
Paut hati mereka dengan tindakan kita bukan sekadar melepas kata kata yang menjadi pisau menikam diri. Musuh sentiasa mencari peluang saudara saudara ku.
Antara hak dn kewajipan ahli.
"Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti"
Tak dinafikan. Memang itu antara hak sebagai ahli PAS. Dan mungkin juga cerita-cerita dari sumber sahih para bloggers yang mungkin ya mungkin tidak sedang merewang-rewang ditalian mereka berpegang pada hak diatas (Bagaimana dengan bukan ahli)
"Memperkuatkan kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri"
Bagaimana pula dengan kewajipan. Antara hak dan kewajipan mana satu paling utama. Bagi aku, hak adalah untuk individu dan sebaliknya kewajipan bersifat umum. Dan yang umum/majoriti itu adalah lebih baik.
"Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus".
Jadi, ahli-ahli PAS. Apa keputusan mesyuarat khas. Tunaikan kewajipan anda.
Kita bukan pimpinan tetapi kita yang mengangkat mereka untuk berada diatas dan memimpin kita.
No comments:
Post a Comment