupid.

Well, our unwanted DPM, its obvious we are not stupid and we are not gullible. It's better you keep quiet instead of shooting yourself in your own foot (BN people love doing that it seems). '1Malaysia', my foot.

Chee Hoe Siew: Firstly, is there a law stating that civil servants and other public sector staff must attend these BTN camps? If not, then there is no need to even attend such propaganda camps.

Eagle: Publish the contents of the BTN course and let us decide whether it is a racial hatred and incitement programme. And stop telling us what is good for us, the rakyat. We can decide for ourselves and we can also decide on your future too when the time comes.

Lusiapa: Will past participants of such BTN courses step forward and give their testimony without fear or favour?

Is the Selangor education, higher education and human capital development committee chairperson giving an honest assessment of the situation or is the DPM denying something which is unbelievably true?

Obviously, one of them is not telling the truth. It is time that the liar be publicly exposed and condemned.

Giri: My blood is boiling. God, how can they lie like this?

Tkc: Mr Deputy PM, instead of 'he say, I say', I suggest you publish the text of the BTN courses on the Internet so that we can judge for ourselves. Oh, and please do not tell us it is classified under the OSA.

S'gor rejects 'racist, indoctrinating' BTN

Azmil Tayeb: Bravo Selangor government for taking this progressive step. BTN is simply an organ of hate and shouldn't even be allowed to exist in the first place. True inculcation of citizenship values doesn't come from forced indoctrination, much less one that is racist in nature.

KLeo: I testify to BN's dirty indoctrination at BTN camps. Mine was in 2005 just after I left school. Words in the many 'ceramah' included 'Ketuanan Melayu' and 'pendatang'. I remember being so angry with the camp facilitators that I almost argued with one of them in one of the discussion groups.

I don't know if this is true camp-wide, but I do know that my fellow course mates that went with me - both Malay and non-Malay - were equally disgusted with the camp officials.

P Dev Anand Pillai: Syabas, Selangor government you have walked the talk. Keep up the good work and the people will be with you in the next general election. It is good to see that we have some brave Malay leaders who are bold enough to set the country on the path to greater unity as Malaysians first. Syabas again.

Lim Chong Leong: The Pakatan Rakyat states should introduce anti-racism, equality and meritocracy programmes to build up our youngsters towards a global mentality to prepare them for a brighter, more competitive future. We urgently need to neutralise the negative impact of the BTN.

Thursday, November 26, 2009

Memahami Konsep Negara Islam


Perlembagaan PAS : Fasal 5

‘Memperjuangkan wujudnya didalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hokum-hukumnya menuju keredaan Allah’.


Mukadimah

Persoalan apakah itu negara Islam dan mengapa perlunya negara Islam menjadi topik perbincangn yang hangat di kalangan masyarakat dari pihak pemerintah sehingga rakyat jelata, dari parlimen sehinggalah di kedai-kedai kopi. Persoalan ini menjadi semakin rumit apabila ia dijadikan bahan untuk meraih keuntungan kelompok dan kepentingan parti politik. Masing-masing mendakwa ingin melaksanakan negara Islam ala masing-masing semenrtara orang bukan Islam dihantui pula dengan inggaun yng mengatakan negara Islam akan menyekat kebebasan, menyebabkan mereka menjadi warganegara kelas kedua dan autoriti undang-undang hanya terletak pada ulamak atau mullah sahaja..Salah erti tentang negara Islam perlu diperbetulkan dengan penuh amanah ilmu dan dakwah yang jauh dari sentimen politik semata-mata atau untuk meraih satu undi sedangkan kita mengadaikan maruah dan menyebabkan Islam ditohmah dengan tohmahan yang sewenang-wenangnya akibat dari percakapan dan perbuatan kita yang tidak bertanggungjawab.


Negara Islam Malaysia: Satu Huraian Ilmiah

Oleh : Ustaz Shukri Mohamad, UM

Pendahuluan

Perkataan negara Islam bukan satu perkara baru dalam Islam. Bagi PAS inilah agenda penting perjuangan mereka sejak sekian lama, namun ianya belum selesai. Walaupun begitu ada petanda yang memberangsangkan kerana agenda negara Islam mereka semakin mendapat sambutan masyarakat Islam dan bukan Islam.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menolak Penjenamaan Islam Dengan Pelbagai Nama

من التعبيرات التي يُشنِّع بها العلمانيون والحداثيون تعبير (الإسلام السياسي)، وهي عبارة دخيلة على مجتمعنا الإسلامي بلا ريب،

Ertinya : Antara slogan-slogan yang dipelopori oleh puak secular dan kumpulan modernisme adalah slogan 'Islam Siyasi', iaitu satu bentuk slogan asing yang telah memasuki masyarakat islam tanpa ragu lagi.

وهم يطلقون هذه الكلمة (الإسلام السياسي) للتنفير من مضمونها ومن الدعاة الصادقين الذين يدعون إلى الإسلام الشامل؛ باعتباره عقيدة وشريعة، وعبادة ومعاملة، ودعوة ودولة.

Ertinya : Gelaran yang mereka berikan ini iaitu "Al-Islam As-Siyasi" sebenarnya untuk menjauhkan orang ramai dari kandungan islam yang sebenarnya dan bagi menghambat dari para pendakwah ikhlas yang sentiasa mengajak kepada pelaksanaan Islam secara sepenuhnya, aqidah, syariah, ibadat, muamalat, dakwah dan kenegaraan.

وقد كنت رددت على هذه الدعوة، وفنَّدت هذه التسمية في فتوى مطوَّلة، ظهرت في الجزء الثاني من كتابي: (فتاوى معاصرة)، ويحسن بي أن أقتبس فقرات منها فيما يلي:

Ertinya : Sejak dahulu aku telah menolak ajakan (slogan) ini dan aku juga telah menolak penamaan (gelaran) sebegini dalam fatwa yang panjang lebar yang boelh dilihat dalam juzu kedua dari kitabku " Fatawa Muasiroh", maka eloklah aku memetik beberapa peranggan darinya sebagaimana berikut :-

هذه التسمية مردودة وخاطئة:

وذلك لأنها تطبيق لخُطة وضعها خصوم الإسلام، تقوم على تجزئة الإسلام وتفتيته بحسب تقسيمات مختلفة، فليس هو إسلامًا واحدًا كما أنزله الله، وكما ندين به نحن المسلمين؛ بل هو (إسلامات) متعدِّدة مختلفة كما يحب هؤلاء.

فهو ينقسم أحيانًا بحسب الأقاليم: فهناك الإسلام الآسيوي، والإسلام الإفريقي.

Ertinya :

Ini adalah penamaan (istilah) yang terolak dan salah

Ia sebenarnya adalah satu bentuk pelaksanaan perancangan yang diletakkan oleh musuh-mush Islam. Dibina atas asas ingin memecah-belahkan Islam dengan pembahagian-pembahagian yang berbeza sehingga seolah-olah ia bukan Islam yang satu seperti yang diturunkan oleh Allah s.w.t, dan seolah-olah ia juga bukan sebagaimana (Islam) yang umat dianuti oleh kita umat Islam. Mereka (telah wujudkan) banyak Islam yang berbeza mengikut kesukaan mereka.

Antaranya mereka bahagikan Islam kepada pembahagian sempadan seperti : "Islam Asia" dan "Islam Afrika"

وأحيانًا بحسب العصور: فهناك الإسلام النبوي، والإسلام الراشدي، والإسلام الأُموي، والإسلام العباسي، والإسلام العثماني، والإسلام الحديث.

Ertinya : Kadangkala mereka bahagikan menurut waktu " Islam Nabawi", "Islam Rasyidi (zaman khulafa)", "Islam Umayi", "Islam Abbasi", "Islam Uthmani", "Islam al-Hadith (moden)"

وأحيانًا بحسب الأجناس: فهناك الإسلام العربي، والإسلام الهندي، والإسلام التركي، والإسلام الماليزي... إلخ.

Ertinya : Adakalanya mereka namakan menurut jenis kaum seperti : "Islam Arabi", "Islam India", "Islam Turki", "Islam Malaysia" dan lain-lain.

وزادوا على ذلك تقسيمات جديدة: فهناك الإسلام الثوري، والإسلام الرجعي أو الراديكالي، والكلاسيكي، والإسلام اليميني، والإسلام اليساري، والإسلام المُتزمِّت، والإسلام المُنفتح، وأخيرًا الإسلام السياسي، والإسلام الروحي، والإسلام الزمني،!.

Ertinya : Dan mereka juga menambah pembahagian baru yang seterusnya : sehingga ada "Islam Thawri (revolusi), "Islam Radikal dan Klasik", "Islam Al-Yamini (Haluan Kanan)", "Islam Al-Yasari (Haluan Kiri), "Islam Al-Mutazammit (Rigid), "Al-Islam Al-Munfateh (terbuka) dan akhirnya wujud pula "Al-Islam As-Siyasi" , "Al-Islam Ar-Ruhi ( ruh), "Al-Islam Az-Zamani (semasa)

تقسيمات مرفوضة للإسلام:

والحق أن هذه التقسيمات كلَّها مرفوضة في نظر المسلم، فليس هناك إلا إسلام واحد لا شريك له، ولا اعتراف بغيره، هو (الإسلام الأول)، إسلام القرآن والسنة.

الإسلام كما فهمه أفضل أجيال الأمة وخير قرونها، من الصحابة ومن تبعهم بإحسان، ممَّن أثنى الله عليهم ورسوله.

Ertinya : Semua penamaaan dan pembahagian ini ditolak dalam Islam. Tiada Islam kecuali hanya satu Islam dan tiada sekutu atau pelbagai jenis baginya. Tiada harus memberi pengiktirafan kepada selainnya, yang diiktiraf hanyalah Islam yang terawal yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Islam yang difahami oleh sebaik-baik generasi dan kurun dari kalangan sahabat dan tabien yang telah dipuji oleh Allah dan RasulNya.

فهذا هو الإسلام الصحيح، قبل أن تشُوبه الشوائب، وتلوِّث صفاءه تُرَّهَات المِلَل وتطرفات النِّحَل، وشطحات الفلسفات، وابتداعات الفِرَق، وأهواء المُجادلين، وانتحالات المُبطلين، وتعقيدات المُتنطِّعين، وتعسُّفات المُتأوِّلين الجاهلين.

Ertinya : Inilah dia Islam yang benar, sebelum dicemari kekotoran dan kekarutan ideologi, falsafah, rekaan puak-puak, hawa nafsu para pendebat, penyusahan oleh puak pelampau, dan salahguna puak pentakwil yang jahil.

Perutusan Hari Raya Aidil Adha

Harakah Daily

Pada hari yang sangat besar ertinya kepada umat Islam ini, ketika mana Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan berhimpun di tempat letaknya kiblat umat Islam, kita dipersatukan dengan Islam yang menjadi panduan hidup manusia sehinggalah ke hari kiamat. Iman yang dimiliki oleh umat manusia inilah yang juga mempersaudarakan kalangan manusia dari pelbagai rupa bangsa samada dekat atau jauh, semuanya adalah bersaudara di antara satu sama lain.

Kita membaca bagaimana umat Islam di zaman dahulu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadis Nabi saw, termasuklah dalam perkara hubung-kait antara satu sama lain walaupun mereka berselisih pendapat dan berbeza pemimpin, mazhab dan guru tetapi mereka berkasih sayang dan bermaafan. Kalau mereka berselisih pendapat atau berkelahi dengan mudah sahaja mereka berdamai kerana mereka menyelesaikan masalah dengan kembali kepada kepada Al-Quran dan Hadith Nabi saw.


Kepada seluruh ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS), marilah kita terus menerus memperkukuhkan parti kita dengan sama-sama kita mengikhlaskan niat perjuangan kita kerana Allah, dan seterusnya kita beramal dengan kaedah perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw.
Marilah kita berpegang teguh kepada firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 59. “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”

Juga sabda nabi s.a.w yang diucapkan ketika menunaikan haji selamat tinggal : “Janganlah kamu menyeleweng, menjadi kafir selepas aku wafat sehingga ada di kalangan kamu memancung leher dengan pedang-pedang di antara satu sama lain (Riwayat Imam Ahmad, Bukhari & Muslim)

Ikhlas,
Presiden PAS

Wednesday, November 25, 2009

Pemimpin parti politik wang tiada upaya selesai krisis MCA - Nik Aziz

Harakah daily
KOTA BHARU, 26 Nov: Terlebih sudu dari kuah, mungkin ia dapat menggambarkan peringatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan krisis dalaman MCA yang semakin parah sekarang.

Sedangkan Umno sendiri banyak perkara yang tidak boleh diselesaikan, malah lebih teruk berbanding MCA.

Ini dibuktikan dengan rekod pertembungan sesama pemimpin Umno sehingga membawa kepada pengharaman Umno pada 1987. Ketika itu berlaku perebutan jawatan presiden Umno antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Kemudian berlaku lagi pertembungan di antara Dr Mahathir dengan ramai pemimpin Umno lain termasuk Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertelingkahan dalaman Umno sehingga membawa kepada pengharaman parti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah parti politik di Malaysia.

"Saya hairan tiba-tiba seorang pemimpin dari parti yang begitu tenat dengan masalah politik wang mampu menyelesaikan krisis MCA seperti yang dihasratkan Timbalan Perdana Menteri.
"Bagi saya politik orang Cina lebih ke hadapan dan lebih matang. Macam mana Umno hendak ajar orang Cina berpolitik.

"Apa perasaan orang Cina apabila Umno hendak ajar mereka berpolitik sedangkan rumah guru pun berselerakan," katanya di sini.

Baru-baru ini Muhyiddin mahu diberi tempoh seminggu bagi menyelesaikan krisis dalaman MCA yang semakin tenat sekarang.

Beliau membuat kenyataan itu selepas diberi amanah bagi menyelesaikan kemelut MCA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sibuk ke luar negara.

Ekoran kenyataan Muhyiddin tersebut ramai pemimpin Cina marah kerana memperlihatkan sikap Timbalan Presiden Umno itu seorang yang angkuh dan memperkecil keupayaan pemimpin MCA menyelesaikan masalah mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin politik Melayu Umno hanya masyhur mempertahankan politik wang.

"Rekod pemimpin Umno cemerlang dalam sektor mengutip komisen. Sesetengahnya ada kelulusan sehingga peringkat PhD apabila mendapat kontrak memberi ali baba kepada pihak lain pula," tambahnya.

Beliau juga berkata, sekiranya benar orang Cina mendengar nasihat pemimpin Umno, sudah tentu mereka telah memberi undi besar kepada Umno dan BN pada pilihan raya umum lalu.

Sebelum ini Muhyiddin gagal menyelesaikan krisis Umno Terengganu yang kini terbelah kepada dua kumpulan iaitu Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh.

'Jangan larang Nik Aziz letak jawatan'

Jimadie Shah Othman

Anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap tiada pihak yang yang melarang ayahnya meletak jawatan jika beliau berhasrat berbuat demikian "kerana ayahanda telah tua dan keletihan".

"Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan," tulis Nik Abduh Nik Aziz dalam blognya semalam..

nik abduh nik aziz and pas
"Jika tidak, saya akan memanggilnya, 'Wahai si bodoh!', tulis Nik Abduh Nik Aziz yang juga exco Dewan Pemuda PAS pusat.

Tulisan Nik Abdul itu menyemarakkan lagi spekulasi mengenai kemungkinan berlakunya peralihan kuasa dalam barisan kepimpinan di Kelantan.

Nik Aziz yang juga mursyidul Am PAS, memegang jawatan menteri besar Kelantan sejak 19 tahun yang lalu.

Sebelum ini, terdapat cadangan supaya Nik Aziz menamakan bakal penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, proses peralihan yang lebih panjang secara terancang dapat memastikan kestabilan dalam parti.

Bagaimanapun, exco Kanan negeri, Datuk Husam Musa, antara yang disebut-sebut sebagai pengganti Nik Aziz pula dilaporkan tidak berhasrat dan tidak mahu namanya dikaitkan dengan perkara itu.

Satu lagi nama yang disebut-sebut, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang juga timbalan pesuruhjaya PAS negeri.

Beliau yang baru pulang daripada perkhemahan Pemuda PAS di Sepang baru-baru ini juga akur terhadap desas-desus peletakan jawatan yang mengocak politik Kelantan mahu dinafikannya sebelum ini.

Katanya, melalui kiriman SMS yang diterimanya, terdapat juga ura-ura peletakan jawatan seorang pemimpin kesayangan Nik Aziz.

Dalam artikel panjang berjudul 'Abdul Ariffahmi Abdul Rahman – Moga Awan Berarak Lalu', Nik Abduh mempertahankan bekas ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu yang didakwanya tidak harus dibiarkan bersendirian mempertahankan diri.

Beliau dlihat menyerang balas bekas pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Aziz Syed Abdul Aziz yang dipecat Abdul Ariffahmi pada 11 November lalu dan kemudiannya mendedahkan di blog dakwaan salah urus menantu Ni Aziz itu.

Nik Abduh menyifatkan tulisan Syed Azidi - penulis blog Kickdafella itu - sebagai "hukuman melalui tulisan" dan "sama seperti hakim yang menghukum dalam keadaan mabuk kedarah arak terlarang."

Nik Abduh - yang sebelum ini yang mencetuskan kontroversi apabila mengkritik sesetengah pembantu Nik Aziz sebagai "ulama mi celup" - kini dilihat konsisten mengulanginya.

"Saya tahu mereka tidak menyetujui pelantikan (Abdul) Ariffahmi. Tetapi mereka telah berusaha untuk membantu menjadikannya harapan yang terlangsai buat ayahanda.

"Tetapi ada yang tidak begitu. Ada yang hanya berusaha untuk membersih diri sendiri dan meninggalkan ayahanda dalam perangkap dan kekeliruan.

Nik Abduh juga mengumumkan hasranya melepaskan semua jawatan politik dan ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu bermula tahun depan bagi "membuka buku baru".

MB S'gor tiada kuasa halang sertai kursus BTN


Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menghalang kakitangan awam persekutuan, masyarakat dan syarikat swasta daripada menghadiri kursus anjuran Biro Tata Negara (BTN), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kakitangan persekutuan, kata beliau, tidak tertakluk kepada arahan kerajaan negeri Selangor itu.

"Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa menghalang orang ramai daripada mengikuti kursus BTN.

"Tunjukkan saya di manakah peruntukan undang-undang yang membolehkan Menteri Besar untuk berbuat demikian," katanya di Pagoh selepas majlis penyerahan lembu untuk dikorban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha esok.

Muhyiddin dan rakannya yang menyumbangkan 31 ekor untuk dikorbankan esok, lapor Bernama.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan persekutuan tetap akan meneruskan kursus-kursus BTN walaupun Selangor mengambil tindakan sedemikian.

"Kita akan tetap teruskan kursus BTN. Jikalau dia (Selangor) tidak mahu, tidak mengapa. Kita tidak boleh halang jika orang ramai mahu mendalami konsep 1Malaysia, semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat," katanya.

Muhyiddin kakitangan persekutuan tidak tertakluk kepada arahan kerajaan negeri Selangor itu.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan Selangor melarang kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu daripada menghadiri kursus BTN, berkuatkuasa serta merta, dengan alasan kononnya kursus BTN adalah satu proses doktrinasi oleh kerajaan BN.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali dilaporkan berkata surat arahan berkaitan larangan itu akan dikeluarkan segera kepada semua jabatan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta anak-anak syarikat milik penuh kerajaan negeri.

"Kita merasakan kursus BTN adalah proses doktrinasi BN yang menimbulkan fenomena perkauman dan seolah-olah memecahbelahkan penduduk pelbagai bangsa dan agama," kata Halimah.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diberi gambaran yang salah tentang BTN.

"Masyarakat dan syarikat-syarikat swasta tidak sepatutnya dihalang daripada menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan BTN," katanya.

Muhyiddin juga berkata kursus BTN tidak bermotifkan doktrinasi politik tetapi sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia.

"Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta-peserta kepada Umno dan BN. Ia tidak mempunyai niat yang jahat, ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik," katanya.

Kerajaan Selangor Larang Kakitangan Negeri dan Pelajar IPT Milik Selangor Hadiri


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini memutuskan bahawa semua penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT), yang dimiliki oleh kerajaan negeri itu tidak dibenarkan mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.

Arahan tersebut turut melibatkan kakitangan jabatan Kerajaan Negeri dan pegawai dari anak-anak syarikat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pada Rabu.

Dr Halimah berkata keputusan itu diambil selepas beberapa kajian mendapati kursus BTN yang dijalankan merupakan satu proses ‘indoktrinisasi’ Kerajaan Barisan Nasional.

Ini, kata beliau, boleh menimbulkan fenomena yang agak rasis, seolah-olah ingin memecahkan penduduk-penduduk pelbagai bangsa dan agama di negara ini.

“Insya-Allah kita akan mengeluarkan surat arahan formaliti kepada institusi pengajian tinggi (IPT), jabatan serta agensi milik kerajaan negeri Selangor berhubung isu tersebut,” katanya.

Antara IPT yang terlibat adalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Industri Selangor (Unisel), Institut Kemahiran Yayasan Selangor dan Kolej Inpens.

Menurutnya, kebanyakan peserta yang menyertai kursus BTN ini juga dibekalkan dengan buku kecil yang mengandungi pelbagai perkara yang menimbulkan kebencian kepada pihak pembangkang kerajaan di negara ini.

“Oleh kerana (kursus BTN) ini tidak memberi kesan yang positif terutamanya kepada golongan muda, kerajaan negeri membuat keputusan tidak perlu menghabiskan wang rakyat untuk kursus sebegini,” katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri berpendapat adalah lebih baik jika mereka memberi peluang kepada golongan mahasiswa dan kakitangan kerajaan di negeri itu mengikuti kursus-kursus yang lebih membina dalam usaha memupuk perpaduan sejati di kalangan rakyat Selangor.

“Insya-Allah usaha sebegini akan melahirkan masyarakat cemerlang supaya Selangor boleh jadi benar-benar maju, sejahtera, berkebajikan dan idaman semua orang,” katanya

Selasa minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat daripada parti gabungan pembangkang itu telah menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah membuat desakan itu ialah Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

- Mstar

Kerajaan Selangor Tidak Akan Bayar Ganti Rugi Kenaikan Tarif Air Kepada Syabas


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata kerajaan negeri tidak akan membayar ganti rugi kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berikutan kenaikan tarif air oleh syarikat konsesi itu.

“Kerajaan Negeri ingin menekankan bahawa walaupun terma tersebut termaktub dalam perjanjian konsesi antara kerajaan Selangor dan anak syarikat Puncak Niaga iaitu Syabas, terma ini hanya terpakai jika ada persetujuan daripada kerajaan negeri.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak pernah mempersetujui kenaikan tarif air oleh Syabas dan kami juga tidak akan membayar ganti rugi atas keputusan tidak membenarkan kenaikan tarif air itu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pada Rabu.

Menurut Khalid, dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), kerajaan negeri amat konsisten dalam menentukan bahawa Syabas perlu mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri dalam menentukan tarif air.

“Oleh kerana tiada persetujuan dalam hal ini. Maka isu ganti rugi tidak timbul.

"Kerajaan negeri berpendapat kenyataan oleh Puncak Niaga semalam adalah ‘overstatement of profit’ dan syarikat perlu bertanggungjawab kepada pemegang sahamnya dalam isu ini,” katanya.

Jelasya, kerajaan negeri juga tidak akan bertanggungjawab terhadap laporan yang dikeluarkan oleh Puncak Niaga mengenai keuntungan tersebut.

“Kerajaan negeri ketika ini dalam proses perundingan dengan kerajaan Persekutuan dan syarikat konsesi air di Selangor.

"Kita berharap akan dapat menemui jalan penyelesaian agar ia dapat memberi manfaat kepada rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya atas nilai wang yang terbaik,” katanya.

Semalam, Syarikat Pengurusan Air Puncak Niaga Berhad telah mengumumkan bahawa keuntungan bersihnya meningkat sebanyak 275 peratus atau RM46.7 juta pada suku akhir 30 September berikutan peningkatan pendapatan dan gantirugi kenaikan kadar air oleh kerajaan Negeri Selangor.

- MStar

Isu PMBK Menyatukan Hati Pemimpin PAS

Oleh Suhaizan Kayat

Mari kita perhalusi kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) semalam dalam Utusan Malaysia :

"Ini yang dipanggil berpakat, tegur menegur, itu asas Islam. Saya tekan Pusat, Pusat tekan saya. Masa saya cadangkan EGM (mesyuarat agung luar biasa) baru-baru ini, ada orang setuju, sebab itu saya tekan dia (Pusat)."

Ini bermakna semasa isu UG dan EGM, TGNA menegur pimpinan PAS Pusat. Dalam isu PMBK Tuan Guru Hj Hadi Awang(TGHD) tegur TGNA. Itulah tegur menegur amalan yang baik dalam PAS. Sebuah Jemaah Islam yang sedang diperhatikan oleh rakyat Malaysia. Budaya ini tidak boleh dilaksanakan dengan jayanya oleh kedua-dua Tok Guru jika mereka mementingkan diri masing-masing.

Saya cukup berbangga dengan keputusan yang di buat oleh TGNA meminta menantunya Sdr Ariffahmi Abd Rahman yang juga rakan karib saya di universiti melepaskan jawatan sebagai CEO PMBK. Sekalung tahniah juga saya ucapkan kepada TGHD yang telah datang ke Kota Baharu menegur TGNA. Tak lupa juga kepada Ariffahmi yang sanggup melepaskan jawatan yang besar ini. Itulah yang saya sebut "SELESAIKAN MASALAH, TINGKATKAN UKHWAH & HENTIKAN PERBALAHAN" dalam Seminar Memperkasakan Parti lepas. Walaupun sebahagian pemimpin PAS tak setuju dengan kenyataan saya bahawa pemimpin PAS sebelum ini berbalah tetapi itulah persepsi kebanyakkan rakyat Malaysia.

Alhamdulillah segalanya telah selesai.

Tindakan kedua-dua Tok Guru ini dapat menghilangkan kesedihan hati rakyat Malaysia dan ahli-ahli PAS di bawah sana. Harapan mereka tidak tinggi hanya mahu melihat kedua-dua Tok Guru berganding bahu menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang.

Tahniah TGNA !
Tahniah TGHD !
Tahniah Ariffahmi !
Tahniah Rakyat Kelantan !
Tahniah pimpinan PAS Pusat !
Tahniah rakyat Malaysia !
Tahniah untuk semua.


Suhaizan Kayat
Ketua Penerangan DPPP

Inilah Masanya Mencontohi Abu Bakar


Abu Bakar memerintahkan Uthman supaya pesanan itu ditulis dan dicop mohorkan. Uthman keluar membawa surat itu, orang ramai berbai’ah terhadap Umar dan mereka redha dengannya.

Kemudian Abu Bakar menemui Umar secara tertutup dan berpesan sesuatu kepadanya. Apabila Umar keluar meninggalkannya, Abu Bakar mengangkat tangannya berdoa, “Ya Allah, tidak ada apa yang aku inginkan kecuali kebaikan untuk mereka dalam keadaan aku takut fitnah menimpa mereka. Aku lakukan ini terhadap mereka dengan apa yang Engkau tahu mengenainya. Aku melakukan ijtihad dalam perkara ini untuk mereka, lantas aku lantik untuk memimpin mereka seorang yang terbaik di kalangan mereka, seorang yang paling kuat dan seorang yang sangat prihatin terhadap mereka dalam urusan membimbing mereka…”

Satu laporan lain menyebutkan, ketika sakit Abu Bakar semakin berat, dia menjengukkan kepalanya melalui lubang tingkap dan bertanya kepada orang ramai, “Aku telah berpesan kepada kamu dengan satu pesanan (perlantikan Umar), adakah kamu meredhainya?”

Orang ramai menjawab, “Kami redha wahai khalifah Rasulullah.”

Ali bin Abi Talib bangun dan berkata, “Kami tidak redha kecuali orang itu ialah Umar bin al-Khattab.”

Demikianlah sebahagian babak perlantikan Umar sebagai pengganti Abu Bakar as-Siddik, Allah meredhai mereka.

Kisah di atas saya petik daripada kitab Tarikh al-Khulafa’ karangan as-Suyuthi versi Maktabah Syamilah, fasal mengenai “Abu Bakar jatuh sakit, kewafatannya dan wasiatnya mengenai perlantikan Umar sebagai penggantinya.”

DUA - Saya yakin Tok Guru Nik Aziz tahu (malah lebih tahu daripada saya) mengenai kisah di atas. Bagi saya inilah masa yang baik dan sesuai untuk Tok Guru menentukan siapa penggantinya. Siapa orang itu, Tok Guru lebih tahu.

Kekusutan yang membelennggu Tok Guru rasanya sudah semakin reda. Isu tajaan haji, isu kononnya Husam nak letak jawatan, isu EGM, isu Ariffahmi, walau pun ada pemimpin Umno yang cuba ‘mengiau’ menarik perhatian umum mengenai semua isu itu, rasanya itu tidak akan kemana.

Tok Guru tidak perlu menunggu sehingga saat-saat akhir, maksud saya sehingga PRU 13. Atau, apa yang berlaku kepada Abu Bakar menimpa Tok Guru. Peralihan perlu berlaku ketika Tok Guru masih sihat dan berupaya, juga ketika orang ramai masih memerlukan Tok Guru.

Kalau peralihan berlaku ketika PRU ke 13, dibimbangi kekalutan berhadapan dengan pilihanraya akan mengganggu kelancaran peralihan. Tumpuan lebih terarah kepada peralihan berbanding kepada pilihanraya.

Begitu juga, jika peralihan berlaku ketika situasi Tok Guru seperti situasi Abu Bakar, dibimbangi Tok Guru tidak berupaya lagi mengawal keadaan. Saya bukan bermaksud bahawa pimpinan PAS Kelantan kemarukkan kerusi itu, tetapi tidak mustahil kelancaran peralihan terganggu juga.

Sebab itu, bagi saya peralihan perlu berlaku ketika suasana kini yang jauh daripada pilihanraya dan ketika Tok Guru masih segar-bugar. Itu lebih mudah bagi Tok Guru untuk mengawal keadaan dan menguasai situasi. Di samping memberi peluang kepada pengganti Tok Guru membiasakan dirinya dengan tugasan besar dan berat ketika Tok Guru masih berupaya menjadi mentornya.

TIGA – Menurut laporan media, kenyataan TPJ PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah yang mencadangkan supaya pengganti Tok Guru dinamakan lebih awal untuk mengelakkan kekalutan, maka secara lahirnya kekalutan memang sesuatu yang tidak dapat dielak. Cuma kalut besar atau kalut kecil, itu sahaja.

Kalau kalut kecil, ia seperti ombak kecil. Kolek mudah sahaja meredahnya dan itulah keindahan belayar di laut. Tanpa ombak kecil nikmat belayar tidak terasa sangat.

Tapi kalau itu kalut besar, ia bukan lagi nikmat kepada PAS tetapi nikmat kepada Umno.

Tuesday, November 24, 2009

Rapatkan Saff Mantapkan Ukhuwwah

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

Kewajipan ternyata lebih banyak dari masa yang ada pada kita . Justeru itu , jangan leng[ukhuwwah+2.jpg]ah , alpa dan bersahaja . Sebaliknya tangkas , tuntas dan cergas . Jangan buka terlalu luas ruang untuk berkhilaf kerana disana terlalu bany ak sudut yang boleh kita bersama .

Padam secepat mungkin api fitnah yang semakin merebak dan membinasakan jamaah . Sebaliknya , segeralah nyalakan obor persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dan sematkan jiwa berjuang untuk menjulang panji perjuangan ke arah membina negara ToiyyibahMaghfirah [ keampunan ] [ sejahtera ] dan mengharapkan curahan

Peliharalah wadah perjuangan suci ini daripada panahan syaithan dan racun iblis agar ia tidak musnah binasa . Korbankanlah perasaan dan apa jua kepentingan diri dan dunia kita andai ia membuatkan jamaah terpelihara , lantaran pengorbanan adalah syarat kemenangan bagi perjuangan suci ini .

Mengorbankan tenaga , masa dan wang ringgit barangkali mudah bahkan jauh lebih mudah berbanding korban perasaan terutama saat berdepan keputusan yang tidak memihak kepada kemahuan dan keinginan kita . Sungguhpun demikian , mengorbankan perasaan untuk menerima keputusan mesyuarat [ syura ] sebagai contoh , adalah sebahagian dari ketaatan yang dituntut oleh syara' biar dikala sukar dan getir .

Suatu yang paling bernilai dan penting dalam jamaah kita ialah persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dikalangan kita . Ukhuwwah yang diperkaya dengan nilai mahabbah [ kasih sayang ] dan tasaamuh [ tolak ansur ] yang tinggi . Jauh dari bayangan hasad dengki , dendam dan khianat .

Seketika jamaah kita terpaksa mengharungi zon sukar . Badai yang mampu menghancurkan seluruh struktur utama jamaah , jika pemimpin dan anggota tidak benar - benar mempertahankannya dengan semangat cintakan Islam dan jamaahnya .

Jamaah yang benar dan suci ini mengundang dendam dan cemburu yang sungguh dahsyat dari musuh durjana . Inilah yang telah didedahkan oleh Allah swt di dalam kitab suciNya . Kelicikan mereka dengan bara dendam yang tidak kunjung padam terhadap cita - cita perjuangan Islam ini bisa sahaja membuatkan mereka berani dan nekad menyusup masuk , menyelinap dari celah saf pejuang - pejuang kita lalu membisikkan sejuta fitnah yang menjarakkan mereka malah mencetus sengketa .

Sejarah semalam memang masih membekas bahkan pedihnya masih terasa angkara panahan fitnah . Namun bukankah kita selalu dituntut agar berkorban demi perjuangan ? lalu , lupakan lah sengketa lama dan padamkan lah api kebencian . Kita tautkan kembali ikatan ukhuwwah yang longgar akibat gegaran semasa melintasi zon sukar tersebut . Kini kita fokus tanggungjawab dan amanah perjuangan yang belum selesai ditunaikan . Mentari esok masih sedia menyinar . Terpulang kepada kita , apakah mahu terus melangkah atau kita masih tidak mahu mengalah .

Fikirkan masa depan perjuangan ini buat generasi akan datang . Janganlah kita rosakkan segalanya kerana mengidam sebuah kepuasan yang belum pasti . Hulurkan tangan kalian , kita bersilang menderap langkah tanpa menoleh lagi mengenang tragedi silam demi masa depan Islam yang gemilang . Ayuh , kita hadapi musuh tanpa ragu !

Tekad mendekati anak muda, PAS terus relevan

Muhammad Nuruddin Bashah

Ramai ahli PAS terutama daripada kalangan pemuda terkejut atau terkesan dengan pendedahan Dr Abu Hassan Hasbullah berkenaan kemerosotan sokongan anak muda sebanyak 70% terhadap PAS. PAS juga diramalkan bakal kalah dalam PRU ke-13 berdasarkan beberapa bukti emperikal. Apa yang saya lihat daripada pelbagai reaksi spontan para pemuda, ada yang menolak mentah saranan agar pemuda PAS meneliti sudut cerapan politik persepsi yang kini mendominasi arena politik dunia. Ada juga yang pada awalnya ‘merah telinga’ namun akhirnya akur dengan persepsi masyarakat terhadap PAS serta berusaha membangunkan beberapa aktiviti segera untuk mengatasi masalah ini. Namun begitu, pada pandangan saya, terdapat terlalu banyak suara yang terus melihat aktiviti ‘orang muda’ hanya sekadar berekreasi atau beriadah seolah-olah muda mudi di luar parti hanya inginkan reakreasi dalam PAS. Benar budaya hedonisme telah menyelimuti rakyat Malaysia dengan pelbagai hiburan melampau. Namun jika sokongan anak muda dikatakan menaikan PAS pada PRU-12, adakah pada waktu sebelum Mac 2008, PAS banyak melakukan aktiviti riang-ria bersama muda mudi sehingga PAS menang besar? Saya tidak melihat dengan hanya mengadakan Futsal, XPDC, berkhemah, bermotor konvoi sahaja berjaya menarik kembali sokongan anak muda. Anak muda ‘hening’ dengan PAS adalah disebabkan isu. Malah walaupun Dr Abu Hasan menyatakan skala umur yang mula hening dengan PAS adalah sekitar 21-40 tahun, pada pengamatan saya skala umur yang benar-benar memberi dampak kepada kemenangan PAS pada PRU-12 adalah sekitar umur 31-40. Skala umur inilah yang mengubah haluan mereka untuk menyokong Pakatan Rakyat di sebabkan oleh beberapa isu major yang berlaku. Skala umur ini boleh dikatakan matang dan selesa berada dalam arena politik. Skala umur ini juga bukanlah muda mudi yang perlu dilayani dengan Futsal dan aktiviti konvoi motor semata-mata. Dalam 21000 orang respondan yang dilakukan soalselidik oleh Zentrum Future Study antara isu major yang menyebabkan peralihan undi ialah, Rasuah (Korupsi) dan Kronisme sebanyak 3327 orang menyokong. Isu Menghalang kebebasan bersuara sebanyak 2673. Isu Penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dipilih oleh 2411 respondan. Isu Ketidakcekapan pengurusan sumber kekayaan seperti petroleum pula sebanyak 2309 undi, manakala isu Pemimpin yang tidak amanah, tidak cekap dan pentingkan diri sendiri sebanyak 2304 undi. (Analisis “Strata Ketidakpercayaan Terhadap Barisan Nasional” - jumlah 10 pilihan masalah paling utama per 21000 responden). Isu di atas tidak banyak mempengaruhi belia sekitar umur 20an sebaliknya ia cukup berkesan terhadap individu berumur 30 ke atas yang telah bekerja dan berkeluarga. Lantaran itu, bagi PAS di Perak umpamanya, untuk menangani undi anak muda, perlu diadakan strategi jangka pendek serta jangka panjang. Hal ini kerana Pilihanraya kecil boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja. Bagi strategi jangka pendek semestinya isu yang membelenggu belia sekitar umur 31-40 diutamakan (kerana umur inilah yang banyak mempengaruhi undi PAS) dan program memperjelaskan ‘apa itu perjuangan PAS’ perlu diperlanjutkan. Bagi strategi jangka panjang pula barulah diteruskan dengan aktiviti mengikat tunas muda yang bakal aktif berpencak di arena politik seperti golongan berumur 19-21 tahun serta 21-30 tahun. PAS telah lama mendekati remaja dan PAS telah berusaha mendidik anak-anak seawal umur 5 tahun melalui PASTI. Pemuda PAS telah lama mengadakan aktiviti riadhah bersama remaja termasuk melalui aktiviti aktif Unit Amal. Sokongan anak muda terhadap PAS pada pilihanraya yang lalu adalah berasaskan persepsi anak muda yang berubah terhadap PAS terutama melibatkan beberapa isu major yang dinyatakan tersebut, bukan semata-mata disebabkan PAS banyak beriadhah. PAS perlu proaktif meneliti dan mengamat isu belia dan sosial. Belia dan sosial perlukan perhatian dan tunjuk ajar dari PAS. Masyarakat marhain perlukan pembelaan PAS dalam banyak isu. Lihat sahaja bagaimana aura isu minyak dan rentetan momentum demostrasi BERSIH yang inginkan keadilan berpilihanraya. Dua momentum ini termaktub juga dalam senarai 10 isu major yang dikaji oleh Zentrum Future Study. Inilah fokus utama terhadap belia jika PAS ingin terus relevan. PAS sebagai ‘Duta Penyelamat dan kasih sayang’ pada PRU yang lepas cukup memberi kesan kepada rakyat baik yang tua mahupun anak muda. Aktiviti PAS sebagai penyalur harapan disamping memacu isu-isu besar di arus perdana adalah dua sinergi kekuatan PAS dalam pilihanraya dahulu dan semestinya 2 sinergi ini juga memaut sokongan anak muda sebelum ini. Keheningan sokongan mereka dalam soal selidik rawak Zentrum Future Study adalah disebabkan beberapa isu polemik da kontroversi yang melibatkan PAS dan Pakatan Rakyat, bukan disebabkan PAS sudah kurang bersama anak muda. Penerangan perlu diperhebatkan dan anak muda amat bencikan hipokrasi atau kepura-puraan dalam penerangan yang bakal PAS jalankan. Yang paling utama sekali ialah operasi PAS memperkenalkan perjuangan holistiknya terhadap remaja dan belia. Cara memperkenalkannya pelru dibezakan antara strata umur 21-30 serta 30-41 tahun. Jika dikatakan anak muda tidak kenal PAS, ianya benar kerana PAS masih berusaha memperkenalkan amalnya kepada anak muda. Proses ini sedang berjalan dan perlu diperhebatkan. Anak muda menyokong PAS mendadak pada PRU yang lepas bukan disebabkan ‘kenal PAS’, sebaliknya dimanipulaiskan oleh isu negara. Inilah realitinya.
Penulis adalah Setiausaha Lajnah Perpaduan nasional PAS Perak